Tuesday, March 04, 2008

Antara Pak Lah dan Tuan Guru Nik Aziz

Pak Lah, pemimpin Barisan Nasional merangkap ketua kerajaan sementara peringkat persekutuan mengadakan pertemuan dengan rakyat Kelantan yang menetap di Lembah Klang di Stadium Juara, Bukit Kiara. Keesokan harinya, pemimpin PAS merangkap ketua kerajaan sementara negeri Kelantan mengadakan pertemuan yang serupa di Hotel Nikko, Jalan Ampang.

Daripada foto yang dikutip daripada laman sesawang media Siasah, jelas kelihatan bahawa majlis Tuan Guru Nik Aziz mendapat sambutan jauh lebih baik daripada yang membabitkan Pak Lah. Lihat saja barisan kerusi yang tidak diduduki di bahagian belakang stadium berkenaan, manakala di majlis Tuan Guru tiada kerusi yang kosong dan para hadirin sanggup duduk atas lantai.


(Foto SIASAH)
(Foto SIASAH)
(Foto SIASAH)

3 comments:

Anonymous said...

undilah abdul azeez bin abdul rahim dia pandai berbahasa tamil..

undilah khir toyo dia pandai berbahasa jawa ....

Anonymous said...

Gambar ini diambil sejam sebelum acara bermula...kalau nak tipu pun biarlah berakhlak...

Unknown said...

Hanya jurufoto SIASAH yang boleh sahkan sama ada foto(saya percaya sdr rujuk kepada foto ceramah Pak Lah)yang dirakamkannya itu satu jam sebelum acara bermula atau sebaliknya. Tanyalah editor SIASAH.