Menteri Penerangan yang juga mantan wartawan Utusan Melayu terus memperlihatkan pusingan 360 darjahnya sejak selesa mengawangi dunia politik yang pada satu ketika dahulu dia tidak berminat. (Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dipersalahkan kerana membawa masuknya ke dunia politik menerusi Dewan Negara. Memberi nafas baru kepada kehidupannya)
Datuk Seri Zainuddin Maidin yang berada di Kota Singa (6 April) dan menikmati hiburan bersama RTM dengan saluran Suria Mediacorp, memberitahu wartawan bahawa dia menyokong cadangan untuk mendaftarkan laman blog, terutamanya yang bersifat politik.
Nana Zam dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa jika media arus perdana tertakluk kepada pendaftaran, pemantauan dan undang-undang tertentu, (Nana Zam tak sebut nama undang-undang itu seperti ISA, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Rahsia Rasmi, antara lain) tidak ada sebab kenapa pengendali blog boleh dikecualikan.
Lepas ini, kita tak akan terperanjat sekiranya Nana Zam kata kerajaan mesti pantau gelombang udara dan jaluran-jaluran komunikasi kerana sumber itulah yang membawa dan mengalirkan segala maklumat ke seantero dunia dan mungkin sebuah kementerian khas perlu diwujudkan dengan pejabatnya bukan di Angkasapuri tetapi di angkasa raya!
Pertama sekali, apa dia blog bersifat politik? Adakah blog yang dimaksudkan itu dikendalikan oleh orang politik seperti Shahrir Samad, Lim Kit Siang, Dr S G Tan, Husam Musa, Anwar Ibrahim dan ramai lagi tokoh politik profesional.
Apakah blog bersifat politik itu termasuk yang dikendalikan oleh Ibu Pejabat UMNO dan Bahagian-Bahagian serta Cawangan-Cawangan UMNO, MCA, MIC dan Gerakan atau yang dikendalikan oleh PAS, DAP, KeAdilan dan sebagainya?
Nana Zam kata: "Kita mesti tahu siapa mereka, jadi mesti ada undang-undang yang akan menyebabkan mereka kita kenali". Kalau blog bersifat politik dan dikendalikan oleh orang politik, tak payah daftarlah sebab dah tahu dan dah kenal!
(sila ke http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=255420 untuk laporan lengkap Bernama)
Yang lebih teruk lagi, Nana Zam berkata (menuduh lebih tepat) bahawa: "Cita-cita mereka ialah untuk menjatuhkan kerajaan dan juga untuk mengembangkan fahaman politik mereka dan membantu mana-mana pihak untuk tujuan politik."
Tu dia! Satu tuduhan yang amat berat tetapi mana asasnya? Amat mudah dan selesa nampaknya tuduhan seperti itu dilemparkan oleh seorang mantan wartawan seperti Nana Zam.
Kalau nak cari modal politik dan nak tambah saham pun janganlah sampai macam tu. Kajilah dulu, tenangkan fikiran, fikir masak-masak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang hanya memperlihatkan 'kecerdikan atau kebodohan' kita.
Kepada Nana Zam, saya syorkan supaya sekali-sekala singgahlah ke pekan Kuala Kedah, pekena laksa atau pasembor di sana. Kenang-kenanglah zaman silam. Renung-renunglah zaman kehidupan lampau, zaman kanak-kanak ... Mungkin, ya mungkin, kenangan lalu dapat mengubati rindu, dapat mententeramkan jiwa, dapat menemui ketenangan dan mengembalikan kita kepada realiti hidup di zaman siber!
Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain.
10 comments:
Habib,
Pertamanya namanya Mamu, bukan Nana. Ini mamu yang suka makan nasi kepai (orang sungai petani pasti tahu kisah nasi kepai dan masa sekolah dolu-dolu mungkin suka makan ais kepal).
