Timbalan Menteri Penerangan Zahid Hamidi memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Bernama TV boleh mengadakan salurannya sendiri dan tidak lagi hanya menyalur beritanya menerusi saluran Astro.
(lihat: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=255709
Saya menyambut baik pengakuan (jaminan) itu dan berharap ia tidak akan tinggal sebagai satu pengakuan berunsur politik. Ia harus dilaksana dan kerajaan mesti memastikan ia akan menjadi kenyataan.
Malaysia memerlukan satu saluran khusus untuk berita dan hal ehwal semasa serta dokumentari ala National Geographic atau Discovery Channel dan Bernama TV boleh memikul tugas itu.
Saluran itu boleh dipancarkan merentasi sempadan negara melalui sistem satelit Astro untuk mencapai matlamat dan kesan yang sewajarnya.
Seperti yang sedia dimaklumi, ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan sanggupkah kerajaan memperuntukkan kewangan untuk menjayakan projek itu? Bagi saya, ia adalah satu projek yang seharusnya mendapat sokongan.
19 comments:
Tuan Syed,
memang patut Bernama dah ada saluran sendiri. Jangan seperti "melukut", menumpang sana sini sedangkan pada hakikatnya Bernama sebuah agensi berita tunggal negara. Merepek apa Menteri Penerangan sekiranya tidak menjalankan yang fardhu bagi Bernama ini. Sepatutnya, Bernama juga perlu mempunyai laman blognya sendiri bagi mendapatkan pendapat ramai tentang keberkesanan agensi berita itu. Ikut sikitlah trend. Bukan setakat syok sendiri, ingat bagus, sedangkan...Pak Tuan sendiri pun faham-faham sajalah.
Tapi, bila bercakap tentang blog, berapa kerat pula bos-bos di Bernama tu yang tahu tentang dunia siber ini dan fasih tentang teknologi maya sekarang? Pelik kan? Itulah hakikatnya.
Memang bagus cadangan datuk Zahid itu, Bernama pun bolehlah minta lebih banyak lagi geran kerajaan. selama ini geran kerajaan guna untuk upgrade jamban, upgrade lobi, bukak anak syarikat, kononnya anak syarikat ICT, sedangkan Bernama sendiri tak terer pun ICTnya. Sistem editorial yang sepatutnya lama dah ganti sampai la ni tak nampak bayangan. Dok ketuklah keyboard IMOS tu. Orang dah tak pandanglah skrin gelap macam tu berkelip-kelip macam kelip-kelip kat kuala selangor. Tapi, Bernama pakai lagi. Nak video streaming? Gelak.
Bak kata Syed Jamil mantan Pengurus besar, mana boleh Bernama ada saluran tv sendiri. bernama jadi agensi berita cukuplah. mana tidaknya, yang hebat-hebat pegawai atasan di Bernama tu, nak sebut video streaming pun tah faham tak tidak. Pada GM baru ni jangan tanya langsung lah. Lagi menyedihkan.
Dalam hubungan ini, Bernama sudahpun mempunyai asas. Bernama perlu berdikari dan tidak bergantung kepada Astro kerana Astro akan mempunyai bahagian beritanya sendiri tidak lama lagi dan mungkin tidak lagi memerlukan khidmat Bernama TV.
Sebenarnya, Malaysia sudahpun ketinggalan dalam bab ini. Singapura dahpun ada satu saluran berita yang dipancarkan ke rantau Asean dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Kita tak boleh harapkan RTM untuk mengadakan satu saluran khas seperti yang dibuat oleh CCTV (Beijing), CNA (Singapura) ataupun Aljazera. RTM akan kekal di takok lama selagi ia tidak diperbadankan dan dibebaskan daripada pengaruh menteri. Apatah lagi jika menteri itu seorang yang hanya pandai cakap yang tak kena tempat dan jauh menyimpang ddari bidang tugasnya.
Saya berpendapat Bernama ataupun Astro yang dapat menerokai saluran 'antarabangsa' ini. Bernama ada sedikit kepakaran dan pengalaman manakala Astro ada kemudahan dan kewangan.
Adalah lebih elok dan ekonomikal jika Bernama dan Astro dapat bekerjasama mewujudkan saluran khas untuk berita dan ehwal semasa seperti Aljazera.
Mengenai komen mantan pengurus besar, kita semua kenal benar siapa dia. Jadi tak payah nak ulas, bak kata orang 'buat habis beras saja'. Begitu juga dengan yang baru dilantik.
Pak Tuan Syed Imran,
Saya berpendapat bahawa ini adalah suatu kenyataan yang paling cerdik dan berwawasan yang pernah dibuat oleh mana-mana pun anggota pentadbiran di Angkasapuri sejak 2004.
Syabas kepada Bernama!!. Dan syabas kepada Sdra Zahid Hamidi yang mempunyai Sarjana dalam Pengajian Media dan kini sedang menyiapkan tesis untuk Ijazah Doktor Falsafah beliau, juga dalam bidang media. Seandainya Bernama mempunyai rancangan untuk mempunyai saluran tv sendiri, ini adalah amat dialu-alukan dan cukup membanggakan. Sekiranya selama ini RTM tidak boleh menjadi atau mengangkat martabatnya sehingga ke tahap BBC maka mungkin Bernama boleh dan mampu melakukannya dan mencambahkan lagi landskap industri televisyen di negara kita ini. Biarlah Bernama membawa obor industri tv ini dan saya cukup menyokong! Maka kita yang menonton ini akan "spoilt for choices" dan ini akan merancakkan suasana langit terestrial di Malaysia.
Namun sayugia diingatkan bahawa industri tv bukanlah semudah yang disangkakan, ianya tidaklah sejernih dan seceria yang diimpikan dan tidak hanya sekadar siarkan bahan ke udara dan lihat. Ianya jauh lebih besar dan rumit namun ianya boleh dilakukan sekiranya "kita tahu apa nak dibuat dan bagaimana hendak dibuatnya". Janganlah kita hanya hendak meniru orang lain dan akhirnya jadi macam istilah biasa iaitu "jangan tak buat". Sdra Farid Ridzuan boleh memberi taklimat bagaimana sukarnya mengemudi TV3 sehingga menjadi apa yang kita lihat hari ini dan kejayaan beliau secara berseorangan bukan suatu perjalanan yang mudah dan lurus.Onak dan duri dari dalam dan luar sudah cukup untuk mematangkan beliau dalam industri ini. Pada hemat saya beliau adalah otoriti baru dalam industri tv Malaysia dan banyak, cukup banyak yang boleh dipelajari daripada Farid yang mempopularkan Jom Heboh sebagai USP TV3 dan perancangan penjenamaan TV3. Wajarlah kisah Farid ini dijadikan case study bagi para penuntut jurusan penyiaran di IPTA dan IPTS kita. Farid adalah epitome New TV Business walaupun beliau tidak mempunyai walau sebesar hama pun langsung pengalaman dalam bidang tv sebelum ke TV3 kerana backgroundnya ialah marketing dan branding semasa berkhidmat di sebuah agensi pengiklanan di kuala lumpur. dua lagi calon yang mempunyai pengalaman luas dalam industri tv dikatakan tidak sanggup atau lebih tepat "ketaq tangan" dengan cabaran yang diberikan kepada mereka semasa temuduga jawatan. Farid menerimanya dengan tenang dan hari ini Farid ialah TV King Malaysia, jauh lebih hebat daripada Shazlly Ramli yang mengelarkan dirinya Brand King walaupun kita semua tahu walau dengan limpahan peruntukkan daripada TM, Celcom masih berada di takuk ke-3 dalam senarai segala mengenai telco.
Seandainya kita berfikir secara RTM maka kita akan melihat angka yang besar yang bermakna peruntukkan jutaan ringgit untuk memulakan saluran tv sendiri. Semasa kadir Sheikh Fadzir menapak di Angkasapuri sebagai menteri penerangan, kenyataan yang pertama dikeluarkan beliau ialah "RTM perlukan tambahan RM300 juta dan 1,200 orang lagi kakitangan untuk memulakan saluran ketiga RTM yang pernah diwarwarkan sebagai RTM3. Kalau tanya saya, ketika itu RTM hanya perlukan RM 105 untuk tempuh 3 tahun dan hanya tambahan 150 kakitangan profesional untuk berbuat demikian! Saya amat tahu apa yang saya cakapkan ini berdasarkan pengalaman yang ada.
Namun sekiranya ianya dilakukan secara bijak, kos-efektif dan profesional yang amat profesional dan bukannya klon dari rtm atau TV3 dan amat jauh sekali lah "menghantar atau melantik orang pencen RTM untuk mengajar Bernama bagaimana hendak buat saluran tv", maka orang akan terkejut dengan jumlah sebenar yang diperlukan untuk memulakan sesuatu saluran. Tidak pun sampai 3 angka walaupun dalam kiraan juta! Hanya dua angka dalam kiraan juta untuk sebuah saluran tv.
Sebenarnya kepakaran rakyat Malaysia dan kepandaian anak bangsa kita adalah jauh lebih hebat hanya apabila kita tahu mengenalpasti mereka dan mentauliahkan mereka untuk membantu Bernama memulakan saluran tv. mereka ada di mana-mana dan hanya perlukan "jauhari untuk mengenal manikam" untuk mencari mereka. Dan, saya boleh!
Sebagai permulaan astro wajar memperuntukkan satu saluran untuk bernama beroperasi sebagai saluran tv yang kurang daripada 18 jam sehari. Setidak-tidaknya dari jam 1 petang sehingga ke 12 tengah malam.
