Pemilihan peringkat sayap UMNO sudah berlalu. Walaupun pihak tertentu menyatakan tiada unsur 'rasuah politik' atau 'politik wang' dilaporkan berlaku, namun kenyataannya adalah sebaliknya. Politik wang masih berlaku.
Selain politik wang, ada pula perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi dilakukan. Umpamanya, melihat anggota perwakilan mengundi atau memberi 'arahan' untuk mengundi calon tertentu.
Foto berikut yang dirakam semasa perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jelutong mengadakan pemilihan menunjukkan 'pemantau' yang dilantik ketua bahagian, Abdul Razak, jelas kelihatan melihat dari belakang anggota perwakilan mengundi. Ada maklumat yang menyatakan pemantau turut memberi arahan atau 'tunjuk ajar' untuk mengundi calon tertentu. Perkara serupa berlaku pada pemilihan Pemuda dan Puteri bahagian yang sama.
Ibu Pejabat UMNO semestinya menyiasat apa yang berlaku di bahagian Jelutong dan mengambil tindakan sewajarnya jika ia didapati benar.
Ketelusan dan integriti UMNO mesti dipertahankan jika pucuk pimpinan parti ingin melihat kelangsungan parti itu.
5 comments:
Sikap beginilah yang akan membuat rakyat kurang yakin dengan ketulusan kerajaan sekarang.. Kita harus 'cantas' sikap sebegini dari akar umbi lagi.
Sy berada di kawasan itu, keadaan ini sbenarnya disebabkn pgundi wanita dibahagian umno kbanyakkn adalah buta huruf, so pemantau terpaksa menerangkn kertas undi kepada perwakilan wanita, kerana undi banyak rosak dri perwakilan wanita.
Black Charliee,
Tak tahu pula saya yang masih wujud orang buta huruf di kalangan perwakilan Wanita UMNO, terutama dalam kawasan bandar seperti Jelutong.
Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ketua Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil yang begitu bangga dengan kehebatan pergerakan wanita yang diketuainya.
Saya tertanya-tanya apakah akan wujud perwakilan buta huruf pada pemilihan peringkat bahagian hari ini (19 Oktober) dan 'pemantau' yang dilantik penyandang ketua bahagian terpaksa memberi tunjuk ajar dan calon yang mana satu untuk diundi.
Nampaknya masa depan UMNO semakin gelap dek wujudnya perwakilan buta huruf, jika benar apa yang anda dakwa.
Apa pun, Jawatankuasa Disiplin UMNO mesti siasat tindak-tanduk 'pemantau' pemilihan parti khususnya dalam bahagian Jelutong.
Perwakilan dalam UMNO masih ada yang buta huruf?? Hehe.. lawak gila. Ingatkan zaman P.Ramlee saja yang ada buta huruf. rupanya zaman IT ni pun masih ramai yang buta huruf.. nasib kaulah UMNO.
sy berada dipersidangan tersebut, sebelum pemilihan bermula, pengerusi pemilihan telah memaklumkan semua perwakilan tentang sistem baru dimana wakil harus memilih bukan sahaja diperingkat bahagian tetapi diperingkat majlis tertinggi dimana borang pencalonan kedua dua peringkat sama warna dan mungkin mengelirukan, hanya beberapa wakil sahaja yg keliru dan memanggil pengerusi untuk membantu untuk membezakan antara bahagian atau majlis tertinggi, soal hak memilih terletak kepada wakil itu sendiri, lagi pun majoriti kemenangan bukan satu atau dua undi tapi lebih 45 undi, lantikan pengerusi pemilih dilantik oleh datuk Daud Taha pengerusi pemilih negeri bukan dari saudara razak
Post a Comment