Monday, February 11, 2008

Pulau Pinang milik siapa?

Gambar hiasan meriam Sri Rambai di atas Kota Cornwallis (Padang Kota Lama). Meriam ini tidak berdentum lagi kerana sudah ketinggalan zaman.



Ada kawan yang hantar SMS bertanya kenapa saya tak kemas-kini blog ini dan apakah kedudukan di Pulau Pinang memandangkan banyak spekulasi sedang tersebar dalam media.

Saya tidak berpeluang untuk meninjau secara menyeluruh suasana dan arus deras spekulasi berkaitan pilihan raya namun saya dapat rasai getarannya.

Di Pulau Pinang tiada gegaran gelombang biru, itu yang dapat saya huraikan. Dalam erti kata yang lain, BN akan menghadapi kekalahan. Inilah gambaran yang dapat saya berikan.

Di bahagian pulau, BN mungkin dapat mempertahankan hanya satu kerusi Dewan Rakyat iaitu Balik Pulau dan akan kehilangan tiga kerusinya iaitu Bukit Bendera, Bayan Baru dan Jelutong. DAP akan kekal di Tanjong dan merampas semula Jelutong. Bayan Baru dan Bukit Bendera juga akan beralih kepada parti bukan BN.

Di tanah besar, BN akan terus mewakili Kepala Batas tetapi sukar untuk mempertahankan Nibong Tebal dan Batu Kawan. Bukit Mertajam dan Bagan akan kekal milik DAP manakala Permatang Pauh dan Tasek Gelugor boleh bertukar tangan bergantung kepada faktor calon.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), arus perubahan boleh dirasai dan besar kemungkinan pentadbiran baru yang akan mengambil alih adalah gabungan/pakatan parti-parti bukan BN.

Saya tidak menyebut pembangkang kerana dalam mana-mana pilihan raya, tidak wujud parti pemerintah atau parti pembangkang kerana yang ada pada tempoh itu adalah 'kerajaan sementara' atau 'caretaker government' yang sepatunya bukan kerajaan parti pemerintah.

13 comments:

alkerohi said...

salam pak tuan
kelmarin saya di penang. dengak depa sembang di kedai kopi. kali ni tentu nak ajak 'kati'. tak tau la...

Saya orang Penang said...

Ramai orang akan bertukar undi buat kali ini, kerana terlalu manyak masalah- harga naik, semua naik, macam mana mau hidup. Susah.
Saya orang Penang.

akulamat said...

Pak Tuan

Betulkah Pak Tuan? Berapa peratus Pak Tuan yakin BN akan tumbang di Pulau Pinang?

Apapun PP memang mempunyai sejarah pilihanraya yang tersendiri. Bagi saya kempen pembangkang pada masa sekarang tidaklah sehebat "Tanjung 1 dan Tanjung 2". Bagaimanapun, melalui pergaulan dengan rakan-rakan cina, saya merasakan mood pengundi untuk menghukum pemerintah sangat kuat pada masa sekarang. Inilah yang menghairankan saya Pak Tuan. Perasaan pengundi lebih kuat daripada kempen pembangkang.Jika mood ini berterusan sehingga ke tarikh pembuangan undi, habislah BN. Pengamatan saya bagi DEWAN RAKYAT;
-BN pasti menang di Kepala Batas, --DAP pasti menang di Bkt Mertajam, Bagan, Tanjung, Bukit Bendera, Bukit Gelugor dan Jelutong.
-Kawasan Nibong Tebal, Balik Pulau dan Tasek Gelugor jangkaan saya akan dimenangi oleh BN.
-Kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru jangkaan saya akan dimenenangi pembangkang.

2004: BN 7, pembangkang 6
2008: BN 4, pembangkang 9

An-Men said...