Kandungannya hendaklah tidak terlalu atau tidak langsung mengikut acuan RTM kerana saluran di Angkasapuri itu sudah jumud, basi, ketinggalan zaman dan masih bersifat syok sendiri sehinggakan wujudnya "rahsia terbuka" bahawa orang atasan RTM sendiri tidak menonton rancangan mereka kerana mereka lebih selesa dengan siaran Rangkaian Media Prima. Alasannya ialah hendak melihat kemampuan "pesaing". Sebenarnya mereka sudah jelik dengan rancangan-rancangan RTM sendiri kerana kebanyakan slot rancangannya dipolitikkan dan dibobrokkan sejak Kadir Sheikh Fadzir menjadi menteri penerangan dan keparahan ini sudah menjadi barah sejak dua tiga atahun kebelakangan ini. Kalau iktu gaya dan kaedah RTM maka orang yang sama yang selama ini "mengtongsampahkan" RTM dengan raancangan-rancangan TV akan menjahanamkan Bernama sekiranya dibenarkan "sentuhan-sentuhan" atau "Wahyu" dari pejabat menteri atau timbalan menteri di angkasapuri ataupun setiausaha parlimen. Dalam kiraan rating pula, satu-satunya rancangan di RTM yang berada dalam kiraan AC Nielsen adalah berada di tahap lebih daripada 50 rancangan-rancangan popular di Malaysia.
Sekiranya RTM menganggap bahawa Rangkaian Media Prima adalah pesaing, nyatalah kapasiti mental dan fakulti mental mereka telah tersusut teruk dan bersifat retro yang meloyakan atau lebih tepat lagi adalah lebih kecil dan sesuai ditempatkan di kepala lutut sahaja. Ini adalah kerana pada pendapat saya pesaing atau penanda aras RTM ialah ABC (Australia), BBC, NBC, MSNBC, CBS atau setidak-tidaknya penyiar awam jiran kita di sebelah selatan. Negara-negara baru yang mempunyai prestasi industri tv penyiar awam yang jauh lebih hebat boleh didapati seperti di Afrika Selatan dan beberapa lagi jirannya.
Inipun belum tercapai dek standard RTM. Justeru, kita tidak payahlah buang masa cakap mengenai RTM, hanya menunggu menteri baru yang boleh membawa perubahan mendadak untuk mencerminkan kemampuan dan kewibawaan sebenar RTM. Menteri sekarang kurang mengerti (atau mungkin tidak faham langsung) peranan tv, tv penyiar awam dan tv swasta.
Sekiranya Bernama serius dengan cadangan ini, maka beberapa langkahan awal perlu diambil iaitu:
(1) Jauhkan atau Tegah Sekali-Kali "Sentuhan-Sentuhan" Politik A La RTM ataupun pembabitan anggota-anggota pentadbiran Angkasapuri dalam setiap perancangan dan perlaksanaan. Dua stesyen di RTM sudah cukup diperkosa saban hari, saban minggu, saban bulan dan saban tahun oleh mereka semua dan ksu yang tidak tahu langsung apa itu peranan tv penyiar awam, inikan pula hendak sibuk di Bernama. Cukuplah dirogol, dicabul dan diliwat dua stesyen RTM.
(2) Capital outlay awalan untuk memulakan saluran tv Bernama tidaklah sebesar mana yang disangkakan. Ianya tidak perlu memakan jutaan ringgit pun sekiranya "tahu dan arif" bagaimana hendak dilakukan. Tanyalah saya, InsyALLAH saya akan boleh membantu dalam hal ini.
(3) Landasan awal sudah ada iaitu studio di Wisma Bernama sudah cukup untuk memulakan saluran yang kurang daripada 18 jam di satu daripada saluran Astro. Kemampuan studio di Bernama yang bernilai jutaan ringgit sudah cukup baik untuk objektif ini. Tidak perlu membina studio baru ataupun berpindah ke mana-mana "lokasi yang sesuai" kerana lokasi sekarang sudah cukup sesuai dan mampu. Macam orang putih selalu kata "its all in the mind, not the matter" dan "its the substance not the form". Masalahnya, saya khuatir pengurusan baru Bernama yang tidak ada idea langsung mengenai industri tv atau bagaimana dan apa hendak dibuatnya akan terasuk dek minda jumud di RTM dan akan terpengaruh bahawa belanja besar diperlukan untuk memulakan saluran tv bernama! Bernama sudahpun berbelanja besar untuk sebuah agensi berita apabila membina studio di Wisma Bernama. Sekarang ialah masa untuk menjustifikasinya. Kalau tidak tahu, saya boleh membantu.
