Thursday, December 28, 2006

Bagi Pak Lah cuti lebih penting dpd kebajikan rakyat

Sedih, cukup sedih melihat tindak-tanduk pemimpin yang kononnya mesra rakyat dan selalu mengambil berat mengenai masalah rakyat.

Macam mana tak sedih.... Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) bermain sandiwara di khalayak ramai dan dipancarkan oleh semua stesen tv dan disiarkan oleh semua akhbar.

Kononnya Pak Lah membatalkan cutinya dan bergegas pulang untuk meninjau nasib rakyat yang dilanda banjir besar di Johor dan Melaka, khususnya. Pak Lah digambarkan sebagai seorang yang benar-benar mengambil berat tentang untung nasib rakyat jelata.

Tetapi, ke mana Pak Lah selepas "lakonannya" itu tersebar luas? Kenapa Pak Lah tidak hadir pada majlis rumah terbuka Malaysia sempena Krismas di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri oleh Agong?

Rupa-rupanya Pak Lah sedang bercuti di Perth, Australia. Masya Allah.

Pak Lah berlepas dengan menaiki pesawat VIP Global Express yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Nampaknya Pak Lah memilih untuk berehat dan beriadah di Perth sedangkan hampir 70,000 rakyat Malaysia hidup dalam serba kekurangan di pusat-pusat pemindahan banjir dengan tidur beralaskan tikar arau tilam nipis, makan dan minum ala kadar dan melalui urusan peribadi (untuk mandi-manda dan membersihkan diri serta ke tandas) dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Di mana sifat insaniah? Ke mana pula perginya amanah sebagai pemimpin? Selaku pemimpin Pak Lah bertanggungjawab terhadap rakyat. Pak Lah tidak seharusnya ke luar negara untuk bercuti sedangkan sebilangan besar rakyat menderita akibat banjir.

Dalam tempoh tiga tahun menjadi PM saya dapati jumlah cuti yang diambil oleh Pak Lah telahpun mengatasi jumlah cuti yang diambil oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh 10 tahun.

Benar, Pak Lah berhak mengambil cuti tetapi bukan semasa rakyat dan negara menghadapi bencana seperti banjir. Pak Lah nampaknya tidak sensitif terhadap masalah rakyat. Macam mana rakyat nak kerja bersama-sama Pak Lah?

Wednesday, December 27, 2006

Isu Melayu Pulau Pinang di RTM

Saya agak kecewa kerana gagal menembusi talian telefon untuk mengemukakan pendapat kepada perbincangan secara langsung mengenai Melayu Pulau Pinang di RTM1 malam ini. Rancangan itu dipancarkan melalui slot "Bersama Menteri" walaupun dua orang tetamu yang diundang bukanlah menteri. Kedua-duanya sahabat lama saya iaitu Datuk Seri Mohd Yusof Latif, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan Datuk Jamelah Bakar, mantan wartawan Utusan Melayu yang kini bergelar usahawan dan penulis.

Tajuk perbincangan yang dipengerusikan oleh seorang lagi sahabat, Sabaruddin Ahmad Sabri, amat menarik dan agak terbuka. Banyak perkara dan persoalan telah dibangkit dan diulas oleh kedua-dua orang tokoh berkenaan.

Bagi saya, apa yang dikatakan sebagai masalah Melayu Pulau Pinang merupakan sesuatu yang begitu subjektif dan boleh diperdebatkan. Ianya bukan sesuatu yang baru tetapi sudah berlanjutan sejak zaman mendiang Tan Sri Wong Pow Nee menjadi ketua menteri. Setiausaha politik beliau ketika itu tidak lain Datuk Seri Yusof Latif sendiri. Oleh itu, beliau memang berpengalaman dan berpengetahuan untuk bercakap mengenai Melayu Pulau Pinang.

Saya tetap mempersalahkan kepimpinan politik Melayu Pulau Pinang bermula dari zaman almarhum Tan Sri Syed Hassan Aidid, almarhum Datuk Ahmad bin Abdullah Badawi, Datuk Seri Abdullah Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kembali kepada Datuk Seri Abdullah Badawi. Semuanya memimpin UMNO Pulau Pinang dan semua telah gagal dalam usaha membangunkan Melayu Pulau Pinang dari segi ekonomi dan sosial. Inilah satu hakikat yang walaupun pahit mesti ditelan.

Zaman kepimpinan Tan Sri Syed Hassan dan Datuk Ahmad Badawi, tidak banyak masalah politik kepartian seperti perebutan jawatan di peringkat bahagian dan perebutan projek-projek pembangunan berlaku kerana tiada banyak projek dan tidak berlaku rasuah politik secara berleluasa. Ini mengakibatkan kealpaan dan kewujudan satu sikap yang boleh dikatakan "tidak apa" terhadap isu orang Melayu.

Apabila Pak Lah mengambil alih kepimpinan UMNO Pulau Pinang, beberapa agensi yang kononnya untuk membantu orang Melayu telah diwujudkan tetapi masalahnya ia telah dipolitikkan oleh orang UMNO. Pada masa itu juga timbul tuduhan mengenai "orang Pak Lah" yang diberi keutamaan termasuk dalam pemilihan calon pilihan raya. Antara mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan Pak Lah dan diberi tempat adalah Mohd Subki Raof dan Mohamad Zain Haji Omar, kedua-duanya di kawasan Parlimen Balik Pulau.

Pemimpin politik lain yang dikatakan berada dalam kem Pak Lah juga mendapat tempat di beberapa bahagian UMNO seperti Abdul Rashid Ismail, Abdul Rahman Abbas, Mohd Nor Abu Bakar, Syed Mohamad Aidid, Shamsuri Haji Salleh, Ismail Hashim dan Mohd Shariff Omar serta kemudian Dr Hilmi Yahya.

Apabila jawatan Pak Lah diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Pak Lah tersingkir dari Kabinet, maka mereka yang berada dalam kem Anwar pula mendapat tempat. Nama-nama seperti Dr Ibrahim Saad, Zaharin Mohd Hashim, Ahmad Ismail, Ahmad Ibni Hajar, Ahmad Saad, Ishak Ahmad, Latiff Mirasa dan Farid Ariffin mula gah dalam politik Melayu Pulau Pinang.

Sebenarnya, kem Pak Lah mempunyai agenda tersendiri dan begitu juga dengan kem Anwar Ibrahim. Maka bermulalah, sama ada secara langsung atau sebaliknya, perebutan untuk mengumpul kekayaan dan bermulalah pengagihan projek kepada kroni.

Dalam melaksanakan agenda masing-masing atas kepentingan politik, isu Melayu Pulau Pinang dijadikan sebagai modal politik dan modal perjuangan peribadi. Orang Melayu pada amnya masih di takok lama, masih hidup dalam keadaan yang serupa seperti pada zaman Syed Hassan Aidid dan Ahmad Badawi.

Iltizam politik yang dikatakan atas kepentingan Melayu Pulau Pinang sebenarnya iltizam untuk kepentingan peribadi atau puak dan untuk mereka yang menyokong atau memihak kepada kem tertentu.

Oleh itu, masalah Melayu Pulau Pinang akan terus diperkatakan, diperbahaskan dan diseminarkan serta dikonvensyenkan tanpa membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Sekarang, Pak Lah begitu beriya-iya dan bersemangat untuk mengubah nasib Melayu Pulau Pinang menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 dan kononnya peruntukan sebanyak RM800 juta sedang menanti untuk direbut oleh orang Melayu Pulau Pinang. Pak Lah melantik panglima perangnya, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk memimpin dan mempastikan kejayaan dalam memerangi isu masalah Melayu Pulau Pinang.

Sebagai anak Pulau Pinang, saya begitu mengharapkan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan telus. Agihan projek dan kontrak hendaklah dibuat secara betul, iaitu kepada kontraktor tulen dan bukan kepada kontraktor berkaitan politik atau kontraktor Ali Baba atau membiarkan Kalimullah Masheerul Hassan dan Khairy Jamaluddin melakarkan strategi dan formula untuk mencapai kejayaan.

Jika ini dapat dibuat, saya percaya kejayaan boleh dicapai dan orang Melayu akhirnya akan dapat menikmati apa yang dijanjikan selama ini.

Barisan baru di Utusan

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga orang rakan dan sahabat di Utusan Melayu yang diberi kepercayaan dan amanah oleh pihak pengurusan untuk sama-sama menerajui Utusan Malaysia.

Saudara Aziz Ishak dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang menggantikan sahabat lama saya Hamzah Sidek (panglima) yang bersara manakala Othman Mohamad dilantik selaku Pengarang Utusan Malaysia dan Zaini Hassan selaku Penolong Pengarang.

Tahniah dan syabas atas perlantikan masing-masing. Semoga perlantikan ini akan memberi semangat dan kekuatan kepada ketiga-tiga mereka untuk terus memartabatkan Bahasa Melayu melalui Kumpulan Syarikat Utusan Melayu.

Thursday, December 21, 2006

Ahli Dewan Negara menurut kehendak Perlembagaan

Hari ini sidang Parlimen bagi penggal terakhir tahun ini tamat apabila Dewan Negara menamatkan persidangannya. Persidangan pertama untuk tahun depan dijadualkan pada bulan Mac dan akan dirasmikan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong XIII Sultan Mizan.

Semua ahli Parlimen sedia maklum mengenai jadual atau takwim persidangan. Adalah diharapkan para menteri tidak lagi memberi alasan mempunyai tugasan yang ditetapkan terlebih dahulu semata-mata untuk ponteng sidang Dewan Rakyat. Tidak ada sebab kenapa para menteri tidak mahu hadir sedangkan mereka menganggotai Kabinet kerana menjadi Ahli Parlimen.

Bercakap mengenai Parlimen, saya ingin menyentuh perlantikan Ahli Dewan Negara yang dikenali sebagai Senator.

Sejak beberapa tahun lepas, kita dapati keanggotaan Dewan Negara menjadi seolah-olah hak orang politik sedangkan Perlembagaan tidakpun menyebut ianya dikhaskan untuk sama ada ketua bahagian Umno, ketua wanita bahagian Umno, ketua pemuda bahagian Umno, ketua puteri Umno, ketua bahagian MCA atau MIC atau parti-parti lain yang menganggotai Barisan Nasional dan seterusnya.

Jadi kenapa sang ketua bahagian Umno yang tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya atau yang kawasan parlimennya di peruntukkan kepada parti komponen yang lain harus dilantik menjadi Senator? Adakah ini satu kemestian atau satu cara untuk membalas sokongan kepada pucuk pimpinan peringkat negeri atau pusat?

Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan menyebut:-

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut-

(a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmkatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan Orang Asli.

Amat jelas sekali kriteria yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut sama sekali perlantikan orang politik. Jelas sekali yang disebut adalah mereka yang berkhidmat cemerlang dalam perkhidmatan awam dan golongan profesional yang berjaya dalam bidang-bidang tertentu serta mereka yang mewakili kaum minoriti seperti Punjabi, Sinhala, Siam, Portugis, Serani dan Orang Asli. Termasuk dalam kategori profesional ialah mereka yang mewakili persatuan-persatuan veteran tentera dan polis.

Saya masih ingat keanggotan Dewan Negara semasa zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman amat mematuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan tetapi selepas zaman Tunku, sedikit demi sedikit keanggotaannya condong kepada kepentingan politik. Faktor ini juga telah menyumbang kepada penurunan nilai dan isi hujah-hujah yang dikemukakan dalam Dewan Negara.

Keanggotaan Dewan Negara harus dipenuhi mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan bukan ikut selera politik kepartian. Tempat orang politik adalah Dewan Rakyat atau Dewan-Dewan Undangan Negeri, bukan di Dewan Negara.

Tahniah Bernama TV

Sekalung tahniah untuk unit tv Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kerana menerima anugerah "Towering Companion" dalam kategori media elektronik sempena ulang tahun ke-10 Menara KL.

Atas kejayaan itu, saya mengucapkan syabas kepada Sdr Ahmad Wahab dan semua petugas Bernama TV.

Saya kira nama anugerah itu agak kurang tepat kerana perkataan "towering" tidak berapa sesuai. Alangkah elok jika pihak pengurusan Menara KL menamakan anugerah itu sebagai "Teman Menara KL" memandangkan anugerah itu adalah berkaitan penonjolan Menara KL sebagai satu destinasi pelancongan.

Wednesday, December 20, 2006

Pak Lah nafi tempah kapal mewah

Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) hari ini menafikan laporan media Turki bahawa beliau telah menempah sebuah kapal pesiar mewah (yacht) berharga 8 juta dolar Amerika (RM30 juta) dari sebuah limbungan kapal di negara itu.

Menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan, Pak Lah berkata beliau hanya akan meminta mereka membuat pembetulan.

