Foto (atas) masyarakat Arab yang menganggotai "The Arab Union" Malaya dan Singapura sekitar tahun 1950-an.
Foto (bawah) masyarakat Arab Pulau Pinang semasa merayakan Aidil-Fitri di rumah Almarhum Sheikh Al-Hasawi, Cantontment Road (Jalan Pemenang) sekitar tahun 1950-an.
Makam Almarhum Syed Noh bin Muhammad bin Abdul Rahman Alhabshee (Habib Noh) di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Habib Noh berhijrah dari Pulau Pinang ke Singapura.
Pihak berkuasa Singapura telah mendahului Malaysia dan Indonesia dalam usaha untuk menjadikan pulau itu sebagai pusat penting dalam hubungan dengan dunia Arab.
Pemerintah Singapura sedar akan pentingnya hubungan ekonomi/dagangan/pelancongan dengan dunia Arab walaupun jumlah penduduk atau rakyatnya yang berketurunan Arab jauh lebih kecil berbanding Malaysia apatah lagi Indonesia.
Singapura merasakan bahawa republik itu boleh menjadi hab bagi masyarakat Arab di rantau Asia Tenggara (Nusantara) dan untuk itu ia sedang memperluaskan hubungan dengan negara-negara Arab.
Menurut Menteri Ehwal Luar Singapura, Brig-Gen (B) George Yeo satu pusat budaya dan warisan Arab akan diwujudkan dan pelannya berada dalam peringkat perancangan.
Yeo berkata di setiap bandar utama di Asia Tenggara, terutama di Malaysia dan Indonesia, terdapat masyarakat keturunan Arab dan mereka dihubungkan oleh budaya, pertalian darah dan perdagangan dengan dunia Arab dan Singapura merupakan sebahagian daripada ikatan penting dalam rangkaian itu.
Kita sedih kerana barisan kepimpinan Malaysia tidak berfikiran dan berwawasan seperti barisan kepimpinan Singapura. Nampaknya hubungan budaya dan pertalian agama dengan dunia Arab yang diwarisi oleh Malaysia tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Jumlah penduduk atau rakyat Indonesia dan Malaysia yang berketurunan Arab jauh mengatasi yang berada di Singapura dan oleh itu Malaysia mahupun Indonesia seharusnya menjadi hab bagi masyarakat Arab dan bukan Singapura.
Apa yang dilakukan oleh mantan Menteri Luar Negeri Syed Hamid bin Jaafar Albar, seorang keturunan Arab Yaman (Hadhramaut), semasa memimpin Wisma Putra? Beliau mempunyai hubungan keluarga dan pertalian darah di dunia Arab tetapi kenapa tidak melakukan sesuatu untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk masyarakat Arab.
Mantan duta besar Malaysia ke Ameriah Arab Bersatu (UAE) dan sebelum itu mantan Konsol Besar di Jeddah dan kakitangan kedutaan Malaysia di Mesir yang kini presiden Persatuan Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah Persekutuan KL, Syed Hussein bin Abdul Kader Alhabshee juga mempunyai hubungan rapat dengan dunia Arab, tetapi nampaknya beliau tidak mengusahakan sesuatu untuk menjadikan Malaysia sebagai hab masyrakat Arab. Para pemimpin politik keturunan Arab, khususnya yang berada dalam UMNO, juga gagal mengambil kesempatan untuk tujuan itu.
Nampaknya, seorang pemimpin Singapura yang tiada kaitan atau hubungan kekeluargaan dengan dunia Arab telah berjaya mengatasi Malaysia untuk menjadikan Singapura sebagai hab masyarakat Arab.
Jika Singapura berhasil dan saya percaya ia akan berjaya menjadikan pulau republik itu sebagai hab masyarkat Arab, maka Malaysia akan mengalami satu kerugian. Saya yakin Singapura akan mengadakan daya tarikan dan umpanan-umpanan istimewa untuk memikat pelancong Arab. Malaysia bukan sahaja akan kempunan tetapi akan berkurangan salah satu sumber pelancongan yang penting. Semuanya kerana barisan kepimpinan Malaysia tidak memandang jauh, cekap dan pintar seperti yang ada di Singapura yang mampu memikirkan sesuatu yang dapat memikat sasaran.
Selain usaha untuk menjadikan Singapura sebagai hab masyarakat Arab, barisan kepimpinan republik itu juga sedang bersaing hebat dengan Malaysia untuk menjadi hab halal dan pusat kewangan Islam. Dengan usaha bersungguh-sungguh yang diperlihatkan oleh Singapura, kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa ia dapat mengatasi Malaysia dalam kedua-dua bidang yang diwajibkan oleh Islam itu.
