Friday, February 22, 2008

Apa jadi dengan Nor Mohamed Yakcop?

Terkini: Sah Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding di Tasek Gelugor menggantikan mantan timbalan menteri pertanian Mohamad Shariff Omar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya banyak pihak. Sayapun menerima pertanyaan yang serupa. Pening juga dibuatnya.

Kita tunggulah pengumuman Pak Lah atas sifatnya sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Ikut firasat saya, hanya ada dua kawasan undi Parlimen di Pulau Pinang yang boleh diberikan kepada Nor Mohamed - Balik Pulau dan Tasek Gelugor. UMNO Balik Pulau siang-siang dah tolak 'orang luar' manakala UMNO Tasek Gelugor masih 'setia' kepada Mohamad Shariff Omar. Permatang Pauh jangan usik manakala Kepala Batas hak milik kekal Pak Lah. Yang tinggal Nibong Tebal dan kerusi ini agak kurang selamat.

Kerusi selamat di luar Pulau Pinang, iaitu Putrajaya, dahpun diserahkan sekali lagi kepada Teuku Adnan Teuku Mansor, mantan pengerusi perhubungan UMNO Wilayah Perskutuan keturunan Aceh.

Andai kata benar Pak Lah mahukan Nor Mohamed terus membantunya di Kementerian Kewangan, dia seharusnya menawarkan kerusi selamat untuk Old Xaverian dari Pulau Pinang itu. Nampaknya Pak Lah tak buat begitu.

4 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan
Tunggulah mungkin ada cerita yang lebih panas selepas ini. Seingat saya, Syarif Omar bukan kecik anak. Dia tidak tunduk pada Anwar pada zaman keagongan orang itu di dalam UMNO. Tup..tup kerusi TG sudah terlepas pada orang. Sebelum inipun banner sudah dipasang oleh kepimpinan UMNO bahagian menolak calon luar bertanding di TG.

Akulamat

Syed Imran said...

Benar, tapi Shariff dah terima kenyataan, ikut kata Pak Lah. Dia dah pun jadi ADUN dan timbalan ketua menteri dan kemudian timbalan menteri. Dalam hubungan ini, dia dahpun beri sokongan kepada Nor Mohamed.

Anonymous said...

Macamana Teuku Adnan boleh tidak digugurkan? Apakah yang telah dilakukan hingga masih kekal pencalonan despite the lingam controversy...

Syed Imran said...

Bukan Teuku Adnan saja yang tak sepatutnya, dari segi moral dan akidah, banyak lagi. Tapi kan ini UMNO (Baru), semua boleh!