Wednesday, February 04, 2009

DUN PERAK TUNGGU PERKENAN SULTAN UNTUK DIBUBAR

Akhirnya MB Perak mengambil keputusan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik apabila dia mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Pembubaran DUN Perak hanya akan berlaku setelah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Kita yakin Baginda Sultan akan memperkenankannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada jalan lain melainkan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan menurut undang-undang dan Perlembagaan Negara. Tidak timbul soal keraguan atau kesangsian lagi.

Kepada rakyat Negeri Perak yang layak mengundi, buatlah pilihan terbaik. Semoga pilihan raya yang bakal diadakan itu akan membolehkan pembentukan sebuah pentadbiran negeri dengan majoriti besar atau dua pertiga.

Kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), gunakanlah peluang untuk meraih sokongan dengan penuh tanggungjawab tanpa rasuah dan salahguna kuasa termasuk menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.


Rakyat adalah hakim sebenar dalam gelanggang politik.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa BN telah berkuasa semula di Perak berikutan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Bernama mengutip TPM Najib Tun Razak sebagai berkata ini berikutan tiga ADUN Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan seorang ADUN DAP telah keluar parti.

Saya berpendapat kenyataan ini kurang tepat dan mana-mana parti politik tidak semudah itu mengambil alih pentadbiran sesebuah negeri.

Pembentukan sesuatu pentadbiran atau kerajaan memerlukan perkenan Paduka Seri Sultan Perak yang akan membuat keputusan berdasarkan sokongan majoriti dalam DUN. Sudahkah BN mendapatkan perkenan Sultan? Adakah BN mendapat sokongan majoriti hanya berlandaskan tindakan keluar parti oleh empat orang ADUN itu?

Jalan keluar terbaik adalah pembubaran DUN dan serahkan semula tugas itu kepada rakyat.

a

8 comments:

suka_aman said...

kalau jadi buat pilihanraya,nampaknya saya kena balik kampunng nanti untuk mengundi.tak boleh lepaskan peluang ni.kena jalankan tanggungjawab sebagai salah seorang pengundi berdaftar yang sah :).

anak ipoh said...

x kisah sama ada BN perintah atau ada re election. Kalau jadi election ada chance balik ipoh undi BN..serik dah undi keadilan nih. no more PR!

Anonymous said...

Undi yeop undi
pangkah Yeop pangkah
Beri ambil minta jangan

Syed Imran said...

Kepada Yeop dan teman sekelian,

Kena tunggu keputusan bijaksana Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

Jika Baginda pilih untuk membubarkan DUN, maka undilah jawabnya, dan jika Baginda memilih untuk menitahkan UMNO/BN bentuk kerajaan, tak payah undi lah jawabnya.

Anonymous said...

LOmpat sikatak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Kalau umur kita sempat
Bolehlah mengundi lagi..

Anonymous said...

Salam, tuan

Saya ingin memperbetulkan pendapat TUAN, BERNAMA hanya melaporkan sahaja, sekurang2nya BERNAMA melaporkan bagi kedua-dua belah pihak bertelagah dan kami, hamba rakyat juga tahu undang2 bagaimana sebuah negeri ditubuh.

Kerajaan Negeri Perak masih dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.Semua keputusan adalah di tangan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Perak.Dan rakyat PERAK tahu baginda seorang Sultan yang berwibawa berdasarkan kepada pengalaman Tuanku sebagai Ketua Hakim Negara.

Dan berdoa Tuanku Sultan Perak memperkenankan keputusan yang terbaik untuk rakyat baginda.

Daulat Tuanku.

Syed Imran said...

Pada hakikatnya BN belum berkuasa. Najib hanya menyebut BN kini mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan. Jauh bezanya.

Saya juga dapati sedikit kekhilafan dalam laporan media berkaitan "pembubaran" DUN. MB berkata dia akan menghadap Sultan unuk mendapat perkenan membubarkan DUN bukan DUN telah dibubarkan.

Samad said...

Salam...
Memang terdapat percanggahan info dari pihak media. Ada yang melaporkan Perak dibubarkan. Tapi yang pasti Najib telah buat sidang media dengan mengumumkan bahawa 4 orang ADUN Pakatan telah keluar parti yang mana membolehkan majoriti menyebelahi pihak BN. Najib juga akan jumpa Sultan untuk tujuan itu...