Thursday, March 26, 2009

Muhyiddin terpiliah timbalan presiden UMNO

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih timbalan presiden UMNO apabila memperolehi 1,575 undi dan kemenangannya sedikit sebanyak mampu memberi kekuatan kepada parti.

Bagi jawatan naib presiden, perwakilan membuat pemilihan bijak apabila mengundi Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafie Afdal. Ahmad Zahid mendapat 1,592 undi, Hisham sebanyak 1,515 undi dan Shafie sebanyak 1,445 undi.

Sekurang-kurangnya pemilihan mereka sedikit sebanyak dapat mengubati kesakitan hati berikutan pemilihan Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda.

Walau bagaimanapun, soal sama ada pemilihan kali ini akan memberi kesan pemulihan kepada UMNO pada Pilihan raya umum ke-13 kelak akan bergantung kepada siapa yang dipilih oleh Datuk seri Najib Tun Razak menjadi anggota Kabinetnya.

4 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya rasa utk kali ini, kita boleh rasa gembira sedikit. Kekecewaan terhadap pemilihan kj ada la terubat sikit. Apa2 pn, masih bnyk lg yg perlu dilakukan oleh umno untuk mengambil hati rakyat Malaysia terutama orang Melayu jika mereka mahu BN terus memerintah negara ini.

Saudara yg dh x berapa nk kecewa...

Anonymous said...

Tuan Syed,
Harapan rakyat Sarawak juga semuga Najib melihat soal kepimpinan di Sarawak. Taib Mahmud sudah terlalu lama dan suara-suara tidak senang hati sudah mula kedengaran di sana sini dan sinun. Semalam 26March adalah ulang tahun ke 28 Taib Mahmud sebagai ketua menteri Sarawak. Taib Mahmud sudah menyumbangkan banyak jasa kepada pembangunan Sarawak dan sudah tiba masanya untuk diundurkan.

Rosli Dhoby

Unknown said...

Sdr Rosli Dhoby,

Salah satu sebab kenapa Taib Mahmud tidak menerima kemasukan UMNO ke Sarawak kerana bimbang kedudukannya sebagai pemimpin akan tercabar.

Taib sedar akan apa yang berlaku di Sabah setelah kemasukan UMNO ke Negeri Di Bawah Bayu itu. Taib tidak mahu di 'kuasai' oleh ketua parti dari Semenanjung, iaitu jika dia mengetuai UMNO Sarawak, dia terpaksa tunduk kepada presiden UMNO di KL. Itu yang dia tak dapat terima.

Sebagai seorang ketua parti dalam komponen BN, sekurang-kurangnya dia ada tempat yang sewajarnya dan dihormati selaku ketua parti. Dia tidak tertakluk kepada sebarang arahan pihak lain selagi tidak diputuskan oleh majlis BN.

Lain ceritanya dengan Musa Aman di Sabah, dia hanya pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang sama taraf dengan pengerusi di Perlis dan negeri-negeri lain di Semenanjung. Itu yang Taib tidak mahu dan saya kira, dalam hubungan ini, dia bertindak bijak.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Daripada 25 anggota MT yang dipilih semalam 17 adalah "orang" KJ.
Dengan lain perkataan pada mesyuarat MT, apa cadangan yang dibuat oleh KJ pasti dapat sokongan. MT kini dikuasai oleh KJ.
Apa kata Menteri, Timblan Menteri dan Menteri Besar yang tidak terpilih semalam, ramai-ramai letak jawatan kerana ini terbukti perwakilan yang dikatakan mewakili suara akar umbi telah tolak mereka. Tabik kepada Datuk Sharir kerana ada berani yang lain-lain diam saja, tanda takut.
Kalau tidak juga mahu turun, Datuk Najib tolong jangan lantik semula yang ditolak perwakilan.

Ahli UMNO 1969