(4) Tidak perlu mengaji consultant Mat Salleh yang hanya pandai menipu untuk merancang, mengurus dan melaksanakan projek ini. Sudah cukuplah era Mat Salleh yang penuh dengan kepura-puraan yang datang hanya untuk mengutip gaji yang besar dan memberitahu kita apa yang sudah kita ketahui! Rakyat Malaysia sudah cukup mahir dalam industri TV. Mereka boleh dicari dan mereka sentiasa hendak membantu melaksanakan impian dna hasrat kerajaan. Hanya perlukan sentuhan mereka untuk tujuan ini. Juga tidak perlu melantik seorang "consultant lapok" yang sudah bersifat "Nyang" dan bukan lagi TokWan yang dikatakan Bapa Industri TV Malaysia. Pengetahuan beliau yang amat terhad yang dikatakan digunakan untuk memulakan RTM 2, TV3, NTV7 dan TV9 masa dolu-dolu harus dilupakan kerana pada era kini, anak muda Malaysia sudah jauh lebih hebat daripada beliau. Biarkan beliau berehat dengan "hasil" kepakaran yang sekelumit yang beliau faraidkan daripada pembabitannya di kesemua stesyen tv yang dinyatakan di atas. Sudah cukup beliau yang berketurunan Merican ini membobrokkan stesyen-stesyen tv sebelum ini. Harap2nya Bernama tidak akan menjadi mangsa berikutnya. Sekiranya terjadi juga maka amatlah bodoh dan bangang wal baghal mereka yang berada di Bernama yang disebabkan minda mereka yang terkepong akan tidak tahu yang mana satu fakta dan yang mana satu auta.
(5) Saya ingin memberi contoh bahawa Discovery Channel adalah satu daripada beberapa saluran popular di Astro dan yang semua orang mungkin tidak tahu bahawa ianya dirancang, diurus dan dilaksanakan oleh sebuah syarikat multimedia Malaysia yang berstatus MSC dan beroperasi di Singapura! Dan yang mengendalikannya ialah anak-anak muda dari Malaysia! Satu lagi daripada sentuhan-sentuhan mereka ialah MTV dan Football Focus. Mereka telah membuktikan bahawa bukan semua Mat Salleh pandai dan tidak semua anak Malaysia tidak boleh buat!
Cukuplah setakat ini saya berkhutbah! Akan disambung sekiranya pendapat saya diperlukan. Namun, janganlah meletihkan saya dengan hanya memberi pendapat tetapi tidak pula memberi pendapatan. Bagi Pendapat Tapi Tidak Ada Pendapatan tak berapa seronoklah!
Sekian, Saya Tahu Apa Nak Buat dan Tahu Bagaimana Nak Dibuat, InsyALLAH selagi hayat dikandung badan selagi itulah perjuangan diteruskan! Berjuang Untuk Negara, Gagalkan Angkara (BUNGA)
Man Kodiang
Jitra Heights, Kedah
Tuan Syed,
Saya tidak bersetuju dengan pendapat tuan yang Astro dan Bernama sepatutnya menjadi gandingan hebat untuk stesen tv "milik kerajaan" ini. Adalah lebih afdal, kata orang tuanya, Bernama berdiri di atas platformnya sendiri dan tidak bergantung harapan dengan satu syarikat swasta, terutama stesen tv satelit berbayar yang ternyata kaya rata dengan bayaran untuk siaran cerita ulangannya. Jangan lupa Astro hanya wujud berorientasikan keuntungan.
Astro memang mempunyai kemampuan kewangan dan sebagainya, namun adalah "bodoh" kerajaan memberikan satu-satunya stesen berita yang sepatutnya menjadi senjata utamanya dalam memerangi berita jalang antarabangsa.
Bernama pada dasarnya adalah hebat, yang menjadi batu penghalang adalah kepimpinan yang half past six. Bernama membiarkan manusia yang berotak beku untuk memimpin dasar dan operasinya.
Bilalah nak sedar?
Sepatutnya begitulah. Saya ingin melihat Bernama TV unggul sebagai salah sebuah stesen berita yang berwibawa bukan sekadar menaguk di tepi gantang!
Sekarangpun Bernama bekerjasama dengan Astro untuk mendapat ruang. Jika Bernama mampu mengadakan perkhidmatan berita tv secara bersendirian tentu lebih baik. Astro juga ada perancangan nak wujudkan satu saluran sedemikian rupa. Jadi sebarang kerjasama antara Bernama dan Astro tetap berbentuk sementara.
Saya setuju dengan pendapat saudara mengenai kepimpinan yang perlu ada dalam Bernama. Jika nak maju mestilah dapatkan orang yang benar-benar layak dan berkepakaran dalam bidang tertentu. Jika tidak, terima sajalah 'faedahnya'.
Bro,
To operate a news channel successfully, Bernama must recruit truly professional broadcast journalists, editors, cameramen, technicians and so on.
