Monday, February 09, 2009

Pilihan raya kecil di Kedah



Adakah Malaysia akan menyaksikan teori domino - di mana satu persatu pilihan raya kecil berlaku? Mungkin.

Kita akan menyaksikan satu pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Rakyat kawasan Bukit Gantang, Perak berikutan pulangnya ke Rahmatullah Haji Roslan Shaharum.

Belumpun reda berita itu, kita dikejutkan pula dengan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam, 54. Beberapa jam sebelum itu, Arumugam meletak jawatan selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Perletakan jawatan Arumugam, ahli Parti KeAdilan Rakyat (PKR) diumumkn oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Kekosongan kerusi Bukit Gantang, Perak tidak menimbulkan apa-apa persoalan tetapi bagi kerusi DUN Bukit Selambau, banyak persoalan timbul.

Sebelum ini, Arumugam telah mendedahkan mengenai ugutan ke atas dirinya dan tentang dia cuba dipaksa melompat parti. Dia juga membangkitkan soal keselamatan bukan sahaja atas dirinya tetapi keluarganya. Arumugam juga dikatakan terlibat dalam skandal dengan seorang wanita.


Adakah satu kebetulan bahawa nama kedua-dua kawasan terlibat bermula dengan perkataan "bukit" - iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau?

5 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Jika mereka hendak sangatkan kuasa hingga sanggup menepikan pilihan rakyat (pengundi),istiyarkan negara ini darurat kan senang.

Anonymous said...

Lagi musim durian...Musim Durian Runtuh

fecto said...

rasanya di Bukit Selembau takkan ada pilihanraya kecil sebab jawatan ADUN masih ada.cuma jawatan exco saja yang dilepaskan.bermakna Bukit Selambau masih ada Adun mereka dan tiada pilihanraya kecil bakal diadakan.harap maklum.

azlan said...

prk di Perak yang bakal menjadi tumpuan nanti.prk itulah nanti yang akan jadi pengukur samada PR atau BN yang akan dipilih rakyat untuk mewakili negeri Perak.mana-mana pihak yang kalah kena beredar dengan segera!tiada kompromi!.

Syed Imran said...

Fecto,

Dia turut meletak jawatan ADUN. SPR akan bermesyurat Jumaat ini untuk tangani PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.