Thursday, February 28, 2008

70 peratus laporan pro-BN


Satu kajian bebas berkaitan liputan atau laporan kempen pilihan raya ke-12 yang sedang berjalan sekarang mendapati bahawa hampir semua media arus perdana memberi atau menghidangkan laporan berat sebelah.

Parti Barisan Nasional (BN) mendapat liputan sebanyak 70 peratus dan peratusan itu dikatakan sedang meningkat. Parti-parti lain hampir tidak mendapat tempat kecuali laporan bercorak negatif.

Bagi saya (berasakan pengalaman) tiada apa-apa yang baru berkaitan kajian itu. Inilah hakikat di Malaysia.

Kerajaan yang bercorak 'sementara' atau 'penjaga' yang dianggotai oleh mantan anggota Kabinet pentadbiran di bawah Parlimen ke-11 sebenarnya menyalahgunakan kedudukan dan 'kuasa' sementara itu dengan memperalatkan jentera pentadbiran dan kemudahan siaraya dan perhubungan/penyiaran seperti radio dan televisyen.


Lihat saja temubual 'orang ramai' (sebenarnya penyokong BN) yang dipancarkan setiap hari melalui siaran tv dan iklan pro-kerajaan.


Kita ingin tahu sama ada BN membuat bayaran mengikut kadar sedia ada untuk semua iklannya itu. Ketua Audit Negara hendaklah menjalankan pengauditan forensik berhubung perkara ini. Kita mahukan ketelusan.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Selagi BN menguasai kerajaan kita, selagi itulah ketelusan tidak akan ujud. Dimana-mana adanya rasuah dan pembohongan. Salah satu buktinya, adalah laporan media arus perdana yang berat sebelah seperti mana yang Tuan lampirkan diatas. Walaupun benda ini bukanlah baru, tapi pihak yang menyalahgunakan kuasa ini harus tahu bahawa rata-rata rakyat malaysia kini bukanlah boleh diperbodohkan lagi dengan laporan-laporan yang jelas berat sebelah. Kerana mereka tahu lambang 'dacing' sudah terlalu lapuk dan tak relevan untuk digunakan lagi. Sekarang kita sudah guna alat penimbang elektronik yang canggih.. Wasalam

Anonymous said...

Saudara, apa pun, corak laporan akhbar perdana sudah tidak ada "INTI". Ramai yang tidak percaya pun. Itu pasal ceramah pembangkang penuh sesak orang ramai sebab mereka mau tahu apa yang sebenarnya. Pada musim ini mereka baca surat khabar sekadar nak tengok apa yang mereka tulis saja. Mereka hari ini amatlah teruknya...mereka ingat rakyat Malaysia ni bodoh...mereka tidak tahu sebenarnya mereka lah yang bodoh...mereka akan tau nanti. Rakyat sudah banyak ruang untuk mendapatkan info...surat khabar untuk cerita-cerita kegiatan saja. Cerita politik, ekonomi dan analisis, orang tak baca akhbar tempatan lah...tak ada kelas langsung.

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt,
Pak Syed,

Bernama TV telah melancarkan berita 24 jam mulai 28 Februari di saluran 502. Apa komen pak Syed sebagai ex BERNAMA wujudnya saluran BErita 24 jam ini?

Unknown said...

Walaikumsalam dan terima kasih atas pertanyaan itu.

Ya, saya dok ikutinya. Kurang memuaskan berbanding dengan stesen-stesen sedia ada termasuk Astro Awani. Saya dapati rancangan yang disiarkan oleh Astro Awani terutama siaran beritanya lebih baik.

Nampaknya bertambah lagi stesen yang mendokong BN (bukan kerajaan) kerana dalam pilihan raya kerajaan yang dipilih rakyat belum wujud, yang ada hanyalah kerajaan sementara atau kerajaan 'yang menjaga buat sementara' (caretaker government). Jadi BN bukan kerajaan yang 'sahih'.

Saya juga ingin tahu siapa atau syarikat mana atau kumpulan mana yang sebenarnya menguasai Bernama TV. Apa peranan Anuar Zaini, manusia 'serba boleh dan serba tahu' kesayangan Pak Lah.

