Thursday, February 26, 2009

UMNO masih belum sedar

Kita akan menyaksikan tiga pilihan raya kecil (PRK), dua di Semenanjung dan satu di Sarawak, itu yang pasti, yang berkemungkinan menjadi pasti satu di Sabah manakala di Selangor belum pasti.

Yang menarik perhatian umum adalah PRK untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat bagi Bukit Gantang di Perak dan kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah. Kedua-duanya boleh memberi isyarat jelas sama ada rakyat menyokong BN atau PR. Yang nyata sekarang, perebutan untuk menjadi calon agak hangat di Bukit Selambau terutama di kalangan orang India Malaysia sedangkan majoriti pengundi adalah Melayu. Undi golongan minoriti (pengundi India) boleh menjadi penentu dengan syarat ia tidak berpecah kepada calon-calon bebas.

Di Bukit Gantang, jelas antara BN (UMNO) dan PR (PAS) walaupun akan wujud calon bebas tajaan pihak tertentu untuk "kacau daun".

Apa yang dapat saya katakan mengenai Bukit Gantang hanyalah satu, setakat ini, iaitu UMNO masih belum belajar daripada kesilapan lampau. Sebagai contoh, awal-awal lagi dah sebut atau membuat dakwaan kononnya sebilangan "ahli PAS" keluar parti untuk menyokong UMNO.

Taktik atau muslihat sedemikian sudah busuk dan tidak mudah dipercayai oleh rakyat. Kenapa pemimpin UMNO masih belum sedar? Saya pasti menjelang hari mengundi "berita" sedemikian akan disebarkan melalui media elektronik yang dikawal atau dikuasai oleh parti-parti tertentu.

Para pemimpin UMNO harus sedar bahawa berita-berita sedemikian bukan satu kelebihan kepada mereka untuk meraih sokongan rakyat. Soal keluar bulatan masuk barisan sudah basi, sudah tidak laku dan akan menikam diri sendiri. Carilah isu-isu lain yang begitu dekat dengan kehidupan seharian rakyat jika berhendakkan sokongan mereka.

Satu lagi perkara yang perlu dimaklumkan kepada UMNO dan BN semasa berkempen sama ada di Bukit Gantang atau Bukit Selambau - jangan turunkan mantan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan ketua angkatan muda PKR, Ezam Mohamad Nor. Dia bukan aset tetapi liabiliti. Dia memang pandai berpidato sama seperti mantan bosnya itu, tetapi isinya kosong dan tidak diterima rakyat. Rakyat dah muak dengan isu-isu yang dibangkitnya. Jika UMNO/BN nak kalah seperti yang dialami di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, turunkan Ezam untuk berkempen.

Satu lagi topik yang akan dijadikan isu oleh UMNO adalah soal "derhaka" kepada Raja. Tidak tahu pula sama ada pada zaman sarwajagat tanpa sempadan sekarang perkara itu boleh terus dijadikan isu. Jangan samakan dengan zaman Kesultanan Melaka. Apakah UMNO lupa akan tindak-tanduk ahlinya sendiri di Selangor, Perlis dan Terengganu terhadap Istana?

Buat masa kini, BN nampaknya menghadapi jalan yang agak sukar untuk menang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan soal pokok bagi UMNO, terutamanya, adalah calon yang benar-benar kena dan tepat untuk menawan Bukit Gantang, kubu kuat UMNO selama berpuluh-puluh tahun.

Kita rakamkan ucap selamat kepada BN dan PR dalam mengharungi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan seterusnya di mana-mana sahaja yang berkaitan.

15 comments:

Detguaq said...

Habaq mai la sat tajuk apa isu apa yang molek untuk di canangkan kepada rakyat dibukit bukau tu?

Senaraikanlah sebarapa banyak yang boleh agar dapat diperpanjangkan kepada DSNTR.

Saya sendiri akui kebanyakan tektik tu dah out dated....tapi bagilah ilham sebanyak mana yang anda tahu ianya boleh menarik minat rakyat kembali pada BN. Kalau boleh senarainya cukup-cukup untuk mengisi tempoh berkempen. JASAmu dikenang!

Unknown said...

akusayangumno,

Seperti yang saya katakan, masalah kehidupan seharian, atau kata Orang Putih isu "bread and butter".

Inilah yang tidak diambil kira oleh pemimpin UMNO. Mereka lebih selesa dan amat bangga bercakap mengenai apa yang kerajaan BN dah buat, bantuan yang telah diberikan dan pembangunan yang dijalankan dan yang dijanjikan untuk dilaksankan di kawasan pilihan raya kecil berkenaan.

