Thursday, February 14, 2008

ZAM guna Perhimpunan Bulanan Kementerian untuk berkempen


Menteri Penerangan Kerajaan Sementara (caretaker government) Datuk Seri Zainuddin Maidin (Mamu Zam) telah melakukan satu 'kesalahan' apabila ia menggunakan kedudukannya untuk berkempen bagi pihak parti Barisan Nasional.

Mamu Zam menggunakan pelantar (platform) Perhimpunan Bulanan Kementerian Penerangan, iaitu satu majlis rasmi bukan politik, untuk berkempen kepada kakitangan awam tentang kebaikan pentadbiran BN yang lepas.

Sebahagian daripada ucapan politik Mamu Zam disiarkan pula oleh RTM melalui siaran beritanya. Inipun sesuatu yang tidak betul dan tidak seharusnya dilakukan oleh RTM, tak kiralah sama ada pegawai RTM nak bodek dan ampu menteri atau tidak.

Perlu diingatkan bahawa kerajaan sementara yang mentadbir negara selepas pembubaran Parlimen pada 13 Februari itu bukan kerajaan BN dalam erti kata sebenanya. Kalau RTM memberi ruang kepada Mamu Zam berkempen bagi pihak parti BN, maka peluang yang sama hendaklah diberikan kepada tokoh-tokoh parti politik lain seperti PAS, PKR mahupun DAP. Itu baru adil.

8 comments:

matbondkg said...

Pak Tuan,

Nampaknya U ni betui2 tak suka Mamu Zam. Ramai juga yg tak suka dia ni. Saya pula berbeza sikit. Saya dah naik meluat tengok dan dengaq dia. Dia ni saya ingat desperate nak terus jadi Menteri. Jadi dia ambil jalan mudah dan guna RTM sebagai platform untuk kempen. La ni baru dia tau bahawa dalam politil, semua boleh bedal! Dia dok rata2 jaja nama Pak Lah. Kata Mamu Zam, Pak Lah mahu dia kekal jadi menteri penerangan. Masalahnya, tak adakah org lain yang lebih dinamis dan kontemporari yg boleh jadi pemimpin kementerian tu? Awat, dia ingat dia sorang aja yg terrer kah?

Syed Imran said...

Bukan tak suka Matbondkg, tapi seperti saudara... dah meluat.
Saya kenal dia sejak dia menghuni rumah sewa setingkat di Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, KL. Oleh itu, saya boleh baca apa yang dia kata itu ikhlas atau satu sandiwara politik.

Bukankah dia yang menggelar penulis blog sebagai goblok? Bukankah dia yang pergi ke Indonesia dan cuba mengajar media di sana apa yang sepatutnya mereka laporkan berkaitan Malaysia? Bukankah dia yang digantikan selaku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan atas sebab-sebab tertentu?
Bukankah dia yang memalukan negara dengan jawapan kurang bijak apabila diwawancara oleh Aljazera?

Saya dah meluat dengan sikap orang seperti itu.

Anonymous said...

Dah tahu perangai Mamu Zam, bijak-bijaklah bila mengundi, You know whatI mean.

Anonymous said...

Pak tuan,

inilah yg dikatakan "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong"

Anonymous said...

Pak Tuan,

Saya adalah salah seorang penjawat awam yg bekerja disalah satu agensi di bawah kementerian yg berada di dalam auditorium pada hari semalam dimana peristiwa ini terjadi.
Boleh dikatakan semua warga kementerian tidak setuju dgn apa yg paparkan utk tontonan semua ketika itu.
Sebagai seorang menteri penerangan beliau sepatutnya menggunakan perhimpunan utk mengajak warga kerja kementerian bekerja dgn lebih tekun, menaikkan nama kementerian dan bukannya menggunakan perhimpunan itu utk berkempen, mmg salah dan ZAM mmg seorang menteri yg TAK PROFESSIONAL LANSUNG.
Mungkin dia tgh angin kot sebab 2 org timbalan dia dah balik kampong dok bekempen sbb masih di pilih utk bertanding.
Dah tau dia nak kena tendang kot..tu pasal la dia buat lagutu.

alaka Zam said...

Meluatnya saya kepada ZAM melebihi dari tahap kemeluatan saudara kepada makhluk itu.RTM macam mak pak dia punya. Semoga dia bertanding dan ditewaskan.

matbondkg said...

Sdra Syed,

Betulkah Mamu Zam tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya ini seperti yang diramal oleh Straits Times Spore? Kalau Straits Times Spore melaporkan itu, ini mungkin betul kerana akhbar itu ada 'kaki' di sini. Kena check tu Sdra!

Syed Imran said...

Kalau ST Singapore lapor begitu, maka boleh dikatakan betul. Benar kata saudara, ST Singapore ada 'kaki' yang hebat di Putrajaya.

Jika betul, amat bagus sekali.