Jika benar dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang dikatakan akan melompat parti telah letak jawatan, maka dua pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari berkuatkuasa daripada tarikh perletakan jawatan itu.
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mengesahkan yang dia menerima (melalui faksimili di rumahnya) surat perletakan jawatan oleh ADUN Changkat Jering, Mohamad Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, kedua-dua dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan anggota Exco Kerajaan Pakatan Rakyat.
Tetapi, Osman dilaporkan telah menafi yang dia berbuat demikian. Dia kata dia tak hilang tetapi sedang bercuti sakit. Jamaluddin pun membuat penafian serupa.
Tidak tahu pula mana satu yang betul. Inilah sepak terajang politik.
Jalan keluar untuk mengatasi kekusutan politik di Negeri Perak ialah bubarkan saja Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihan raya semula, serahkan kepada rakyat (pengundi) untuk membuat keputusan.
Menteri Besar hendaklah menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri. Inilah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemungkinan berlakunya krisis politik yang lebih buruk.
11 comments:
Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.
Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?
Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.
Sungguh memalukan!
Lain kali pilihlah calon, bukan parti.
Short Talk
Syed
Perlu menginjak memori 16 September 2008. Siapakah yang beria-ia untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang? Kenapa perlu khuatir jika pihak lawan bermain game yang sama?
Tidak perlu nasihatkan Paduka Seri Tuanku, baginda lebih arif berkenaan kebajikan rakyat. Apa perlu membuang masa dan duit untuk pilihanraya baru? Adakah itu dapat membendung Adun dari melompat semula dimasa akan datang?
Walaubagaimana pun yang rugi adalah orang Melayu. Seperti yang saya komen sebelum ini, tidak mustahil Tanah Melayu menjadi Palestin, bilamana Palestin berjuang dengan darah untuk mempertahankan tanah, tetapi pemimpin Islam bersekongkol untuk menderma tanah.
Apa mungkin PAS berpadu dengan BN untuk Kerajaan Negeri Perak? Kita buktikan orang Islam yang mempunyai pendekatan berbeza boleh bersatu untuk memajukan ummah!
Askar Melayu,
saya menjangkakan keadaan bertambah rumit di Perak, sebab itu jalan penyelesaian terbaik - serah semula kepada rakyat untuk membuat keputusan.
Mr Right,
benar apa yang saudara katakan, tetapi inilah budaya politik kita, iaitu soal kepentingan - antara kepentingan sendiri dengan kepeningan ummah/rakyat - saudara sendiri tahu yang mana menjadi keutaman (lazimnya dan perlu ditegaskan bukan semua).
Askar Melayu,
Mengenai pembubaran DUN, saya sedar Paduka Seri Sultan Perak amat arif dalam hal ehwal undang-undang. Apa yang saya sebut ialah mengikut Perlembagaan. Sebab itu MB Perak telah mengadap (atau dititah mengadap) Sultan untuk memaklumkan Baginda perkembangan mutakhir. Kuasa untuk membubarkan DUN terletak pada Raja/Sultan dan Baginda perlu dipersembahkan taklimat atau kedudukan/keadaan semasa.
Berbalik kepada soal lompat parti, ia berlaku kerana majoriti PR adalah kecil dan tindakan lompat parti boleh merobah kedudukan.
Keadaan sekarang terumbang-ambing dan semakin kusut. "Perletakan jawatan" oleh dua orang ADUN PKR itu mungkin dicabar di Mahkamah.
PR memerlukan ADUN BN lompat ke pihaknya untuk memperkukuhkan kedudukan manakala BN mahu ADUN PKR melompat ke sebelahnya untuk menumbangkan pentadbiran PR. Kedua-dua pihak ada kepentingan masing-masing.
Sekali lagi saya katakan jalan keluar ialah pembubaran DUN Perak. Biar rakyat yang menjadi hakim.
Tuan Syed,
First of all, please forgive me for go out of the topic BUT I feel I must bring this topic to the attention of someone who're ADIL & SAKSAMA about the topic which I'm going to touch. I believe you are one of them who can be very ADIL & SAKSAMA.
Sorry to say this... when come to Palestine and Gaza's issue almost EVERYBODY in Malaysia particularly our Muslim brothers and sisters included our government,the press and tv non-stop condemning Israel for whatever happening there. On top of that lot of people are donating towards this issue until our news papers are publishing the bank account number for the donars at its front page
BUT the same situation EXACTLY like what is happening in PALESTINE and GAZA is also happening in SRI LANGKA for many many decades UNFORTUNATELY almost NOBODY is talking about this subject here, donation is totally unimaginable. HOW COME????
