Wednesday, June 18, 2008

Vote of no confidence against Pak Lah on Monday?

Update: The BN Supreme Council which met for slightly more than three hours in Kuala Lumpur today decided not to take any action against SAPP or its president Yong Teck Lee.
Mesyuarat Majlis Tertinggi BN yang berlangsung lebih sedikit daripada tiga jam di Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas SAPP ataupun presidennya Yong Teck Lee.

The Sabah Progressive Party (SAPP), a member of the ruling Barisan Nasional coalition, is to either table or support a vote of no confidence motion on Prime Minister Abdullah Ahmad (Pak Lah) in Parliament (Dewan Rakyat) on Monday.

Please click to read SAPP's full statement below:

15 comments:

Anonymous said...

PAK Tuan Syed,

Tak mungkin usul undi tak pecay dapat dibentangkan Isnini ini kerana ia memerlukan AT LEAST 14 hari DIBERITAHU KEPADA DEWAN YANG MULIA. ,
btw, TIDAKAN SAPP satu tidakan berani agar dpt menyedarkan Dollah bahawa ada dikalangan parti komponen BN yang tak sokong dia.

Unknown said...

Benar tu. Sebab itu saya letakkan tanda soal (?) pada tajuk di atas.
Ada satu lagi cara untuk mengemukakan usul, iaitu usul tergempar, dan Speaker boleh buat keputusan, antara lain, berdasarkan ianya perlu disegerakan dan ianya mustahak dan berkepentingan awam. Tapi, dalam keadaan semasa, saya tidak fikir Speaker Pandikar Amin Haji Mulia akan menerimanya. Jadi usaha ini akan menemui jalan buntu.

Walau bagaimanapun, tindakan SAPP adalah sesuatu yang berani dari segi kelangsungan politik dan ia membuka jalan kepada beberapa perkembangan yang selama ini menjadi tanda tanya. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Anonymous said...

Salam Pak Tuan.

2 situasi yang berkemungkinan:

1.Pak Lah tengah lakukan 'selfdestruct' untuk BN, khususnya UMNO atau

2.Pak Lah akan mengalami penyakit tak boleh tidur selepas ini.

Itu yang saya nampak sekarang, Pak Tuan.

Pak Lah........Pak Lah.....


Skuad Peninjau

Anonymous said...

Encik Syed

SAPP tidak percaya keatas kepimpinan Pak Lah baru tiga bulan atau sebelum pilihanraya? Jika sebelum pilihanraya kenapa bertanding atas tiket BN? Setidak-tidaknya PBS dahulu bertindak sebelum pilihanraya dan memenagi kerusi atas pendirian sebagai pembangkang.

Unknown said...

Askar Melayu,

Semuanya berpunca daripada kedudukan seseorang pemimpin itu selepas pilihan raya. Sebelum pilihan raya belum tentu apa nak jadi. Dalam kes PBS, yang main peranan menjatuhkan parti itu bukan orang lain, Yong juga. SAPP belum pasti akan menang jika bertanding atas tiket sendiri dan bukan tiket BN.

Yong mengambil kesempatan apabila kedudukan Pak Lah lemah. Ia boleh diibaratkan sebagai satu ugutan politik (political blackmail) tetapi ia tidak semestinya akan berjaya.

Drama atau sandiwara politik peringkat kebangsaan dah pun bermula dengan babak pertama, lakonan pertama. Banyak lagi babak dan lakonan yang akan menyusul.

Skuad Peninjau,

Ia adalah satu kejutan dan Pak Lah pasti tak dapat tidur lena. Saya kira KJ dan konco-konconya pun tak dapat tidur lena. Untung nasib bergantung kepada kedudukan Pak Lah.

Anonymous said...

Salam,
Mamak percaya Pak Lah ini ada senjata rahsia yang belum dikeluarkan.Mamak rasa dia tak sebodoh yang kita fikirkan!.Memang konspirasi Pak Lah + KJ + Anwar tak menjadi dah biasalah Anwar ini tak boleh dipercayai!.CD corect!correct anwar dan paklah silap sasaran!.Mereka ini berpakat nak kill TDM!.tapi kita fahami je lah perangai Anwar yang gila kuasa!.Tapi Mamak rasa daripada berperang dengan musuh kecil-kecil beliau sedang tunggu musuh beliau yang terbesar keluar dan make a kill!.Pak Lah dah baca pergerakan Anwar keseluruhan dan tunggu masa yang sesuai...Mamak rasa senjata beliau adalah Ezam dengan peti-petinya!.Apa pun kita tunggu dan lihat..Najib bukan tandingan Pak Lah...jadi jangan kita pandang rendah pada Pak lah..kerana TDM pun tertipu dengan dia!!!.Peralihan kuasa ini cuma propaganda!Anwar pun gunakan taktik perang saraf je..Nothing will happen!!!.Dua kerusi tak akan ubah apa-apa senario politik Negara!Wassalam.

Anonymous said...

Masalah, masalah juga.

Tidur tetap tidur.

Unknown said...

Andaian Mamak adalah antara beberapa andaian yang diutarakan. Semuanya berkemungkinan berlaku kerana inilah hakikat dunia politik.

