Tuesday, March 03, 2009

Kemelut politik Perak

Saya tidak tahu apa lagi yang nak diulas mengenai kemelut di Perak. Yang pasti, apa yang telah, sedang dan pasti akan berlaku menjadikan negara kita bahan ketawa dunia. Ini dapat dilihat daripada laporan dan ulasan media di luar Malaysia.

Apa sudah jadi dengan amalan pengasingan kuasa antara tiga cabang berkaitan - cabang Perundangan (Parlimen/Dewan Undangan Negeri) iaitu cabang yang menggubal undang-undang (dalam konteks negara kita Parlimen walaupun DUN ada peranannya berkaitan undang-undang negeri), cabang Eksekutif iaitu cabang yang melaksanakan undang-undang (Kabinet/Pentadbiran Negeri) dan cabang Kehakiman (mahkamah) yang memastikan agar undang-undang dipatuhi.

Dalam hubungan Malaysia pihak Eksekutif juga menganggotai cabang Perundangan (terutamanya melalui Dewan Rakyat atau DUN) dan sistem ini digelar sebagai pentabiran yang bertangungjawab atau "responsible government".

Apa yang berlaku di Perak nampaknya telah mencelarukan keadaan termasuk dengan campur tangan pihak polis, pentadbiran awam negeri (pegawai kerajaan seperti setiausaha kerajaan negeri dan setiausaha DUN).

Soal siapa yang betul dan siapa yang melanggar undang-undang kini berada di Mahkamah (cabang Kehakiman) dan rakyat, terutama di negeri Perak, sudah tentu tidak sabar menunggu keputusan agar pentadbiran negeri dapat dikendalikan dengan sempurna, penuh bertanggungjawab dan aman damai.

Atau, sekiranya kemelut tidak juga berkesudahan, ada dua pilihan yang boleh diambil untuk menyelesaikannya - bubar DUN atau isytihar darurat sama seperti yang dilakukan semasa konflik politik di Kelantan dahulu.

5 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Politik di Perak bukan lagi ditangan rakyat tetapi istana. Pihak istana pula diperalatkan oleh kuasa tersembunyi untuk kkal berkuasa dengan apa cara sekali pun.
UMNO/BN sedar jika kuasa diserahkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan dengan mengadakan pilihanraya umum di negeri itu, keputusannya pasti tidak menyebelahi UMNO/BN. Mahu tidak mahu Istana diperalatkan untuk melewatkan proses demokrasi dan taktik ini, keadaan politik semakin kelam kabut. Imej negara kini tercemar, imej UMNO merudum, imej PM sekarang dan akan datang busuk. Imej kehakiman terhakis dan imej istana perak merosot.
Kuasa menguasai segala-segalanya.

Isteri orang Perak

Anonymous said...

Dalam hal ini, saya berpendapat tiada jalan lain lagi melainkan memberikan mandat kepada rakyat untuk mengungi semula.

Hentikanlah perbalahan yang tidak akan berkesudahan ini...ianya hanya mencemarkan nama Malaysia di mata dunia. Tidak ada sapa yang menang.

Raison D'etre said...

Dan Rakyat akan dirundung malang bila jentera kerajaan tak dapat bergerak.

Siapa agaknya yang menang bila jadi begini?

Sedih.

Anonymous said...

Tuan Syed,
Saya tidak pasti kemelut kegawatan kerakusan perebutan kuasa dan kecelaruan yg berlaku sampai kepengetahuan Paduka Seri Sultan Perak.Memandangkan tidak ada tindakan pehak istana menanggani kemelut ini malah terus dibiarkan berlaku...UMNO terus mencemar disetiap institusi yg ada dan PRpula mentafsir tindakan yang pelbagaian. Saya pasti jika PS Sultan Perak mengetahuinya pasti baginda akan mengambil tindakan yang wajar kecuali ada pehak yang memperalatkan istana.

Tidakkah ada usaha pihak ketiga yang mampu untuk mencari jalan penyelesaian ini supaya kemelut ini tidak berpanjangan dan merugikan rakyat...

Anonymous said...

bukan pihak istana tidak tahu..tp undang mengatakan pihak istana x bleh membuat apa2 statement untuk menyebelahi mana2 parti..kalau dibiar PR berkuasa di Perak abis org melayu perak..tanah da bg...nant yg tggl sehelai sepinggan...pkai demi anak bangsa melayu...cina hanya baik bila ada kepentingan..
tgk apa jd kt singapura?? melayu kelas kedua dan ditindas...bkankah dlu org melayu singapura mengatakan Lee Kuan Yeu baik..bg beras gula kt org melayu..dpt kuasa je..abis....fahami perangai org cina btol2...