Is it the victims in Gaza and Palestine are human being while those in Sri Langka are animals or stone. Is it the red liquid flowed like river in Gaza is blood while the red liquid flowed in Sri Langka is Air Sirap? WHY THE DOUBLE STANDARD??? WHY CAN'T WE REACT IN THE SAME MANNER???
Tuan Syed, hope to hear your comment either here or if possible please come out with a new title related to this subject.
Again please forgive me for bringing up this topic but I feel as a human being, we have to be more fair. Thank you Tuan Syed.
Agreed. I described the situation in Gaza as "human tragedy" and so is the situaion in Sri Lanka, Sudan and Somalia.
However, Malaysians, Muslims in particular, viewed the Gaza tragedy as a religious conflict. Definitely incorrect. Not all Arabs are Muslims. A substantial number of them, Palestinians in particular, are Christians. The late Yasser Arafat's widow is a Christian. So, it is not between Islam and Judaism. It is a human tragedy.
As stated, another human tragedy is occurring in Sri Lanka and so far it is going unchecked by the international community.
Innocent people who are not involved in the conflict are the victims, women and children. Even a hospital was hit by mortar or artillary fire killing a number of children. People are leaving their homes and villages to seek refuge and there is no safe place for them.
And the world is watching! Why? I do not have the answer.
Disini adalah sekadar pandangan kasar saya, dan tentunya tertakluk pada apa yang terkandung didalam akta berkaitan pilihanraya. Persoalannya, apakah Pengerusi dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil? Apakah suatu pilihanraya hendaklah dibuat sebaik sahaja mendapat notis kekosongan kerusi dari speaker dewan undangan negeri? Pada pendapat saya (tertakluk kepada tafsiran sebenar yang Mahkamah akan tentukan jika dibawa ke Mahkamah), tafsiran sebegitu pada pendapat saya terlalu simple untuk diterima. Apakah, Pengerusi SPR tidak ada budibicara atau hak mentafsirkan apa itu `kerusi kosong'? Apakah hanya kerana speaker dewan undangan negeri menghantarkan notis ada kerusi kosong, maka kerusi tersebut dikira kosong dan pilihanraya kecil hendaklah dibuat?
Perlu diingatkan bahawa piihanraya melibatkan perbelanjaan yang bukan sedikit dan tidak seharusnya dibuat sewenang-wenangnya kononya ada kerusi kosong. Apa istilah dan makna `kosong' itu sendiri perlu difahamakan mengikut apa yang Mahkamah faham atau putuskan. Sesuatu istilah 'kosong` tidak sepatutnya dalam hal ini dilihat secara literal (terurat) tetapi secara tersirat juga. Maka pada pandangan sepintas lalu saya, `kosong' hendaklah bermaksud, kerusi itu kosong akibat kematian wakil rakyat tersebut, atau disebabkan sabitan kesalahan jenayah atau menjadi orang muflis yang menghendaki mereka letak jawatan, atau sah mereka itu letak jawatan. Mengatakan kerusi itu kosong berdasarkan mereka-mereka itu `hilang' beberapa hari saja, pada saya suatu tafsiran yang kelakar (absurd). Perlu ingat bahawa Akta Tafsiran seksyen 17A menghendaki sesuatu tafsiran itu menggunakan pendekatan maksud (purposive approach) bukan sekadar maksud yang tersurat. Maka wajarkah kehilangan mereka beberapa hari dianggap sebagai wujudnya kekosongan kerusi? Notis speaker tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, Pengerusi SPR perlu memastikan sebab kekosongan iaitu adakah sebab kematiannya, menjadi bankrap (muflis), disabitkan dengan kesalahan penjara, atau perletakkan jawatannya kerana sakit dan lain-lain lagi bukan sekadar hilang beberapa hari?
sekian
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2, IIUM
3hb Februari 2009
Apa akan jadi selepas ini sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Satu pihak kata kekosongan berlaku manakala sau pihak lagi menegaskan tiada kekosongan.
Setahu saya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat keputusan berdasarkan pemakluman Speaker. Bukan tugas SPR menentukan sama ada surat perletakan jawatan oleh mana-mana wakil rakyat itu sah atau tidak. Perkara ini seharusnya dirujuk kepada Mahkamah oleh pihak yang berkaitan.
Tugas hakiki SPR adalah mengurus pilihan raya termasuk mengulangkaji pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya.
Dalam kes di Perak sekarang, SPR nampaknya menjangkaui bidang tugas dan kuasanya, inilah yang saya fahami atas sifat sebagi seorang yang bukan ahli dalam jurusan undang-undang.
