Thursday, February 21, 2008

UMNO hadapi masalah di Perlis?

PALING TERKINI: Shahidan Kassim berjaya mndapat restu PM untuk kekal bertanding di kerusi negeri Tambun Tulang.
TERKINI: Beberapa perletakan jawatan berlaku dalam barisan kepimpinan UMNO Arau, Kangar dan Padang Besar berkaitan krisis pencalonan. Antaranya Ismail Kassim, adik Shahidan Kassim. Nampaknya kedudukan semakin kucar-kacir di Perlis kerana perebutan nak jadi calon.



Nampaknya negeri paling kecil dengan hanya tiga kerusi Parlimen, Perlis, merupakan satu masalah 'besar' kepada Pak Lah. Dengar khabar Shahidan Kassim kena gugur, tetapi dia enggan menerima kenyataan (termasuk merah mata - menangis la tu).

Dia merupakan mantan MB yang paling kerap berulang-alik ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di mana pejabat PM dan TPM berada.

Orang Shahidanpun segera bertindak dengan mengerahkan para ibu tunggal, ahli UMNO dan penerima bantuan am berkumpul di kediaman MB Perlis untuk beri sokongan kepada Shahidan.

Terima sajalah apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti jika anda benar-benar sayangkan parti anda. Mungkin Mufti Perlis boleh beri sedikit nasihat kepada Shahidan. Islam ajar kita jangan tamak. Cukup la tu, bagi peluang kepada orang lain.

7 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan
Slogan Shahidan "Saya sayang parti jika saya ada kuasa"

Akulamat

Unknown said...

Tepat sekali.

Anonymous said...

buat malu raja perlis saja ada mantan MB macam ni

Anonymous said...

Pak Tuan...

Dengaq kata masalah besaq jugak di Kangar..silap gaya nak selesai masalah ni perlis boleh lingkop dan pas senang saja tarik pi dan tarik mai kerusi, silap hb negeri pun depa buleh ambik...

Ni semua pasai "orang kuat" umno yang secara peribadinya tidak setuju dengan Che Dan. Che Dan tidak perlukan simpati akan tetapi sokongan rakyat untuk berbuat apa yang perlu untuk menyelamatkan perlis daripada dihonaqkan oleh sekoq dua petualang dalam parti. Che Dan tidak bersalah kerana si keparat tu yang memulakan, memalukan MB di khalayak ramai, suatu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Kita sama-sama tengoklah macam mana Perlis apabila Che Dan tidak lagi di tampuk kuasa. Tengokla... orang Santan kata "benda hak elok dok pi kucai buat pa?, Bodo ka apa?"

Unknown said...

Che Dan lawan Che Di,
Che Mi kelih Tuan Lan,
Pesta canggung di Tasik Melati
Dari Bintong sampai ke Santan
Di Bukit Keteri hingga Utan Aji
Tu dia depa dok menari

Pi Kuala Sanglang nak cari kawan
Jumpa Haron Din mintak ayark jampi
Apa nak buat dah nasib badan
Che Dan dan Che Di sama-sama rugi.

Anonymous said...

Pak Tuan...

Kalau semua orang Prelih masih ingat...sapa sebenaqnya yang sabo kertas pencalonan Che Mi untuk DUN Bintong pada 1982 dulu?

Kertas pencalonan yang hendak diisi dalam trplicate tau-tau rosak pada salinan ketiga sedangkan pada 2 salinan pertama alamat calon (Che Mi la tu) ok.

Depa dok tuduh arwah Cikgu Ali yang buat honaq tapi betoi ka? Pasai honaq sekoq dua di Umno Kangaq masa tu, pencalonan Che Mi lingkop dan arwah Cikgu Shuib jadi YB awai lagi daripada semua calon BN.

Sapa dia yang buat honaq tu? Dengaq kata honaq tu dibuat semata-mata nak sekat Che Mi daripada jadi MB sekiranya dia menang. Che Mi pun lepaih tu dok merajuk sakan, muncung mulut tak mau balik prelih sampaila 1999 bila jadi calon pulak...

Masa tu Mak Di (orang sana panggil dia Mak Di) calon parlimen kangaq...Kalu lupa bule tanya Faezan Ariffin, adik Datuk Farid Ariffin Makna dia pun tau cerita...

Lepaih tu, perlis lama dok aman damai sampai la ni la...

Unknown said...

Ingat, ingat tu.

La ni dah parah, dah masuk kategori koma.

Tebing Tinggi Pondok Che Intan
Guark Sanji tempat dituju
suruh lawan depa lawan
suruh berenti depa tak mau.