Assalamualaikum.. Pertama sekali saya nak bagitau yang saya ni bukan dari parti pembangkang.Tapi saya rasalah, kali ni biaqlah Penang kita bagi kat pembangkang pulak! Pasai saya dok tengok lani, BN dah tak berapa betoi dah. pemimpin UMNO yang sepatutnya membela nasib bangsa melayu, lebih suka jaga bangsa lain. sebabnya cuma satu.."komisyen" dan kepentingan poket sendiri. Berapa banyak orang melayu di pulau ni yang dah berpindah pi seberang?? Benda ni bukannya baru, macam Tun Dr Mahadzir kata..'dah lama dah...' Habis tu, sampai bila kita nak dok keras macam ni? Apa pun, kita tengoklah nanti lepas pilihan raya ni..harap-harap ada la perubahan sikit.. Wasalam.

Syed Imran said...

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh Alkerohi, Orang Penang, Akulamat dan An-Men ada kebenarannya. Saya setuju sepenuhnya. Sebab itulah saya katakan bahawa BN akan kalah. Saya baru kembali ke Ampang setelah berkampung di Pulau Pinang sejak hari pertama Tahun Baru Cina dan maklum balas yang saya dapat adalah sama seperti apa yang diperkatakan.

Saya amat sedih apabila meninjau keadaan orang Melayu di Tanjong Tokong. Saya tergamam mendapati Kampung Haji Mahmood telah menjadi seperti padang jarak dan padang terkukur. Ke mana pergi penghuninya? Satu demi satu perkampungan Melayu lenyap atas nama pembangunan dan untuk siapa?

Ramai pengundi Cina yang sebelum ini menyokong BN (MCA dan Gerakan) pun akan beralih angin. Begitu juga sebilangan besar pengundi India.

Gambaran yang saya dapat - Melayu, Cina dan India dah bosan dengan kerajaan yang ada sekarang. Itulah keadaannya.

kbguy said...

Betul jugak kata2 kamu. Patuk lah satu demi satu nak undur diri tak nak bertanding lagi. Alasan nya sudah tua, beri jalan kat yg muda. Agaknya tak de confident..la tu. Pastu, CM sekarang nak dijadikan Menteri. Nak pancing undi la tu. Kalau dah ada wakil kat menteri, dio orang mesti vote la.. ingat banyak lagi pembangunan. Hai.. pandai la advance strategi. Macam main catur. Very interesting post. keep it up !

Anonymous said...

Salam sejahtera, pak syed

Awal jam 8.30 pagi tadi Pak Lah dijadualkan mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong di Istana Negara. 12.30 tengahari ini, PM akan membuat sidang media di Pejabat PM di Putrajaya. Adakah ini tanda2 pembubaran Parlimen semakin dekat?

Wallahualam

Syed Imran said...

Mungkin. Tetapi perlu saya jelaskan bahawa memang menjadi amalan Perdana Menteri mengadap dan memberi taklimat kepada SPB Agong setiap pagi sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.

Kali ini agak menjadi perhatian kerana demam pilihan raya dan besar kemungkinan SPB Agong dah perkenan untuk bubar Parlimen.

Hanya SPB Agong berkuasa bubar Parlimen dan bukan PM.

Anonymous said...

Orang Kelawai..

Saya jugak setuju dgn komen2 rakan kita di sini. Saya sendiri pun memang dok plan nak beralih arah. Bukan apa..BN ni kena ajaq sikit. Dok pebodoh org Melayu Penang. Habis dah org Melayu dok lari keluaq. Dok di Seberang etc. Tapi soalnya kalau bagi kat pembangkang, kot jadi lagi teruk, lagumana? Mohon komen.

Syed Imran said...

Orang Kelawai,

Saya ingin kembali ke era 1969-70 apabila parti Gerakan berjaya menumbangkan Perikatan di Pulau Pinang. Ia adalah satu kejutan kerana sejak Merdeka, P Pinang diperintah oleh Perikatan dan dalam tempoh itu kedudukan P Pinang tak banyak berubah. Dok kat takok lama, pi mai pi mai tang tu jugak!