Ini adalah menteri penerangan yang masih tidak fasih berbahasa inggeris dan masih sukar menyebut dua perkataan -- singapura dan basikal dengan betul, lantas jadi shingapura dan bahshikal (sambil tangan menunjukkan gaya putaran roda). hari ni ada di shingapura!!
keduanya tidak adakah modal lain untuk melonjakkan diri di pesada politik tempatan daripada menjaja kisah-kisah trivia seperti "war against bloggers"? Takdak kah modal lain? apa yang nak diperangi? amende dia dok buat di angkasapuri selama ini? Mana dia kempen positioning pm yang teruk dibelasah orang di sana sini? mana dia gerak mesra pm untuk memartabatkan sokongan terhadap pak lah di akar umbi? bukankah itu kerja kementerian penerangan? singkatan pun kempen, bukan itu kerja kempen? mana dia kempen di sana sini?
mamu yang masih berpuasa (orang berpuasa wajib semasa ramadhan dan puasa sunat pada setiap minggu tapi malangnya ada orang puasa memanjang! puasa apa saya tidak tahu akan tetapi kata orang ada orang sedang berpuasa yang agak bergeloralah) ini sewajarnya mencari modal lain, jadilah innovator and bukan emulator. anda adalah kepala di angkasapuri iaitu ejen kepada segala ejen propaganda kerajaan, justeru gunalah jentera dengan sewajarnya dan dengan baiknya dan justifikasikanlah peruntukkan besar kerajaan untuk kempen. sementalahan itu, perbaikilah prestasi dan sistem penyampaian di bernama, jabatan filem negara, jasa -- jabatan siasah dan politik (dulunya jhek), rtm dan jabatan penerangan dahulu sebelum bertindak secara profesional untuk berhujah mengenai kisah dan cerita yang mungkin anda kurang mahir. tengok kiri dan kanan orang-orang kanan atau kepala-kepala di sana sini pun boleh dikatakan half-past six sahaja macam mana nak jadikan kerajaan pak lah ini hebat? akan tetapi kalau kepala di sana sini kurang hebat dan setengah masak tapi kepala bapak hebat oklah sikit dan bolehlah tahan. bila kepala bapak pun macam kepala-kepala di bawahnya juga, alamatnya angkasapuri jadi rehat tunggu mati(rtm) macam orang dok katalah.
persoalannya pernahkah mamu membaca blog2 ni? baca dulu sebelum membuat komen sebab saya sendiri kurang pasti apakah wujudnya blog politik? mungkin blog yang dimaksudkan ialah yang digerakkan parti-parti politik. kalau begitu mengapa perlu hendak bersuloh lagi seandainya sudah terang, tidakkah mereka mengenalpastikan diri mereka. seandainya blog yang sering menutarakan permasalahan politik yang menjadi sasaran, bukankah semua blog yang ada hari ini sudah mengenalpasti dan anda sendiri sudah pasti nama-nama mereka sebagai moderator blog? KudaRanggi ialah Syed Imran, KudaKepang ialah Ruhanie Ahmad, Rocky's Bru ialah Ahiruddin Atan, 3540 Jalan Sudin ialah No'Aina Samad, TheScribe ialah A.Kadir Jasin, Sang Kelembai ialah Zaharin Yassin dan senarai berikutnya agak panjang. pastinya mereka mengenalpasti siapakah mereka. apa lagi nak diperkenalkan. sekiranya anda pernah membaca maka anda tidak akan bercakap seperti anda tidak pernah membaca blog-blog ini. seandainya anda tahu bagaimana nak operate pc atau laptop maka anda tidak akan berkata sebegini. sekiranya hanya membaca laporan yang kononnya sulit daripada abdullah murad jabatan penerangan dan mohamad amin jasa dan anda membuat kesimpulan bahawa para perawi maya ini hendak menjatuhkan kerajaan, mungkin anda tersilap pendapat dan anda telah tersilap baca laporan atau terbaca laporan yang silap yang disediakan oleh orang-orang kanan kementerian penerangan yang turut sama kurang membaca dan kurang mahir dengan persekitaran alam siber. seandainya hendak menjatuhkan kerajaan mungkin dah lama kot kerajaan hari ini senget menunggu rebah! pastinya itu bukan objektif mereka. objektif umum mereka ialah menegur para pembesar yang keterlaluan. adakah anda terasa dek komen perawi maya kerna mendesak pm melantik durjana bin angkara jadi kepala di bernama?
mungkinkah para pembantu pejabat menteri yang pernah menjadi wartawan wajar memberi nasihat yang lebih baik kepada mamu mengenai senario media cetak, media elektronik dan media siber terkini sebelum anda membuat kesimpulan. baca dulu sebelum bercakap, jangan lah sampai membuat kesilapan selepas kesilapan seperti yang berlaku sebelum ini yang membabitkan kisah iklan makanan segera sehingga memalukan angkasapuri! atau yang sebelum itu mengenai rating rtm versus tv3 (ct vs mawi)! atau yang sebelum-sebelum itu. banyak sangat dah mamu buat silap. pendek kata orang dok gelak tengok gelagat mamu kaki nasi kepal ni!
jadilah seperti mantan2 menteri penerangan yang sebelum ini yang banyak membaca dan mengetahui hal dunia sebenar dan keluarlah daripada kemelut pemikiran lama yang jumud dan beku...menteri-menteri penerangan sebelum ini adalah antara penasihat utama perdana menteri akan tetapi seandainya anda perlu dinasihati, apa nak kata lagi, kan?
Sementara itu tengok-tengoklah sikit apa setiausaha sulit dok buat? bekerja di angkasapuri atau mengerjakan angkasapuri? juga jengok-jengoklah sikit pegawai khas timbalan menteri, tidak kah cukup nafsu serakah dia dipenuhi dek gadis-gadis muda selama ini? maklumlah di angkasapuri ni ramai yang datang "menyerah"...faham sendirilah...kalau tersangat rajin dok bersekongkol dengan "broker lendiaq" kepala botak yang dulunya suka mengikut buntut pak nana sebelum mamu ni, alamatnya satu hari anda akan ter"wet-catch" di bilik hotel atau apartment dengan gundek-gundek muda....timbalan menteri yang terkenal dengan waraknya tidakkah ketahuan akan angkara pegawai khas yang jantungnya tidak berapa sihat ni?? hmmmm...banyak cerita di angkasapuri la Sdra Syed!
Mamu, tengok la dulu angkasapuri sebelum tengok di luar sana...
Man Kampong Gajah, Perak
Man Kampong Gajah,
sebenarknya saya nak guna ganti nama Mamak, tapi memandangkan dia tua sikit dari saya maka saya gunakan ganti nama Nana. Walau bagaimanapun, ganti nama Mamu cukup sesuai dan kena sangat.
Depa lupa atau pun tak tau lansgung bahawa apa yang depa dok kata dalam media arus perdana mengenai blog dan pengendali blog bukan menjauhkan orang ramai tetapi mendekatkan rakyat kepada blog.
Saya dapat tau bilangan pengunjung yang melayari blog melonjak begitu hebat sekali. Orang yang tak tau apa dia blog pun la ni dah tau. Orang kampung la ni bukan macam zaman mamak pasembor Kuala Kedah jaja sana sini, tapi depa celik komputer dan suka layari internet. Depa suka baca apa yang ditulis dalam blog. Terima kasih sajalah kat pak-pak menteri dan timbalan menteri yang bagi hebohan dan lolongan untuk blog di Malaysia.
Mamu masih posa? Kan dia boleh penuhi syarat, janga pulak kerana posa dia tak dapat nikmati ketenangan jiwa dan ketenteraman hidup. Yang baik-baik tu buatlah!
Pak Tuan,
Ini semua Mamu punyai pasai la. Dulu depa kata Mamu MRCB dok buat bagi pelingkup glc tu. Takan tak kenai mamu mantan md MRCB? La ni ada orang muda di pesada tengok la macam mana prestasi MRCB yang cukup terra dan A, kata orang Kola Kedah.
Nana ni pangkat abang tapi bila dah umoq tua sikit (had ni tua banyak) depa kata kena pangge mamu la baru sesuai. Kalu dah uuot sangat, cukup sesuai la pangge mamu. Harap2 sangat mamu tak pelingkop la angkasapuri...berapa banyak dah mamu-mamu yang dok ada dok pelingkop amanah dan tanggungjawab yang depa dapat. Stendard depa ni rumbu nasi dalca dan terong bodo saja...
Cakap pasai pasemboq (orang kl sebut rojak) ni saya seluloi dok p kola kedah pasai keahlian umno di bahagian tu dan masa dok aktip pemuda umno dulu. Saya dak pernah jumpa pun pasemboq baguih punya, tak tau la Pak Tuan jumpa di mana tapi yanga saya puaih makan yang had ada di kl. Dulu ada satu di celah-celah lorong di kompleks damai (kuah kacang piaw stendard A) tapi la ni anak penakan depa buat dah tak sedap pasai mamu dia p balik india. Jadinya, lama sangat tak pekena pasemboq stendard A.
Pak Tuan,
Dah lama tak baca akhbar arus perdana ni. Jelik! Tambahan pula dok baca keletah si Mamu Gagap ni dan yang seangkatan dengannya. Susah..."kampung" sendiri tak terjaga, ada hati nak memantau angkasa raya/ langit kayangan ke-7...demam kepialu agaknya si Mamu Gagap ni? Ngaji dulu Mamu!
