Thursday, February 05, 2009

NAJIB KE ISTANA KINTA, SIVAKUMAR KE MAHKAMAH TINGGI

Kemelut politik Perak terus melakarkan episod-episod baru dalam perebutan kuasa.

Pagi ini, lebih kurang pukul 9.50, TPM Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak bergegas ke Istana Kinta untuk menghadap Paduka Seri Sultan Perak. Tujuannya satu - mendapat perkenan Baginda untuk BN membentuk kerajaan baru.


Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar pergi ke bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh, lebih kurang pukul 9.00 pagi, untuk mendapatkan perisytiharan bahawa surat perletakan jawatan selaku ADUN oleh Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) adalah sah.


Hanya kebijaksanaan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dapat menyelesaikan kemelut politik di bumi Darul Ridzuan.


Rakyat sedang menunggu sama ada Baginda memberi perkenan untuk membubarkan DUN atau memperkenankan pembentukan pentadbiran baru oleh BN.


Sementara itu, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perhimpunan di kediaman rasmi MB Perak malam ini. Penasihat PKR Anwar Ibrahim akan hadir dan berucap. Bagaimana jika UMNO atau BN juga mengadakan perhimpunan serupa? Apa kesudahannya?


Rakyat berharap semua pihak yang terbabit dalam kemelut politik ini tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjejas dan menganggu gugat ketenteraman awam.

6 comments:

mohsein shariff said...

salam saudara,
saya percaya dengan kebijaksaan tuanku pasti ada penyelesaian dalam perkara ini, tambahan sebagai bekas lord president, baginda pasti ariff tentang perundangan.

Saya percaya kemelut politik ini boleh diselesaikan jika DSNTR dan DSAI sama2 matang dan mengadap Tuanku serentak untuk menyatakan penyelesaian masing2 tanpa perlu membabitkan rakyat.

Yang pasti, rakyat semakin rugi, rakyat yg terhimpit kesan ekonomi akan merasa tersisih maka unsur2 subversif akan mengelodak lagi kemelut ini.

yang hairan, tidakkah ada collective decision dalam soal ini seperti yang selalu digembar gembur oleh BN? kerana nampaknya parti MCA, MIC seakan diam seribu bahasa?

Anonymous said...

Syed

Cuba renungkan sejenak jika angan-angan 16 Sept berjaya. Apakah akan dinyatakan oleh Anwar, Kit Siang, Nizar dan para penyokong PR? Majoriti 58 kerusi dikatakan lemah, teguhkah majoriti 3 kerusi?

The ends justify the means?

Jika wakil rakyat Pakatan Rakyat dimestikan menandatangani surat perletakan tanpa tarikh - bukankah itu sudah jelas tentang dangkalnya kepercayaan PR terhadap wakil rakyat sendiri?

Walaubagaimanapun saya setuju saranan saudara untuk menerima keputusan mutlak Paduka Seri Sultan. Tetapi adakah ia akan diterima oleh PR khasnya DAP?

Unknown said...

Askar Melayu,

DAP atau mana-mana parti politik kena terima keputusan Sultan. Tiada pilihan. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan.

Bila berbicra dengan Askar Melayu ....teringat saya akan kenangan di Gelanggang Hang Jebat, Kem Sebatang Karah, PD dan terbayang kelibat Kol. Husain Awang Senik (ketika itu Kapten). Masa berjalan begitu pantas.

Anonymous said...

Salam..
Saya yakin bahawa DYM Sultan Azlan Shah akan menggunakan kebijaksanaan baginda untuk menilai perkara ini. Apapun keputusan baginda, kita harus akur... Walau bagaimanapun, kebijaksanaan baginda tidak memberi erti kepada PR kerana saya yakin jika bagin da tidak perkenan permohonan Nizar untuk bubar DUN Perak, pasti PR dan penyokong mereka tidak akan puas hati dan mengatakan baginda bersekongkol dengan BN. Dalam apa jua pun, PR dan penyokongnya tetap merasakan mereka saja yang betul. Dan bila sultan tidak memihak pada PR, pasti mereka akan menentang...

melayuangkat said...

India, itulah kerja mereka, pergi ke Mahkamah.

Unknown said...

Melayuangkat,

Saya hormati pendirian saudara, tetapi saya harap kita melihat kemelut ini bukan dari sudut perkauman. Dia bertindak atas sifatnya selaku Speaker DUN, satu jawatan yang perlu dihormati tidak kira siapa yang menjawatnya.