Friday, February 29, 2008

Taktik kotor di Kulim Bandar Baharu


Setelah menghidu yang calon BN yang jelas tidak popular di kawasan undi parlimen Kulim Bandar Baharu, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, berdepan dengan masalah untuk menang, pihak-pihak tertentu telah beralih kepada taktik kotor untuk menyekat kemenangan calon lawan yang mewakili Barisan Rakyat, Sdr Zulkifli Noordin.


Zulkifli, peguam yang mewakili PKR bagi pihak Barisan Rakyat, dituduh kononnya tidak menyerahkan penyata akaun, seperti yang disyaratkan, kepada Suruhanjaya Pilihanraya. Dengan itu, mereka berharap supaya pencalonan Zulkifli akan dibatalkan dan calon BN akan mendapat kemenangan percuma.


Tetapi, menurut laman sesawang Zulkifli, beliau sah bertanding dan pencalonannya telah disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan undi Kulim Bandar Baharu.


Jelas sekali para penyokong calon BN begitu terdesak setelah mendapati calon mereka tidak mendapat sambutan para pengundi.


Taktik itu dengan sendirinya memperlihatkan sejauh mana mereka sanggup pergi atau lakukan untuk menjatuhkan calon lawan.

7 comments:

Zulkifli Noordin said...

Tuan Syed

Penjelasan Zulkifli Noordin boleh dibaca di http://zul4kulim.blogspot.com/2008/02/fitnah-umnobn.html

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Mintak maaf, topik melencong sikit tapi saya nak komen pasal zainuddin maidin yang menafikan laporan akhbar bahawa beliau tidak direject dari merbuk sehingga terpaksa bertanding di sungai petani.

agak pelik beliau membuat komen itu kerana fakta amatlah jelas dan terang bahawa memanglah beliau direject, dengan kata-kata pucuk pimpinan bahawa "kalau awak nak sepenggal lagi kena la tukar kawasan, ke sungai petani. Take it or leave it!"

nekapa teruk sangat sampai begitu? bukankah dia pernah berkata ini pilihanraya 2004 adalah yang pertama dan terakhir untuk dia? yang dia menafikan tu bolehkah orang percaya" apa dia ingat masyarakat masih bodoh macam dolu2 ka?

alangkah elok kalau dia kata "saya bukan kena reject, saya kena pindah kawasan sebab orang dah tak mau saya kat merbuk."

Unknown said...

Apa nak dikatakan. Dia juga pernah berkata yang dia tak minat bertanding tetapi sekadar menerima 'penghormatan' yang diberikan oleh mantan PM Tun Dr Mahathir apabila dia (Mamu Zam) dilantik menjadi Senator. Tun M melantik dia sebagai lambang penghargaan kepada wartawan. Tapi, apa dah jadi selepas itu? Kita semua tahu. Itulah Mamu Zam.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Taktik kotor ni bukanlah permainan baru bagi BN, dah jadi darah daging politik mereka sejak dulu lagi. Datuk Seri Anwar difitnah oleh pemimpin-pemimpin UMNO sewaktu beliau masih dalam UMNO lagi, ini kan pulak pihak yang membangkang. Jadi apa yang nak dihairankan? Sifat dengki dan iri hati ni dah menjadi sebati dalam diri mereka.. Oleh itu,Insaflah! Wasalam.

Zulkifli Noordin said...

Terbaru....

http://zul4kulim.blogspot.com/2008/03/first-umno-extremist-named-by-chinese.html

Anonymous said...

Pak Tuan,

Nampaknya zulkifli dah dpt endorsement secara tak langsung dari dewan peniagaan cina selangor & kuala lumpur. Saya jangka dia tidak bermasalah untuk mendapat undi orang cina dan orang india. Cuma yang tinggal adalah orang Melayu.

lari topik skit....

Saya pergi meninjau Penang kali kedua....apa yang saya nampak orang-orang cina penang akan bagi undi kepada pembangkang, seperti apa yang Pak Tuan katakan. Tapi mood orang Melayu, walaupun ada bunyi2 frustrated, tapi tak sedahsyat orang cina. Apa pendapat Pak Tuan pasal orang Melayu penang?

Turun pulak ke Lembah Klang, hasil perbualan saya dengan beberapa orang(ramai jugak la), kebanyakan mereka menjawab dengan satu ayat yang sama, "kita cuba pembangkang satu penggal", mereka nih terdiri daripada pegawai bank, kontraktor, guru, bekerja sendiri, pekerja swasta dan sedikit pekerja kerajaan. Apa yang jelas, jika pendirian mereka ni di'materialize'kan ketika 8hb ni, suatu benda yang menarik akan dapat disaksikan nanti. Kita nantikan betul atau tidak.....suspen jugak


skuad peninjau

Unknown said...

Terima kasih Skuad Peninjau.

Melayu Pulau Pinang ni lain sikit. Kita mesti benar-benar tahu siapa dia Melayu Pulau Pinang. Kalau sebelah tanah besar (Seberang Perai) mungkin masih ramai yang akan terus pilih dacing (BN), tapi di sebelah pulau, saya kira 50-50.
Walaupun bilangan yang akan sokong calon bukan dari BN agak sama banyak dengan yang akan sokong calon BN, ia dapat membantu dalam membuat penentuan siapa yan akan menang. Oleh itu, beberapa kerusi dalam kawasan-kawasan undi bandar dan pinggir bandar telah dikategorikan sebagai 'hitam' dan boleh beralih angin.