Tuesday, January 22, 2008

Apa dah jadi dengan kes Annuar Musa?

(Foto ehsan Sheih "Kickdefella")

Pada tahun 2002, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menyoal siasat mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa berhubung kes penyelewengan wang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) berjumlah RM36.5 juta.

BPR telah mengambil beberapa dokumen yang ada kaitan dengan kes berkenaan dari kediaman Annuar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Sebelum itu, polis telah mengambil keterangan daripada Annuar berhubung kes yang sama.

Kes penyelewengan itu melibatkan beberapa projek ikan hiasan dan penanaman bunga anggerik di Kelantan dan Terengganu.

Ketika kes itu disiasat BPR dan Polis, Annuar adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Kelantan (YKK).

Apa dah jadi dengan kes ini?

No comments: