Satu lagi publisiti negatif untuk Malaysia. Salah siapa?
Apa yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi Perak adalah akibat daripada kerakusan banyak pihak.
Masalah yang dihadapi belum selesai walaupun seorang menteri besar baharu dilantik secara rasmi untuk mengepalai pentadbiran Barisan Nasional yang entah dapat bertahan lama atau tidak.
Bantahan sebilangan rakyat yang dipertunjukkan di Ipoh dan kemudian di Kuala Kangsar, selepas solat Jumaat, adalah sesuatu yang juga "baharu" di negeri Perak.
Raja Muda Perak yang bijak lagi pintar itu sudah tentu tergamam melihat ratusan rakyat membantah tindakan Istana dan Baginda sudah tentu tertanya-tanya di mana letaknya kekhilafan, di mana yang tidak kena.
Baginda sendiri melihat kepulan gas pemedih mata yang ditembak oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melintasi kenderaan Baginda yang menuju ke Istana Iskandariah. Perkara seumpama ini belum pernah Baginda lalui tetapi bagi rakyat marhain, air mata yang mengalir dek kesan gas pemedih mata itu melambangkan sesuatu yang cukup besar kepada mereka.
Kemelut politik Perak belum selesai. Perjuangan Pakatan Rakyat kini beralih kepada penyelesaian undang-undang. Apa sahaja boleh berlaku.
14 comments:
HOT HOT PANAS!!! TENGOK VIDEO NI KALAU NAK PAHAM SIAPAKAH DIA SEBENARNYA YB NIZAR JAMALUDDIN!!
http://tinyurl.com/YBnizar
Assalamualaikum.
Tindakan YB Nizar adalah berasakan perlembagaan tubuh negeri Perak. Sila rujuk kenyataan Prof Aziz Bari dr UIA. Ku Li pun kata Nizar masih MB Perak. Rujuk dlm Sinar Harian 7 Feb. Jgn ikut ulasan kaki lima.
Sejarah akan mengukur apa yang terjadi, tetapi pada masa yang sama apa yang terjadi membawa perspektif baru mengenai Rakyat Murka, Sultan derhaka
Assalamualaikum Tuan,
Entahlah, apa yang berlaku telah pun berlaku.
Saya tonton juga utube yang disertakan dalam komen ini. Saya kurang setuju dengan sifat ujub dan takbur pada diri sesiapa pun.
Pada saya jika kita buat yang baik bukan kita sendiri yang menilai dan memuji muji dan mengingatkan pula pada orang lain atas kebaikan yang pernah kita lakutkan.
WaAllahuAlam.
Melayuangkat,
Pemimpin politik, dari semua parti yang diberi mandat untuk mentadbir negeri atau negara, pasti akan memperkatakan tentang apa yang telah dibuat.
Pihak MB Perak (Ir Mohamad Nizar) dan pemimpin-pemimpin lain yang bukan dari BN, tiada pilihan melainkan menggunakan media alternatif untuk tujuan yang sama. Mereka tidak mendapat liputan seadil dan sesaksama daripada apa yang disebut sebagai media arus perdana yang sama ada di kawal atau dipunyai oleh parti-parti BN.
Walaubagaimanapun, saya setuju bahawa yang menilai dan menghakimi perbuatan atau tanggungjawab mereka bukanlah mereka sendiri.
LEPAS NI MB UMNO AKAN RAMPAS BALIK TANAH YANG DI BERIKAN OLEH MB PERAK KEPADA MASYARAKAY CINA MUNGKIN TANAH-TAHAN TU AKAN DI BERI KEPADA KRONI UMNO.....
Kalau PR berkuasa, adakah kebebasan yang sama akan diberikan kepada pembangkang????
Harakah (akhbar yang berlandaskan Islam???)pun tak pernah promosikan kebaikan kerajaan BN
What are you talking about men? Ini politik, kenalah terima sepak terajang dan permainan kotornya.
Petikan dari Tukar Tiub:
"Mat saheh Kuasa Lama tidak berpuas hati. Dendam kesumat berkobar-kobar. Lalu mereka memainkan rasa benci orang Melayu terhadap Orang Cina. Kuasa Lama berpropaganda bahawa geran tanah ini di beri kepada Orang Cina. Orang Cina dijadikan alasan untuk menunjukkan bahawa Kuasa Rakyat ini adalah Kuasa Cina. Para pemimpin politik Kuasa Rakyat di Perak di tuduh sebagai ‘hamba Cina’.
Ini TIDAK betul. Data-data dan angka-angka resmi dari Kerajaan Perak menunjukkan Orang Melayulah yang mendapat lebih banyak geran tanah dari Orang Cina. Dalam projek memperbaiki kampong tersusun jumlah Orang Melayu lebih ramai. Pekara ini sengaja di tutup lingkup. Ini kerana Kuasa Lama mahukan Orang Melayu membenci Kuasa Rakyat di Perak."
Syed
I can't help to think that this is grand design to turn this country into a republic.
Penasihat Undang-undang Negeri buat apa? Datuk Kamal, tak kan tengok aje?
RAKYAT buat business kalau rugi Sendiri tanggung
ANAK SULTAN buat business Kalau rugi
RAKYAT kena tanggung tak cukup
habis kecoh negeri..........apalagi rakyat nak makan pun tak dak duit.....
Ref: News - " Perak, PR, BN and Gamuda - It’s all about Business, Stupid "
setakat bagi beras dengan kopi pas tu bagi duit angpow hari raya pun nak ungkit buat apa. yang dok bagi subsidi pertanian, subsidi penggunaan barangan terkawal dan subsidi persekolahan anak yg hanya beberapa dari subsidi yang ada tak nak ungkit ke?
tak nak cerita? sudahlah ..berentilah dari taksub dan membodohkan diri sendiri. insaflah melayu semakin berkurangan dengan perpecahan. ikut lah rasional hati. kepada rakyat perak yang ada tanah bendang besar besar meh kita buat projek. berminat email kat teman.
follow the link.........
Salam...
Kalau nak nilai siapa betul, siapa salah, saya rasa dua-dua salah. Yang PR, suka sangat menyalahkan orang lain bila dah terjadi macam ni. Yang BN pula, terlalu rakus nak rampas Perak sehingga melantik MB baru dalam tempoh yang terlalu singkat dalam keadaan yang masih kucar kacir. Yang Sultan pula, saya yakin baginda telah menilai sebaik mungkin keputusan yang dibuat dan adalah mustahil dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan sultan 'dibeli' oleh BN. Baginda bukan calang-calang orang untuk buat begitu... Secara kesimpulannya, banyak pihak cuba buat pandangan dan pendapat sendiri dan berat sebelah; jika penyokong PR, mereka akan mencari keburukan lawan. Begitu juga dengan BN...
Salam..
Mengapa orang melayu sanggup menentang kuasa raja dalam isu di Perak ini. Bukan kah sebelum ini yang berkuasa adalah DAP, sedangkan PAS dan PKR hanya parti minoriti. Tetapi kini pemerintahan kembali di tangan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Jangan kita terlalu taksub dan mengamalkan politik "kebencian"...
Post a Comment