Paduka Seri Sultan Perak menitahkan MB Perak Ir Mohd Nizar dan barisan Exconya meletak jawatan dan ini bermakna BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru.
Sementara itu, ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 3.30 petang. Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad di Kuala Lumpur lewat petang ini.
Semoga kemelut politik Perak ini akan selesai.
Semoga kemelut politik Perak ini akan selesai.
13 comments:
Boleh selesai ka selagi tidak diadakan pemilihan semula. Hati ramai yang bengkak dengan cara pengambilalihan kerajaan. Apa nak jadi dengan 2 ADUN yang akan ke mahkamah? Apa sifat dan keperibadian ADUN yang masuk keluar parti ikut kepentingan diri? Maam dulu juga la..walaupu kuasa RAJA tapi kalau bertentangan dengan kehendak rakyat..boleh patuh?
Perak's own dire straits and sultan of swing
Secara peribadi saya lebih memihak kepada penyelesaian oleh rakyat. Iaitu kembalikan kuasa pemilihan menerusi peti undi. Rakyatlah hakim terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.
Tetapi, betul atu salah, Sultan telah buat keputusan. Sama ada ia satu kebijaksanaan atau sebaliknya adalah satu perkara lain. Pakar undang-undang dan Perlembagaan juga berbeza pendapat. Bak kata orang cerdik pandai, telan mati emak, luah mati bapa.
Yang dibimbangkan sekarang ialah sebilangan rakyat tidak dapat menerima keputusan itu dan mereka akan memperlihatkan perasaan itu di jalanan. Malam ini sahaja, menurut beberapa laporan media alaf baru, hampir 10 ribu orang membanjiri perkarangan dan sekitar kediaman rasmi MB Perak untuk memberi sokong. Saya percaya suara rakyat tidak akan berhenti dan akan terus diketengahkan dan saya juga percaya penyokong BN pun akan bertindak.
Nampaknya, kemelut politik Perak belum boleh dikatakan selesai.
Sekiranya keadaan tidak dapat dikawal dek tekanan suara rakyat, saya tidak menolak kemungkinan Kerajaan Persekutuan akan mengisytiharkan darurat di Perak dan mengambil alih pentadbiran negeri sama seperti yang dilakukan ke atas Kelantan dahulu.
hiraukan aksi di pentas politik kerana ada urusan lebih besar di luar buat kita.
Pastikan kita tidak gagal membawa pulang rezeki ke rumah dan tidak gagal mendidik anak kita agr tidak meminta-minta kemudian hari.
Kekalkan harmoni dalam POLITIK rumahtangga kita kerana kegawatan ekonomi ini bakal menguji kebijakan kita mentadbir kerajaan rumah tangga kita. Jangan sampai bini lompat ke rumahtangga lain. Jangan sampai anak sendiri undi tidak percaya kepada kita kerana kegagalan kita.
HeroHuruHara,
Satu pandangan yang cukup baik.
Salam, tuan Syed....
Ini pandangan 3 sen saya,saya pengundi PAS dan PKR negeri Selangor Darul Ehsan.
Pakatan Rakyat jangan bersedih dengan apa yang berlaku.Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Allah s.w.t menguji ketabahan kita.
Peralihan kuasa tidak beretika ini tidak akan bertahan lama.Pihak Pakatan Rakyat harus bersabar,kejayaan yang lebih besar akan menyusul selepas ini.Insyallah di Pilihanraya DUN Sarawak dan Pilihanraya Umum ke 13.
Susun kembali ,bersiap siaga dgn permuafakatan ang lebih mantap untuk menghadapi ujian seterusnya.
Yang memusykilkan aku, kenapa Anuar Zaini dok berbisik2 dengan Najib tun razak. Adakah anda fikir anda lah hero dalam filem ini? Bawa2lah insaf Anuar Zaini, 2 tahun lepas kau hampir mampus kena stroke. Kau ingat Najib Tun Razak akan mengambil ko semula menjadi Pengerusi BERNAMA? Najib sudah tentu mempunyai orang lain .
Anuar Zaini sedarlah di akhirat nanti kita kan bertemu di padang masyhar. Aku sumpah keturunan kau tidak akan hidup aman selagi kau bagi makan anak cucu dengan duit haram.
apa komen saudara kalau selepas ini anwar berjaya dapat lompatan yang secukupnya untuk buat kerajaan baru dan terus jumpa YDP Agong bersama ahli Parlimen yang secukupnya
adakah saudara akan bersetuju ianya diadakan hanya di Istana dan tak perlu vote of no confidence di Dewan Rakyat
precedent case ini akan dibandingkan nanti oleh generasi akan datang...dan kita dikutuk pasal tak pandai amalkan undang2 yang kita buat sendiri
Assalamualaikum,
Saya adalah pembaca setia blog Tuan Syed dan dari blog Tuan lah saya belajar untuk menulis dan sekarang saya sudah mem[unyai blog sendiri.