Inilah dikatakan orang, bangkai gajah depan mata buat dunno tapi bangkai nyamuk dok nampak. Kasi tengok sikit BERNAMA dan yang sewaktu dengannya tu. Orang tak katalah Mamu kalau tak benar. APA MAMU TAK TAHU MALUKAH? BAIK LETAK JAWATAN SAJA!
Orang dok kata merata pasal BERNAMA, apa mamu buat? Mamu diam saja, buat onar lagi adalah. BERNAMA saja macam-macam cerita yang ada. Projek radio tu Mamu yang dok support. Apa ni Mamu, tak habis lagi orang dok gelak keletah Mamu pasal CT-Mawi, sekarang nak buat lawak percuma lagi? Apalah Mamu...otak dah lendiaq agaknya! Nak suruh bloggers politik register la pulak...apa nama Mamu kata? Bloggers politik tu apa dia? Nampaknya, mamu ni demam kepialu tak kebah...kasihan sungguh.
Balik Penang lagi baik la Mamu.
Pasembork tu cerita tahun 1950an. Mamak tu tak tahan lama pasai tak sedap dan orang sana yang hampiaq semuanya turun ke laut, tak suka makan pasembork.
Mamu kita ni keturunan mamak Kedah, bukan Penang. Tapi dia mola jadi pemberita sambilan (stringer) dengan surat habark Warta Negara (Jawi) yang berpejabat di Tanjong.
Pengarang pengasas Warta Negara orang Tanjong Tokong, nama dia Ibrahim Mahmood, bapak Mahrus Bernama.
Dear Bro Syed,
Mamak is always a miscontrued word. If knowledge serves me right, mamak is an address for uncle, as much as mamu, yes? Nana is for abang, aci is for kakak or sister in an Indian Muslim family or even for half-Malay half-Indian Muslim family like that of Radzi Sheikh Ahmad who is called "Mak Di" by his sublings and siblings of theirs.
It is also the same with Kadir Sheikh Fadzir. So, or someone is of a grandfather age (around 66) the minister of info must be a mamu or mamak. Thenafter i wonder why they have "sheikh" in their names because as far as i know "sheikh" means Tuan or Sir and it is an honor to good people and their family. Unless Bro Syed could enlighten me on this.
Zainuddin Maidin is of Indian Muslim stock, hence is of Darah Keturunan Keling or DKK. And mamak is an address to him by his nephews and nieces, yes? Up there in the north Malays call descendants of this blood lineage Keling and i was told it was not a offence or to be taken as an offensive word, yes? Perhaps only in Kuala Lumpur the Indians take offence when this word is uttered. Indians to the northern Malays are Hindu, although it is actually their religion and not their origin or race.
Bro Syed was hinting of the minister of info's beginnings in Kuala Kedah. I have always thought that he was brought up in Alor Setar, schooled at Maktab Mahmud in Sungai Korok up to Form 5. Maktab Mahmud is a religious school, yes? As far as i know the minister is the one and only member of the cabinet who has no basic diploma or even a degree, making him the sole VIP who has never seen a campus life. His cv told us of a diploma from an eastern europe institute of journalism which is of no merit or worthy credentials. Most senior Malaysian journalists have attended some journalism institute in former socialist block.
Perhaps Bro Syed know more about minister's background. Care to share with us?
SCARFACE Al-Shahbuddin, nephew of Alor Setar's so-called Montoya Del Monte (remember him?) who was brought down disgracefully by Sanusi Junid, Osman Aroff, Daim Zainuddin and Mahathir Mohamad in 1984. Since then Kedah MB's position is cursed and we shall see how long Mahdzir Khalid shall prevail.
Certain words in local Malay vocabulary such as mamak, mamu, mami, nana, aci, maini, mapele and ponu are popular in the north due to the large number of Jawi Peranakan or Jawi Pekan and Indian Muslim (Keling) communities. Jawi Pekans are the products of inter-marrriages between local Malays and Indian Muslims.
As far as I know, Zainuddin Mydin is not Jawi Pekan but Indian Muslim so is Noor Mohamad (2nd Finance Minister). Tun Dr M is definitely a Jawi Pekan, so is Radzi Sheikh Ahmad and Anwar Ibrahim.
As you said, Keling is not an offensive word at all. Those people who opposed this word and even sued Dewan Bahasa dan Pustaka are simply ignorant of the word. The word Keling refers to Indian Muslims while the non-Muslim Indians are called Hindus, irrespective of whether they are Hindus or not.
