Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Tasek Gelugor & Dr Norraesah Mohamad - Balik Pulau
Nurul Izzah - Lembah Pantai
Jeff Ooi - Jelutong
Haji Abdul Hadi Awang - Marang
Fong Po Kuan - Batu Gajah
Zulkifli Noordin - Kulim Bandar Baharu
Mukhriz Tun Mahathir -Jerlun
Dr. Lo'Lo Mohamad Ghazali - Titiwangsa
Saya lihat kewibawaan calon, bukan parti. Tak kisah sama ada dari UMNO, PAS, PKR ataupun DAP. Saya harap mereka ini akan menang.
11 comments:
Salam Tuan Syed
Mewakili pihak pasukan kempen Zulkifli Noordin di kulim, kami mengucapkan terimakasih atas sokongan pihak Tuan Syed.
Semuga diberkati Allah.
[url]http://zul4kulim.blogspot.com[/url]
Pak Tuan
Saya kagum dengan Pak Tuan. JIWA MERDEKA!
Tk.
Akulamat
Maaf Pak Tuan
Terlupa saya. Macam mana dengan harapan Pak Tuan pada Mamu Zam?
TK
Akulamat
Oh ya Mamu Zam, dia bernasib baik kerana diberi kawasan undi yang selamat, iaitu Sungai Petani. Kalau ikut sentimen, saya tidak menyokong pencalonannya dan saya harap jika menangpun, Pak Lah tak akan lantik dia menganggotai Kabinet. Pencapaiannya selaku Menteri Penerangan amat mengecewakan.
Saya tak kisah sama ada dia menang atau kalah. Bak kata Hakim Augustine Paul ketika menghakimi kes DS Anwar Ibrahim - tak relevan.
Just change it. Saya tetap sokong pembangkang tak kira dari parti mana pun.
Penang kaki.
Mamu Zam sama Dato Aziz (Baling) tarak masok 'book' ka? Habis tu, kita worang mau wundi sama siapa? Kisiaaan kita Yindia mari punya.. Mau 'support' worang kita jugak! Kalau papedom naik harga, kita jugak yang susah..uhuk..uhuk..
Kami nak tengok gambar dan orang yang akan kalah juga. Tolong nominate orang yang diramal kalah pula, tak kisah lah dari parti mana sekali pun. Kalau boleh orang yang you nominate tu, biarkan dikenali ramai.
Maaf, tiada gambar. Jika ada gambar saya akan tambah senarai.
Di Baling, saya ramal kemenangan untuk Ustaz Taib Azamuddin Mohamad Taib dari PAS. Saya kira perbandingan antara Ustaz Azimuddin dengan Abdul Azeez Abdul Raheem (rempit) amat jauh dari segala segi apatah pula dari sudut agama yang menjadi tuntutan kepemimpinan. Amat sukar sekarang untuk mendapatkan pemimpin yang boleh memimpin dari sudut agama Islam.
Saya dah buat ulasan berkaitan Mamu Zam. Saya terima hakikat bahawa dia akan menang tetapi jika dia dikekalkan di merbok, mungkin akan kalah. Saya ulangi harapan agar Pak Lah tak akan lantik Mamu Zam sebagai menteri. Itu aja.
Di Arau saya mendoakan kemenangan untuk Datuk Dr Haron Din dari PAS. Ketokohan dan ciri-ciri kepimpinannya jauh mengatasi calon BN Ismail Kassim.
Assalamualaikum,
Pak Syed....
Saya satu kepala dgn pak syed ..marilah kita berdoa agar tokoh2 ugama kita menang besar pru12 kali ini ..
Harap famili sume sihat...ok
Salam Pak tuan
saya nak tengok Mukhriz menang. Tapi saya tak nak pas kalah.
Saya masih ada sedikit harapan dengan Mukhriz berbanding sek sek umno yang lain...
Tapi jerlun agak 'maut' bagi Mukhriz. 1999, pas menang atas sentimen benci Tun. Takut diorang benci anak Tun sekali.
Saya jalan2 sekitar kawasan penang ngan kedah.....ada rasa angin semacam dekat sana. Jarang nak rasa angin macam tu...Pak Tuan ada rasa tak?
skuad peninjau
Terima kasih skuad peninjau. Benar Apa yang saudara katakan.
Adakalanya memang sukar nak buat pilihan, bak kata orang telan mati mak, luah mati bapak. Saya pilih Mukhriz bukan kerana dia anak Tun, tetapi atas dasar kebolehan dan kemampuannya selain faktor usia. Saya kira kali ini kemarahan terhadap Tun tidak lagi timbul bahkan sokongan semakin kuat.
Tiupan angin memang luar biasa. Sebab tu saya kata Penang, terutamanya, akan melalui perubahan besar. Di Kedah pula, Pak Lah dan MB telah melakukan beberapa kesilapan dalam soal memilih calon. Lihat saja di Baling, Kulim Bandar Baharu dan Sungai Petani, sebagai contoh. Tak kan daripada sebegitu ramai ahli parti (UMNO) yang ada, tak dak calon yang lebih baik daripada mereka itu? Sebab itu saya pilih calon PAS/PKR untuk menang.
Post a Comment