Berita mengenai penempahan kapal pesiar mewah itu telah dikutip dan disiarkan oleh beberapa blog tempatan termasuk blog ini.

Saya terima sahaja penafian Pak Lah tetapi ingin menambah dan memetik apa yang pernah disuarakan oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin yang lebih kurang begini bunyinya ...jika tiada angin masakan pokok bergoyang tetapi di bawah ada beruk yang menggoncang pokok itu....

Tuesday, December 19, 2006

Apa Kata Pak Lah (4)

Masalah kemiskinan rakyat:

Pak Lah berkata kerajaan pimpinannya bertekad menghapuskan kemiskinan daif (hard-core poor) yang masih wujud di kalangan rakyat, sama ada dalam kawasan bandar apatah lagi di desa.

Kerajaan mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai usaha pembangunan negara dan pendidikan yang dilaksanakan sejak dahulu lagi.

Oleh itu, Pak Lah berhasrat membantu golongan daif yang masih wujud bagi merealisasikan (menjadikan kenyataan) wawasan negara untuk muncul maju menjelang 2020.

Pak Lah berkata sebagai perdana menteri yang mewarisi negara yang berjaya, aman, makmur dan stabil, beliau perlu menguruskan negara dengan baik bagi memastikan kejayaan yang dinikmati sekarang dapat diteruskan.

"Saya perlu pastikan golongan miskin keluar dari kemelut kemiskinan mereka demi memastikan kejayaan negara yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat diteruskan serta menjadikan negara lebih maju dan berjaya pada masa depan," kata Pak Lah ketika berucap merasmikan Islam Hadhari peringkat negeri Pulau Pinang di Kepala Batas pada 28 Februari 2004.

Ulasan saya: Kata-kata Pak Lah memang sedap didengar dan mudah diterima oleh rakyat. Siapa yang mahu hidup dalam kemiskinan? Siapa yang tidak mahu mengecapi keselesaan hidup dan ketenangan jiwa dalam membina keluarga yang bahagia? Oleh itu, kata-kata seperti yang dilafazkan oleh Pak Lah amat dialu-alukan.

Malangnya, saban hari kita dihidangkan oleh pihak media dengan cerita penderitaan rakyat, cerita kehidupan yang amat daif di kampung-kampung dan di dalam kota-kota besar. Pada zaman serba maju ini, masih ada rakyat yang menerangi kehidupan sebelah malam dengan sebatang lilin, masih ada rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, masih wujud rakyat yang menumpang teduh dalam satu struktur yang tak ubah seperti kandang haiwan atau reban ayam dan masih ada manusia yang menumpang tidur di kaki-kaki lima.

Kita terima hakikat bahawa untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu kerja yang mudah. Kita juga mengakui bahawa kemiskinan akan tetap wujud walaupun di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Malaysia mempunyai pelbagai agensi untuk mengatasi isu kemiskinan tegar tetapi yang menjadi persoalan ialah kesungguhan dan kejujuran pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana tugas. Bantuan dan pertolongan dihulurkan atas kepentingan politik dan bukan atas sifat kemanusiaan. Para pegawai jarang turun padang untuk melihat sendiri kedaifan hidup rakyat. Inilah masalah utama yang dihadapi rakyat - kejujuran dalam soal pelaksanaan dasar. Bantuan dan pertolongan diberi kepada mereka yang dikatakan "orang kita" dari sudut kepartian politik.

Kepada Pak Lah, saya ingin bertanya, wajarkah Pak Lah menempah sebuah kapal pesiar mewah (yacht) berharga RM30 juta dari sebuah limbungan di Turki?

Wang sebanyak itu cukup besar dan mampu menyumbang kepada usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat miskin yang dilaung-laungkan oleh Pak Lah.

Jika benarlah laporan berkenaan, saya juga ingin tahu dari mana Pak Lah memperolehi wang sebanyak itu?

Macam mana nak bekerja bersama-sama Pak Lah kalau cakap tak serupa bikin?

Monday, December 18, 2006

Pak Lah kata Nor Mohamed seorang profesional

Apabila beliau melantik Penasihat Khas (Kewangan) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri kewangan kedua pada Januari 2004, PM Abdullah Ahmad (Badawi) berkata ia dibuat berdasarkan kedudukan Nor Mohamed selaku seorang profesional yang arif dalam hal kewangan, perbankan dan ekonomi.

(Saya tidak ingin menyentuh soal kearifan yang dikatakan oleh Pak Lah kerana ia mungkin dikaitkan dengan kerugian RM30 bilion oleh Bank Negara semasa terlibat dalam spekulasi pasaran wang oleh Nor Mohamed semasa berkhidmat dengan bank pusat itu.)

Pak Lah berkata dia mahukan seorang profesional yang berada di kementerian kewangan sepanjang masa tanpa dibebankan dengan masalah politik.

Nor Mohamed, kata Pak Lah, boleh berada di kementerian kewangan dari pagi hingga petang dan malam pun beliau boleh berada di situ.

Sebagai seorang profesional yang tidak terbabit dengan politik, Nor Mohamed tidak perlu melawat kawasan, tidak perlu cari undi supaya dapat kedudukan dalam bahagian, majlis tertinggi atau berkempen untuk menjadi wakil rakyat.

Pak Lah berkata menteri kewangan kedua ialah seorang profesional yang dilantik untuk menjalankan tugas-tugas di kementerian kewangan sepenuh masa.

"Orang politik dalam kementerian kewangan adalah saya, timbalan-timbalan menteri dan setiausaha parlimen," tegas Pak Lah dalam satu laporan media bertarikh 9 Januari 2004.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Pak Lah itu. Nor Mohamed bukan orang politik. Dia seorang yang bertaraf profesional dan bekerja sepenuh masa di kementerian kewangan.

Persoalannya, kenapa Nor Mohamed memerlukan seorang setiausaha politik sedangkan dia bukan orang politik? Adakah Nor Mohamed "dipaksa" mengambil ketua pemuda Umno WP KL Norzah Zakaria sebagai setiausaha politiknya? Ini yang menjadi tanda tanya.

Menurut kenyataan Pak Lah, sebagai seorang profesional, Nor Mohamed bebas daripada kancah politik. Dia tidak perlu melawat kawasan dan tidak perlu melobi atau merayau ke sana-sini untuk mendapatkan sokongan sama ada untuk bertapak di peringkat bahagian ataupun majlis tertinggi.

Jadi, apa perlunya seorang setiausaha politik untuk Nor Mohamed? Apakah kerja politik yang nak dijalankan oleh Norzah Zakaria untuk Nor Mohamed?

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43c. (1) Perdana Menteri boleh melantik beberapa orang yang difikirkan patut untuk menjadi Setiausaha-Setiausaha Politik.

Patutkah Norzah Zakaria dilantik sebagai setiausaha politik kepada seorang yang bukan ahli politik? Kita sedia maklum bahawa tugas dan bidang kerja setiausaha politik adalah hal ehwal politik.

Jika Pak Lah sendiri yang menyatakan bahawa Nor Mohamed bukan orang politik tetapi seorang profesional, maka apa perlu seorang setiausaha politik yang dilantik sendiri oleh Pak Lah (menurut Perkara 43c (1) Perlembagaan Persekutuan)....?

Saya masih tertanya-tanya apakah kerja yang dibuat oleh Norzah Zakaria selaku setiausaha politik menteri kewangan kedua? Bosnya bukan orang politik dan tidak pula bermain politik. Yang bermain politik ialah Norzah Zakaria.

(Saya mengenali Nor Mohamed sejak zaman sekolah. Dia adalah senior saya di St. Xavier's Institution, Pulau Pinang)

Thursday, December 14, 2006

Tol naik lagi

Lepas satu, satu naik. Inilah hadiah yang diberikan kepada rakyat oleh kerajaan pimpinan Pak Lah.

Apabila harga minyak (petrol, diesel dan bahan api lain) naik, kerajaan beri jaminan keperluan lain tidak akan dinaikkan. Kerajaan jamin inflasi akan dikawal.

Apa yang jadi selepas itu? Bil elektrik naik, bil air naik, kebanyakan harga bahan makanan naik dan kini bayaran tol di sekitar Lembah Klang naik. Lepas ini, tol di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan akan turut naik. Ayo yo Samy!

Bagi penghuni dan pemastautin di Lembah Klang yang sememangnya menghadapi kos hidup yang tinggi, kenaikan tol di semua jalan tol seperti LDP (naik 60 sen), Shah Alam (naik 70 sen), Cheras-Kajang (naik 30 sen), Kl-Karak (naik RM1) dan Koridor Guthrie (naik 40 sen). Ini bermakna kos hidup turut naik dan entah apa lagi yang akan dinaikkan akibat daripada kenaikan tol itu.

"Marilah bekerja bersama-sama saya, bukan bekerja untuk saya..." masalahnya, macam mana nak bekerja bersama-sama Pak Lah jika kerajaannya tiada kerja lain melainkan naikkan harga.....bilakah pilihan raya umum nak diadakan? Nak pilih kerajaan barulah!

Apa kata Pak Lah (3)

Sistem tender terbuka:

Pak Lah berkata kerajaan akan menjadikan sistem pemberian tender terbuka sebagai amalan bagi mengurangkan rasuah dan mengekang peningkatan kos perniagaan di Malaysia.

Rundingan secara langsung pula akan dihadkan hanya kepada kes istimewa yang tertentu sahaja.

Kes-kes istimewa yang tertentu untuk rundingan terus bergantung kepada apa yang dicadangkan dan Pak Lah menyebutkannya sebagai kes khas dan menegaskan bahawa beliau tidak akan beritahu pihak media apa kes khas itu.

Beliau berkata sistem tender yang telus akan membantu menggalakkan kecekapan dan persaingan yang secara langsung mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Ia akan mengurangkan ketidaktentuan dan juga mengurangkan peluang untuk berlaku rasuah.

Pak Lah berkata sistem tender terbuka akan diguna pakai secara sama rata termasuk kepada pelabur dari dalam dan luar negeri.

Pak Lah berkata demikian semasa berdialog dengan ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), tokoh korporat, profesional dan ahli akademik di Putrajaya pada 14 Januari 2004.

Ulasan saya: Kita ingin tahu sejauh mana pengamalan sistem tender terbuka telah dilaksanakan? Adakah projek-projek mega seperti jambatan kedua menghubungi tanah besar Semenanjung dengan Pulau Pinang dan projek istana negara baru di Jalan Duta ditawar melalui sistem ini?

Rasuah tidak menurun tetapi meningkat, projek-projek yang telah siap pula menghadapi masalah ekoran daripada kerja yang bermutu rendah dan tidak telus dari segi penyeliaan oleh pihak yang berwajib.

Banyak kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan orang politik yang kemudian menyerahkan kerja kepada kontraktor lain (sub-contract) yang mengakibatkan mutu kerja tidak mengikut piawaian.

Pak Lah boleh membuat janji dan ikrar tetapi ianya hendaklah disusuli dengan pengawasan dan penyeliaan yang tegas. Jangan hanya bercakap tetapi tiada tindakan susulan.

Wednesday, December 13, 2006

Masalah sosial di kalangan remaja

Persidangan Dewan Negara semalam hangat seketika apabila seorang senator mempersalahkan kaum ibu moden yang bekerja yang mengakibatkan timbulnya masalah moral dan sosial di kalangan remaja atau anak-anak.

Kenyataan tanpa bukti, tanpa perangkaan dan tanpa kajian yang sah itu sudah tentu dibantah oleh senator yang mewakili kaum hawa. Siapa yang tidak akan melenting sekiranya sesuatu tuduhan dibuat secara sedap mulut sahaja?

Senator berkenaan juga berkata kaum ibu moden yang bekerja membiarkan soal asuhan dan penjagaan anak kepada pembantu rumah dari Indonesia dan menurut beliau fakta itu juga menyumbang kepada masalah yang dibangkitkannya.

Kita tidak tahu sama ada senator berkenaan menggaji pembantu rumah dari Indonesia atau tidak, atau berapa orang pembantu rumah yang bekerja dengannya. Mungkin lebih daripada seorang memandangkan inilah yang menjadi kebiasaan atau kebanggaan di kalangan golongan tertentu di negara ini.

Senator tersebut gagal menyebut gaya hidup moden golongan seperti beliau yang turut menyumbang kepada masalah sosial dan moral di kalangan remaja. Mereka sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk anak-anaknya dan ini merupakan satu faktor penyumbang. Walaupun isteri mereka tidak bekerja tetapi gaya hidup mereka yang "sibuk" ke sana-sini termasuk butik pakaian, salon kecantikan dan beryoga juga menyumbang kepada masalah tersebut.

