Thursday, June 05, 2008

Tanah perkuburan Islam Kebun Lama terbiar dan kotor




Tanah perkuburan Islam di Kebun Lama, Langkawi Road, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang kini berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Tanah perkuburan yang diwujudkan semasa zaman pemerintahan Francis Light itu kini dalam keadaan terbiar, kotor dan dijadikan tempat membuang sampah.


Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagai pentadbir tanah wakaf nampaknya telah mengabaikan amanah tersebut sama sekali. Tanah perkuburan Kebun Lama diwakafkan oleh Tengku Shariff Syed Hussain bin Abdul Rahman Idid, yang juga pengasas Masjid Melayu, Lebuh Aceh.


Antara pusara yang terdapat di tanah perkuburan Kebun Lama adalah makam seorang Sultan Aceh dan keluarga Almarhum, makam beberapa orang kadhi dan ulama silam.

3 comments:

KUDA TROJAN said...

Kuda Trojan Mula Pening!

Nak tahu kenapa, sila ke blog

http://kuda-trojan.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam, Tuan Syed.

Memang sedih tengok keadaan kubur ni. perkuburan Jelutong dan Kg Dodol juga sesak, tapi banding dengan Kg Lama punya perkuburan, depa ni lebih bersih.
Pada pandangan saya, AJK masjid ini juga memainkan peranan untuk menjaga persekitaran perkuburan ini. Keluarlah sikit duit, upahkan pekerja pemebrsihan untuknya.
Nak cakap pasai Majlis Agama Islam negeri, dah naik malas....

Zulkifli Ahmad
Kg Melayu

melayuangkat said...

Salam Tuan,

Kalau dikalangan sebaya kita yang masih hidup pun generasi sekarang susah nak kenang budi baik dan jasa mereka kepada nusa dan bangsa bagaimana pula mereka mahu kenang dan ingat pada jasa mereka yang telah lama terkubur dan jasad yang telah hancur lebur??

Al Fatihah kepada semua Ahlilkubur di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama. Semuga ruh mereka semua sentiasa dicucuri Rahmat yang yang Esa, InsyaAllah.