Saturday, February 16, 2008

Tsu Koon di Bukit Bendera?




Bangunan Dewan Bandar Raya Pulau Pinang yang pada satu ketika menjadi lambang pentadbiran Negeri Pulau Pinang.




Ketua Menteri Kerajaan Sementara Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga pemangku presiden parti Gerakan berkemungkinan besar akan mempertaruhkan masa depan politiknya di kawasan undi Parlimen Bukit Bendera.

Kerusi Bukit Bendera yang mempunyai jumlah pengundi Cina hampir 75 peratus, Melayu 14 peratus dan India serta kaum lain 11 peratus, merupakan kerusi 'paling selamat' untuk Tsu Koon di Pulau Pinang. Tiga kerusi lain yang diperuntukkan kepada Gerakan agak kurang selamat iaitu Tanjong, Jelutong dan Batu Kawan.

Parlimen Bukit Bendera mempunyai empat kawasan undi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Bunga, yang sebelum ini diwakili oleh Tsu Koon, Air Putih, Kebun Bunga dan Pulau Tikus. Pada pilihan raya lepas, Gerakan menguasai kerusi Parlimen Bukit Bendera dan kerusi DUN Pulau Tikus, Kebun Bunga dan Tanjong Bunga manakala kerusi Air Putih oleh MCA.

Pengundi Melayu akan berperanan sebagai penentu pada pilihan raya kali ini memandangkan sejumlah besar undi Cina diramalkan akan memihak kepada DAP. Pada pilihan raya 2004, DAP meletakkan calon Melayu, iaitu Zulkifli Mohd Noor, dan beliau memperolehi 17,564 undi manakala calon BN dari Gerakan Chia Kwang Chye meraih 28,281 undi. Sekiranya DAP meletakkan calon keturunan Cina, parti itu boleh merampas kerusi Bukit Bendera.

Mampukah Tsu Koon mengulangi kejayaan BN di Bukit Bendera sekiranya dia bertanding di situ? Semuanya bergantung kepada siapakah calon lawan yang akan bertanding di situ.

4 comments:

An-Men said...

Assalamualaikum.. Walaupun Parlimen Bukit Bendera merupakan kerusi 'paling selamat' untuk Dr Koh, jangan lupa ianya mungkin akan berubah dengan situasi masa kini. Para pengundi bukannya boleh diperbodohkan lagi dan rata-ratanya ingin melihat perubahan. Pengundi melayu yang dulunya hanya setia pada BN, sudah nampak dan tahu menilai perjuangan BN untuk UMNO dan perjuangan UMNO untuk melayu.. Saya adalah pengundi Parlimen Bukit Bendera dan DUN Pulau Tikus, rasa-rasanya yakin akan adanya perubahan disini..Wasalam

Anonymous said...

salam pak tuan


bukankah isu mengenai org melayu penang pernah depa bangkit kat paper? apa kata org penang, Tg Tokong main peranan kali ni?

Syed Imran said...

Saya berpendapat BN akan tumbang di Bukit Bendera. Undi Melayu adalah penentunya. Dulu lain sekarang lain.

Anonymous said...

Assalamualikum ..

Mgnkin saat-saat akhir akan ada orang datang menyelamatkan keadaan.