Saya percaya pihak Speaker DUN Perak akan mempertikai keputusan SPR dan berkemungkinan perkara ini dikemukakan ke Mahkamah.
Mungkin tulisan saya tidak cukup panjang. Izin kan saya menambah sedikit lagi penjelasan saya jika terdapat kekurangan. Suatu surat kononya perletakkan jawatan yang ditandatangani March lalu (Mac 2008) bolehkah ianya diterima pakai? jika boleh, bila pula tarikh dan masanya, adakah pada bulan Mac 2008 atau bila-bila suka? Apakah perbuatan ini sah atau perletakkan mereka suatu paksaan? Apakah perletakkan jawatan secara paksaan boleh dianggap sah? Karpal Singh pun akur bahawa sudah ada keputusan Mahkamah dalam isu ini. PKR juga memilih untuk membubarkan DUN berbanding mencabar keputusan SPR diMahkamah. Maka apa mahkamah akan putuskan sudah boleh dijangka disegi kedudukan dan sudut undang-undang. Dalam perletakkan jawatan kedua ADUN tersebut, Mahkamah perlu fikirkan samada mereka itu sebenarnya meletak jawatan. Persoalannya adalah, samada Pengerusi SPR terikat dengan notis Speaker Dewan Undangan Negeri adalah persoalan undang-undang. Speaker DUN menggunakan undang-undang lain, dan Pengerusi SPR memakai undang-undang lain. Kedua undang-undang yang bertembung itu mesti dibaca dan maksudnya perlu diseimbangkan. Kedua-dua ADUN itu menafikan mereka letak jawatan. Pun begitu, secara tumpul, bolehkah seorang speaker DUN `memperdayakan’ SPR bahawa terdapatnya kerusi kosong? Betul ke kerusi tersebut sebetulnya kosong? Jika tidak, apakah perbuatan tersebut suatu kesalahan? Speaker DUN SPR dan ADUN berkenaan (jika mana-mana dari mereka mahu) boleh medapatkan ketentuan dimahkamah samada kita suka atau tidak, `betul’ atau `tidak’ keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah samada `betul’ atau `tidak’ mengikut pandangan seseorang tetap suatu ketentuan yang mengikat. Begitu juga, ketentuan mahkamah tidak semestinya ketentuan (pendapat) saya, hanya cuma ketentuan mahkamah mempunyai kuasa mengikat sedangkan ketentuan saya adalah sekadar pendapat. Pengamal undang-undang yang lain, pendapatannya mungkin lain pula.
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2, IIUM
5hb Februari 2009
Terima kasih Prof kerana sudi memberi pendapat dari sudut undang-undang.
Sama-samalah kita tunggu keputusan Sultan Perak.
Seseorang wakil rakyat ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN yang lain tentunya akan mengadap Tuanku Sultan meminta perkenan diberikan padanya mandat mentadbir negeri Tuanku bagi pihak Tuanku dan dibawah Tuanku Sultan tertakluk pada sumpah akan membuatnya dengan amanah dan menjaga rahsia negeri (kiranya minta kerja/jawatan). Selalunya dan tidak semestinya Tuanku Sultan akan perkenankan kerana ADUN tersebut disukai rakyat dan seharusnya Tuanku Sultan akan menyukainya juga. Mungkin Tuanku Sultan tidak menyukainya dan tidak memberikan perkenannya (contohnya Trengganu) walaupun rakyat menyukainya atas sebab Tuanku Sultan mengetahui sesuatu yang rakyat secara amnya tidak ketahui. Sebabnya tidak semestinya Tuanku Sultan dedahkan (rahsialah tu). Apapun perkenan Tuanku Sultan memberikan perkenan adalah atas apa yang Tuanku Sultan fikir wajar iaitu `pada fikiran ataupun timbangan' Tuanku Sultan. Ianya bukan hak orang yang memohon perkenan - secara mudah, perumpaannya seperti kemahuan CEO syarikat samada nak mengambil seseorang berkerja sebagai Pengarah Urusan (Managing Director) dalam syarikatnya.
Berbalik kepada MB Perak, oleh kerana belum ada keputusan Tuanku Sultan, wajarlah dia teruskan kerjanya sebagai MB bersama EXCOnya kerana status qou belum berubah. Sebaiknya adalah untuk Tuanku Sultan mengarahkan MB Perak memanggil supaya DUN Perak bersidang segera dan kemudiannya melihat samada undi tidak percaya terhadap Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berjaya atau tidak. Dengan ini, Tuanku Sultan boleh dengan mudah buat keputusan.
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2, IIUM
Post a Comment