Pertukaran pentadbiran daripada Perikatan kepada Gerakan (kemudian Kerajaan Campuran Gerakan-UMNO dan kemudian BN) telah membawa banyak perubahan kepada P Pinang yang kehilangan taraf pelabuhan bebas. Benar, dalam proses itu ada yang perlu berkorban dan ada yang terkorban. Itu tidak dapat dielakkan walau parti mana yang memerintah. Keadaan yang sama berlaku di semua negeri, bukan terbatas di P Pinang.

Rakyat dah muak dengan rasuah dan salahguna kuasa dan kedudukan oleh ahli-ahli politik BN, terutama UMNO. Itulah puncanya kenapa mereka mahukan perubahan. Terlalu banyak campur tangan politik dalam pentadbiran dan urusan pemberian tender atau kontrak, umpamanya.

Belum cuba belum tahu dan seperti kata seorang penulis, kita mesti berani untuk gagal dalam usaha untuk meraih kejayaan. Kita tidak memiliki lampu ajaib.

Orang Kelawai said...

Salam Tuan Syed...

Saya setuju dengan saranan Tuan Syed, MESTI BERANI GAGAL UNTUK MERAIH KEJAYAAN. Sudah terlalu lama kita diperbodohkan. Tapi sebagai golongan yang pi sekolah, tak sanggup lagi tengok org tak cerdik dok pekena org yg 'sekolah'. I will definitely exercise my rights. BN..hopefully you will learn your precious experience in this election. May Allah be with us all...InsyaAllAH.

Salam hormat,
Orang Kelawai.

Anonymous said...

Time to vote for Jeff Ooi and the Opposition. Exercise your right now!!

TAK NAK TO PETROL INFLATION
TAK NAK TO UNBEARABLE EVERYTHING INFLATION
TAK NAK TO HIGH CRIME
TAK NAK TO LINGAM SCANDAL
TAK NAK TO CHUA SOI LEK SCANDAL
TAK NAK TO CORRUPTION
TAK NAK TO NEPOTISM
TAK NAK TO .............

http://www.geocities.com/matterofchoice2008/My_page.html

We need the check and balance for good governance.
Please do your part. Please call upon all friends and relatives to vote for the Opposition.
We need to send the right candidates to parliment to voice up for us.
Penang and Jelutong voters, we need more supports to reject BN parasites going into the Parliment.

Orang Kelawai said...

Salam Tuan Syed dan semua rakan bloggers di sini...

Saya sekali lagi terpanggil untuk menulis di sini. Kalau dulu saya tak nampak semua ni tapi kini Allah telah membuka hati dan mata saya dengan luas. Saya sedih dengan peranan media terutamanya media elektronik dan media cetak yang secara mem...buta memberi liputan yang amat berat sebelah kepada rakyat. Jika sekalipun memang benar pembangkang suka menggunakan perkataan yang agak kasar, pamerkan di TV agar rakyat membuat penilaian.Hipokrit yang nyata kumpulan media yang ada. Apa tidak ada calon BN yang berbahasa kasar ka semasa berkempen. At least suratkhabar The Star berani mempamerkan sikap MB Perlis yang membalas serangan "jeering" penyokong PAS. Dari raut wajahnya yang saya klasifikasikan sebagai samseng kampong, rakyat boleh menilai. Makin berat sebelah peranan media, maka makin rakyat menyampah pada parti pemerintah la ni. Awat depa tak pikiaq ka kesan memperbodohkan rakyat lagu ni? Saya sedih dan agak risau dengan apa yang akan berlaku Sabtu ini. Doa saya, kita mengundi dengan akal bukan mengikut hati..luka memang la luka..tapi those who betray our trusts shall now be punished. After all, the voting rights and their positions in political arena lies in our hands...May Allah be with us all...

Salam Pilihanraya...
Orang Kelawai.