Saya ahli UMNO, dan saya pun tak bersetuju cara BN dapat memerintah Perak dgn cara sebegini.
Saya setuju dgn Tuan Syed iaitu kembalikan kepada rakyat untuk menentukan.
Tetapi keputusan Kebawah Duli Tuanku juga perlu diambil kira kerana kita perlu ingat Tuanku suatu ketika adalah Ketua Hakim Negara.Tuanku lebih paham tentang undang-undang dan perlembagaan.
Yang menjadi kemusykilan sekarang,kenapa bila orang BN masok ke PR,penyokong riuh bersorak sbb orang BN berpaling tadah tetapi bila sebaliknya berlaku kenapa tidak boleh pulak?
Lagi satu,Saudara DSAI heboh pasal 16 Sept ahli-ahli parlimen BN akan melompat ke PR. Dan beliau akan jadi PM. BOleh pulak?
Saya kesian Datuk Nizar kerana membuat kenyaatan mengikut telunjuk DSAI dan DAP.
Shamanuar, Blower dan yang lain,
Jika berpandukan sistem demokrasi berparlimen, yang harus diutamakan adalah sokongan majoriti wakil-wakil rakyat, iaitu sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Jika Anwar Ibrahim nak ambil alih pentadbiran persekutuan, dia pun perlu melalui proses sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi Perlembagaan. Ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Yang perlu difikirkan oleh mereka yang lompat parti adalah soal moral dan sama ada mereka mengkhianati sokongan orang yang mengundi mereka. Tepuk dada, tanya selera!
Dalam soal perlantikan ketua kerajaan, sama ada PM atau MB/KM, ketua negara atau ketua negeri (Raja/Gabenor), mesti memastikan yang seseorang pemimpin itu mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dalam Dewan Rakyat/DUN.
Oleh itu, pada pendapat saya, tempat paling sesui untuk berbuat demikian adalah dalam persidangan khas. Walaubagaimanapun, pakar undang-undang berpendapat cara yang dilakukan oleh Paduka Seri Sultan Perak adalah sah.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak ada menggariskan perkara ini.
Bagi Persekutuan, Perlembagaan telah menggarisi tentang perlantikan Perdana Menteri.
Perkara 43 (2) menyebut:
"Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu"
Perlu ditegaskan tentang ayat berikut "...yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan..." iaitu sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini bermakna yang menentukan sah atau tidak perlantikan seseorang PM itu adalah Dewan Rakyat.
Mengenai Anuar Zaini, apa yang dapat dikatakan ialah manusia hanya mampu merancang, bukan menentukan. Yang baik, baiklah balasannya dan yang buruk, buruklah balasannya.
Syed
Again, what would a new election do? Another hung assembly? Of course both side will claim that they will get 2/3 majority but will happen if the results on the contrary?
We will go back to square one.
In any case Anwar has lost the moral high ground to talk about moral. As it is now I am still waiting for his 30 super frogs. From April last year he has created an uncertainty that has somewhat affected the stability of the country, politically and economically. I can't fathom how he can face people and say that it's okay if he do it but not others.
Askar Melayu,
Yes, the 30 or so "super frogs" are with him, I was told, but PAS will not support and I think you know why. It is a question of majority.
As in the case of Perak, yes it could be a hung assembly, but who knows, the rakyat - tired and fed up with the current situation, may vote otherwise.
Walaupun keputusan Sultan Perak adalah muktamad dan sah serta adil namun percayalah, PR dan penyokongnya yang taksub pasti tidak akan pernah berpuas hati dengan keputusan ini walaupun mereka sendiri tahu Sultan Perak mempunyai background yang boleh dikatakan dahsyat yang mana mustahil keputusan baginda tidak adil dan tidak berdasarkan perundangan...
Ada juga penyokong PR yang sanggup boikot Sultan Perak dengan tidak meng'amin'kan doa pada hari Jumaat. Lantak dioranglah. Sultan Perak masih ada mempunyai rakyat yang setia pada baginda dan akan mendoakan baginda... Lagipun doa penyokong PR tu pun belum tahu dimakbulkan atau tidak. Hanya Allah SWT yang akan menilaikannya...
Tak dak kah Menteri Besar Melayu benor -Umno
di Perak yang boleh meminpin, Kenapa bagi kepada India-Umno , Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dah kebanyakan Umno-India sedang pegang jawatan tinggi atau berperanan besar dalam Umno Umno seperti reezal merican,Sharizat Jalil,Kalimullah,DATO SUBAHAN ,ABDUL AZEEZ,khairy, dan lain-lain lagi ..
Dah meluat sangat tengok India_umno nie
Penyokong kuat Umno-Melayu
Post a Comment