Monday, March 23, 2009

Bawah pokok lagi...

Satu perkara yang menarik perhatian saya apabila membaca laporan dalam akhbar The New Straits Times hari ini ialah sidang media naib ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengenai laporan polis yang dibuat terhadap seorang penulis buku.

Yang menjadi tarikan bukanlah apa yang diperkatakan oleh Khairy tetapi tempat dia mengadakan sidang media.

Jika sebelum ini isu sidang Dewan Undangan Negeri Perak di bawah pokok dijadikan isu besar, kini Khairy pula mengadakan sidang media di bawah pokok.

Sesuatu yang simbolik jika di kaitkan dengan usaha atau kempen menanam pokok hutan oleh isteri Perdana Menteri sekarang.


(Foto yang disiarkan oleh akhbar The New Straits Times bertarikh 23 Mac, 2009)

No comments: