Wednesday, February 18, 2009

KEMELUT POLITIK PERAK TAK SEBURUK INI JIKA DUN DIBUBARKAN




Kemelut politik yang sedang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan sekarang sudah tentu tidak sebegini rupa andai kata Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Apabila DUN tidak dibubarkan, kedudukan Speaker atau Yang diPertua Dewan Negeri, kekal disandang oleh penyandang sedia ada. Dalam hubungan DUN Perak, ia masih disandang oleh V Sivakumar dari DAP (Pakatan Rakyat). Begitu juga dengan keahlian Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Apabila Speaker memanggil MB pentadbiran Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak, mahu tidak mahu Dr Zambry kena patuh.

Alasan yang diberi oleh Dr Zambry bahawa dia menghormati "institusi Speaker" hanyalah satu kenyataan politik kerana dia (Dr Zambry) sedar ataupun telah disedarkan bahawa kedudukan Speaker dan Jawatankuasa berkenaan adalah sah dari segi undang-undang mahupun Perlembagaan.

Walaupun pentadbiran kerajaan negeri telah berpindah tangan daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional seperti yang berlaku, ia tidak bermakna kedudukan Speaker dan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk dan diluluskan oleh DUN juga gugur.

Kedudukan Speaker hanya boleh ditentukan oleh persidangan DUN itu sendiri atau atas beberapa sebab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan termasuk perletakan jawatan.

Speaker boleh pada bila-bila masa meletak jawatannya apabila Dewan Undangan Negeri bermesyuarat pertama kalinya selepas sesuatu pilihan raya umum (perkara ini sudah tiada kaitan dengan kedudukan Sivakumar), atau apabila Speaker terhenti menjadi Ahli Dewan melainkan oleh sebab pembubarannya atau, apabila dia terhenti berkelayakan menjadi ahli, atau apabila DUN membuat ketetapan tertentu termasuk usul undi tidak percaya.

Dalam kedudukan Sivakumar, DUN Perak belum bersidang selepas perpindahan pentadbiran kepada BN dan oleh itu kedudukannya sebagai Speaker tidak tercabar dan dia kekal sebagai Speaker. Mungkin perkara ini tidak terfikir oleh pihak BN atau mereka terlepas pandang.

Oleh itu, pada pendapat saya tindakan Speaker menggantung keahlian Dr Zambry selama 18 bulan dan ahli-ahli Exconya selama 12 bulan, adalah betul memandangkan kedudukan mereka selaku Speaker dan ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak adalah sah. DUN Perak belum bersidang untuk memecat mereka dan melantik penyandang baru.

Kemelut politik Perak yang kini menjadi satu krisis Perlembagaan mungkin tidak berlaku andai kata Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan rakyat, pihak yang benar-benar berhak menentukan pembentukan sesebuah kerajaan, diberi mandat untuk memilih sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Selaku manusia biasa, tidak kira kedudukan, pangkat dan darjat, kita tidak sempurna dan tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Sepintar mana, sebijak mana atau sehebat mana sekalipun, kita adalah manusia biasa dan tidak semua perbuatan kita adalah betul.

Kuasa penentu masih di tangan Paduka Seri Sultan Perak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu - bubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan satu pilihan raya baru diadakan. Serahkan hak pemilihan secara demokratik kepada rakyat. Itulah pilihan terbaik.



21 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam Tuan,
Baik, benar dan betul.
Bernas dan padat.
Tahniah!

Anonymous said...

Ampun Tuanku

Sembah derhaka patik pohon supaya DUN dibubarkan.
Ampun Tuanku.

Karmavijaya..

Anonymous said...

Tuan Syed,

Mohon penjelasan lanjut.
Apakah kesan apabila MB dan Exconya digantung oleh speaker? Yang saya fikir mereka tidak boleh pegi ke DUNlah, tak boleh bentang belanjawan dan gubal undang-undang. Apa pula kesanya ke atas rakyat.

Rosli Dhobi

Unknown said...

Rosli Dhobi,

Seperti yang diperkatakan, jalan keluar adalah pembubaran DUN.

Dalam keadaan sekarang, cukup bercelaru, semua pihak berkata dia yang betul dan tidak akan mengalah.

Jadi, serahkan kepada rakyat untuk diadili melalui pilihan raya. Saya tidak nampak jalan lain. Kemlut ini tidak akan selesai kerana saya percaya pihak BN tidak akan berpeluk tubuh dan PR pula akan sedaya upaya mempertahankan kedudukan mereka.

Kepada Karmavijaya, bukan calang-calang orang yang boleh membuat "sembah derhaka" kerana padahnya cukup berat. Hanya orang yang betul-betul berani dan yakin yang dia berada di pihak yang benar boleh berbuat demikian.

Kita mengutuk seorang insan yang "derhaka" kepada seorang insan lain, bagaimana pula dengan insan yang "derhaka" kepada Allah?

Saya juga termasuk dalam golongan insan yang "derhaka" kepada Allah kerana masih belum upaya menyempurnakan semua yang diperintah oleh-Nya.

Saya memohon ampun daripada Allah, bukan daripada "tuan ku".

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan,
saya setuju dengan pandangan pak tuan, untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran di perak, apalah kiranya sudi sultan membubarkan dewan u negeri. biar rakyat pilih siapa yg mereka mahu.

Cucu Tok Selampit said...

Tuan,

Ekonomi tengah teruk sekarang. Siapa hendak bayar pembelanjaan pilihanraya satu negeri. Tuan atau Sivakuari?

Unknown said...

Cucu Tok Selampit,

Itu bukan persoalannya. Wang yang perlu dikeluarkan demi untuk menegak demokrasi adalah lebih berfaedah daripada perbelanjaan lain yang lebih merupakan pembaziran atas nama pembangunan.
Itu belum diambil kira "sogokan politik". Percayalah.

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat tertarik kepada tulisan Dr Azmi Sharom, Pensyarah Undang-Undang UM.

Quotation from his article;

"The power to appoint a Mentri Besar is clearly at the discreation of the Sultan. This one of the few real powers he has. A power that he DOES NOT HAVE is to dismiss an existing Menteri Besar".

Keterangan lanjut baca Star 19 February 2009 m/s N42 di bawah tajuk "It's in the Constitution".

Dalam kes Perlis dan T'ganu senang sebab bila dewan dibubarkan maka akan gugur semua jawatan yang dipegang oleh ahli dewan termasuk MB dan speaker.Oleh itu bila Sultan nak lantik sesiap pun senang sebab jawatan MB kosong.

Di Perak bila dewan tak dibubarkan maka jawatan MB dan speaker masih kekal .. Itu yang menjadi celaru ..

Sebaiknya bubar le dewan ..
1. Beri rakyat mandat baru
2. Agar yang lompat dapat dibuang
3. Rakyat akan dapat byk projek segera

sekian

Waris Banjar Perak

al-Balingi said...

Salam Tuan Syed,

Sokong penuh. Biarkanlah hak rakyat dikembalikan kepada rakyat.Soal kos pelaksanaan Pilihanraya hanya dalih.

Anonymous said...

Pak tuan,

Boleh tak pak tuan mainkan isu minyak ..minyak dah turun us36 setong.

Anonymous said...

Syed
I have to say your title is a too idealistic. Who in the world would reject the chance to govern? For BN to say to the three ADUNs - we don't want you, stay way from us is illogical, almost ridiculous.

This is politics, real-politik where power is supreme. I doubt very much if PR have the super frogs and then proceed to request for the dissolution of parliament from SPB Agong.(Although with a majority of two or three)

Maybe your title should be "Kemelut Politik Perak Tak Seburuk Ini Jika Titah Paduka Seri Sultan Di Junjung"

Unknown said...

Askar Melayu,

Either way, could be true. But it will continue to be a never ending episode to either maintain or retain power, by the politicians concerned.

Only the rakyat, voters that is, can decide.

Anonymous said...

Kalau kos membawa pasukan polis di Kuala Terengganu saja dah makan 15 juta, bayangkan di Perak yg ada 59 kerusi. 885 juta!! Kalau average satu kerusi 4 juta sekalipun, dah cecah 236 juta! Itu baru kos menempatkan pasukan polis, belum lagi untuk SPR dan sebagainya. Penduduk Perak anggaran 1.2 juta. Kalau seorang digula-gula rm 10 pun dah 12 juta. Belum lg habuan-habuan haram yg akan diberi ie projek sekolah, jambatan dsb.
Anggaran saya kalau ada pilihanraya, kerajaan akan membazirkan duit rakyat dalam 400 juta.


Pasal celaka 3 orang, duit rakyat juga habis. Mereka ygb mengabai amanah rakyat yang mengundi mereka ini harus dilaknat!

Anonymous said...

"...pada pendapat saya tindakan Speaker menggantung keahlian Dr Zambry selama 18 bulan dan ahli-ahli Exconya selama 12 bulan, adalah betul memandangkan kedudukan mereka selaku Speaker dan ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak adalah sah. DUN Perak belum bersidang untuk memecat mereka dan melantik penyandang baru."

What if the Speaker of the Dewan Rakyat reciprocate by doing the same? Suspend 10 to 15 MPs from PR - (there are a lot of reasons that I can think of). By doing that BN will have their 2/3 majority and pass all the laws that will strengthen their position.

Based on your opinion above, that is right and can be done. I am not a lawyer but surely that can't be right. The speaker will be the most powerful position in the country, above the Prime Minister, the Chief Justice and most of all the SPB Agong.

Anonymous said...

Salam..
Pada pendapat saya isu ini timbul sekiranya "Si Anwar Ibrahim" tidak memainkan isu 16 September yang mana kononya terdapat 30 MP BN akan melompat ke Pakatan Rakyat...

Memang benar jalan yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini ialah dibubarkan DUN biar rakyat yang menjadi penentu. Tetapi persoalannya mengapa Baginda Sultan enggan membubarkan DUN. Adakah atas desakan Barisan Nasinal? atau Baginda Sultan sudah terguris hati tentang isu tanah...

Pokok pangkalnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah, akhir zaman ini memang ramai manusia yang kita anggap mulia dan hebat di sisi manusia tetapi di sisi ALLAH mendapat kemurkaan...

Unknown said...

Askar Melayu,

Soal tindak balas oleh Speaker Dewan Rakyat tak timbul. Speaker Perak bertindak setelah ada aduan daripada seorang ADUN. Dia memanggil MB berkenaan untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Speaker tidak boleh sesuka hati mengangtung keahlian tanpa melalui proses yang ditetapkan. Saudara mungkin mempunyai 1001 alasan tetapi Speaker perlu mengikuti "Standing Orders" dan lazimnya aduan dibuat oleh ahli dewan dan kesalahan yang didawak berlaku itu hendaklah disiasat oleh Jawatankuasa berkenaan.

Yes, in Parliament the Speaker is above the Prime Minister but not above the Agong who is the head of state. Similarly, in the state legislature, the Speaker is above the chief minister. You must understand the separation of powers that is between the Legislature, the Executive and Judiciary.

Anonymous said...

Jika DUN Perak dibubarkan, dan seandainya kemenangan pilihanraya berpihak kepada BN, apa pula PR nak kata? Nak tuduh apa pula? Sultan pun dah kena hentam dengan PR yang kurang ajar....

Anonymous said...

Kalau sekiranya DUN Perak dibubarkan, kemudian pilihanraya diadakan dan keputusan memihak kepada BN, apa pula yang PR nak buat? Nak tuduh pula SPR rasuah? Nak tuduh ada pengundi hantu? Apa lagi wahai pencacai PR?...

Anonymous said...

Tuan Syed,

Persoalannya sekarang,dalam dunia politik macam2 boleh berlaku.

Politik tu ibarat kuasa. Mereka ini baik BN atau PR ingin berkuasa.

Betul kan saya kalau saya silap.

Pada pandangan peribadi saya, BN membuat kesilapan kerana terlalu gopoh untuk mengambil alih kuasa daripada PR. Mereka sebenarnya boleh menunggu sehingga DUN bersidang semula.

Speaker DUN Perak pula terlalu menggunakan kuasa. Beliau juga sepatutnya perlu menunggu untuk DUN bersidang untuk mendapat persetujuan dari ADUN2 yang lain untuk mengantungkan MB dan EXCO yang baru.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat negeri Perak.

Pada saya.. Baik BN atau PR .. sama2 gilakan kuasa. Tidak sabar.

Anonymous said...

Sorry Syed. I have to rebut. Firstly, do you sincerely think that the Perak Speaker appreciates the separation of power between the legislature and executive?

Hypothetically, the speaker of the Dewan Rakyat will 'act' on the 'complain' of an MP and the process will proceed so on and so forth.....
Isn't that what happened in the Perak Assembly?

I agree with you that the Sultan is still above the Speaker in the assembly. Why is then that the Speaker is taking action against the members whose 'wrongdoings' are being appointed by the Sultan?

Unknown said...

Askar Melayu,

I rest my case. I may post a piece on the subject "separation of powers".

By the way, Article 7 (1) of the state constitution (English Schedule) stated that the Ruler has the discretion to appoint a Menteri Besar, but there is no provision whereby he can sack him. The Ruler has the right to accept or refuse to accept the person whose name has been submitted by the political party which wins the election or commands the greatest number of seats in the State Assembly. I repeat in the State Assembly, not outside the State Assembly.

Since the parties concerned has taken legal actions, let us wait and see the outcome.