Friday, March 14, 2008

Jangan berhimpun di KOMTAR - itu kerja bodoh!

Saya ingin menasihati rakyat Pulau Pinang, terutama mereka yang terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang kalah pada pilihan raya lalu, supaya JANGAN BERHIMPUN DI KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK (KOMTAR) lewat tengah hari ini seperti yang dihasuti.


JANGAN AMBIL TINDAKAN BODOH! APA FAEDAHNYA BERBUAT DEMIKIAN?


Ikutlah nasihat Ketua Polis Negara. Jangan berkumpul dan mengadakan sebarang bantahan atau desakan.

4 comments:

Anonymous said...

sekiranya mereka berhimpun, bukankah seperti menjilat ludah sendiri? pada satu ketika dahulu pihak kerajaan sering kali menghentam (dan salah erti) tindakan sesetengah pihak berhimpun secara aman atau ingin menyampaikan mesej yang bagi saya tidak memudaratkan, kini mereka melakukan perkara yang sama (tetapi tindakan mereka mungkin akan memberikan impak negatif kepada negeri tersebut dan pada masa yang sama mencalarkan nama demokrasi). agak ironi. mungkin kini mereka faham perasaan 'untuk menjadi pihak yang lain/berlawanan'?

Unknown said...

Nampaknya pemimpin UMNO Pulau Pinang meneruskan perhimpunan itu selepas solat Jumaat. Polis telah mengarah mereka bersurai dan mereka berbuat demikian.

Utusan Malaysia (ON-line) kata 3,000 orang berhimpun, New Straits Times (On-line) dan Malaysiakini masing-masing sebut 1,000 orang.

Dari mana datang tambahan 2,000 orang seperti yang disebut oleh Utusan?

Saya tidak yakin walaupun yang hadir dikatakan 1,000 orang.

Anonymous said...

UMNO cuba memainkan isu perkauman disini seolah-olah pulau pinang adalah milik melayu sahaja,sejak bila UMNO nak bela melayu ni,50 tahun di perintah oleh Be-End ke mana mereka bawa melayu pulau pinang CM Guan Eng hanya kata nak hapuskan tender rundingan terus yang hanya menguntungkan pemimpin UMNO,MIC dan MIC dan tidak menguntungkan rakyat keseluruhannya.
Guan Eng baru 3-4 hari menjadi CM bagilah peluang kepada beliau untuk membuat perubahan,jika dia gagal kita akan sama-sama turunkan dia semula.


Projek Pembangunan Pulau Pinang jika Be-End terus berkuasa hanya akan dikuasai oleh Patrick Lim dan Kamaludin Paklah dan beberapa kerat melayu termasuk pemimpin UMNO yang berdemonstrasi hari ini, bukan sedikit berbillion ringgit, apakah paklong,paksu,makngah di balik Pulau,Tanjung Tokong dapat "share" dari projek-projek ini,mereka akan terus dihimpit kemiskinan .

kepada UMNO P.Pinang belajarlah bagaimana untuk menjadi pembangkang, rasailah bagaimana disembur FRU ( Tapi FRU takakan berani Sembur) kepada penyokong BR jangan campur provokasi mereka,bertenang.....



asanatan,KL

Anonymous said...

Sudah lebih 50 tahun kita merdeka. Tak sangka masih ada rakyat yang kurang cerdik dalam pemikiran. Dengan menggunakan perkataan 'Perjuangan melayu' ada pihak tertentu berjaya menghasut segelintir masyarakat melayu merealisasikan matlamat mereka. Para pemimpin UMNO dan balaci-balaci mereka sudah tertekan dengan cara pengagihan kontrak secara terbuka oleh kerajaan baru Pulau Pinang.Oleh itu, mereka mempergunakan slogan DEB dan nasib kaum melayu untuk kepentingan mereka dan memperkayakan kekayaan mereka. Bijak sungguh akal mereka.. kesian pada ibu-ibu,kakak-kakak dan adik-adik yang turut terjerumus ke dalam kancah rancangan mereka ini.