Monday, March 30, 2009

1993 - Daulat Rakyat, kini daulat siapa?

Salah satu perkara yang bakal dijadikan bahan kempen di Bukit Gantang sudah pasti isu "derhaka" dan "kedaulatan raja".

Isu ini akan diulas, dikupas dan ditumis hingga masak oleh kedua-dua pihak utama yang mempertaruhkan nasib di Bukit Gantang. Rakyatlah yang menjadi hakim dan keputusan itu akan memberi isyarat tentang siapa yang dipercayai dan siapa pula yang dicurigai.

Bercakap mengenai "kedaulatan raja" dan soal "derhaka," teringat saya akan peristiwa 1993 apabila kerajaan BN pimpinan UMNO mengusulkan pindaan Perlembagaan yang membabitkan "kekebalan" raja-raja Melayu dari segi undang-undang.

Semasa membentang Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 di Dewan Rakyat pada 18 Januari, 1993, Perdana Menteri (ketika itu) Dr Mahathir Mohamad antara lain berkata:

Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapuk di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara.

Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa Raja perlu diletak dibawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara itu, Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya.

"Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara," tegas beliau.

Dr Mahathir turut mengingatkan rakyat bahawa semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem fiudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri Melayu tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang.

Semua wakil rakyat BN dari UMNO kecuali Tengku Razaleigh Hamzah menyokong rang undang-undang tersebut. Krisis antara Kerajaan dengan Raja-Raja Melayu terbawa-bawa hingga ke akar umbi.

Foto yang dikutip daripada buku tulisan Dr Rais Yatim, "Faces In The Corridors Of Power " yang menunjukkan dua orang penyokong UMNO memakai kemeja T dengan gambar Dr Mahathir dan kata-kata "Daulat Rakyat" memperlihatkan tentang sokongan terhadap usaha mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sejarah membuktikan bahawa isu atau kedudukan Raja-Raja Melayu dijadikan bahan untuk kepentingan politik. Pendirian boleh berubah seperti yang dibuktikan oleh peristiwa 1993 dan soal semasa di Negeri Perak serta tindakan YB Karpal Singh mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak.

Krisis Perlembagaan pada 1993 begitu serius kerana ia menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu dan ada pihak yang mula memperkatakan tentang Malaysia mungkin bertukar menjadi sebuah republik. Tidak muncul atau tampil golongan yang berarak di jalan atau ke Istana "mempertahankan kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu" ketika itu.


Selain isu Raja-Raja Melayu, soal "ketuanan Melayu" juga dijadikan bahan untuk berkempen walaupun erti sebenar "ketuanan" masih kabur di kalangan mereka. "Ketuanan" bukan bermakna "Melayu menjadi tuan" tetapi ia merujuk kepada "hak menguasai dan memerintah sebuah negeri" dan ia ada kaitan dengan soal "kedaulatan".

Raja-Raja Melayu boleh dirujuk atau dilihat sebagai melambangkan "pertuanan" iaitu golongan orang bangsawan.

Ada pihak yang menyamakan "ketuanan Melayu" dengan perkataan Inggeris "supremacy" dan hujah sedemikian boleh diterima jika ia dirujuk kepada Raja-Raja Melayu dan bukan kepada golongan elitis politik kerana ia bermaksud "keagungan" iaitu ia melebihi yang lain dalam pangkat dan kuasa, sebagai contoh Yang di-Pertuan Agong.

Sesungguhnya Malaysia sudah lebih separuh abad Merdeka dan kita tidak lagi "mempertuankan" atau mengaku tuan kepada pihak penjajah. Kita adalah tuan kerana kita berpegang kepada "ketuanan" yang membolehkan kita memerintah kerana kita telah MERDEKA.

Kita sebenarnya mempertahankan "ketuanan" apabila kita bebas memilih parti politik yang kita percayai dan yakin mampu untuk membentuk kerajaan atau pentadbiran sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri.

Rakyatlah yang sebenar-benarnya mempertahankan "ketuanan" dan "kedaulatan" negara.




