Monday, February 25, 2008

Ada yang tak faham antara nama blog dan penulis blog

Naik kasihan saya apabila ada seorang pelawat yang mempersoalkan kenapa saya mengunakan nama Kuda Ranggi untuk menulis blog dan juga nama Syed Imran. Sedih kerana masih ada insan yang kurang cerdik dan tidak tahu membezakan antara nama blog dan nama penulis blog.

Sebagai seorang penulis blog yang bertanggungjawab, saya tidak menyembunyikan siapa saya sebenarnya. Sebab itu saya kekalkan nama sebenar. Kuda Ranggi adalah nama blog yang saya kendalikan dan bukan nama penulis blog. Perkataan ranggi membawa maksud cantik dan bergaya (elegant). Kuda Ranggi merujuk kepada kuda yang dilatih khas dan sering mengambil bahagian dalam sukan ekuestrian dan show jumping.

1 comment:

Berita dari gunung said...

Kuda Ranggi,

Manakala saya memilih untuk menggunakan "berita dari gunung" bagi kedua-duanya; nama blog dan penulis blog.

Teruskan dengan usaha anda.