Wednesday, February 20, 2008

Mantan wakil rakyat BN sertai PAS





Foto Harakah.net



Andai kata berita ini membabitkan mantan wakil rakyat PAS, ia sudah tentu mendapat liputan meluas dalam akhbar berkaitan parti pemerintah mahupun media elektronik yang dikawal dan dikuasai 'pemerintah'.

Tetapi, memandangkan ia melibatkan seorang mantan wakil rakyat UMNO yang memberi sokongan dan menyertai PAS, maka berita itu tidak mendapat tempat sama sekali dalam media berkenaan.

Inilah contoh sikap dan pendirian media yang dikawal atau dikuasai parti pemerintah. Inilah kebebasan media yang diamalkan di Malaysia. Saya pernah melalui dan turut terlibat dalam kerja sedemikian selama 27 tahun berkhidmat dengan Bernama. Saya sedar rakan-rakan di Bernama tidak berupaya membantah kerana mereka terikat dengan aturan dan peraturan sebagai seorang kakitangan awam. Jika mereka tidak setuju, hanya satu jalan yang ada, letak jawatan. Belum ada yang berbuat demikian. Begitu juga dengan kawan-kawan di Kumpulan Utusan Melayu dan Media Prima (termasuk NST dan BH).

Mantan wakil rakyat UMNO yang dimaksudkan ialah Mohamad Hassan, 63, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jelawat selama dua penggal (1978 dan 1984). Beliau juga pernah menjawat jawatan timbalan ketua bahagian UMNO Bachok.

Selain Mohamad Hassan, turut menyertai PAS ialah mantan penceramah UMNO Abdul Ghani Abdul Kadir, 66 dan 70 orang pengikutnya. Turut menyertai PAS ialah 230 orang mantan ahli UMNO cawangan Kampung Bunga Mas dalam kawasan undi DUN Kijang.

2 comments:

Anonymous said...

cari makan pak....

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Setahu saya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tak pernah aktif dalam mana-mana parti politik dan tak perlu mengampu sesiapa,kerana bagi beliau, rezeki adalah ketentuanNya..kita hanya perlu berusaha dan kejayaan pasti ada..Wasalam.