Bernama must be willing to pay according to present market value to get the right people for the job. If the agency pays peanuts, then it will only get monkeys!
Good luck to Bernama.
Media Realist.
Habib,
Kalau Bernama nak mulakan saluran tv itu sudah kira bagus lah. Akan tetapi buat stock check dulu. atau sekurang-kurangnya due diligence
Kalau banyak sangat di atas plate, maka fokus akan berkurangan dan akhirnya jadi cacamarba. Di sana tidak di sini pun tidak. jangan bazirkan peruntukkan kerajaan.
Jadi, kisah radio bernama tu tak payahlah, terus sahaja niat dengan saluran bernama tv di astro. adalah lebih jimat dan berhemah sekiranya benar-benar tahu apa yang nak dibuat. sekurang-kurangnya tahun depan baru lah bernama tv dia stro menjadi kenyataan, selepas kajian mendalam dan secara profesional.
Kalu boleh, "mereka-mereka" yang ada di bessar tu tak payah lah dok sibuk, kerja anda semua pun, kalau ada la, daj banyak. sewajarnya bessar ialah anak syarikat yang ditubuhkan untuk membenarkan bernama berniaga sebab akta bernama tidak membenarkan ajensi terbebit dengan bidang perniagaan. akan tetapi kalau anak syarikat dok makan di dalam sedangkan peranan sebenarnya ialah membawa keuntungan ke parent company untuk dikongsi bersama laba, alamatnya ceo ka coo sapa ka tidak reti berniaga la. nak harapkan azman ujang gagap yang baru jadi gm untuk ngerti bab business ialah seperti bertanyakan bos dan kawan baiknya zam ala kazam pasal business jugak la. dua kali 5 dan 5 kali 3...jawapnya sama jugak.
pak tuan,
Pokok pangkalnya, pentadbiran bernama kena cantas. cukup-cukuplah lah era zaman siamang kalut.
Satu ketika dulu, tv3 pun dah rugi juga. hutang dah naik ke hidung. satu demi satu stesen tv tutup "buku". habis pentadbiran kena ubah bila media prima dok kaut. jangan lupa hakikat itu. bila media prima dah beli, barulah naik nama nya si farid ridzuan. dan nama-nama yang seangkatan dengannya. best ceo, best coo..dan tah hapa-hapa. pada pandangan saya, semuanya badi pak lah. kalau dah badi, memang tak boleh kata apa lah kan? farid hebat? personally, tak kenal siapa dia, tetapi dari segi pentadbirannya, mungkin lebih baik dari yang ada di bernama ni lah. di bernama pun badi pak lah melekat. tak tahulah, mungkin badi pak lah di bernama ni boleh menukar wajah bernama menjadi agensi terkemuka, tak tahulah. yang pastinya, badi yang ada kat bernama ni, nampaknya lebih berminat nak isi poket sendiri.
bernama buat tv? idea ni dah lama. sekarang baru tiba-tiba nak jadikan kenyataan. macam ada udang sebalik batu saja. sebelum ini pun, bukan seorang dua dah dok leter bernama ni elok ada saluran tv sendiri, macam-macam dah kata, tak ada apa pun. buat gimik lagi kotnya.
bernama dah memang ada studio tv. memang patutlah ada saluran tv.
nak tengok sejauh mana kuasa pengerusi bernama pula kali ini.
Saudara,
Saya mengamati perkara ini dari beberapa sudut dan saya percaya inilah langkah terbaik untuk Bernama.
Bernama melalui saluran tvnya boleh mempertingkatkan imej Bernama dan yang lebih penting imej negara apabila siaran yang dipancarkan melalui satelit itu menembusi sempadan banyak negara.
Kerajaan selalu bercakap mengenai perlunya negara-negara ketiga dan Selatan mengimbangi dan membetulkan laporan-laporan yang tidak tepat dan berat sebelah oleh media Barat. Inilah peluang untuk Bernama berbuat demikian.
Ia bukan satu perkara yang mudah. Seperti yang saya dan beberapa orang rakan selalu menyebut, Bernama mesti mendapatkan orang yang sesuai dan berkelayakan serta berpengalaman. Bernama mesti sanggup 'bayar' untuk mendapatkan khidmat mereka.
Saudara juga menyentuh tentang pengerusi Bernama, bagi saya dia tidak penting! Dia hanya pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengelola, sekiranya dia tahu dan sedar peranannya. Dia bukan pengerusi eksekutif yang ada kuasa untuk mengarah itu dan ini walaupun dia 'dekat' dengan Pak Lah.
bro syed,
berilah peluang kepada kepimpinan bernama yang ada sekarang untuk bernafas buat seketika. kita tengok mampukah au mengurus sebuah agensi berita nasional setanding dengan reuters, afp, ap dan sebagainya.
kita seharusnya menyokong dan memberi semangat kepada bernama utk mempunyai saluran tv yang tersendiri dan bukannya menumpang astro spt yang ada sekarang.
saya rasa bernama mampu sekiranya diberi peluang. janganlah kita condemn dahulu sebelum ianya beroperasi.
satu lagi perkara, dah lama saya tak baca tulisan zaki cucu tok tam. dia merajuk ke?