Saudara dan rakan-rakan dalam UMNO juga perlu sedar bahawa kebanjiran mereka, terutama dari luar kawasan pilihan raya kecil, dengan kereta mewah masing-masing dan lagak gaya tertentu membuatkan orang kampung naik meluat. Tak payah turun beramai-ramai hanya nak tunjuk muka kepada Najib. Tak payah. Bilangan 'pendatang' dari bahagian-bahagian UMNO negeri lain tidak sama sekali melambangkan sokongan pada hari mengundi. Lihat saja di Kuala Terengganu, BN/UMNO gah dengan sebegitu ramai 'penyokong' dan sebegitu banyak bendera parti, poster pemimpin dan calon serta liputan luar biasa oleh media arus perdana termasuk stesen-stesen tv. Apa kesudahnnya? Kalah!

Tidak dinafikan ramai 'orang UMNO' juga bekerja untuk bayaran berbanding dengan orang PAS yang bekerja untuk parti. Saya tahu ramai yang akan menafikannya. Tetapi, itulah keadaan sebenar. Tak bayar, tak buat kerja. Nak tampal poster ada upahnya, nak pasang bendera ada upahnya pendek kata upah, upah, upah!. Almarhum ibu dan bapa saya dahulu (bermula pada tahun 1940-an) keluarkan wang sendiri untuk membantu parti, buat kerja secara sukarela tanpa bayaran, bukan masuk UMNO untuk mendapat faedah diri sendiri. Di Permatang Pauh, anak saudara saya sendiri mendapat RM50 semalam semata-mata untuk meramaikan markas parti tanpa perlu buat apa-apa. Apa faedahnya kepada parti?

Pendek kata, jangan ingat wang ringgit boleh membeli segala-galanya.

Saya pernah bergerak cergas dalam UMNO asal, bukan UMNO (baru) selepas diharamkan oleh Mahkamah Tinggi KL. Saya pernah menjadi wakil pemuda bahagian ke mesyuarat agung Pemuda yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (yang memilih Allahyarham Syed Jaafar Albar selaku ketua ketika berusia 60 tahun) dan pemerhati bahagian semasa Allahyarham Sulaiman Ahmad (Palestin) lawan Allahyarham Tun Hussein Onn pada persidangan di Nirwana Ballroom, Hilton KL. Saya datang ke KL dari Pulau Pinang dengan duit poket sendiri dan menumpang tidur di rumah mertua abang saya, bukan di hotel mewah seperti sekarang. Namun begitu, hati kecil masih 'ingat' kepada UMNO. tetapi, saya bencikan amalan rasuah, memihak kepada kroni dan pilih kasih dalam UMNO. Sebab itu, saya jauhkan diri daripada UMNO.

Anonymous said...

akusayangumno,

- hampa kena buang yg corrupt teruk sangat. kembali ke perjuangan asal.
- ahli umno la ni banyak yg masok parti sebab duit. bukannya nak mertabatkan bangsa melayu dan ugama islam. kembali ke landasan islam yg betoi.
- kembalikan system demokrasi dlm umno seperti awal 80'an.
- undi tak percaya kepada president dan timbalan sekarang.
- buang system kuota dan adakan pemilihan semula.
- jangan doh heboh apa yang dah dibuat. sebaliknya, pikir cam mana nak selesai masalah dan apa yg kena buat lagi utk melayu dan rakyat amnya.
- *bread and butter* issue - toll plaza tutup 2-3 tempat, dah tu pulak kadar toll naik kat 5 highways.
- jgn anggap org melayu bodoh macam ahli umno sekarang. jgn anggap rakyat malaysia buta.

nak kempen utk UMNO? hehehe sorry abang. selagi tak tukar semua yg aku sebut kat atas tu. tu pun mungkin belum cukup untuk mengembalikan kepercayaan org melayu kat umno. DSNTR tak boleh buat apa. Yg dia boleh buat cuma resign. Percayalah kat aku, Melayu akan swing vote up to 20% kat UMNO/BN macam dulu.

-- matt, Sg Petani

kembara putih said...

UMNO dah semakin jauh dari denyut nadi rakyat, hampir tak mengerti apa yang rakyat mahukan. Yang pasti rakyat dah berubah, tetapi UMNO macam tu juga. Naik kan tol pula. Mungkin ingat rakyat akan bersorak gembira & bersyukur kpd UMNO. Pemimpin UMNO kenyang, rakyat kelaparan..

Anonymous said...

TukarTiub.

Baru 6 bulan, dah 1.88 juta 'hits' (kunjungan).

Lebih 300,000 pengunjung setiap bulan.


Esei-esei mengenai sosio-politik Malaysia di Tukartiub memang gempak, bijak, cool.

mohd ali ismail said...

UMNO dah tidak releven lagi dimana kebanyakan rakyat dah tahu.Cuma sekelintiran rakyat berpegang teguh kapada UMNO sebab kepentingan sendiri dengan kereta mewah dan rumah yang terseregam besar dan indah.Sejurus menjadi wakil rakyat dah bertukar curak.Kalau rakyat hendak bertemu mereka ini mesti buat temujanji.Usahkan wakil rakyat cuma jadi JKK kampung pun dah cukuplah.Semua projek kerajaan dalam kampung ditadbir oleh JKK dan duit kerajaan disalurkan kapada mereka ini.Tak lama mereka ini terus kaya raya.Inilah gara2 ringkas UMNOPUTRA ni.