Kemewahan hidup yang diberikan kepada anak-anak sering mengakibatkan mereka lupa diri dan terpengaruh dengan minat rakan sebaya sehingga ada yang terjebak dengan pengambilan pil khayal.

Untuk mempersalahkan ibu moden yang bekerja untuk menampung keperluan hidup keluarga adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali. Ramai pasangan yang bekerja telah menghasilkan anak yang berguna dan berjaya. Mereka bijak mengurus masa dan mengurus rumah tangga.

Monday, December 11, 2006

Apa kata Pak Lah (2)

Masalah rasuah:

Bercakap mengenai usaha membanteras rasuah, Pak Lah berkata faktor jati diri manusia penting kerana ia akan menentukan perjalanan sesuatu sistem sama ada lancar atau tidak dalam menangani rasuah.

" Kalau sistem dan undang-undang itu baik tetapi manusia itu jenis yang tidak ambil endah, ataupun dia ada agenda sendiri dan mempunyai niat tidak baik, undang-undang itu tidak akan membawa kesan yang baik."

Pak Lah seterusnya berkata kalau sistem itu kurang baik tetapi manusia itu baik, mereka masih boleh membuat penyesuaian bagi menjayakan sesuatu yang hendak dilakukan, sebaliknya jika manusia itu tidak baik, apa juga sistem yang baik tidak akan membawa apa-apa kesan.

Jika tidak dibendung, Pak Lah berkata rasuah akan membawa banyak masalah kepada negara, pentadbiran dan pihak swasta. Beliau berkata demikian dalam rancangan khas "Cabaran Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi" yang disiarkan oleh TV3 pada 9 Februari 2004.

Ulasan saya: Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup dan sistem yang baik untuk memerangi dan membanteras rasuah. Malangnya, Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak bebas sepenuhnya untuk mendakwa mana-mana individu, terutama golongan atasan, anggota pentadbiran dan orang politik tanpa mendapat restu pihak tertinggi. BPR hanya bebas untuk menyiasat, tetapi tidak bebas untuk mendakwa di mahkamah.

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa telahpun membawa banyak masalah kepada negara, terutama dalam sektor eknomi yang membabitkan pelaburan asing. Kedudukan Malaysia dalam senarai amalan rasuah sedunia membuktikan kegagalan pentadbiran membanteras rasuah.

Saturday, December 09, 2006

Apa kata Pak Lah (1)

Mulai hari ini, saya akan perturunkan petikan kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad (Badawi) untuk renungan. Pelayar dan pembaca budiman boleh menilai sendiri sejauh mana kebenaran kata-katanya itu dan adakah tindakan telah diambil untuk menanganinya atau sama ada ia telah dijadikan kenyataan atau sebaliknya.

RASUAH BELUM SERIUS:

Masalah rasuah di negara ini belum serius tetapi gejala itu perlu dibendung dari awal supaya tidak merebak menjadi parah.

Pak Lah mahu semua pegawai dan kakitangan awam menolak rasuah dengan mengamalkan budaya kerja telus dan bertanggungjawab. (Ulasan saya: Pak Lah tidak pula menyebut tentang orang politik yang mengamalkan rasuah. Inilah masalah rasuah yang paling besar di Malaysia)

"Sebenarnya rasuah di negara kita tidak teruk sangat, kalau tidak, bagaimana negara kita boleh menjadi sebuah negara maju. Tetapi walaupun sikit, masalah rasuah ini mesti dibendung, kalau biarkan lama kelamaan menjadi kudis, kemudian menjadi tokak (sejenis penyakit kulit yang sukar diubati) dan bahagian yang sakit itu beracun kena pula potong kaki atau tangan. Bila keadaan sebegitu, ia boleh membawa maut."

Pak Lah berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta ketua jabatan kerajaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada 16 Februari, 2004.

Wednesday, December 06, 2006

Wajarkah ZAM dipilih Tokoh Wartawan?

Seorang teman bertanyakan tentang pemilihan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin yang juga mantan wartawan/Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu sebagai Tokoh Wartawan oleh Institut Akhbar Malaysia. Mahu tidak mahu saya kenalah memberi ulasan.

Pada pendapat saya, Zainuddin atau ZAM belum sesuai diberi gelaran itu. Apatah pula dia seorang menteri yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas penerangan dan industri maklumat (saya tidak gemar menggunakan perkataan informasi kerana perkataan Melayu sudah ada). Antara agensi yang terletak di bawah pengawasan dan tanggungjawab ZAM adalah BERNAMA.

Sahabat baik saya, Datuk Azman Ujang adalah Ketua Pengarang BERNAMA. Azman juga pengerusi Institut Akhbar Malaysia (IAM), iaitu badan yang memilih dan menganugerahkan gelaran Tokoh Wartawan. Persoalannya... timbul perbalahan kepentingan atau sesuatu yang boleh dianggap sebagai tidak kena.

Pengerusi IAM adalah seorang pegawai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Penerangan. IAM memilih Menteri Penerangan untuk menerima anugerah atau gelaran Tokoh Wartawan. Ini yang menimbulkan rasa ada yang tidak kena.

Saya terpaksa berterus terang memperkatakan persoalan ini walaupun ia membabitkan dua orang sahabat yang saya kenal sejak tahun 1970-an. Azman adalah rakan semasa saya bertugas di Bernama selama hampir 27 tahun manakala ZAM dan saya pernah bertugas di Pulau Pinang, saya di Biro Bernama dan ZAM di Biro Utusan Melayu.

ZAM bukan tidak layak untuk diberi anugerah Tokoh Wartawan tetapi, pada pendapat saya, masanya tidak kena dan keadaannya juga tidak kena. Itu saja.

Tuesday, December 05, 2006

Menteri Kabinet tidak seharusnya ponteng sidang Dewan Rakyat

Saya tidak faham dan jauh sekali daripada bersetuju dengan Menteri di JPM yang menjaga urusan Parlimen, Datuk Nazri "Rambo" Aziz bahawa Menteri Kabinet yang tidak menghadiri sidang dewan rakyat tidak ponteng tetapi mempunyai urusan lain yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Nak ketawa pun ada, nak lepas geram pun ada. Itu jawapan saya kepada kenyataan tersebut.

Saya pernah berkhidmat dengan seorang Menteri Kabinet dan selalu bertugas di Parlimen apabila Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara bersidang. Jadi saya tidak termakan alasan Nazri Aziz.

Semua Menteri tahu akan jadual persidangan Parlimen. Semua pegawai menteri yang berkenaan tahu dan akan bermesyuarat terlebih dahulu untuk membincangkan jawapan kepada pertanyaan lisan atau bertulis untuk dijawab oleh Menteri. Ini bukan satu rahsia.

Menteri tidak boleh memberi alasan bahawa mereka tidak dapat menghadiri sidang Parlimen semata-mata kerana ada urusan lain yang telah ditetapkan lebih awal. Ia sebenarnya satu alasan sahaja. Satu alasan untuk tidak menghadiri sidang Parlimen. Itu saja.

Perlu diingatkan bahawa jika seseorang itu tidak dipilih menjadi Ahli Parlimen atau dilantik menjadi Ahli Dewan Negara, dia tidak boleh dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen.

Jadi, sebagai menghormati dan menghargai sokongan rakyat (bagi Ahli Parlimen) dan menghargai perlantikan (bagi Senator), mereka yang dilantik Menteri seharusnya menghadiri sidang Parlimen. Kerana adanya Parlimen maka mereka boleh berbangga dengan jawatan Menteri. Bak kata orang, kita kenalah jaga periuk nasi sendiri. Periuk nasi Menteri bermula di Parlimen, jagalah kewibawaan dan kemuliaan Parlimen.

Sikap kebanyakan Menteri yang tidak menghadiri sidang Parlimen walau dengan apa alasan sekalipun, melainkan soal kecemasan dan kematian, amat dikesali.

Menteri yang bersikap sedemikian seharusnya ditolak apabila dia turun bawah untuk menagih sokongan apabila pilihan raya diadakan. Rakyat mesti berani menggunakan kuasa undi untuk memilih wakil yang benar-benar ingin berkhidmat untuk mereka dan bukan seseorang yang mengejar cita-cita untuk menjadi menteri tetapi tidak menghormati Parlimen.

UMNO Sabah bakal bergolak?

Satu perkembangan yang mungkin mengakibatkan kekebalan UMNO Sabah menjadi rapuh sedang berlaku di negeri di bawah bayu itu.

Menurut sumber-sumber di Sabah, rasa kurang senang dan tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO terutama Datuk Musa Aman sedang memuncak dan jika tidak dibendung, kekuatan UMNO Sabah akan terjejas dan akan memberi kesan negatif apabila pilihan raya diadakan kelak.

Beberapa orang pemimpin akar umbi yang cukup berpengaruh dikatakan telahpun mula berkempen untuk meninggalkan UMNO secara beramai-ramai (en masse). Khabar terkini berkata sekiranya ini berlaku, ia bermakna ketua UMNO Sabah merangkap Ketua Menteri hanya akan mengetuai tujuh bahagian sahaja. Musa Aman akan hilang kekuatan untuk memimpin Sabah.

Pihak yang terlibat dikatakan akan mengadakan persidangan media selepas satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada 6hb Januari 2007. Tempatnya - KL International Hotel.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak.

Penggabungan Utusan Melayu-NST

Saya masih tertanya-tanya apakah tujuan sebenar pihak tertentu untuk menggabungkan Kumpulan Utusan Melayu dengan Kumpulan New Straits Times dan kepada siapakah penggabungan itu akan memberi faedah?

Kita sedia maklum bahawa dari sudut sejarah penubuhan, tujuan dan peranan kedua-dua kumpulan akhbar itu, terlalu jauh perbezaannya. Utusan Melayu tidak boleh dipisahkan dengan semangat kebangsaan (nasionalisme) orang Melayu dan sebagai wadah penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Utusan Melayu bukan dilahirkan untuk citarasa dan keperluan penjajah dan golongan elit berbahasa Inggeris seperti The Straits Times (sekarang New Straits Times) tetapi ia mempunyai matlamat dan perjuangan tertentu.

Utusan juga berperanan penting dalam memperdaulatkan bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu, budaya Melayu dan kesenian Melayu selain daripada menjadi wadah dan sumber maklumat kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya, sama ada di bandar ataupun di desa.

Nama-nama besar dalam dunia kewartawanan Melayu tidak dapat dipisahkan daripada Utusan Melayu seperti Yusuf Ishak dan adiknya Aziz Ishak, Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Mazlan Nordin dan Melan Abdullah.

Nama wartawan Utusan juga dijadikan sebagai nama hadiah kewartawan utama negara ini iaitu Hadiah Kajai. Ia menunjukkan betapa pentingnya peranan dan sumbangan Utusan kepada dunia kewartawanan Malaysia.

Selain menerbitkan akhbar harian dan mingguan, Kumpulan Utusan juga menerbitkan beberapa buah majalah khas berkaitan kewanitaan, agama, remaja dan hiburan selain bertindak selaku penerbiat buku dan bidang ekonomi lain.

Utusan Melayu mampu berdikari sebagai sebuah syarikat penerbitan Melayu yang unggul di Malaysia dan kejayaan ini mesti dipertahankan bukan sahaja sebagai lambang kejayaan tetapi sebagai simbol nasionalisme Melayu.

Oleh itu, kenapa Utusan Melayu perlu digabungkan dengan NST? Siapa disebalik cadangan itu dan apa tujuannya?

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi memberi jaminan bahawa kebebasan editorial Utusan Melayu akan dikekalkan tetapi untuk berapa lama? Jika sudah digabungkan dan ada pihak lain yang menguasai syarikat itu, adakah kebebasan itu akan dikekalkan? Tentu tidak.

Yang membimbangkan saya ialah jika penggabungan itu berjaya dilaksanakan, maka sebuah lagi media akan dikuasai oleh kumpulan 'heboh' Media Prima. Kita dapat lihat bagaimana akhbar dan stesen TV yang dikuasai Media Prima mengolah dan memutar-belitkan berita semata-mata untuk tujuan tertentu dan jika ia menguasai Utusan Melayu, maka Utusan juga akan diarah untuk berbuat demikian. Ini satu kebimbangan.

Penggabungan itu juga akan merampas hak pembaca daripada membuat pilihan akhbar yang ingin dibaca. Kita tidak mahu melihat Utusan Melayu muncul sama seperti Berita Harian.

Jika suntikan modal dijadikan alasan kenapa penggabungan itu mesti dilaksanakan, maka amat malang bagi Utusan Melayu kerana ia akan dianggap sebagai satu kegagalan pengurusan Kumpulan Utusan dan satu tamparan kepada kepimpinan Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin.