PAK SYED,
memang laa SI Pengerusi tu bukan Pengerusi eksekutif tp dia dah bertindak macam Pengerusi Eksekutif sekarang ni..!
Semua mesyuarat dia nak masuk..!
Pak Tuan,
Semua tahu pengerusi Bernama tak penting, takat datang dua-tiga kali setahun cukup, ambil cek sebelum masuk meeting, balik, dok diam-diam. tetapi, kalau dah sang dayus di Bernama tu dok degaq kata Pengerusi sekarang ni yang gila kuasa, tak penting pun jadi penting. Tak ada kuasa pun boleh memerintah juga. Pak Tuan mana tahu!
Pak Tuan boleh bercakap secara teori saja, malangnya secara praktisnya, Bernama sekarang dah macam longkang pusat bandaraya. Siapa yang boleh betulkan?
Kalau dah tiang senget, nak cat bikin cantik pun tak guna. Rebah merudum ke bumi jugalah akhirnya. Tiang kena betulkan dulu, baru boleh nak cat ke, nak pagar ke, nak apa pun lah.
meluat dah nak cakap pasal bacul-bacul di Bernama ni.
Pengerusi Bernama yang berketurunan Banjar ni, dah ala lanun sekarang ni. Dok redah saja. Lagi teruk dari Mamu Zam! Kalau Mamu Zam dia buat cela masih manis juga kerana ada tiket "menteri". Tiket "pengerusi" tu takat lepas masuk meeting board saja, tapi dia terjah juga. Pak Tuan tak tau jangan nak katalah.
Pak Tuan,
Penyelesaian kepada masalah ini senang saja. Cerita pengerusi bukan eksekutif akan tetapi bertindak bagai ada kuasa eksekutif telah banyak kali kedengaran dan bernama tidaklah terkecuali. Ini bukan kali pertama dan bukan kali terakhir.
Pengerusi tidak menjalankan urusan harian, pengurus besar adalah ketua eksekutif dan di tangan beliau lah segala keputusan eksekutif. Akan tetapi sekiranya ketua eksekutif yang bangang dan bodoh dan nampak macam putus wayar macam yang ada sekarang di bernama, pendek kata pengerusi akan ada "field day" lah. Sebenarnya "a walk in the park" untuk pengerusi yang pada hemat saya tidak pedulikan sangat bernama sebab kepentingan beliau di tempat lain lebih mendesak dan lebih menguntungkan. Apalah sangat elaun RM1,500 berbanding dengan gaji dan elaun pengurus besar yang melebihi dua angka yang sepatutnya lebih berkuasa dan otoriti sebenar.
Saya diberitahu bahawa disebabkan ada perjanjian antara pengerusi dan pengurus besar yang dibuat sebelum perlantikan dilakukan, si pengurus besar "sanggup berkorban" untuk menerima jawatan pengurus besar pada Gred Jusa B sedangkan pengurus besar yang sebelum ini berGred Jusa A. Ini menunjukkan betapa bangangnya dan samdolnya pengurus besar yang ada sekarang dan sanggup menerima apa sahaja syarat asalkan "aku jadi gm". Apalah nak diharapkan sangat dengan pengurus besar sekarang yang hanya berpendidikan ke tahap Tingkatan 5 sedangkan si pengerusi ni memiliki sarjana dan pernah menjadi ketua eksekutif di sebuah anak syarikat kerajaan negeri perak seketika dahulu. Kalau pengerusi temberang dan auta cukup2 (dengan menyebut pelbagai peraturan dan prosidur untuk menakut-nakutkan pengurus besar) si pengurus besar yang tidak cukup pengetahuan dan tidak tercapai dek akalnya ini akan terima sahajalah. Apa nak buat, inilah nasib kalau dah tidak berpendidikan tinggi, diperkotak-katikan sajalah. Pengerusi juga semestinya guna nama-nama seperti PM ka, Tingkat 4 ka, mana kita nak tahu kan, sedangkan umum mengetahui bahawa pengerusi tidak lagi berada dalam golongan selesa PM atau lebih tepat tidak lagi dalam innner circle PM, amat bertentangan sekali dengan anggapan umum. Mungkin Pak Tuan pun silap dalam hal ini apabila menganggap pengerusi berada dalam golongan selesa sedangkan bebudak Tgkt 4 di JPM buat endah tak endah sahaja terhadap si pengerusi bernama!