Anonymous said...

Liabiliti sebenar umno ialah Dollah.

Ceritalah apa pun.....hakikatnya Dollah dah terbuka pintu empangan kepada segala malaun2 jahat tanpa dia sedar.

Itu lah bapak segala punca.
(walaupun dia sendiri tak tau)

Malang nya imej yang dipamerkan Dollah mampu mengabui mata sesetengah orang kita yang masih taksub dengan bunyi-bunyian yang enak2 belaka tapi beracun.

Mintak maaf saudara, emosional sikit.

Anonymous said...

UMNO KOYAK!

HOT HOT PANAS PANAS MENGELEGAK!!!

Karpal Singh telah memberi pita rakaman Ketua Hakim yang mengaku rasuah kepada Agong!!

Lihat di sini.

HOT PANAS LAGI MELECUR!!!

Speaker Perak V. Sivakumar telah meminta agar sidang tergempar Dewan Undangan Perak diadakan pada hari Selasa untuk mengundi usul percaya/tidak percaya kepada Dato' Seri Nizar dan usul memansuhkan Dewan!

Lihat di sini.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

UMNO tidak boleh diajar. UMNO tidak terima pandangan dan cadangan. UMNO hidup dengan dunianya sahaja. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu ditukar dengan orang muda dan berani berhadapan dengan kenyataan. Sikap Yes man dalam UMNO perlu dikuburkan, kembali kepada akar umbi.

UMNO!1969

Anonymous said...

Mungkin sudah terlambat buat UMNO.

Semua yang diucapkan, transparency, fairness....retorik semata-mata. Rasuah makin terbuka dan penggunaan jentera kerajaan dan polis makin menjadi-jadi.

.....

sedih


.....

peluang 50 tahun dah disalah pakai....

Anonymous said...

Pak Habib...., saya tak berapa setuju kalau kata kempen UMNO dok mengata kat pembangkang menjadi faktor utama rakyat tolak UMNO/BN. Sebab parti pembangkang mengata kat UMNO lagi teruk. Punca utama calon, punca kedua pun calon, dan punca ketiga pun calon jugak. Kalau Pak Lah dok letak suku sakat dia, UMNO tak guna TV ka, tak guna surat habaq ka...rakyat tetap akan tolak.
Kalau kata Ezam penyebab, saya tak berapa setuju, sebab dia tau cerita Bung Anwaq banyak. Sampai ke seluaq dalam Bung Anwaq warna apa pun dia tau. Rakyat kena dibagitau keburukan Bung Anwaq. Itu hakikat. Tapi kalau kata Khairy yang tak patut pi kempen...saya setuju 200%.

Unknown said...

Sdr Syed Amat,

saya berkata demikian berasaskan pengalaman dan maklum balas rakan-rakan termauk dari kalangan "kerajaan" sendiri.

Anonymous said...

Pak Habib, isu di sini, pasai apa rakyat lebih menyokong pembangkang dari BN sedangkan pembangkang mengata kat BN lagi teruk lagi.

Apa yang saya peratikan, kebanyakan rakyat yang masih menyokong UMNO adalah mereka yang diluaq bandaq, sumber maklumat depa hanya surat habaq arus perdana dan tv. Manakala rakyat yang sokong pembangkang adalah golongan muda dan terpelajar. Depa nie terdedah kepada berita di internet. Dengan kata lain segala cacian dari pihak pembangkang teruih masuk dalam lubang telinga depa.

Tak kan Pak Habib nak tengok UMNO saja jadi lauk. Orang pakat dok kutuk, kita pakat diam. Tu cara Pak Lah. Terlalu defensive. Cara tu dah tak leh pakai. Buktinya kegagalan Pak Lah.

Unknown said...

Sdr Syed Amat,

Dalam satu pertemuan dengan sebuah jawatankuasa khas ibu pejabat UMNO beberapa purnama lalu, saya ada menyatakan bahawa penyokong tegar UMNO semakin berkurangan kerana meniti usia senja. Saya juga menyarankan agar UMNO mengkaji kenapa orang muda dan berpendidikan menjauhkan diri daripada UMNO dan tidak menyokong UMNO.

Intipati apa yang saudara katakan dengan sendirinya menunjukkan bahawa UMNO masih belum sedar. Itulah masalahnya.

Syed @ Don said...

membalas kutukan dengan kutukan tidak selalunya membawa kemenangan. Jika dikatakan pembangkang mengutuk dan berkata ayat2 kotor, jgn la ikut. Jika kita membunuh pembunuh - maka kita juga pembunuh.