Penggabungan itu juga akan dilihat sebagai satu usaha untuk mengawal dengan lebih ketat kebebasan akhbar di Malaysia yang sebenarnya sudahpun dikawal oleh kepentingan politik.

Saya tidak tahu sama ada Kalimullah Masheerul Hassan terlibat dalam cadangan penggabungan itu. Saya juga kurang pasti sama ada Khairy Jamaluddin turut berperanan.

Mungkin, cadangan penggabungan Utusan dengan NST tidak ubah seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia. Semoga ia tidak berlaku.

Saturday, November 25, 2006

Jamuan @ rumah terbuka Aidil-fitri

Banyak pihak yang kurang senang dengan kenyataan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Dr Hilmi Yahya bahawa ada majlis sambutan hari raya atau rumah terbuka Aidil-Fitri yang keterlaluan sehingga membabitkan perbelanjaan RM1 juta.

Saya gembira kerana akhirnya ada anggota pentadbiran yang berani menyuarakan kebenaran. Syabas Dr Hilmi.

Nampaknya usaha PM Abdullah Ahmad (Badawi) mengadakan rumah terbuka serentak di bawah satu bumbung oleh semua Menteri Kabinet tidak membawa makna dari segi penjimatan wang rakyat.

Selepas rumah terbuka secara besar-besaran yang menelan belanja besar itu, para menteri kemudian mengadakan majlis yang sama di peringkat kementerian. Sekali lagi wang rakyat dibelanjakan.

Selepas peringkat kementerian, ada pula yang mangadakan di peringkat jabatan atau agensi di bawah kementerian itu. Sekali lagi wang rakyat dibelanjakan.

Pak Menteri kemudian mengadakan majlis yang sama di peringkat kawasan pilihan rayanya. Sekali lagi wang rakyat dibelanjakan.

Akhir sekali, ada Pak Menteri yang menutup acara rumah terbuka dengan mengadakannya di rumahnya sendiri. Wang siapa yang dibelanjakan? Besar kemungkinan wang rakyat.

Inilah yang dikatakan pembaziran. Bak kata orang, raya sakan!

Friday, November 24, 2006

National unity - young politicians must learn from history

Prime Minister Abdullah Ahmad (Badawi) should reiterated his call on young Malaysians, green and half-matured politicians in particular, to learn from the spirit of co-operation of the natioan's founding forefathers in maintaining national unity.

They must be reminded that the spirit of co-operation had enabled the people of various races and religions to live in harmony and the country to prosper. They must understand what they have inherited and where they are heading.

It is important to remind young politicians such as Khairy Jamaluddin, Hashim Suboh, Hishamuddin Hussein, Reezal Merican, Hasnoor Sidang Husin, Ramli Simbok and Md Alwi Che Ahmat, to learn from history.

They must understand the history and the essence of the country as they would, God willing that is, eventually inherit the leadership of the party and nation.

Looking at this year's UMNO general assembly, many political observers are worried that it would mark a dangerous turning point for Malaysia, a nation that not long ago was often applauded internationally as a model moderate Islamic nation for its seeming religious tolerance and economic achievements.

The assembly, telecast live by Astro (subscription satellite tv network), was not spared the racist and religious zeal which was more incessant and explicit compared to a couple of previous assemblies.

Malaysia's mix of ethnic Malays, Chinese, Indians (excluding the Bumiputeras of Sabah and Sarawak), has long been resentful of each other and willfully segregate themselves. What was said at the UMNO assembly could upset the national unity that prevailed in the country today.

Khairy Jamaluddin, the prime minister's son-in-law and UMNO Youth deputy head, warned in September (two months before the assembly) that Chinese political groups would try to take advantage of any split inside UMNO. It was not well-received by the Chinese including the ruling co-alition partners Malaysian Chinese Association (MCA) and the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) and the opposition Democratic Action Party (DAP).

When asked to apologise, Khairy proudly said: "What is there to apologise for? ...I am only defending my race."

His boss, the UMNO Youth head and Education Minister Hishamuddin Hussein, even brandished a keris (Malay dagger) when speaking.

"Datuk Hisham has unsheated his keris, waved his keris, kissed his keris. We want to ask Datuk Hisham, when is he going to use it?" said UMNO Perlis delegate Hashim Suboh, a former Radio Television Malaysia employee and ex-press secretary to the Perlis Chief Minister.

The young leaders must be reminded that the May 13 riot had taught the nation's leaders that race relations was not easy and simple issue to tackle.

The late Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock and Tun Tan Siew Sin, and Tun V.T. Sambanthan decided to work together to ensure that what is practiced in politics could be emulated by the people.

Malaysia's founding forefathers set aside their differences and pledged to work together for the sake of the country instead of fighting each other. The fruits of their labour could be seen today. Each and every one of us should be defending this hard-earned unity, not jeopardised it with racial and religious zeals.

Thursday, November 23, 2006

Perubahan dalam Kabinet Abdullah Badawi akan berlaku

(Pak Lah di Jelebu, zaman dahpun beredar, pesaka bila nak bergilir?)

Kebelakangan ini, ramai yang bercakap mengenai "rombakan" Kabinet pimpinan Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad (Badawi). Bermacam spekulasi dan andaian dibuat oleh pelbagai pihak termasuk penulis-penulis media siber.

Ramalan mengenainya semakin rancak apabila mantan orang kuat UMNO Selangor yang kini Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara (Senator).

Saya percaya perubahan akan berlaku. Kekosongan akan wujud apabila Perdana Menteri menggantikan beberapa orang menteri dengan muka baru dan muka lama yang diberi semangat dan nafas baru.

Ramalan sesetengah pihak kononnya Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terpaksa mengosongkan kerusinya sudahpun meleset. Tempoh perkhidmatan Tan Sri Nor selaku Ahli Dewan Negara telahpun dilanjutkan untuk tiga tahun lagi oleh Yang Di-Pertuan Agong. Jadi kedudukan Nor Mohamed tidak tergugat.

Nor Mohamed dilantik menduduki kerusi Dewan Negara oleh SPB Agong atas nasihat Pak Lah pada 8 Januari 2004 dan tempoh satu penggalnya akan tamat pada 7 Januari 2007 dan akan dilanjutkan untuk tiga tahun lagi (penggal kedua dan akhir) mulai 8 Januari 2007 hingga 7 Januari 2010.

Ahli Dewan Negara atau Senator hanya boleh menduduki kerusi Dewan untuk tempoh dua penggal sahaja atau enam tahun.

Perlantikan mantan Menteri Besar Selangor yang kini Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib menarik perhatian ramai. Desas-desus menyatakan Mat Taib atau Mat Tyson akan dilantik menganggotai Kabinet dan saya yakin ramalan ini akan menjadi kenyataan.

Mat Tyson telah membuktikan keberkesanannya selaku ketua penerangan UMNO dan selaku panglima perang UMNO dalam menghadapi pilihan raya, sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum.

Ramai ahli UMNO yang berpendapat bahawa selaku ketua penerangan UMNO, Mat Tyson seharusnya diberi tempat dalam Kabinet. Kedudukan ketua penerangan UMNO amat penting bukan sahaja kepada parti tetapi kepada jentera pentadbiran politik keseluruhannya.

Jawatan paling sesuai untuk beliau adalah Menteri Penerangan. Jika demikian, bagaimana pula kedudukan Datuk Seri Zainuddin Maidin? Ramalan yang dibuat oleh tukang-tukang telek politik hampir serupa, iaitu ZAM akan digugurkan.

Adakah ZAM seorang sahaja yang akan digantikan oleh Pak Lah? Bagaimana pula kedudukan Datuk Aziz Samsuddin, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Azmi Khalid dan Datuk Seri Rais Yatim? Adakah mereka akan dikekalkan dalam pentadbiran Abdullah Badawi atau digantikan dengan muka-muka baru?

Semua nama yang saya sebutkan adalah wakil UMNO dan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO tidak perlu berunding dengan sesiapapun untuk sama ada menggugur atau melantik menteri dari kalangan UMNO.

Tetapi jika mana-mana perubahan yang hendak dibuat membabitkan menteri dari parti-parti komponen Barisan Nasional, Perdana Menteri perlu berunding dengan presiden parti-parti berkenaan dan parti itu yang akan mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri. Perkara ini sudahpun menjadi satu kelaziman dan amalan di negara ini.

Perubahan dalam Kabinet yang besar kemungkinan akan dibuat sama ada pada bulan Januari atau Februari depan tidak dapat diramalkan sama ada dalam bentuk gugur dan ganti atau gugur dan ganti serta rombak.

Kita harus tahu membezakan antara pengisian kekosongan dengan rombakan. Pengisian kekosongan tidak bermakna rombakan Kabinet. Ia sekadar mengisi satu-satu kekosongan yang berlaku atas sebab-sebab tertentu. Rombakan Kabinet pula melibatkan pertukaran portfolio di kalangan Menteri. Ia melibatkan perubahan jawatan. Pihak media sering melakukan kesilapan apabila menyebut rombakan Kabinet sedangkan tiada rombakan yang dibuat tetapi hanya mengisi kekosongan.

Apa yang sedang diperkatakan oleh media termasuk media alam siber hanyalah satu ramalan atau spekulasi. Sama ada perubahan ataupun rombakan akan dibuat oleh Perdana Menteri akan terjawab sebelum Mac 2007, itupun jika teka-teki ini betul dan tepat.

Bagi saya, Perdana Menteri perlu melakukan perubahan dalam Kabinetnya. Para menteri yang diwarisi daripada barisan Kabinet sebelum 2004 perlu diganti, bukan semua, tetapi kebanyakannya termasuk Rafidah Aziz dan Rais Yatim. Rais selaku berkata zaman beredar, pesaka bergilir, kini zaman sudahpun beredar dan pesaka perlu bergilir.

Wednesday, November 22, 2006

Do we have a united and strong government?

Recent developments within the United Malays National Organization (UMNO) and among component parties of the ruling Barisan Nasional (BN), raises the question of whether Malaysia is blessed with a united and strong government, headed by Abdullah Badawi.

A strong government (Cabinet) is important for the smooth running of the administration. Likewise, UMNO too needed an effective supreme council, not a dis-united party and the 14-member BN too must be strong and united.

For a strong government, members of the Cabinet must agree with one another not only on national issues but issues affecting the sensitivities of the various races. They must be in agreement with each other if the party (BN) is to be strong. No single party must be supreme over the other parties.

Do we have a united and strong government? The clock is ticking away and in a year or two, the voters can answer that question, wisely... hopefully.

Tuesday, November 21, 2006

Soal pegangan bumiputera, data mana yang betul?

(Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang)

Unit Perancang Ekonomi (EPU) kata 18.9 peratus, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) kata 45 peratus, Universiti Malaya (UM) kata 33.7 peratus dan timbalan menteri kewangan Dato' Dr Awang Adek Hussin kata 36.64 peartus. Mana satu yang betul?

Kecelaruan mengenai data ekuti bumiputera adalah sehebat kecelaruan berkaitan pelaksanaan dan kejayaan dasar yang diwujud khusus untuk membantu bumiputera khasnya dalam sektor ekonomi dan rakyat Malaysia amnya.

Sasaran pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus di bawah Dasar Baru Ekonomi (ini yang betul, bukan dasar ekonomi baru, yang baru adalah dasar bukan ekonomi) tidak tercapai dan tempoh pelaksanaan dasar itu sudah pun tamat. Yang dilanjutkan adalah sasaran dalam dasar itu seperti pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Oleh itu, kerajaan melanjutkan tempoh sasaran hingga ke tahun 2020 kerana pemilikan bumiputera dalam aset produktif fizikal dan bukan fizikal masih jauh. Jurang pendapatan antara kaum Cina dengan bumiputera bernisbahkan 1:1.64 pada tahun 2004 dan kerajaan akan cuba kecilkan kepada 1:1.50 pada tahun 2020.

Bumiputera harus akui bahawa pencapaian sebanyak 18.9 peratus (angka EPU), dalam bidang ekonomi diperolehi kerana peranan agensi-agensi kerajaan. Sebilangan kecil orang Melayu yang mencapai sedikit kejayaan bergantung semata-mata kepada perniagaan dengan kerajaan. Tanpa kerajaan, orang Melayu tidak dapat bersaing.

Ini, sebenarnya, bukanlah pencapaian yang dimaksudkan dan diharapkan dalam dasar yang disasarkan. Matlamat dasar baru ekonomi adalah bagi orang Melayu dan bumiputera lain menyertai bidang ekonomi dengan kebolehan dan kekuatan mereka sendiri. Jika kerajaan membantu, ini adalah pada permulaan sahaja atau dalam pembekalan kemudahan-kemudahan asas untuk menembusi bidang yang dimonopoli oleh kaum lain.