Bidalan orang tua2 bahawa "si bodoh menjadi makanan si bijak" amatlah sesuai bila menyifatkan situasi di bernama dan mereka yang bacul dan dayus yang membaca coretan ini sewajarnya sedar bahawa mereka sedang digembalai oleh seseorang yang cukup tidak tahu apa-apa, apatah lagi berdepan dengan pengerusi yang hanya ingin mengunakkan nama bernama, tak kisahlah kalau elaun yang didapati setiap bulan hanya untuk membayar duit minyak kereta-kereta yang beliau ada. Sudahlah kereta rasmi bernama diguna, minyak free pun hentam sama! Kesian bernama.
Seperkara lagi yang ingin dinyatakan selain daripada beberapa puluhan ribu ringgit pendapatan si pengerusi dengan badan-badan korporat yang lain termasuk Berjaya Group, syarikat beliau juga sedang menikmati kontrak sistem pengesan edaran minyak disel dengan menggunakan teknology nanno di sebuah kementerian yang berpendapatan sebanyak 10 juta setiap bulan - 120 juta setiap tahun untuk selama 3 tahun. Jadi, dia peduli apa dengan bernama yang tidak pun sampai jadi tahi gigi dia!!
Cerita pengerusi bukan eksekutif tetapi tiba2 "ada kuasa eksekutif" ini samalah seperti kisah raja-raja melayu yang tiada kuasa eksekutif disebabkan kuasa eksekutif berada di tangan memberi besar. Akan tetapi apabila setiap masalah, rujukan, persoalan dan pertelingkahan dihadapkan kepada raja-raja melayu yang kunun-kununnya bertindak sebagai arbitrator, maka akhirnya kuasa eksekutif akan datang dengan sendiri. Apabial ini terjadi, maka akhirnya raja-raja melayu pun akan beranggapan bahawa mereka kembali berkuasa sedangkan Dr Mahathir Mohamad telah bertindak mengekang kuasa mereka disebabkan kepincangan dan apa yang dikatakan sebagai kezaliman mereka terdahap rakyat. Apabila kuasa di tangan, maka raja-raja melayu pun berasa kembali berkuasa dan bila ini terjadi, nak ambil balik adalah sesuatu yang mustahil.
Mungkin ini yang sedang berlaku di mana-mana, termasuklah bernama apabila individu yang kunun-kununnya pembesar bernama tidak mempunyai daya juang dan daya pengetahuan dan jauh sekali kekuatan untuk mengekang pengerusi yang sudah mula bersultan di mata dan beraja di hati. Pokok pangkalnya ialah pengurus besar -- kalau ada pendidikan dan pengetahuan semua ini mungkin boleh diselesaikan secara bijaksana. Akan tetapi kalau sudah umur lebih tahap persaraan wajib dan pendidikan di takuk Tgkt 5, jangan lah mimpi apa-apa. Mimpi sahaja lah, dan tidaklah payah buat kerja. Dia nanti tanya, kerja apa?
Alamatnya selesailah Bernama.
Hebat...memang hebat kalau betul-betul bernama mampu menyediakan saluran TV nya sendiri. Jangan dok gah promo je...tapi kualiti hampehhhh. Ala...bukan tak biasa tengok projek macam ni kat malaysia ni. Bajet juta-juta, hasil produksi kelas 3 dan tak berdaya saing langsung. Bukan nak menghina tapi hanya otak berkualiti yang jelas nampak hakikatnya sebenarnya.
Kita maklum semua projek ada untung rugi. Tapi kalau buat sepuluh projek, lapan rugi, satu terbengkalai dan satu pulang modal je...can this be justified as a good business venture.
Poor bernama people become poorer. Nak harap pengurusan bernama cari orang berpengalaman???? Nak mencantas ada le. Nak gelak je dengar tu!!! Malas nak cakap panjang-panjang la....Kepada pengurusan BERNAMA... BUKAK MATA, BUKAK MINDA, JANA OTAK, BETULKAN NAWAITU...haaaa...baru buat bisnes.
Anyway good luck for the new Bernama TV.
Sdra Syed Imran,
Saya khuatir satu perkara sahaja. Disebabkan minda pengurus besar yang selayaknya, paling tinggi di bernama pun ketua penyunting sahaja, ni akan keliru mana satu yang bernama saluran dan yang mana satu yang bernama stesyen.
Daripada apa yang saya faham dan dengar sehari dua ini, mereka bercadang nak tubuhkan Benama TV tanpa Astro. Apakah mereka faham perbezaannya?
