Wednesday, March 25, 2009

Mesej tak sampai kepada Pemuda?

Mesej atau pesanan yang disampaikan oleh bakal Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak kepada ahli-ahli parti itu berkaitan amalan rasuah politik atau 'politik wang' nampaknya masih kabur jika keputusan pemilihan ketua Pemuda UMNO di ambil kira.

Kemenangan Khairy Jamaluddin, yang didapati bersalah berkaitan amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO, memberi gambaran bahawa sebahagian besar perwakilan Pemuda UMNO tidak peka dengan gejala itu.

Mungkin hukuman "beri amaran" yang dikenakan ke atas Khairy dilihat sebagai "lampu hijau" oleh 304 orang perwakilan Pemuda UMNO yang mengundinya. Jika benar, maka ia menyedihkan.

Ahli Parlimen dari Johor, Razali Ibrahim mendapat 417 undi untuk dipilih sebagai naib ketua Pemuda UMNO menewaskan Reezal Merican Naina Merican dari Bahagian Kepala Batas pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad (Pak Lah) yang merupakan "running mate" Khairy.

Bukan saya atau orang ramai yang mengaitkan Khairy Jamaluddin dengan politik wang atau rasuah politik tetapi hakikatnya dia didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin yang ditubuhkan oleh UMNO itu sendiri. Yang jelas daripada keputusan Lembaga Disiplin adalah dia terlibat dalam rasuah politik. Nokhtah!

Jika diperingkat Pemuda UMNO sudah didapati bersalah, bagaimana pula pada masa muka?

Dalam pada itu, kita ucapkan tahniah kepada Wanita UMNO yang memperlihatkan kematangan dan keberanian menyambut seruan bakal presiden UMNO. Kemenangan besar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke atas mantan ketua wanita Tan Sri Rafidah Aziz cukup besar ertinya.

Shahrizat memperolehi sokongan 64 peratus daripada perwakilan Wanita UMNO apabila mendapat 507 undi berbanding dengan Rafidah yang hanya mampu memperolehi 280 undi atau 36 peratus.

Keputusan bagi pergerakan Putri UMNO seperti yang dijangkakan iaitu memihak kepada Ahli Parlimen dari Sabah, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin manakala naib ketua disandang oleh Shahanim Yusof.

13 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Kesal, kesal dan amat kesal. 304 perwakilan Pergerakan itu, tidak hormati keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang terang-terang mendapati KJ "melangari" etika parti. Saya hanya mampu berdoa agar UMNO terus hidup pada PRU-13 nanti. Pada PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, saya yakin BN akan ditalkinkan hidup-hidup. Menang sorak, bangsa tergadai.

Ahli UMNO 1969

Anonymous said...

Tuan Syed,

semasa pengumuman calon diadakan, saya amat berharap jawatan Ketua Pemuda jatuh ke tgn Mukhriz. Tapi apa kn daya, org yg kita tahu mengamalkn politik wang yg menang. Saya kurang yakin dgn kepimpinan yg akan dibawa oleh beliau. Memang kita tak boleh menuduh tak tentu pasal. Tapi beliau sendiri dh didapati bersalah oleh lembaga disiplin. Sepatutnya beliau digantung. Ni tak. Boleh menang plk. Kecewa2.

Meluat jugak bila tgk beliau naik pentas sebelum diumumkan pemenang. Macam tau2 je nk menang...

Saudara Kecewa...

DIN said...

Tahniah Bangsa Ku

Tahniah dengan saf baru,
Mungkinkah belayar dengan jayanya? Atau mungking mempercepatkan
karamnya bahtera?
Nampak gaya Uwang lebih hebat dari nasib bangsa.

Tahniah Bangsa Ku

Anonymous said...

Perwakilan sudah buat keputusan. Yang dipilih dekat di hati perwakilan tetapi kurang pasti apakah dekat di hati rakyat? Nak tahu, tunggu PRU 13 nanti. Ucapan Najib nampaknya tak berkesan. Betul kata Najib, yang menghancurkan UMNO ialah orang-orang UMNO sendiri. Bagaimana pula dengan pemilihan jawatan T/Presiden, N/Presiden dan Majlis Tertinggi? Apakah mereka yang tercalar juga mahu dipilih?

Anonymous said...

emmm tunggu dan lihat je laa apa akan jadi pada malaysia tercinta.. may allah bless us alwiz...

Anonymous said...

Mesej memang sampai tapi ada terselit duit dalam sampul mesej tu. Apa pilihan yg ada? simpan mesej atau ambil duit? jawapan nya senang, simpan mesej dan ambil duit, rezeki jangan di tolak!

Anonymous said...

lagi senanglah kerja Pembangkang lepas ni..
Tidak payah susah2 nak berkempen, dah tentu menang..
MELAYU jgn terus LAYU

Anonymous said...

Salam pak syed, sokong pak syed 101%..memang tak sampai pun..kedengaran dengan jelas jeritan rasuah di lobi pwtc mlm tadi...sampai tak leh tido saya mamat tu menang..sedih sangat..semua wartawan takde mood..

Anonymous said...

Salam,
Mau tak senang kerja pembangkang, sebab mana2 yang si KJ tu pegi berkempen, jawapannya PASTI KALAH..

Anonymous said...

Entahlah Pak Syed 2 orang Calun Timbalan Presiden tu pon ada rekod RASUAH . Abehlah kau UMNO dikutuk oleh Cucu cicit sepanjang zaman .

Kuda semetot.

tajudin said...

tirai dah ditutup, kira wayang pun dah habis. ending cerita, terpulang kepada penonton...

Anonymous said...

Pak Syed ,
semasa pengiraan undi untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dikatakan berlakunya Black Out ..
dan kejadian spt ini juga pun pernah berlaku sewaktu zaman Pak Det. LU PIKIRLAH SENDIRI..

Kuda semetot.

Unknown said...

Kuda semetot,

Betul. Saya berada di PWTC ketika bekalan elektrik 'putus' pada 1987.
Nampaknya, pisang berbuah dua kali.