Now, if the word Keling is offensive, do you think the Indian Muslims and the Muslim community at large would agree to name a grand mosque in Penang as Masjid Kapitan Keling? The mosque was the unofficial state mosque until the official state mosque was in place.
Muslims will never name a mosque after an offensive word. Never!
The British colonial government even bestowed the title Kapitan Keling to the leader of the Indian Muslims in Penang similar to the title given to the leader of the Chinese community, Kapitan China.
The first Kapitan Keling, Cauder Mydeen (Kader Mydin), who was responsible for the construction of the Kapitan Keling mosque, would have rejected the title if the word is offensive.
As for the word 'sheikh' being used by certain people, it is equally puzzling to me. As far as I am aware of, the word refers to religious leader or leader of Arab kabilah. Thus we are familiar with the words 'Tok Sheikh or Pak Sheikh' or during the good old days of the Haj, Sheikh Haji.
Jawi Pekans or Kelings will not use the word 'sheikh' but 'shaik' but I am in the dark as to its background. For example - retired judge Shaik Daud Ismail. So, I am in the dark why Kader "Sheikh" Fadzir?
As for Mamu Zam, well Kuala Kedah is not that far away from Alor Star. One can even ride a 'bahshikal' to and fro.
Sdra Syed,
SAya baru sahaja diberitahu bahawa adalah menjadi amalan Pejabat Menteri Penerangan untuk melantik pembantu pejabat untuk bekerja dengan Mamu (seperti yang Sdra sifatkannya) akan tetapi gajinya dibayar oleh Bernama.
Begitu juga dengan seorang daripada 2 pegawai khas Timbalan Menteri Penerangan. Pegawai Khas ini yang suka "pompuan-pompuan muda ... (terpaksa disunat oleh moderator kerana sebab-sebab tertentu) .. juga dibayar gajinya, bukan sedikit iaitu RM5,000 oleh Bernama. Namun dia tidak pernah pun menjejak kakinya di Bernama walaupun bersifat sebagai kakitangan Bernama.
Warga Bernama yang saban tahun bertungkus lumus membanting tulang dan bekerja lebih dari 20 tahun pun belum tentu dapat RM5,000 akan tetapi pegawai khas ini yang tidakpun berpendidikan tinggi (hanya setakat Ting 5) tidak perlu bekerja keras dan mempunyai banyak masa terluang untuk bersuka ria dan berseronok bersama-sama gadis-gadis boleh dibayar sebegitu rupa. Sdra tahulah sendiri apalah sangat tugas Timbalan Menteri, apatah lagi pegawai khasnya?
Persoalannya bolehkah begini? Wajarkah? Apakah diluluskan? Halalkah? Yang pastinya mereka dibayar lumayan dan warga Bernama tidak tahupun mengenai perkara ini! Sekiranya Timbalkan Menteri perlukan pegawai khas dan peruntukkan jawatan tidak membenarkannya, bukankah beliau sendiri perlu membayar gajinya disebabkan pejabat Timbalan Menteri hanya diperuntukkan seorang setiausaha sulit kanan, setiausaha sulit, pembantu am, pembantu am rendah (budak pejabat), seorang pegawal pengiring (bodyguard) dan seorang pemandu.
Bolehkah macam ini Sdra Syed? pengiring
Jawabnya boleh. Ada caranya dan timbalan menteri berkenaan menggunakan cara itu.
Seperti yang sdra sebut, sesuatu jawatan untuk seorang timbalan menteri telahpun ditetapkan, termasuk pegawai khas.
Banyak menteri dan timbalan menteri mendapatkan pegawai tambahan dengan "meminjam" daripada agensi atau jabatan yang ada dibawah seliaan mereka.
Umpamanya, Bernama, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Filem Negara dan JASA terletak dibawah seliaan Menteri Penerangan. Maka pejabat menteri atau pejabat timbalan menteri boleh mendapatkan pegawai tambahan secara pinjaman dari mana-mana jabatan atau agensi tersebut.
Seperti yang dilakukan oleh pejabat timbalan menteri penerangan (mengikut komen sdra), pegawai berkenaan 'dilantik' oleh Bernama dan ditempatkan di pejabat timbalan menteri dan oleh kerana dia dilantik oleh Bernama, maka Bernamalah yang membayar gajinya.
Ia mungkin telah mendapat restu Lembaga Pengelola Bernama terutama sekali Pengerusi Bernama.
I would like to thank Alia (Alia's epistles) for her interest on the subject mentioned by her. Thank you.
I think they went overboard. Too bad.
Post a Comment