Friday, February 15, 2008

Rais Yatim perlu beri laluan

Terkini: Bahagian Jelebu pimpinan Rais Yatim hanya mencalonkan nama beliau untuk bertanding kerusi Parlimen Jelebu, tak bagi jalan kepada orang lain. Sekurang-kurangnya senaraikan dua tiga nama supaya Pak Lah boleh buat pilihan. Nampaknya tiada pilihan diberikan kepada Pak Lah. Bacalah komen Tok Mat (mantan Menteri Penerangan dalam NST bertarikh 20 Februari berkaitan orang 'tua' dalam politik.



Saya tertarik membaca laporan media yang mengutip Menteri Kerajaan 'caretaker' Dr Rais Yatim yang meluahkan hasrat untuk bertanding lagi pada pilihan raya ke-12 ini. Rais 'kembali' ke arena politik cergas pada pilihan raya 1999 setelah dipilih oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Jelebu, Negeri Sembilan.

Berikutan pemilihannya oleh pengundi Jelebu, dia dilantik menganggotai semula Kabinet selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Pada pilihan raya lepas (2004), Rais berjaya mempertahankan kerusi Jelebu dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Rais, yang akan berusia 66 tahun April depan, mendapat laluan untuk bertanding di Jelebu setelah mantan wakil rakyat kawasan itu, Datuk Yunus Rahmat secara sukarela 'menyerahkan' pencalonan kepada Rais. Selain daripada itu, Yunus juga sanggup melepaskan jawatan ketua bahagian UMNO Jelebu kepada Rais dan menerima jawatan timbalan ketua bahagian.

Dalam ingatan saya, Rais pernah berkata yang dia ingin berkhidmat tidak lebih daripada dua penggal. Ini bermakna Rais harus memberi laluan kepada calon lain untuk bertanding di Jelebu.

Oleh itu, agak terperanjat saya apabila membaca laporan berita yang menyatakan Rais sedia untuk bertanding sekali lagi. Inilah politik namanya.

Saya harap Rais akan memberi laluan kepada Yunus untuk bertanding di Jelebu. Pengorbanan dan kesetiaan Yunus, mantan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu seharusnya dihargai. Sekirnya khidmat Yunus diperlukan untuk negeri (sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri/Exco), maka laluan harus diberi kepada Jalaluddin Alias untuk bertanding bagi kerusi Jelebu.

5 comments:

Anonymous said...

Dalam banyak2 menteri yang kita ada sekarang cuma DT RAIS shj yang bole dianggap sebagai menteri yang cergas dan berkarisma serta memepunyai banyak ilmu pengetahuan.

Bagi saya Dato yunus cuma layak duduk di riverside ataupun pejabat umno utk borak !3rd class leader r unwanted for y2k era

Unknown said...

Kalau Yunus tak layak, tak apalah. Manusia dipegang pada janjinya. Sesiapa yang pernah bekerja dengan RY akan lebih memahaminya.

Anonymous said...

Pak tuan pernah bertugas dengan RY... lain mcm saje Pak Tuan kata 'sesiapa yang pernah bekerja dengan RY akan lebih memahaminya',

Unknown said...

Benar. Sepintar mana atau sehebat mana sekalipun seseorang itu, dia tidak terlepas daripda memiliki kelemahan, kekurangan dan tidak jua terlepas daripada melakukan salah dan silap.

Anonymous said...

Tidak kisah siapa sahaja yb ('Yang Berkhidmat') yang jadi pilihan masyarakat.yang penting mestilah ada kebijaksanaan yg tersendiri,selalu mendampingi masyarakat baru bole tau masalah rakyat,bawa perubahan pada kawasan.YB Rais lulus dan layak.yang mahu gantikan beliau perlu lebih bagus dari YB Rais.xperlu jadi YB utk tunjuk kebolehan memimpin!(myz)