Saluran Bernama Tv adalah satu daripada saluran yang ada di Astro, bermakna menyewa (kalau kerajaan punya tak payahlah sewa macam rtm 1 dan rtm 2) dis atu daripada pelbagai saluran di tv satelit itu. Kalau nak buat stesyen saya ingat ini betoi-betoi kojo bangang sebab tidak ada orang yang cerdik buat kerja macam tu! Kos jangan cakaplah akan tetapi sekiranya nawaitu nak kaut duit (terutamanya geng bessar yang mata duitan) nanti mereka akan propose buat stesyen dan jalankan siaran tv bernama! Ini memang kojo bangang dan bodoh yang amat tolol!
Kesianlah Bernama...Dahlah Bodoh, diperbodohkan laie.....
Pak Tuan Syed Imran,
Saya ingin perbetulkan tanggapan bahawa cadangan mewujudkan Saluran TV Bernama sebenarnya tidak memerlukan belanja besar, jauh sekali ratusan juta seperti yang dijangkakan.
Ianya juga tidak perlu kepakaran Mat Salleh yang tidak berpekerjaan di tempat mereka akan tetapi berlagak seolah-olah dia tahu macam-macam bila sampai di sini dan ditatang bagaikan seorang perunding yang berkaliber besar. Dia akan jual temberang dan Bernama akan beli autanya untuk berbelanja besar untuk menubuhkan salurannya sendiri. Dan yang selalu menjadi lumrahnya ialah cadangan perunding tadi ialah membeli peralatan yang dikatakan canggih daripada senarai syarikat-syarikat yang dia sendiri mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung. Orang kita yang tidak berpengetahuan akan terpedaya bulat-bulat. Ini pernah berlaku dan tidak mustahil akan berlaku lagi.
Langkah bijak ialah dengan mengadakan kerjasama dengan Astro untuk memperolehi satu daripada salurannya untuk dijadikan Saluran TV Bernama, sama seperti Discovery Channel, National Geography, MTV Asia, Animal Planet, Travel and Living dan sebagainya. Ianya adalah saluran dan BUKAN stesyen. Ada perbezaaannya dan perbezaan ini membawa kepada perbezaan penerimaan fakta atau lebih tepat kefahaman dalam bentuk peruntukkan yang tidak besar mana pun.
Pendek kata, tepuk sikit kepala agar otak mereka di Bernama itu bekerja sedikit dan tanyalah "tahu ke tidak ke?".
Apa pun cerita mengenai pengerusi bernama yang kena "field day" berbalik kepada dia juga. Ada sebab AU dipilih.
Tak pelik ke AU dirampas dari tugas menanggung tugas PB seketika dulu dan tiba-tiba sekarang jadi GM pula. Tak pelik ke? Apalah Pengerusi ni fikir.
Duit tak seberapa, tapi bak kata orang, kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang? Samalah juga bidalan ada udang sebalik mi goreng. Nak dapat tender ke apa ke, kena la pegang jawatan juga dalam "gomen" ni...biarlah taik gigi pun, tapi masyuk yang lain banyak! Ibu duit kata orang berniaga.
Gone case la Bernama ni.
bro syed,
saya tertarik dengan pandangan man kodiang. walau bagaimanapun, saya perlu ingatkan di sini bahawa bernama tidak dapat lari dari prosedur tertentu kerajaan dan 'gangguan'anggota pentadbiran, khususnya menteri dan timbalan menteri kerana bernama itu sendiri adalah sebuah badan berkanun di bawah kementerian penerangan.
kita tak perlulah bercerita tentang sebuah badan bebas kerana kita boleh lihat sendiri bpr yang dianggap bebas tidaklah bebas untuk terbang ke sana sini mencari makan. bpr itu sendiri berada di bawah jpm. jadi apa kita nak bercakap panjang lebar tentang kebebasan agensi-agensi kerajaan tertentu. tak ada satupun agensi kerajaan yang bebas dan boleh bertindak sesuka hati. namun tidak dapat dinafikan wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh orang tertentu ke atas agensi-agensi tersebut. sekiranya bernasib baik, terlepaslah orang tersebut dan boleh hidup selesa. sekiranya terbongkar, apa nak buat terimalah nasib malang dan akan jadi lebai malang apabila kena masuk penjara dan hilang semua wang pencen.
mereka yang diamanahkan untuk menjadi ceo glc's juga satu hal. mereka fikirkan merekalah yang paling hebat, pada hal mereka diamanahkan untuk mentadbir glc tersebut. ini tidak, glc tersebut seolah-olah sudah menjadi hak milik bapak dia sdn bhd, selagi boleh sapu, mereka akan sapu hingga bersih kerana apa yang hendak dirisaukan kerana syarikat tersebut dipunyai oleh kerajaan. inilah persoalannya.
hello,, i'm new here but just to say a comment... when you serve the country well you hope to get same from your country interms of good medical by the company , the company take care the staff and the families members well, appreceited by the company ,,,, but at the end of the day the staff still loose coz dia hanyalah seorang yang kecil sebagai rakyat malaysia....
Post a Comment