Friday, February 06, 2009

POLIS 'AMBIL ALIH' BANGUNAN SEKRETARIAT

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasuki dan "mengambil alih" bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri Perak pagi ini atas permintaan Setiausaha Kerajaan Negeri.


Tindakan itu diambil untuk memastikan proses peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional berjalan lancar dan tanpa sebarang gangguan, demikian menurut laporan media alternatif.


Terdahulu, polis telah mengarahkan Menteri Besar Ir Mohd Nizar Jamaluddin keluar dari Bangunan Sekretariat. Ir Mohd Nizar sedang mengadakan persidangan media apabila dia diarah berbuat demikian oleh Ketua Daerah Polis Ipoh. Semua Ahli Exco yang hadir di bangunan itu juga diarah keluar.


7 comments:

melayuangkat said...

Salam Tuan,

Ya, saya pun tengok mereka tinggalkan bagunan dan dikatakan berlabuh di ibu Pejabat DAP pulak. Tertanya pula kenapa tak ke markas PAS ya. Mungkin orang DAP tak berapa selesa ke markas PAS.

WaAllahuAlam. Moga negeri Perak tenang semula secepat mungkin.

Anonymous said...

Salam Sir,

Winning through money and betraying voters is the worst senario of Malaysian Politics. Malaysian are slowly but surely moving towards Indon, Thai and Philip leaders. May the leaders has memorable of bad events in their life soon n realised of their wrong doings to the citizens.

just me

Anonymous said...

salam tuan,
Laa, sapa pi selongkar laci tuan Ir. sampai satu batang pensil pun tak de.

Mcm mana tuan Ir. nak keja nihhh..

Observing Malaysia said...

Daulat Tuanku!
May he be wise enough to re-consider his decision which has brought much hardship to the people of Perak.

Anonymous said...

Sama-sama kita berdoa agar bangsa kita sedar kembali dari pukauan kata-kata...dan sedar bahawa yang akan musnah adalah maruah diri, bangsa dan agama.

Sama-sama kita berdoa agar rakyat dari semua bangsa, agama sayang akan kedamaian dan sikap saling hormat menghormati diantara satu sama lain. Kembalilah berdamai dan hidup dalam harmoni seperti mana rakyat Malaysia dikenali oleh dunia.

Anonymous said...

Selagi ada Karmawijaya ataupun KIPAS HIKMAT selagi itulah Raja-Raja Dipergunakan.

Anonymous said...

Jangan salahkan polis kerana bertindak sedemikian. Salahkan Nizar. Kenapa beliau masih tak boleh terima kenyataan bahawa PR dah tumbang di Perak? Jangan jadikan keputusan Sultan tak sah sebagai alasan.