Orang politik ada banyak muslihat dan cara untuk membetulkan sesuatu yang tidak betul atau yang tidak serasi dengan mereka.

Saya masih percaya yang Pak Lah tidak dapat bertahan lama. Terlalu banyak khilaf dan masalah yang timbul.

Anonymous said...

And on the sideline... someone finally puts it on record!

Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/84786

Palanivel: Dr M should remember his roots

MIC deputy president G Palanivel today slammed former premier Dr Mahathir Mohamad for accusing the party's long term chief S Samy Vellu of being a racist and warned such statements could fan deeper racial sentiments.

In a statement released today, Palanivel also said that the former prime minister's comments on Hindraf were short in accuracy and insensitive to the sentiment of Indians in the country.

"It is sad to note that Mahathir is not aware of the fact that Hindraf is not only made of Tamil people but includes many non-Tamil and even non-Hindus.

"He (Mahathir) is wrong when he said Hindraf leaders only represent Tamil racists," said Palanivel in defence to Samy Vellu who has recently joined in the bandwagon in advocating for the release of five Hindraf leaders detained under the Internal Security Act (ISA).

G. Palanivel also said Mahathir should look into "his own roots" before manifesting such statements. Mahathir's forefathers are from South India.

Unknown said...

They are simply washing dirty clothes in public since they are not sleeping together as partners.

Mereka sedang mendedahkan pekong di dada masing-masing.

Anonymous said...

oi baron,

just b'coz one has ancestors from india one has to support Hindraf??? Apa punya bengong lah!!!

To Mamak, awat marah sangat dgn anwar? Pasai ezam dgn kotaknya...dikatakan dia keluar dgn kotak kosong ..tapi bila kembali ke p[ati asal kotak kotak tu penuh dgn fulus!!! Wallahu a'lam

On a serious note semua yg terjadi skrg ini adalah "fitnah' yg menimpa kita disebabkan kita jauh dari Allah. Sila lihat maksud ayat 25 surah al anfal.

so the solution is to go back to the source i.e. back to using the quran and sunnah to settle the issue. if paklah is so called religious then he shld realise this as an ujian and bala' from Allah. Ini juga adalah padah bila kita buat mempermainkan ayat2 Allah. surely his Islam Hadhari was his biggest mistake. maka inin adalah habuannya. so let us all repent...seek Allah's Hidayah ^ Maghfirah before its too late.

Anonymous said...

Anonymous 10:30 pm:

Mesej pasal keturunannya ini:

Tak kira kita ni keturunan India, Cina atau Melayu, jangan kita cuba pecah-belahkan bangsa-bangsa ini.

Mari kita hidup bersatu dan sejahtera sama-sama. Paradigma keturunan ini tak relevan. Mengapa? Sebab Dr. Mahathir ayahnya India tulen. Ayah saya pun India tulen. Apa beza saya dengan Dr. Mahathir? Sama saja taraf kita sebagai rakyat Malaysia. Kita dua-dua pun sayang kepada negara ini dan kepada semua rakyat negara ini, bukan sayang satu golongan saja, sayang semua golongan juga.

Kalau perhimpunan HINDRAF tahun lepas tu nak bagi kerajaan nampak kesusahan golongan tertentu yang hidup miskin sengsara, biar lah. Kita kena sokong. Sebaik-baiknya, kita bagi kerajaan nampak kesusahan hidup golongan termiskin daripada semua kaum. Itu lagi bagus.

Jadi, bila mana HINDRAF tu mengugat hak atau kebajikan Melayu? Itulah diorang kata bahawa Dr. Mahathir ni dah tersilap cakap. Ini macam sengaja mau api-apikan rasa tak puas hati, betul tak? Tak baiklah bukan?

Biar kita pastikan semua rakyat Malaysia bebas dari kesusahan, tak kira Melayu atau Cina atau India. Takkan pula kalau kerajaan jaga orang India miskin maksudnya kerajaan menindas atau membiarkan orang Melayu miskin.

Mari mintak kerajaan betul-betul jaga semua rakyat Malaysia yang miskin!

Anonymous said...

Mamak.. Mamak.. Apa yang hang tau? Nasi kandaq dengan papedom hang tau la.. Memang betoi, Pak Lah tu bukan bodoh..tapi bodoh sombong. Dia tak buleh buat apa-apa dah! Kalau nak letak jawatan..dia tau yang dia mesti kena hentam khau-khau punya.TDM yang berkuasa selama 22 tahun pun kena hentam setelah tak berkuasa lagi, ini kan pulak Pak Lah yang baru setahun jagung. Jangan harap la.. Bab Anuar, hang tok sah dok komen apa-apa kalau tak paham pasai politik.. dia tau apa yang dia buat. Hang cuma tunggu dan lihat. Katakan lah satu hati nanti dia jadi PM, hangpa mesti ampu dia punya..dah tau dah!!

Anonymous said...

Politik SAPP sudah sampai ke tahap mengancam keselamatan negara. Sila baca details dalam blog ://almuslimin2.blogspot.com/

Anonymous said...

apa nak gaduh2... sokong depa ka.. lawan depa.. dua2 pihak pon dah kaya.. kita apa ada...??

KAYAP!!!