SYARIKAT MILIK BUMIPUTERA

Dato' Dr Awang Adek telah mengutip data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan bahawa sebanyak 717,935 buah syarikat telah didaftarkan sehingga 31 Disember 2005 dan daripada jumlah ini, terdapat 172,568 buah syarikat yang dikawal oleh orang Melayu, iaitu 24 peratus dari segi jumlah syarikat yang didaftarkan dan jumlah ini juga berdasarkan kepada pemilikan lebih daripada 50 peratus yang dipegang oleh bumiputera.

Manakala berdasarkan kepada laporan tahunan yang dikemukakan oleh syarikat tersenarai setakat 31 Dis 2005, peratusan pegangan saham oleh bumiputera di dalam syarikat tersenarai di Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Malaysia adalah seperti berikut:

1. bagi syarikat-syarikat dimana pemilikan adalah kurang daripada 30 peratus sebanyak 539 buah syarikat
2. bagi pemilikan antara 30 peratus hingga 50 peratus oleh bumiputera, jumlahnya ialah 187 buah syarikat, dan
3. bagi pemilikan lebih 50 peratus oleh bumiputera jumlahnya ialah 186 buah syarikat.

Dr Awang Adek berkata jika dikira dari segi peratusan, sebanyak 59 peratus adalah syarikat-syarikat dimana pemilikan bumiputera adalah 30 peratus ke bawah, 20.5 peratus dimana pemilikannya adalah 30 peratus hingga 50 peratus dan hanya 20.4 peratus pemilikannya adalah lebih daripada 50 peratus.

Nilai pemilikan adalah seperti berikut:

1. bumiputera RM78.4 bilion atau 36.6 peratus
2. bukan bumiputera RM100.4 bilion atau 46.9 peratus
3. asing (nominee) RM35.2 bilion atau 16.45 peratus.

Data ini adalah data rasmi kerajaan seperti yang dinyatakan oleh timbalan menteri kewangan dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat pada 7 Nov 2006 ketika menjawab pertanyaan Tengku Razaleigh Hamzah. Wakil Gua Musang itu meminta menteri kewangan menyatakan jumlah syarikat yang dikawal oleh orang Melayu (tidak termasuk badan-badan amanah kepentingan Melayu) dan nilai saham pegangan orang Melayu berbanding dengan pihak lain pada akhir 2005 dan berapakah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan nilai sahamnya.

Sudah lebih 35 tahun kerajaan dan rakyat memperjuangkan agenda bumiputera ini. Banyak kemajuan telah dicapai. Masyarakat bumiputera boleh berbangga dengan kelahiran banyak profesional, usahawan dan syarikat bumiputera yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Ramai ahli korporat, akauntan, jurutera, doktor pakar, peguam dan profesional dalam beberapa bidang yang lain.

Kejayaan dasar baru ekonomi harus dilihat dari semua sudut kerana ia adalah satu dasar yang menyeluruh. Ia bukan dasar yang dikhususkan kepada bidang perniagaan atau ekonomi semata-mata. Ia bukan sekadar memberi laluan kepada segelintir bumiputera mendapatkan tender, kontrak atau hak pengedaran barangan tertentu. Dasar baru ekonomi diwujudkan bukan untuk melahirkan jutawan mi segera.

Monday, November 20, 2006

Antara maruah bangsa dan maruah negara

Dalam perhimpunan agung UMNO yang baru lalu, soal maruah dan kedudukan orang Melayu terus menjadi topik perbahasan. Nampaknya isu ini tidak berkesudahan walaupun negara mula melangkah ke tahun 50 kemerdekaannya.

Dalam memperkatakan tentang persoalan itu, isu-isu sensitif sudah tidak sensitif dan akibat daripada lepas cakap, terutama golongan muda belia dalam UMNO, keresahan dan rasa terguris hatipun timbul. Reaksi pihak yang terguris seolah-olah seperti mencurah minyak ke dalam api.

Maruah sesuatu bangsa, sebenarnya, tidak boleh dipertahankan semata-mata dengan meminta atau mendesak ataupun memaksa supaya orang lain tidak menghina bangsa itu. Apa yang perlu dibuat ialah membuktikan bahawa bangsa berkenaan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berjaya.

Cuba kita renung sejarah bangsa dan lihat di mana letaknya maruah bangsa Melayu. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira tiga dekad yang lalu.

Dalam sejarah negeri-negeri Melayu terdapat amalan menghantar bunga emas ke negara-negara yang lebih kuat daripada mereka. Itu telah menjadi semacam satu adat.

Ya, kita menghormati adat tetapi bukan semua adat perlu dikekalkan. Amalan sujud atau tunduk kepada sesiapa sahaja kerana takut atau kerana wang ringgit bukanlah adat yang harus dikekalkan atau dipertahankan. (Kita boleh kaitkan perkara ini dengan amalan rasuah politik dalam UMNO)

Maruah bangsa dan maruah negara perlu dipertahankan. Jika tidak, kemerdekaan tidak bermakna. Apa guna kemerdekaan sekiranya sesiapa sahaja boleh mengongkong kita? Apa erti kemerdekaan jika kita letakkan diri kita di bawah telunjuk orang lain?

Orang Melayu tidak harus angkuh dan sombong. Kita harus berbaik-baik dengan orang lain. Kita harus kekalkan sifat kesederhanaan. Tetapi semuanya mesti diasaskan kepada timbal-balas, iaitu jika kita menghormati mereka, maka mereka juga hendaklah menghormati kita. Semua pihak mesti tahu di mana letaknya batas dan di mana letaknya sempadan. Batas dan sempadan ada perbezaannya.

Kita percaya bahawa masyarakat Malaysia sudah dewasa dan matang. Masyarakat Malaysia boleh membezakan antara kaca dengan permata.

Sunday, November 19, 2006

What Mukhriz said was simply mild, very mild

It is clear that certain quarters in UMNO, in particular the "green" youth leaders, are after Mukhriz Mahathir's throat. To them, Mukhriz committed a very serious crime when he said that he was a little disappointed by the speech of party president Abdullah Badawi on Wednesday.

To the UMNO youth apple-polishers, that statement was a big sin. A big sin. One cannot criticise the party president although one's statement was simply a personal view. One must "kowtow" with the rest of the EXCO headed by Hishamuddin Hussein, one of the most unpopular personality to lead UMNO youth.

Mukhriz was given one or two days to explain to the great Hisham and company, why he issued such a statement on Abdullah's presidential speech at the UMNO general assembly.

The son of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad will face disciplinary action if his explanation is unsatisfactory. Hishamuddin said Mukhriz must explain why he made a statement that was not in line with the movement's stand.

Well, Abdullah Badawi is such a great leader that he is above one and all and cannot be criticised. Is this the democracy adopted by UMNO under Abdullah?

May be Abdullah should be reminded of his harsh criticisms against Dr Mahathir in 1987 although at that time he was a member of Mahathir's cabinet in charge of defence. Did Mahathir or any UMNO supreme council members ticked off Abdullah for openly hitting Mahathir below the belt? Did Mahathir took disciplinary action against him?

Permit me to repeat what the then education minister and Mahathir's protege Anwar Ibrahim said on 13 April 1987 (see The Star dated 14 April 1987).

Anwar said various criticisms being hurled at the government because Dr Mahathir was liberal. He said that situation had prompted members of the public and the mass media to be more brave in criticising the government compared with the past when those who were extreme in their criticisms would be detained.

Anwar described Dr Mahathir as "firm and open" in replying to criticism and some mistook that as being intolerent.

Among those who openly criticised Dr Mahathir during the run-up to the party's 38th general assembly to elect new leaders were members of his cabinet led by Tengku Razaleigh Hamzah and Musa Hitam. They were supported by Abdullah Badawi (Defence Minister), Rais Yatim (Foreign Affairs Minister), Ajib Ahmad (PM's Dept), Kadir Sheikh Fadzir (Deputy Foreign Minister), Radzi Sheikh Ahmad (Deputy Primary Industries Minister), Daud Taha (Deputy Public Enterprise Minister), Rahmah Osman (Deputy Transport Minister) and Zainal Abidin Zin (Deputy Energy, Communications and Post Minister).

What they had said about Dr Mahathir was worst than what Mukhriz said about Abdullah's speech but Dr Mahathir did not take disciplinary action against them.

The same cannot be said about Abdullah Badawi or his apple-polishers such as Hishamuddin and his Exco members, Rafidah "crocodile tears" Aziz or Ahmad Zahid Hamidi.

"Hidup UMNO! Hidup Pak Lah! Demokrasi macam mana? Hidup atau mati?

Adakah jangka hayat UMNO akan pupus?

UMNO telahpun menamatkan perhimpunan agungnya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Buat julung kalinya, persidangan yang ada kalanya berapi-api dan sesekali agak dingin dan beriawara itu, dipancarkan ke seluruh negara secara langsung oleh Astro.

Keputusan kepimpinan UMNO untuk membenarkan siaran langsung dilihat sebagai satu kemajuan tetapi ia mempunyai natijah yang buruk dan juga baik.

Ia baik kerana bukan semua ahli UMNO dapat mengikuti perbahasan di PWTC. Mereka boleh mengikutinya melalui kaca tv. Oleh itu, ahli UMNO dan rakyat jelata dapat mengetahui apa yang sedang berlaku terutama ucapan sebenar dan tidak lagi bergantung kepada media yang tak mungkin memberi liputan 100 peratus. Ini baik.

Saya dapati bahawa liputan secara langsung persidangan-persidangan parti politik mempunyai kesan yang kurang baik dari segi penerimaan penonton terhadap apa yang dibangkitkan oleh pembahas.

Selaku pembahas politik, terutama sebuah parti yang bercorak perkauman seperti UMNO, MCA, MIC atau parti yang didominasi oleh satu-satu kaum seperti Gerakan, perkara-perkara berbau sensitif tidak dapat diketepikan. Lazimnya, pembahas akan menekankan fakta-fakta ini dalam nada yang berapi-api, tanpa memikirkan perasaan orang lain yang mendengarnya. Ini tidak baik untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Kita sudahpun merayakan ulangtahun kemerdekaan yang ke-49 dan tahun depan, Malaysia berusia 50 tahun. Malaysia sebenarnya sudah matang. Rakyat Malaysia sepatutnya matang. Malangnya, ramai yang belum matang!

UMNO tentu sedar hakikat bahawa ia secara bersendirian tidak mampu membentuk sebuah kerajaan di peringkat persekutuan. UMNO memerlukan sokongan dan kerjasama rakan-rakannya seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB dan parti-parti yang mewakili kaum Iban di Sarawak dan parti-parti lain di Sabah.

Di Semenanjung, kekuatan UMNO semakin berkurangan ekoran "perpecahan" masa lalu dan isu Anwar Ibrahim selain sokongan yang bertambah untuk PAS. Orang Melayu boleh dikatakan berpecah tiga. Ini tidak termasuk segelintir orang Melayu yang menyokong Gerakan, DAP dan PPP. Pendek kata, bukan semua orang Melayu menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Angka keahlian tidak boleh diterjemahkan sebagai sokongan dalam pilihan raya.

Adakah jangka hayat UMNO akan berakhir dalam jangka masa yang singkat ini? Adakah UMNO akan menerima nasib yang sama seperti parti Congress di India, Liberal Democratic Party di Jepun dan beberapa parti politik yang mendokong kemerdekaan Indonesia seperti Partai Nasional Indonesia, Partai Demokrasi Indonesia dan Partai Golongan Karya (Golkar)?

Pertubuhan-pertubuhan politik di India, Jepun dan Indonesia yang saya sebutkan itu telah berjasa dan mendapat sokongan yang jauh lebih hebat daripada sokongan orang Melayu kepada UMNO. Kesemua parti politik itu tumbang, walaupun ada yang bangun semula tetapi dalam bentuk dan corak perjuangan yang berbeza.

Ia berlaku kerana kealpaan pucuk pimpinan dan ahli-ahli terhadap perkembangan semasa dan kehendak rakyat, atau akibat daripada perebutan kuasa yang mencetuskan perpecahan ataupun kerana soal rasuah dan salahguna kuasa.

Ramuan yang mencetuskan kejatuhan parti Congress di India, LDP di Jepun dan PDI serta Golkar di Indonesia setelah sebegitu lama berkuasa, sudahpun kelihatan dalam UMNO. Penyakit paling besar adalah rasuah dan salahguna kuasa.

Hasrat pemimpin utama UMNO, Abdullah Badawi untuk memerangi rasuah termasuk rasuah politik agak hambar kerana pemimpin-pemimpin bawahannya sudah leka dan hanyut dalam arus kemewahan hidup atau apa yang disebut oleh Pak Lah sendiri sebagai sindrom mi segera.