Saya juga dapati bahawa Bernama TV mengupah orang yang sudah tiada tempat dalam stesen-stesen lain untuk mengendalikan beberapa rancangan yang disiarkan setakat ini. Apakah Malaysia ketandusan bakat dan orang yang berkelayakan untuk diamil oleh Bernama TV?

Anonymous said...

Pak tuan,

yang depa ambil yg re-cycle punya mungkin bayaran murah sikit kot...
itulah pasal ..

Unknown said...

Tak tepikiak pulak, betoi tu.

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt ,
Pak Syed ,

BERNAMA TV sebenarnya pada pandangan saya belum bersedia untuk beroperasi secara 24 jam.Dari 6 pagi sehingga jam 2 petang hanya ada beberapa berita yang terkini.Ini mungkin disebabkan oleh perancangan yang tergesa-gesa kerana Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang.

Mungkin juga kekurangan kakitangan yang menyebabkab slogan Baru dan Benar masih gagal dicapai.

Tetapi pada saya, BERNAMA TV seharusnya membuat sedikit perubahan dari segi berita.Dalam musim pilihan raya ini , seharusnya BERNAMA memainkan peranan mengimbangkan berita BN dan parti pembangkang dan tidak dilihat sebagai saluran seperti RTM dan TV3. Masyarakat hari ini kebanyakan sudah jelak dengan penguasaan BN terhadap media.


Saya amat berharap sekiranya pihak BERNAMA TV dapat menyajikan kempen2pilihan raya yang tidak berat sebelah.Apa salahnya sekiranya pihak Bernama memberi liputan yang sama adil.Kalau tidak pun sekurang-kurangnya ada berita2 pembangkang.

Jangan jadi seperti TV3 dan RTM yang nampak sangat menggunakan saluran masing2 untuk membodek BN.

Buanglah sikap seperti TV3 dan RTM yang mengadu domba pihak pembangkang. Sebagai sebuah agensi berita negara BERNAMA sewajarnya memberi peluang yang sama rata, adil dan seimbang.


Rating penonton sebenarnya bergantung kepada imej TV itu sendiri. Kepada Datuk Anuar Zaini, saya berharap jadikan saluran BERNAMA TV sebagai saluran berita alternatif kepada pelanggan astro khasnya dan masyarakat keseluruhannya.

Sekiranya di awal perlancaran BERNAMA TV saluran 24 jam telah mempotretkan dirinya sebagai pendokong BN, apa bezanya dengan TV3 dan RTM? Datuk Anuar seharusnya melihat perspektif berita yang seimbang dan adil. Saya tidak fikir BERNAMa TV akan menyebelah pembangkang tetapi dengan berita yang seimbang saya yakin BERNAMA TV akan menjadi saluran BERITA alternatif yang positif, seimbang dan adil.


Kepada pemberita dan pihak editorial, saya harap dapat menukar mind set sedikit sekiranya mahu menjadikan saluran BERITA
BERNAMA ini sebagai satu wadah yang adil . Apa salahnya kalau ada berita tentang pembangkang dan secara langsung akan membuka minda masyarakat bhawa Berita BERNAMA bukan saluran seperti Tv3 dan RTM.

Masyarakat hari ni, sudah bijak menilai dan mempunyai pandangan mereka sendiri, apa salahnya di awal pembukaan BERNAMA menjelaskan Berita BERNama adalah saluran BERITA pilihan .Saya yakin BERNAMA TV akan menjadi saluran BERITA yang seimbang dan menjadi pilihan kepada masyarakat.

BERNAMA seharusnya meletakkan diri sebagai saluran BERITA alternatif.
bukan seperti RTM dan TV3.


sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

Pak tuan,

saya berani kerat jari saya kalau bernama berlaku adil menyebelahi pihak pembangkang...kalau 10% yang ditayangakn itu sudah memadai..
BERKOKOK AJE HEBAT TAPI EKOR TERPALIT TAHI ..

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Mana Samy Vellu dan Kayveas di media arus perdana? kena culik ke?