Gajah sama gajah bergasak, pelandok yang mati. Itulah yang dapat diperkatakan apabila melihat kanak-kanak pra-sekolah menjadi mangsa orang politik.
Perkara yang boleh dikatakan tidak bertanggungjawab dan waras ini bukan berlaku di Zimbabwe, di Rusia atau di Mongolia, tetapi di bumi bertuah bernama Malaysia.
Dulu ia berlaku di Terengganu semasa PAS memerintah, kemudian di Perak apabila Pakatan Rakyat menjadi pentadbir negeri dan kini di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Sebagai anak Pulau Pinang yang pernah berkhidmat di Daerah Barat Daya (Balik Pulau) pada tahun 1970-71, saya sedih melihat kanak-kanak Tadika KEMAS di Kuala Sungai Pinang, menjadi mangsa kekejaman orang politik (Parti KeAdilan Rakyat).
Jikapun tidak setuju Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menggunakan premis berkenaan sebagai pusat Taman Bimbingan, janganlah sampai mengakibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa, yang tidak tahu apa itu politik, yang tidak kenal apa itu UMNO atau PKR menjadi mangsa.
Perbuatan mengunci pintu masuk Tabika KEMAS Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, iaitu satu-satunya Tabiba mahupun Tadika di perkampungan nelayan itu amat dikesali.
Apakah orang yang mengunci dengan menggunakan rantai motosikal itu tidak mempunyai anak, atau orang yang mengarah perbuatan tersebut tidak mempunyai anak atau adakah mereka tidak berhati perut?
Mereka sanggup melihat kanak-kanak duduk atas tikar dan terdedah kepada sinaran matahari dan debu-debu yang berterbangan tanpa belas kasihan. Apa dah jadi dengan sifat-sifat kemanusiaan?
Binatangpun tahu sayang dan lindungi anaknya. Kenapa manusia begitu zalim semata-mata kerana berlainan fahaman politik?
Di mana Ahli Parlimen Balik Pulau yang juga ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang? Saudara adalah seorang yang bijak, cerdik dan berpendidikan tinggi. Bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku dalam kawasan pilihan raya saudara sendiri?
Saya tidak tahu apa nak diperkatakan lagi. Melayu Oh Melayu!
11 comments:
itulah pasalnya.kenapa kanak-kanak yang dijadikan mangsa politik sedangkan mereka pastinya tidak tahu menahu akan hal orang dewasa.salahkah KEMAS mahu mendidik anak-anak kecil?salahkan KEMAS memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada anak-anak kecil yang bakal membesar saban hari?
Salam
saya rasa... ini taktik kotor umno dan menteri khas (mat taib) dalam memburukkan imej PR di mata rakyat
umum tahu PR takkan buat sebegitu
kes di Terengganu dulu adalah disebabkan kerajaan Pas dah sediakan premis baru untuk pengurusan tabika terbabit namun tidak diwar-warkan oleh media arus perdana
yang dikecohkan cuma perpindahan barang ke premis baru dimana kanak2 tersebut menolong punggah barang
kementerian di bawah mat taib seharusnya lebih prihatin agar di masa depan tabika hendaklah menggunakan premis sendiri dan bukannya premis orang ramai
begitu banyak peruntukan disalur untuk puak kontraktor(ketua cawangan/bahagian umno) tiada pula salur kepada Tabika untuk beli tanah atau sewa premis
apa dah jadi dengan pakej ransangan
jangan jadikan ia satu helah salur dana untuk kempen pau mac ini
rakyat yang rugi sebab umno supply barang pada kerajaan 'over-priced'
sekian
Zalimnya pemerintahan PR.
Macam ni lah kalau kelakuan meraka boleh lah kita samakan dgn Israel.
Perang tapi yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak.
Assalamualaikum Tuan,
Saya pun terfikir yang sama juga bila tengok berita di tv malam tadi. Dah tak tahu apa nak kata.
Semoga Allah swt mengampunkan Dosa dosa kita semua.
Kanak kanak kesayangan para Malaikat, semoga tempias murka Allah swt akan perbuatan begini pada kanak kanak tidak kena pada kita.
sdr treasurer
kamu ni buta mata,buta hati dan buta iman.
PKR yang kunci pagar ini kenapa pula umno do persalahkan?
gila betul orang pkr ini!
dulu muhamad muhamad tipu sultan, sekarang muhamad muhamad tipu budak budak pulak.
Sepatut Kuda Ranggi turun dan siasat dan melihat sendiri perkara yang sebenar. Bukannya hanya copy and paste berita dari media yang sememangnya tiada etika kewartawanan. Melapurkan sesuatu untuk kepentingan parti politik tertentu. Berita Harian, Utusan TV3banyak berita sampah....
Aduhai Kuda Ranggi.....
Perkara ini berlaku. Itulah kenyataan. Selepas menonton di tv, saya hubungi kawan di sana untuk pengesahan. Tak perlu turun ke sana.
Saya tidak kira parti politik mana yang terlibat, tetapi jelas sekali bendera PKR berkibar di situ.
Yang dipersoalkan kenapa anak-anak berusia antara 4 dan 6 tahun dijadikan mangsa?
Kampung Kuala Sungai Pinang dihuni secara majoriti oleh kaum nelayan, petani dan pekerja kampung, bukan orang senang. Hanya terdapat sebuah taman bimbingan kanak-kanak dan jika ditutup, ke mana anak-anak bangsa itu nak dididik dan diasuh?
Biarlah orang dewasa bertelagah soal politik dan ketuanan masing-masing, tetapi jangan jadikan anak-anak kecil mangsa perbezaan politik. Itu saja.
Melayu, Oh melayu! Itu lah Melayu.
Bile dia bergaduh, bial lah apa jadi pun, asalkan seteru dia kalah. Orang lain asing menang tak apa. Asalkan seteru dia jatuh. Kalu dia jatuh sama dengan seteru/lawan dia, dan orang lain untung, tak mengapa.
Yang penting seteru/lawan dia kena. Tak kisah orang lain untung akibat.
Melayu, oh Melayu. Dari dulu sampai sekarang. Kalu melayu sama melayu gaduh, mesti ada orang lain untung. Sejarah dah banyak kish tu.
MRSM Kalae Chepo 66/73
jika diteliti headline gambar utusan aritu tak kuncipun pagar tu
mangga memang nmpk macam kunci tapi hujung besinya tak tarcangkup
rantai motor tu plak cuma ikat dgn dawai jer
kalu aku jadi mak bapak budak tabika tu, da aku angkut anak aku balik umah
senang citer
UMNO3x
main kotor je sejak kebelakangan ni
Masalah rakyat Malaysia ini, dia orang malas membaca. Yang si anonymous ini boleh kata kerja kunci pagar tu kerja orang Umno.
Come On men,,,,tak baca suratkhabar dan nonton berita ke??? tu lah tengok ASTRO banyak sangat. Kalau nak berhujah pun biarlah dengan fakta.
Post a Comment