Sunday, March 29, 2009

PRK Bukit Selambau catat rekod penyertaan

Satu rekod dalam sejarah pilihan raya, terutama pilihan raya kecil, dicatatkan hari ini apabila 15 orang calon disahkan bertanding untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah bagi kawasan undi Bukit Selambau.

Calon Barisan Nasional (BN) dan calon Pakatan Rakyat (PR) akan berdepan dan bertaruh untung nasib dengan 13 orang calon bebas (CB).

Sukar untuk membuat andaian kenapa mereka beitu berminat ingin menjadi wakil rakyat atau ADUN Bukit Selambau.

Hanya satu perkara yang mungkin boleh diandaikan iaitu ada calon-calon bebas yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu untuk memecah undi tetapi perbuatan sedemikian tidak menjamin kemenangan kepada sama ada calon BN atau PR.

Walau bagaimanapun, amalan demokrasi tetap wujud.


DI BUKIT GANTANG pertandingan tiga penjuru menyaksikan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dicabar oleh calon UMNO (BN) Ismail Safian dan calon beba Kamarul Ramizu Idris. Kehadiran calon bebas sedikit sebanyak 'mengganggu' ujian sokongan sama ada kepada PKR atau BN - iaitu pertandingan proksi antara Kerajaan Negeri PKR pimpinan Ir Nizar atau Kerajaan Negeri BN.

Saya tidak menolak yang calon bebas ditaja pihak ketiga.

DI BATNG AI pertandingan adalah satu lawan satu antara calon Parti Rakyat Sarawak yang mewakili BN dan calon PKR Jawah Gerang. Pertandingan di Batang Ai akan memberi isyarat sama ada kaum Dayak menyokong BN atau PKR.




1 comment:

luah fikiran said...

Suatu sejarah dan mungkin mencipta World Guiness Record. Yang pasti rekod perngkat Malaysia Boleh sudah ada dalam tangan. 15 calon yang bertanding dan tak pasti calon-calon bebas guna simbol apa. Mungkin ada yang guna simbol katak yang boleh lompat-lompat tu. Ramai calon kerana ramai yang berkebolehan ataupun politik negara ini dah jadi berkecamuk. Hanya mengharapkan pilihanraya ini berjalan secara bersih, aman dan calon yang menang adalah calon yang layak diangkat sebagai pemimpin