Friday, February 13, 2009

TARIKH P/RAYA KECIL DI DUA BUKIT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan undi kerusi Dewan Rakyat bahagian Bukit Gantang, Perak dan bagi kerusi kawasan undi Dewan Undangan Negeri Kedah bahagian Bukit Selambau serentak pada 7 April. Hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.


(Nomination date: March 29 - Polling date: April 7)

Kedua-dua pilihan raya kecil ini akan memberi gambaran atau isyarat yang jelas mengenai sokongan rakyat sama ada kepada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) ekoran daripada krisis atau kemelut politik di Perak.


5 comments:

razali hakim said...

sekarang ni peluang 50/50 buat BN dan PR sebab masing-masing ada yang benda rakyat tak suka.hal yang terjadi diPerak baru-baru ini menampakkan sikap PR yang sebenar.PR yang diketuai Anwar kata mahu bina kerajaan baru dengan lompat-melompat tapi apabila Perak berjaya diambil alih oleh BN dengan cara tersebut marah pulak PR dan penyokong mereka.

end said...

i'm not sure if really the BN candidates for both Bukit Gantung and Bukit Selambau is highly respected in both constitute.well i only can hope that both candidates are well received by the people there.otherwise the votes gonna sway to the opposition side.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Kedua-dua pilihanraya kecil ini amat menarik dan akan menjadi kayu pengukur kepada BN sama ada wujudan komponen parti diterima kembali atau terus ditolak.
Bagi Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, BN terpaksa berhati-hati memilih calon, jika MIC diberi peluang lagi, UMNO akan sekali lagi kecil hati, kalau diberi kepada UMNO, MIC pula menjadi sasaran cemohan dan polimik HINDRAF, yang kuat di kawasan itu.
Ramai kawan-kawan saya dari Bukit Gantang dan juga Bukit Selambau berkata jika KJ dan Azam turun berkempen, BN pasti hanyut. Jika Najib dipilih sekali sebagai Pengarah Pilihanraya kecil kedua-dua kawasan itu, keputusannya sepertilah KT dan PP.Dalam lain perkataan, BN tenat sekarang.

Syed Imran said...

Saya setuju jika kedua-duanya turun berkempen, BN akan kalah. Kita harap BN, terutama UMNO, akan sedar kerana sebelum ini mereka alpa.

Mahyudin said...

Salam,
Yang pastinya pilihanraya kecil ini akan menjadi persaingan sengit antara BN dan PR. BN yakin rakyat dah mula sedar akan kelemahan PR dalam meneraju negeri jajahan mereka. PR pula merasakan bahawa rakyat seluruhnya menentang BN. Apapun, nantikan keputusannya. Siapa yang lebih dipercayai oleh rakyat... Masing-masing ada senjata sendiri untuk menjatuhkan pihak lawan... Pastinya sengit...