Jika Malaysia kalah kepada Singapura dalam perkara-perkara yang berkaitan Islam, termasuk hab masyarakat Arab yang 90 peratus beragama Islam, apa nak dihairankan apabila kita kalah dalam mempertahankan hak milik ke atas Batu Puteh.
13 comments:
menteri menteri di malaysia mana ada visi. tambahan berketuakan orang yang tiada wawasan, akhirnya jadi menteri-menteri yang benar-benar makan gaji, cari makan untuk tembolok sendiri
Manusia sekarang lebih memandang kebendaan dari menghargai dan memelihara dan mempertahankan sejarah masing - masing.Keturunan hadrami( Syed + Shariffah ) adalah keturunan yang terdapat di seluruh dunia.Amatlah rugi jika kita tidak mempertahankan, mengekalkan dan memelihara sejarahnya.Persoalannya mengapa dikalangan non muslim wujudkan warisan arab sedangkan kita tidak mengambil tahu atau menghargai kewujudkannya.........
Sejak berada di negara arab (UAE) dari tahun 2000 dahulu, rasanya memang tiada usaha kerajaan Msia ke arah ini.
Sesuatu yang mungkin belum terlambat untuk dilakukan.
http://1426.blogspot.com/2008/06/anwar-khalid-husam-thrilled-dubai-crowd.html
Sdr Fudzail,
Kerajaan yang ada sekarang terlalu sibuk dengan isu sosio-politik, soal minyak dan kepimpinan dalam UMNO untuk memikirkan perkara tersebut, agaknya.
Satu hakikat ialah kepimpinan Malaysia gagal memanfaatkan kedudukan sebagai pengerusi OIC.
Tuan Syed,
Yang ini saya tidak setuju dengan tuan. Pusat dan warisan arab tidak perlu di Malaysia kerana warisan yang paling berharga kita terima dari Arab ialah Islam dan sudah berada di sini berabad lamanya. Malangnya kita tukar nama Islam jadi Islam hadari. Tapi masalahnya orang Arab ini bukan memikirkan soal persaudaraan Islam sangat. Kalau mereka berfikir tentang persaudaraan Islam tentu rakyat palestine tidak menderita, rakyat Iraq tidak merana, Afghanistan tidak melarat dan umat Islam lain di Afrika tidak kebuluran. Nak cakap soal pusat ini boleh meningkatkan kedatangan pelancong dan ekonomi mungkin ada manfaat sikit tapi pelancong arab yang datang sini setiap kali musim panas di negara mereka ialah kerana mereka tidak sesenang seperti dulu masuk ke Amerika Syarikat dan Eropah. Satu lagi perangai orang Arab ini mereka anggap mereka lebih mulia dan tinggi status sosialnya dari orang Islam lain. Sebagai contoh kalau seorang Islam bukan Arab ada kelulusan PhD dan jadi pensyarah di negara Arab mereka akan dibayar gaji jauh lebih kecil dari penduduk negara sendiri yang cuma memiliki ijazah pertama. Bagi saya ini tidak Islamik. Tapi kalau orang putih bukan Islam, orang Arab hormat bukan main lagi dengan mat saleh ini walaupun hanya datang sebagai juru kimpal di dasar laut dalam industri minyak.
Salam,
Rosli Dhoby.
Sdr Rosli Dhoby,
Saya menghormati padangan saudara. Terima kasih.
Setiap negara ada keutamaan tersendiri apabila membabitkan rakyatnya. Malaysia juga berbuat demikian apabila membabitkan Bumiputera. Jadi setiap negara melakukan sesuatu yang sebenarnya memihak atau memberi keutamaan kepada golongan tertentu dalam struktur masyarakat yang menjadi rakyatnya.
Saya melihat kepentingan masyarakat Arab dari sudut ekonomi terutama pelaburan dan pelancongan.
Pemerintah Singapura yang terkenal dengan sikap "kiasu" (sukar menerima kekalahan) sudah tentu tidak akan membuka sebelah mata kepada dunia Arab sekiranya orang Arab miskin dan papa kedana. Benar, ada negara Arab yang miskin seperti Yaman dan Djiboti.
Singapura dapat menghidu apa yang disebuat sebagai 'dolar petrol' yang melimpah-limpah di kalangan beberapa negara Arab. Singapura mahukan wang tersebut mengalir masuk ke republik itu. Sebab itulah mereka ingin mewujudkan pusat budaya dan warisan Arab kerana melalui pusat itu mereka yakin akan mendapat labanya.
Untuk makluman, Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) melihat sektor pelancong Arab sebagai sesuatu yang amat memberangsangkan. Langkah terbaru untuk menarik minat pelancong Arab ialah program yang disebut sebagai "Feel at Home" yang dituju khas kepada pelancong Arab.
