Thursday, May 22, 2008

Masjid di Singapura adakan klinik guaman percuma

Tiga buah masjid di Singapura telah memulakan klinik guaman percuma kepada jemaah masing-masing, terutama golongan berpendapatan rendah. Masjid-masjid berkenaan - Darul Ghufran, Al-Iman dan Al-Ansar - mula mengendalikan klinik berkenaan Februari lepas.

Masjid Darul Ghufran mengadakannya pada hari Selasa minggu pertama setiap bulan, Masjid Al-Iman pada Selasa minggu kedua manakala Al-Ansar pada Selasa minggu ketiga.

Antara kes yang dikendalikan ialah kes perceraian dan nafkah anak, masalah hutang dan kes harta pusaka. Klinik guaman itu dikendalikan oleh seorang peguam, Abdul Aziz Abdul Rashid, secara sukarela dan percuma.

Setahu saya, tiada masjid di Malaysia yang mengadakan klinik guaman secara percuma walaupun kita mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

Malaysia mempunyai jumlah peguam Melayu/Islam yang jauh lebih ramai daripada Singapura tetapi tiada pula yang menawarkan khidmat secara sukarela dan percuma melalui institusi masjid.

Mungkin para peguam yang menganggotai pentadbiran lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atau yang menyokong Pakatan Rakyat boleh mendahului dan membuka langkah ke arah itu.

2 comments:

Anonymous said...

Di Malaysia, tidak lah berguna kalau ada klinik guaman pun kalau badan kehakiman tidak telus.

Hanya jauhari mengenal manikam,
Hanya Eusoffe mengenal linggam.

Unknown said...

Salam Tuan Syed,

Biasalah peguam2 di Malaysia, macam Tuan2 Doktor kita juga, duit mengatasi segala-galanya. Buat amal bila lepas pencen, sebab terlupa besok pun boleh mati