Monday, May 05, 2008

Zahrin masih berbisa


Rancangan "Blog" terbitan RTM mengundang tetamu ketiga malam tadi, iaitu Saudara Zahrin Yassin, pengendali blog bernama Sang Kelembai. Terdapat sedikit perubahan (peningkatan) dalam cara pengendali rancangan itu, Hasshim Abu Hanifa, mengemukakan soalan yang agak berkaitan dengan isu yang diperkatakan. Syabas.


Kemunculan Sdr Zahrin selepas Sdr A Kadir Jasin dan Sdr Raja Petra Raja Kamaruddin memperlihatkan kesungguhan RTM, terutama Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chik mendekati dan mengenali penulis blog secara terbuka dan tidak sebaliknya.


Dalam rancangan malam tadi, Sdr Zahrin telah memperlihatkan sikap dan pendiriannya yang tidak berubah (konsisten). Sdr Zahrin juga hebat dalam menghadapi soalan dan tidak hilang bisa apabila menjawab soalan.


Tahniah kita sampaikan kepada Sdr Zahrin Yassin.


5 comments:

Anonymous said...

bila pulak giliran tuan syed agaknya ya... :)

Unknown said...

Terima kasih saja lah. Saya kurang berminat untuk berhadapan dengan kamera tv. Maaf.

Anonymous said...

saya pn nk tengok pak syed berbicara di tv. mungkin saya boleh kenal lebih lagi mengenai pak syed.

mungkin pak syed lebih hebat lagi daripada rpk..

Anonymous said...

Bagus juga ye. Sekurang-kurangnya mereka mengambil juga mereka dari aliran "media alternatif" untuk dijadikan tetamu di dalam slot tv milik kerajaan.

Sudah berkurang kah kekangan yang selama ini dikuatkuasakan kerajaan untuk memonopoli saluran mereka dgn orang2 kerajaan sahaja?

Syabas, saya melihat harapan baru dalam sistem kerajaan kita.

H Liam said...

salam pak tuan, memang pak zaharin hebat tapi frankly i opine that u r also hebat even more hebat. i'm not pulling ur legs, pls