Saya ingin mengutip sedikit perangkaan berkaitan pelancong Arab yang dapat memberi gambaran betapa pentingnya sektor ini kepada Malaysia.
Pada tahun 2005, purata perbelanjaan seorang pelancong Arab adalah sebanyak RM4,045.10 manakala pada tahun 2006, purata perbelanjaan naik kepada RM5,362.00iaitu peningkatan sebanyak 32.6 peratus.
Pada tahun 2007, purata perbelanjaan oleh seorang pelancong Arab meningkat kepada RM6,070.70 atau naik 13.2 peratus.
Cuba bandingkan dengan purata perbelanjaan oleh seorang pelancong bukan Arab pada tahun 2007 iaitu sebanyak RM2,192.70. Ini bermakna purata perbelanjaan seorang pelancong Arab adalah 36.2 peratus lebih tinggi.
Pelancong Arab mempunyai keupayaan dan kemampuan berbelanja yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pelancong bukan Arab.
Pelancongan merupakan satu sektor ekonomi yang penting untuk penjanaan hasil dan pendapatan kepada Malaysia. Industri perhotelan, pengangkutan, pusat membeli belah, pusat-pusat rehat dan riadah, makanan dan minuman mendapat faedah daripada kedatangan pelancong.
Oleh itu, usaha berterusan mesti dilakukan untuk memacu sektor pelanongan termasuk mewujudkan sesutu yang dapat menjadi daya tarikan seperti yang hendak dilakukan oleh Singapura. Saya melihatnya sebagai seuatu yang penting dan perlu.
Pak habib,
Dollah Badawi bukan saje rabun jauh, yang dah ada ni pun nak hantar ke Singapura.
Bukankah pengendali hub hahal Malaysia dikongsi bersama dengan syarikat Singapura ? Silap haribulan, hub tu sendiri pindah ke sana.
Lengkaplah agenda Singapura menguasai dunia warisan Arab dan hub tamadun Islam, dengan kerjasama
Badawi.
Bung Karno,
Benar apa yang saudara katakan. Saya sengaja tak sebut pasal sijil halal yang di "rampas" daripada JAKIM dan kini turut dikuasai oleh pihak lain di Singapura. Semuanya ini berlaku dibawah kuasa Pak Lah.
Pak Lah tak layak nak tambah perkataan Badawi (kabilah Arab) pada namanya kerana ia bukan sebahagian daripada nama keluarganya. Gelaran Badawi hanya diberi kepada Almarhum bapanya, Datuk Haji Ahmad tetapi ia bukan sebahagian daripada nama. Ia cuma satu gelaran sama seperti yang diberi kepada Almarhum Haji Sulaiman Palestin.
Gelaran Badawi - pembetulan
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg. Tan Sri Khalid Ahmad bin Sheikh Sulaiman Rafee yang memaklumkan kepada saya bahawa gelaran "Badawi" sebenarnya diberi kepada datuk Pak Lah, Almarhum Haji Abdullah Fahim Al-Falaki, mantan mufti Pulau Pinang.
Tan Sri Khalid, seorang peguam kanan dan veteran UMNO, pernah memangku jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa kepimpinan Tun Dr Lim Chong Eu dan menduduki Majlis Meyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Exco) sebaris dengan Almarhum Haji Ahmad Badawi, bapa Pak Lah.
Asalamualaikum Pak Said
Ada benar apa yang Pak Syed huraikan. Menandangkan Malaysia memainkan peranan yang kuat kepada WIEF, ianya patut memainkan peranan yang lebih strategik kepada ekonomi Islam dan negara-negara timur tengah. Ianya patut lebih sensitif pada psikologi negara tersebut.
Selain daripada itu negara GCG menjelang tempoh 5 ke 10 tahun akan datang, akan terkumpul dana melebihi 20-15 trillion dollar mengikut pasaran petrol hari ini. Jikalau ada kesilapan pada tulisan di atas haraf maaf.
Tuan, Singapore sekarang merupakan hub "islamic Financial" terbesar di Asia.
Malaysia tido.
Sdr Ismail,
pemimpin Malaysia asyik berpolitik dan bertelagah manakala pemimpin Singapura kuat bekerja. Siapa cekap dan cepat, dia dapat.
Saya rasa tujuan Singapura melakukan hub pusat budaya dan warisan Arab adalah serampang 2 mata.Bukan betul2 ikhlas dan semuanya kerana minyak.
Dengan kerakusan Amerika dan Israel menganyang negara2 Arab,Singapura berperanan besar bagi melebarkan tujuan kafirun ni ke arah Asia.
Apabila hasrat "bapa" tercapai maka "anak2" yg lain akan dapat hasilnya.
Fikirkan la sendiri...
Post a Comment