Nak cepat kaya, nak cepat berjaya dan nak cepat berkuasa adalah sindrom mi segera. Tetapi, sesuatu yang diperolehi secara segera akan berakhir dengan segera juga.

Jika sikap dan perangai mi segera tidak diubah dan diganti dengan semangat untuk bekerja kuat, tidak hipokrit dan berjuang dengan jujur dan ikhlas, jangka hayat UMNO boleh dikatakan tidak ubah seperti sebutir telur di hujung tanduk.

Hayatilah dengan teliti ucapan veteran UMNO dari Ampang, Selangor, Datuk Mufti Shuib. Fahamilah isi ucapannya dan ambil iktibar daripadanya.

Thursday, November 16, 2006

Ucapan Mufti Shuib seharusnya timbulkan kesedaran & keinsafan

Walaupun pada mulanya saya keberatan untuk mengulas mengenai perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung, tetapi hati dan perasaan saya terguris dan terharu mendengar ucapan wakil UMNO Selangor, Datuk Mufti Shuib, pada hari kedua persidangan (Khamis 16 November).

Bagi saya, inilah antara ucapan dari kalangan perwakilan yang cukup bermakna, berisi dan penuh dengan ingatan dan kata-kata nasihat untuk direnungi oleh generasi pelapis dan golongan muda dalam UMNO. Datuk Mufti merujuk kepada mereka sebagai Melayu mentaliti kelas pertama.

Saya cukup kenal dengan Datuk Mufti semasa sekampung dengannya di A.U.2A Taman Seri Keramat dan beliau bukan orang baru atau produk mi segera dalam UMNO. Beliau tergolong dalam kategori veteran UMNO yang banyak berjasa kepada partinya.

Saya dapat menyatakan bahawa intipati ucapan Datuk Mufti menjurus kepada matlamat untuk mengenang kembali dan mengingat sejarah berkaitan penubuhan UMNO, kisah suka-dukanya dan yang lebih penting kisah semangat perpaduan di kalangan rumpun Melayu yang terdiri daripada berbilang kaum dan suku kaum seperti Jawa, Minang, Boyan, Banjar, Aceh, Batak, Mandailing, Melayu, Bugis, Arab, Jawi Peranakan, Mamak dan sebagainya.

Saya harap para perwakilan telah disedarkan bahawa dari titik awal perjuangan mencapai kemerdekaan, UMNO telah hidup dan dihidupkan dengan semangat perjuangan yang berapi-api, walaupun menghadapi tekanan secara kasar dan secara halus daripada pentadbiran penjajah Inggeris.

Pada masa itu, orang Melayu yang mendokong dan memimpin UMNO dikatakan bertaraf mentaliti kelas ketiga seperti yang disebut oleh Datuk Mufti, namun semangat perjuangan mereka tidak mudah dilunturkan.

UMNO dapat bergerak sehinggalah ia berjaya menghasilkan taraf kerajaan sendiri di Tanah Melayu pada tahun 1955 dan akhirnya kemerdekaan pada tahun 1957. Apabila negara menyambut kemerdekaan, Datuk Mufti berusia 19 tahun, iaitu 11 tahun lebih tua daripada saya. Seperti Datuk Mufti, saya juga dapat mengimbas kembali detik-detik bersejarah itu.

Apa yang cuba diperkatakan oleh Datuk Mufti ialah semua kejayaan itu adalah natijah daripada semangat perjuangan UMNO yang bermula pada tahun 1946 di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perjuangan itu merangkumi setiap perasaan, setiap keazaman dan setiap pengorbanan orang Melayu mentaliti kelas ketiga. Mereka telah membulatkan perjuangan terhadap menegakkan kedaulatan bangsa Melayu dan kemerdekaan tanah air.

Tetapi, kata Datuk Mufti, ramai Melayu sekarang bermentaliti kelas pertama tetapi bersemangat juang kelas ketiga. Mentaliti mi segera!

Wakil Selangor itu juga berkata sekalipun pemimpin berubah tetapi perubahan itu berlaku secara baik. Beliau menyebut kata orang tua... patah tumbuh hilang berganti. Tiada perebutan dalam parti, yang dahulu didahulukan dan yang terkemudian tunggu giliran. Tetapi, kata-kata itu tidak relevan sekarang. Satu patah seribu menunggu untuk menggantinya.

Penghargaan seharusnya diberikan kepada para pemimpin terdahulu kerana setiap pemimpin yang bersilih ganti telah meneruskan dasar perjuangan dengan cita-cita dan matlamat yang sama. Oleh itu, jasa dan khidmat bakti semua mantan presiden UMNO tidak boleh dipertikai dan diperkecil-kecilkan.

UMNO mesti sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada Almarhum Datuk Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Almarhum Tun Abdul Razak, Almarhum Tun Hussein Onn dan Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka mempunyai cara dan corak kepimpinan yang berlainan tetapi matlamat dan halatuju yang satu. Mereka telah menabur jasa yang tidak ternilai harganya dan tidak dapat diukur dengan hakikat yang nyata.

Oleh itu, ahli UMNO mesti membulatkan perpaduan dan bersama-sama membaharui azam dan tekad supaya perjuangan orang Melayu kembali kepada semangat asal dengan memusatkan segala usaha, tenaga dan kemampuan demi kepentingan masa depan yang lebih cemerlang.

Hapus dan kikiskan mentaliti mi segera!

Wednesday, November 15, 2006

The story of GeorgeTown, Penang


George Town (now Georgetown City) was so named by Francis Light on 10th August, 1786. Francis Light had occupied Penang Island or Pulau Pinang in Malay from the Sultan of Kedah on 17th July, 1786. Francis Light, for a fact, cheated the Sultan into handing over the island to the (English) East India Company.

In 1800, a Committee of Assessors was formed and years later, from this evolved the fully elected Municipal Council. Yes they do have elections for the local council and not appointed, including among family members, as can be seen in many states today.

The Committee of Assessors was tasked to fix a valuation on every particular house and that so much percent on that valuation be levied. Today, we refer to it as assessment tax.

The British Municipal Corporations Act of 1835 had no counterpart in the then Straits Settlements until Act No XII was passed on 29th April, 1839. Repealing Regulation of 1827, this Act, applying to George Town, Singapore and Melaka, within Municipal limits.

Among others, the Act provided for all dwelling houses to be assessed and a tax be levied not exceeding 10 percent of the annual value. It also imposed a tax on all carriages, carts and draught animals, providing that vehicles should also be numbered and registered.

Out of the funds collected from the assessment and taxes leviable under the Act, provisions were made to maintain roads and thoroughfares and lighting, to contruct bridges and other necessary purposes for the comfort and protection of the inhabitants of the incorporated settlements.

What the Act did was probably to legalise what was already being done. It provided a source of income and defined the objects of expenditure - what it did not do was to establish a Municipal Council. Far from that, it vested all appointments in the Chief Civil Officer and placed all the business of collection under his superintendences.

Section XII of the draft Municipal Act of 1846 empowered the Civil Authority of the Settlements to appoint a Municipal Committee to consist of five resident ratepayers, two of them to be government officers, and charged this committee with responsibility for enforcing the Act. The draft Act also established a Municipal Fund, from which police expenses would be paid.

In 1856, a provision was added to appoint Municipal Commissioners of Prince of Wales Island, a body incorporated and have perpetual succession and common seal, and by such name shall sue and be sued. The British Resident was an automatic commissioner known as Resident Councillor, the governor to appoint one and three others to be elected by the ratepayers. The Resident Councillor was to be the President of the Commissioners or the head of the local authority.

On January 1, 1957 Queen Elizabeth II upgraded George Town Municipal Council to the nation's first City Council. Prior to that, in December 1956 the first ever fully elected City Council was held. At its first meeting held on January 2, 1957, lawyer G.H. Goh (Alliance party) was elected President defeating D.S. Ramanathan (Labour Party). Ramanathan was elected as mayor, a post created by an amendment to the Constitution on the 23rd December by the State Legislature.

Fort Cornwallis, Penang's colonial heritage

Gunpowder Magazine - constructed in 1814, located at the north-west of the fort and it was used to store explosives. It was designed to minimise the damaged caused by an explosion.
Seri Rambai facing the sea

On a recent trip to Penang, I visited Fort Cornwallis at the Esplanade or Padang Kota Lama in Malay. The last time I visited the fort was in 1978.

In 1786, soon after he took possession of the island from the Sultan of Kedah, Francis Light erected a fort of nibong palms at the tip of the cape known as Tanjong Penaga. He named the fort after the Governor-General in Bengal, Charles Cornwallis.

The fort was later reconstructed in the same size, shape and layout. Convict labour which was first imported from India in 1789 was immediately put to work on the fort by Francis Light to rebuilt the fort in brick in 1793.

Fort Cornwallis was the first military and administrative base of the East India Company and the garrison of Fort Cornwallis consisted of a handful of Europeans, who resided within the fort and Sepoys, who dwelt in attap huts next to the fort.

The star-shaped fort mounted with cannons along the perimeter and the most famous of these cannons is the Seri Rambai which can be seen at the north-west bastion of the fort.

The Seri Rambai was presented to the Sultan of Johor by the Dutch. However, it was later given to Aceh and installed at Kuala Selangor. Finally, it was seized by the British and installed at Fort Cornwallis in 1871.

Tuesday, November 14, 2006

UMNO dulu, kini dan.....

Minggu ini ramai yang sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO. Parti politik yang dikatakan "keramat" dan pembela serta pejuang nasib bangsa Melayu. Itu kata mereka, itu hak mereka untuk berkatakan demikian.

Tetapi memandangkan apa yang sedang berlaku dalam UMNO sekarang, kata-kata keramat UMNO dulu, kini dan selama-lamanya mungkin tidak akan menjadi kenyataan. UMNO sudah jauh berubah. Sekiranya para pengasas UMNO dihidupkan semula, mereka mungkin tidak akan mengenali parti yang mereka asaskan.

Saya tidak akan mengulas mengenai perhimpunan agung yang sedang berlangsung dalam suasana cukup meriah lengkap dengan keriuhan bazar, majlis-majlis jamuan dan kemewahan yang tak terbayang oleh para pengasas parti. Biarlah penulis-penulis blog yang lain menulis mengenai persidangan itu. Saya cuma ingin mengingatkan semula pesanan dan wasiat para pengasas UMNO untuk renungan bersama.

Pada tanggal 26 Ogos 1951, semasa menyampaikan ucapan terakhirnya selaku Yang Dipertua UMNO (sekarang disebut Presiden), Almarhum Datuk Onn Jaafar berkata bahawa UMNO telah menerima bebanan, berbagai teguran dan cercaan daripada orang-orang yang hanyalah pandai menegur dan mencerca.

Beliau kesal kerana golongan itu tidak bersedia atau tidak ingin bersama-sama dalam perjuangan parti itu tetapi memilih untuk mengkritik dari luar. Mereka tidak ikut sama dalam membina dan memperkukuhkan UMNO.

Saya bangkitkan perkara ini kerana ingin menunjukkan bahawa UMNO, sebagai sebuah parti "keramat" akan sentiasa mendapat perhatian orang Melayu, sama ada yang berada di dalam parti itu, atau yang duduk di atas pagar ataupun yang menjadi anggota parti lain. Sebab itulah UMNO dikatakan parti "keramat".

Teguran atau cercaan, seperti yang disebut oleh Datuk Onn, sebenarnya membayangkan populariti UMNO. Jika tidak popular, orang tidak akan ambil tahu atau ambil peduli. Pada tahun 1950-an, orang menegur atau mencerca UMNO atas sebab-sebab tertentu termasuk hasrat Datuk Onn untuk "membuka pintu UMNO kepada semua kaum". Hasrat Datuk Onn itu jauh mendahului masa dan orang Melayu tidak dapat menerimanya.

UMNO juga dikritik kerana ingin mendapatkan kemerdekaan. Ada pihak yang berkata bahawa Malaya tidak mampu untuk merdeka dan mempunyai kerajaan sendiri sedangkan orang Melayu tidak mampu untuk menghasilkan walau sebatang jarum. Jadi UMNO dikritik. Pemimpin UMNO dicerca.

Soal kritikan, teguran dan cemuhan terhadap UMNO dan para pemimpinnya bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah menjadi satu kelaziman. Ia harus diterima sebagai salah satu amalan demokrasi dan tidak seharusnya disekat.

Datuk Onn menerima teguran dan kritikan itu dan sebagai seorang pemimpin yang berpegang kepada prinsip perjuangan, beliau melepaskan jawatan dan keluar daripada UMNO untuk menubuhkan sebuah parti lain. Semangat perjuangan dan prinsip yang dipegang kuat oleh Datuk Onn nampaknya tidak diwarisi dalam UMNO termasuk oleh anak-cucu beliau sendiri.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang dipilih menggantikan Datuk Onn, telah memberi buah fikirannya mengenai apa itu pemimpin atau ketua.