10 comments:

MAHANOR SALEHA said...

PKR Kedah goyang kerana Anwar tikam belakang ketua cawangan Jerai

http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/pkr-kedah-tenat-anwar-tikam-belakang.html

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Raja dan Sultan adalah orang Melayu dan Islam.
Rakyat negara ini majoritinya Melayu dan Islam. Pengundi-penggundi Bukit Gantang juga majoritinya Melayu dan Islam.
Apa yang penting sekarang ialah orang Melayu mahukan nasib bangsa dan agamanya dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan negara. Apabila orang Melayu dan agama islam terjamin kedudukannya, kedudukan sultan dan raja-raja Melayu juga tidak tergugat. Rakyat adalah semuanya. Tanpa rakyat tidak ada raja/sultan. tanpa raja/sultan rakyat tetap segar dan mengkar. Fikir-fikirlah.

Ahli Umno 1969

daengchelak said...

pada umno, raja adalah pawn dlm mainan catur politik mereka. Semasa mengambil alih pentadbiran dari penjajah mereke telah bersekonkong untuk menipu rakyat tentang kesahihan raja melayu yng telah di tanam olih org kafir british. sebab itu umno bkn saja menindas orang yng hidup malah yng mati di puja untuk untuk dpt restu dunia halus yng juga tidak mengiktiraf kedudokan mereke sebagai sultan.
In other words they have the sultan by the balls...

Tuan Senang Besar said...

that's a very very good photo, sir. i wonder what else is in your possession? :)

Unknown said...

Yes young man, there are a couple more pictures.

Unknown said...

let's counter attack them back by calling them derhaka!!! and shove all the pics and videos on their faces...

but then, they will spin it and call us seditious.

al-Balingi said...

Salam Tuan Syed,

Saya tertarik dengan posting tuan Syed, bukan yg ni, tp ada satu yg lepas..tajuk dia lebih kurang 'Umno /BN tidak pernah belajar'..

Tuan Syed kata bila dekat ja election, mesti ada berita tentang pembangkang masuk keluar parti atau sertai BN.

Latest from Malaysian Insider...hampir 400 org ahli PKR keluar parti.

Pastu PKR's Jerai chief pulak keluar parti.

Betul la UMNO/BN tidak pernah belajar dari kesilapan..

Berita2 style tu orang dah muak...walau pun ianya betul.

Sbb terjadi hanya ketika election shj.

wallahualam

Unknown said...

al-Balingi,

Benar, mereka (UMNO/BN) masih belum sedar. Kata orang tua mereka masih degil.

Di Bukit Selambau, orang PKR keluar parti dan di Bukit Gantang, tunggu sajalah, orang PAS akan keluar parti. Semuanya nak sokong BN. Yang sebenarnya, ia adalah satu kepalsuan politik.

Bukan saja pemimpin UMNO/BN yang tak belajar daripada kesilapan, orang media (arus perdana) pun sama. Berita seperti itu tidak seharusnya dapat tempat sama ada dalam halaman akhbar atau corong radio mahupun kelir tv.

Mereka masih ketinggalan zaman.

Anonymous said...

Memang Benar bahawa UMNO telah menderhaka kepada institusi Raja Raja pada tahun 1993. Yang UMNO nak terpekek terlolong hal penderhakaan sakarang agak basi. UMNO derhaka dan Melayu tidak lupa. Yang mudah lupa UMNO.

Salaam Admiral Tojo

Dhahran Sea said...

Salam Tuan Syed,
Mentaliti mendaulatkan raja2 tak bertempat akan membawa padah pada Melayu... kalau Melayu claim Melayu=Islam kenalah ikut Islam betul2... darah raja2 merah macam darah rakyat, kentut raja busuk macam kentut rakyat (mungkin lebih bisa lagi sebab makan yang sihat2?), Rasulullah saja yang maksum, janganlah sampai kita pulak ingat raja2 pulak maksum dan kena ikut undang2 tersendiri! Dan ahli politik janganlah pulak nak menjilat bontot raja waktu pilehanraya!