"Ketua ialah seorang hamba yang mempersembahkan diri supaya menjadi pesuruh kepada sekelian rakyat jelata dan pekerjaannya ialah mengorbankan diri untuk berkhidmat kepada rakyat jelata."

Takrifan ketua oleh Tunku cukup hebat. Di mana kita nak dapatkan seorang ketua seperti yang ditakrifkan oleh Tunku sekarang? Ia adalah sesuatu yang sukar pada zaman sekarang.

Jika kita kaji kedudukan mereka yang bergelar ketua dalam peringkat-peringkat tertentu seperti ketua bahagian dan ke atas, sukar untuk kita menemui seorang ketua seperti yang ditakrifkan oleh Tunku.

Ya! ramai yang mengaku bahawa mereka berjuang untuk parti, untuk bangsa, untuk agama dan untuk negara! Tidak seorangpun yang akan berkata bahawa mereka bertungkus-lumus untuk dipilih menjadi ketua bahagian UMNO untuk kepentingan peribadi, kepentingan kelompok tertentu dan kepentingan kroni masing-masing.

Lihat sajalah kedudukan ketua-ketua bahagian yang ada. Bandingkan taraf hidup dan kedudukan mereka sebelum dan selepas menjadi ketua bahagian. Saya akui bukan semua tetapi majoriti.

Seorang mantan penjaga pintu lintasan kereta api yang memasuki UMNO dan dipilih menjadi ketua bahagian dan wakil rakyat mampu mendirikan sebuah mahligai tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan boleh dijadikan contoh.

Atau seorang mantan pembaca meter elektrik TNB yang memasuki UMNO dan dipilih menjadi ketua bahagian kemudian dilantik menjadi Senator dan kemudian bergelar Datuk dan mampu membina sebuah banglo mewah pun boleh dijadikan contoh.

Banyak lagi contoh yang dapat diberikan untuk menunjukkan betapa mereka yang menjadi ketua dalam UMNO sekarang amat jauh daripada takrifan yang dibuat oleh Tunku.

Jika tidak sudah tentu tidak ada orang yang sanggup mengeluarkan banyak wang semata-mata untuk menjadi ketua bahagian dan kemudian menduduki Dewan Negara atau menjadi wakil rakyat yang dipilih, atau bergelar Datuk dan Datuk Wira dan sebagainya. Adakah ini perjuangan untuk bangsa, untuk agama dan untuk watan atau untuk diri sendiri?

Benar seperti apa yang dikatakan kepada saya oleh seorang ketua bahagian UMNO iaitu beliau terpaksa menjadi hipokrit dan menyuarakan sokongan kepada pemimpin yang ada sekarang semata-mata untuk kelangsungan hidup dalam dunia politik tanah air.

Saya katakan kepadanya bahawa beliau tidak keseorangan. Dalam UMNO ramai hipokrit. Ramai yang nak hidup mewah, ramai yang inginkan gelaran dan ramai yang nak pertahankan kedudukan.

UMNO dulu, kini dan entah sampai bila.....

"Gangguan teknikal"

Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengisi blog ini selama lima hari kerana "gangguan teknikal". Alhamdulillah, ia telah berakhir.

Thursday, November 09, 2006

Men degrades women, not Islam

Last friday (Nov 3), Muslim women from around the world gathered in Barcelona, Spain for the second 3-day International Conference of Islamic Feminism aimed at fighting male-dominated interpretation of the Quran, in which they discussed problems of Islamic law and family codes in the Islamic world.

The event was seen by some as timely as the debate over the right of Muslim women to wear the full-face veil, gets increasingly heated throughout the Western world.

Advocates of the Islamic feminist movement, which comprises about 29 countries, say that Islam should not be a pretext for cultural practices degrading women, dictated by men with a monopoly of interpreting Islam's Holy Book.

Participants at the conference, mostly well-educated women, stressed the fact that the Quran, as well as Islamic Sharia laws do not put women on a lower footing than men.

As far as I am comcerned, it is important to stress that the dressing code for women such as the hijab is a duty Allah, the Almighty prescribed for the Muslim woman, and she has to comply with that order and show her sincere faith in Allah, for He says: "And it does not become a believing man or a believing woman, when Allah and His Messenger have decided an affair (for them), that they should (after that) claim any say in their affair." (Al-Ahzab:36)

The full-face veil as worn by most women in Afghanistan, Saudi Arabia, Yemen and a few Middle-Eastern and North-African countries, are in fact not as commanded by Allah. A woman do not have to cover her full face!

Even in the Islamic Republic of Iran, one can see Muslim women observing the Islamic dress code as commanded by Allah, so does Muslim women in Malaysia, Indonesia and Brunei. They do not cover their faces with full-face veils. It is important for us to differentiate between what is commanded by the Almighty and what is directed or told to do so by man.

I am not against the full-face veil but that is not the way for Muslim women to "tutup aurat" or obey the Islamic dress code.

When a Muslim neglects to dress according to the Islamic code, it is usually because of lack of knowledge and weakness of Iman or faith. Negative influences from her environment can further dissuade her from obeying Allah. Things like media (especially television), literature (entertaintment magazines and mosquito tabloids), friends and socialization.

As stated earlier, Islam does not degrades women. In fact Islam placed on record and appreciated the role played by women in the birth of Islam.

First of all, that of Khadijah, first wife of Prophet Muhammad (peace be upon him), to whom he remained faithful until her death. A most unusual and exceptional person, she was the first to embrace Islam. It was she who managed to put the Prophet's heart at rest after his deeply disturbing encounter with the archangel Jibreel (Gabriel) in the Hira grotto. It was also she who persuaded him that he had a genuine mission and that the revelation was authentic, taking him to consult one of her cousins, a blind sage named Waragah ibn Nawfal, who convinced the Prophet that his visitor was none other than the Messenger of the All-Powerful Being, and that he, Muhammad, had been selected to be one of the Prophets. Khadijah made over her entire fortunes and all her worldly belongings to Islam.

Islam's first martyr was also a woman. Her name was Sumayyah, daughter of Khayyat, and her husband too was was to be a martyr (both died in 615 A.D.), as was her son, Ammar, who fought with the fourth caliph Ali ibni Abi Talib, at the battle of Siffeen in 457 A.D.

Once again it was a woman who gave the best example of fidelity to her faith; Umm Habiba Ramlah, daughter of Abu Sufian, the political and military leader of Makkah and sworn enemy of Islam for over twenty years. This heroine, along with her husband, was one of the first Muslim immigrants to leave for Abyssinia. Her husband, attracted by the money of his hosts, became an apostate and left the faith. His wife, who had a young daughter, instantly left her renegade husband just as she had broken off relations with her pagan father. Unaided and all alone in her exile, in the most dreadful material conditions, she never succumbed to despair and finally became the wife of the Prophet.

Tuesday, November 07, 2006

Bernama - tempat jatuh lagi dikenang...

Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di perkarangan Wisma Bernama, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan setiap tahun itu telah mempertemukan veteran/mantan wartawan dan petugas Bernama yang telah bersara. Bagi saya, majlis ini amat berharga kerana selama berkhidmat dengan agensi ini hampir 27 tahun sebelum bersara atas pilihan sendiri, saya menyimpan banyak kenangan yang manis dan ada juga yang kurang manis. Tetapi, bak kata orang tua, tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bekerja (bukan bermain).

(Foto 1) Wan Ahmad bersama rakan lamanya Abdul Rachman Nordin yang kini mengetuai Nam News Network (NNN)
(Foto 2) Mantan Pengurus Besar Bernama Tan Sri Dol Ramli bersama-sama Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Mydin dan Tan Sri Hashim Makaruddin, mantan Pembantu Khas Tun Dr Mahathir Mohamad (semasa PM), mantan Ketua Pengarang Bernama dan kini Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu
(Foto 3) Mantan Ketua Pengarang Abdul Rahman Sulaiman bersama-sama Zam dan Hashim
(Foto 4) Abdul Karim Shukor bersama-sama mantan Pengerusi Bernama Tan Sri Mazlan Nordin dan Zainoor Sulaiman (baju Melayu)
(Foto 5) Tan Sri Hashim dan Rosli Ismail, bos AgendaDaily.com

Monday, November 06, 2006

Bangsa Malaysia sebenarnya tidak wujud

Saya bersetuju dengan pendirian Umno Johor yang menolak bangsa Malaysia kerana bagi saya bangsa Malaysia tidak wujud. Yang ada adalah rakyat Malaysia terdiri daripada bangsa-bangsa Melayu, Cina, India dan suku-suku kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah yang merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu.

Walau bagaimana bijak sekalipun disusun dan diacuankan, kita tidak dapat mewujudkan bangsa Malaysia kerana bangsa tidak dapat dibentuk, bangsa telahpun terbentuk atas kehendak Allah s.w.t.

Saya percaya golongan yang menyokong konsep bangsa Malaysia akan terus mempertahankannya atas kepentingan politik atau kelangsungan perjuangan politik tetapi hakikatnya bangsa Malaysia tidak wujud dan tidak akan wujud.

Begitu juga dengan bahasa Malaysia. Ia tidak wujud. Yang wujud adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Oleh itu kita mesti menekankan kenyataan bahawa bahasa Malaysia tidak wujud.

Bagaimana kita nak sebut bahasa Malaysia dalam bahasa Inggeris? Malaysian language? Tentu tidak betul. Yang wujud dalam dunia ini adalah Malay language. Yang selalu diperkatakan tentang dunia Melayu adalah Malay world bukan Malaysian world.

Jadi kenapa disebut bahasa Malaysia? Sebut sajalah bahasa Melayu. Ini yang betul. Ini yang tepat.

Rasuah - kedudukan Malaysia terus jatuh

Kedudukan amalan rasuah di Malaysia semakin buruk tahun demi tahun walaupun usaha untuk memerangi rasuah menjadi salah satu janji pilihan raya yang diikrarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sepatutnya, ketegasan dan semangat yang ditunjukkan oleh Pak Lah itu telah memperbaiki kedudukan Malaysia di mata dunia tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) yang berpusat di Berlin, Jerman, kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah dunia telah jatuh lima anak tangga daripada 39/158 negara pada tahun 2005 kepada 44/163 negara tahun semasa. Pada tahun 2004, Malaysia menduduki tangga ke 39 dan pada tahun 2003 tangga ke 37. Ini bermakna kedudukan Malaysia telah menjunam daripada 37 pada 2003 kepada 39 pada 2004 dan 2005 dan kepada 44 pada 2006.

Antara lain, TI mengulas tentang tiada kesungguhan untuk melaksanakan dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh pemerintah. Ini bermakna dasar yang diperkenalkan tidak dilaksanakan dengan jujur dan betul.

Setahu saya, soal pelaksanaan agak rumit kerana selalunya ia membabitkan campur tangan politik.

TI juga menyebut bahawa usaha perlu dibuat untuk memperbaiki tatacara kelulusan permohonan dan pemberian lesen oleh pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun. Ini bermakna PBT seperti majlis-majlis bandar raya, perbandaran dan penguasa tempatan dan badan-badan berkanun yang mengeluarkan lesen, umpamanya untuk teksi, bas dan lori, masih diselimuti amalan rasuah dan tidak telus.

Ingatan kita masih segar tentang isu tiga orang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mewakili Umno yang mendirikan rumah/mahligai tanpa kebenaran (mengemukakan pelan dan mendapat kelulusan).

Dalam persoalan rasuah dan salahguna kuasa, kita tidak boleh persalahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Seperti yang pernah saya perkatakan, tangan BPR adalah terikat dan BPR tidak bebas untuk mengambil tindakan.

Para pegawai BPR bebas untuk menyiasat tetapi tidak bebas untuk bertindak terutama jika kes tertentu membabitkan orang kenamaan seperti tokoh-tokoh politik dan golongan bangsawan. BPR perlu mendapat restu pihak atasan.

Dengan terus meletakkan BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), masalah kebebasan untuk bertindak tetap wujud kerana Ketua Pengarah BPR terpaksa menghadap bos politik di JPM sebelum boleh bertindak.

Jika Pak Lah benar-benar ikhlas untuk memerangi amalan rasuah di semua peringkat, maka tiada jalan lain melainkan membebaskan BPR daripada pengaruh JPM dan meletakkan badan itu di bawah Parlimen, iaitu BPR bertanggungjawab kepada Parlimen Malaysia dan bukan kepada JPM.

Beranikah Pak Lah berbuat demikian?

Sunday, November 05, 2006

Apabila Sultan Johor bertitah, ada yang gelabah

Saya amat tertarik dengan ketiadaan reaksi pihak media, terutama Kumpulan Media Prima dan Kumpulan Utusan Melayu, yang amat jelas "tidak berani" untuk memperbesarkan titah Sultan Johor yang mahukan Tambak Johor diroboh. Kenapa?

Kita masih ingat betapa ghairahnya media di bawah kawalan Media Prima seperti TV3, NST dan Berita Harian serta kumpulan akhbar Utusan Melayu, memperbesar-besarkan titah ucapan Sultan Johor apabila baginda menyindir Tun Mahathir supaya buat perangai macam orang bersara.

Semua media yang dikawal oleh Media Prima dan Utusan membuat laporan susulan yang merupakan provokasi untuk mendapatkan ulasan atau komen pemimpin-pemimpin politik sebagai sokongan kepada titah Sultan Johor dan membidas Tun Mahathir.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga diumpan ulasan kononnya kenyataan Sultan Johor melambangkan isi hati rakyat.

Kenapa tiada berita susulan apabila Sultan Johor mahukan Tambak Johor diroboh? Agakan yang dapat saya buat ialah media berkenaan mendapat arahan daripada orang tertentu supaya "mematikan" isu itu kerana ia selari dan memihak kepada pendirian dan perjuangan Tun Mahathir.

Media Malaysia sebenarnya media "pak turut" yang tidak mempunyai tulang belakang. Semua bos media Malaysia hanya pandai jaga periuk nasi walaupun terpaksa menggadai prinsip dan kebebasan akhbar.

Kenyataan Sultan Johor itu juga membuktikan apa yang didakwa oleh Kerajaan Persekutuan bahawa rakyat Johor tidak menyokong Tambak Johor diroboh dan diganti dengan jambatan sebagai amat meleset dan jauh menyimpang daripada kebenaran.

Jelas sekali rakyat Johor dan Sultan Johor mahukan Tambak Johor diroboh untuk mempermudahkan laluan kapal dari Barat ke Timur dan sebaliknya seperti yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir.

Kenyataan Pak Lah semasa isu jambatan berbangkit bahawa rakyat Johor tidak mahu jambatan dan mahu mengekalkan Tambak Johor tidak dapat dinafikan adalah satu pembohongan!

Friday, November 03, 2006

Tahniah Syed Nadzri

Sekalung tahniah untuk Syed Nadzri Syed Harun yang bakal berjawatan Editor Kumpulan (Group Editor) New Straits Times Press menggantikan Brendan Pereira.

Syed Nadzri, anak mantan pegawai kanan KCS (Kedah Civil Service) itu mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) adalah seorang wartawan yang dedikasi, setia dan sentiasa merendah diri. Saya mengenali beliau sejak lewat tahun 1970-an.

Beliau meniti kejayaan dalam kerjayanya dengan sabar dan akhirnya, kesabarannya itu membuahkan hasil untuk meletakkannya di tempat nombor dua dalam NST.

Sesungguhnya perlantikan Syed Nadzri dan "perletakan jawatan" Brendan Pereira adalah satu berita yang cukup menggembirakan dalam bulan Syawal ini. Syabas dan tahniah Syed Nadzri.

MT Umno ambil tindakan bijak berkaitan isu Tun Mahathir

Majlis Tertinggi Umno telah membuat keputusan yang bijak untuk tidak meminta mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan semua jawatan penasihat yang disandangnya. Keputusan ini bukan sahaja waras tetapi bertepatan dengan amalan demokrasi yang kita anuti. Soal mengkritik Pak Lah tidak seharusnya dikaitkan dengan soal lain.

Tun Mahathir dilantik sebagai penasihat kepada Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) kerana kerajaan mengenang dan menghormati jasa dan sumbangan buah fikiran Tun memajukan ketiga-tiga entiti tersebut.

Suara-suara sumbang yang dilaung-laungkan, terutama oleh Pemuda Umno, yang mendesak kerajaan menarik balik atau menyingkir Tun selaku penasihat entiti-entiti tersebut mungkin dibuat atas desakan atau tekanan pihak tertentu yang menaruh dendam terhadap Tun.

Sayugia diingatkan, ada pemimpin pemuda berkenaan yang masih berhingus atau separuh bogel berlari di halaman rumah apabila Tun mula menerajui kerajaan. Di mana adab dan budaya Melayu di kalangan mereka? Atau mungkin mereka tidak mengenali adab dan kesopanan yang cukup indah yang diwarisi oleh orang Melayu. Benar kata Tun, Melayu mudah lupa!

Orang Umno yang benar-benar sayangkan parti sudah pasti tidak mahu melihat parti mereka hancur. Umno kini menuju ke arah itu kerana ramai ahlinya membelakangkan perpaduan semata-mata untuk mencari kepentingan sendiri. Lihat dan baca komen yang dibuat berkaitan isu Pak Lah-Mahathir. Semuanya komen yang bersifat negatif dan tidak menuju ke arah perpaduan.

Dalam hubungan ini, pihak media turut bertanggungjawab memutar-belitkan berita untuk memenuhi agenda tertentu. Kumpulan Media Prima, umpamanya, cukup ghairah cuba menjatuhkan imej dan maruah Tun Mahathir dalam siaran beritanya. Mereka menggunakan kaedah provokasi untuk mendapatkan ulasan.

Saya amat memahami mengapa stesen-stesen tv yang dikuasai Media Prima, terutama TV3 bertindak demikian.

Rakan-rakan media tahu bahawa Pengarah Berita dan Ehwal Semasa TV3 adalah bekas setiausaha akhbar Pak Lah semasa berjawatan timbalan PM. Datuk Kamaruzzaman Zainal cukup terhutang budi kepada Pak Lah atas kedudukannya sekarang. Dia sememangnya tidak bermimpi untuk menjawat jawatan itu. Sudah tentu Datuk KZ tidak melepaskan peluang untuk mempertahankan Pak Lah menerusi siaran berita TV3.

Sebenarnya, jawatan yang disandang oleh Datuk KZ diwujudkan khas untuknya. Sebelum ini, orang nombor satu dalam Divisyen Berita dan Ehwal Semasa TV3 adalah Datuk Chamil Wariya, mantan wartawan kanan Kumpulan Utusan yang jauh lebih berpengalaman dan berkelulusan lebih tinggi daripada Datuk KZ. Datuk Chamil berjawatan Pengurus Kanan divisyen tersebut dan jawatan itu masih kekal tetapi sudah ada satu jawatan lain yang setingkat lebih tinggi yang disandang oleh Datuk KZ.

TV3 dan media lain yang saya rujuk sebagai ULCs (Umno-linked Companies) seperti Media Prima, yang turut menguasai NST dan Berita Harian, serta Kumpulan Utusan Melayu
sudah tentu memainkan peranan masing-masing seperti yang diarahkan.

Sekiranya pihak media tidak mengapi-apikan keadaan, sudah tentu tengkarah antara Tun Mahathir dan Pak Lah tidak sampai ke tahap sekarang.

Kepada sahabat saya Tan Sri Hashim, mantan pembantu khas Tun Mahathir semasa jadi PM dan kini pengerusi eksekutif Kumpulkan Utusan Melayu, saya ingin bertanya apa perasaan saudara apabila saban hari membaca berita yang disiarkan oleh akhbar dalam kumpulan Utusan?

Penaklukan diri sendiri itu adalah kemenangan yang paling besar (Plato). Tepuk dada tanya selera.

What is not plagiarism acording to Syed Faisal Albar

On the allegations of plagiarism by its group editor Brendan Pereira, New Straits Times Press chief executive officer Syed Faisal Albar was quoted as saying that as far as the NSTP was concerned..."our position is very clear, it is not. The other piece not revolve around the prime minister of Malaysia or former prime minister. Our content was original."

What a joke! A silly joke, I may add.

Syed Faisal, who is not a journalist, does not understand what is plagiarism. Of course, the other piece did not revolve around Pak Lah or Tun Mahathir. A donkey can understand that. Plagiarism is plagiarism, whether it revolves around Pak Lah or otherwise.

As most people understand, plagiarism is using other's ideas and words without clearly acknowledging the source of that information.

"Plagiarism is the practice of (dishonestly) claiming or implying original authorship of material which one has not actually created, such as when a person incorporates material from someone else's work into his own work without attributing it." (Wikipedia)

That was what Brendan Pereira did and to say that it was not plagiarism is incorrect. May be Syed Faisal was directed by certain adviser, either official or not, to defend Pereira and NST.

Syed Faisal also said that Brendan Pereira is "one of the best group editors we have had in a long time." It is an insult to former group editors of the newspaper.

Isu Tun M dan Pak Lah - ada yang menangguk di air yang keruh

Saya menghabiskan sepanjang minggu pertama Syawal di kampung, iaitu di Pulau Pinang. Saya mengambil kesempatan itu untuk cuba melupakan seketika peristiwa baik dan buruk yang menimpa masyarakat dan bumi bertuah ini. Tetapi, rupa-rupanya isu perbalahan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan antara topik paling utama di mana-mana, tak kira di rumah orang yang dikunjungi atau apabila tetamu mengunjungi ke rumah.

Ada yang agak beremosi mempertahankan Pak Lah dan tidak kurang yang memihak kepada Tun M. Malah, dalam satu keluarga yang saya temui, perbezaan pendapat dan pendirian yang berlainan wujud. Si bapa saudara menyokong Pak Lah manakala anak saudara mempertahankan Tun M.

Suasana dan keadaan demikian bukan saja wujud dalam keluarga bahkan dalam masyarakat dan dalam parti politik, terutama Umno. Perpecahan yang berlaku cukup jelas. Dalam Umno, ramai yang bijak berlakon dan bersandiwara semata-mata untuk menjamin kelangsungan hidup dalam sepak terajang politik. Puak-puak yang "bermusuhan" mula mencari-cari dan melabelkan "musuh" masing-masing. Si polan itu dikatakan orang Pak Lah dan si polan ini pula orang Najib (TPM). Maka bermulalah congak-menyongak jika orang itu orang Najib maka dia dikatakan menyokong Tun M kerana kritikan yang dilemparkan oleh Tun sebenarnya menguntungkan Najib.

Orang Najib pula cukup hebat dengan permainan wayang kulit dan gamelan Pahang yang menggambarkan "kesetiaan" dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pak Lah selaku presiden Umno dan Perdana Menteri. Sokongan dan ikrar taat setia mereka boleh dipersoalkan keikhlasannya.

Sebenarnya, kita sedang menyaksikan ulang tayang sandiwara yang sering dilakonkan apabila Umno menghadapi krisis seperti yang berlaku dalam zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, semasa Tim A ditentang oleh Tim B dan semasa isu Datuk Seri Anwar Ibrahim memuncak. Inilah Umno yang sebenarnya.

Dalam keghairahan mengejar kedudukan, tempat, pangkat dan kekayaan, orang Umno yang hampir 100 peratus beragama Islam, kecuali segelintir di Sabah dan masyarakat keturunan Siam di Kedah dan Kelantan, sering melupai ajaran dan perintah Yang Maha Agung dan Yang Maha Berkuasa.

Umat Islam dilarang sama sekali daripada berpecah-belah dan berselisih faham tetapi apa yang berlaku tidak mencerminkan perintah Tuhan. Ia berlaku bukan sahaja di Malaysia bahkan di seantero dunia Islam. Semuanya kerana manusia tamak kuasa, ingin cepat kaya dan mementingkan pangkat dan kebesaran duniawi.

Malangnya, manusia sering lupa untuk bersyukur kepada Allah seperti yang diperintah olehNya.

"Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu Allah persatukan antara hati-hati kamu (dalam agama Allah)". (Ali Imran: 103)

Ayat ini merupakan satu perintah daripada Allah untuk bersyukur kepadaNya. Iaitu sesudah adanya titik permusuhan yang kuat antara kaum "Aus dan kaum Khazraj. Mereka sering berbunuh-bunuhan. Mereka juga sering rampas-merampas, saling menzalimi antara sesama sendiri, sehingga Allah mengutus RasulNya dan menurunkan kitabNya (Al-Quran), akhirnya mereka bersatu-padu.

Segala bibit permusuhan dan dendam kesumatpun lenyap, segala bentuk fitnah dan pemboikotanpun hilang. Malah mereka "betukar kulit" menjadi saudara seagama, menyokonh tugas-tugas Rasulullah s.a.w. dan mendukung syiar Allah s.w.t. Bukankah semua itu disebabkan oleh nikmat Islam?

Apakah umat Islam yang mendokong Umno tidak boleh mengambil iktibar daripada kisah yang disebut dalam Al-Quran ini? Sampai bila nak bermusuh-musuhan? Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan dalam mengharungi kehidupan duniawi apatah lagi dalam menerajui sesebuah kerajaan?