Menteri Penerangan yang mula menerajui kementerian berkenaan pada 17 Februari 2006, Datuk Seri Zainuddin Maidin (Mamu Zam) dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak mahu menjadikan dirinya sebagai satu masalah kepada pucuk kepimpinan UMNO sekiranya dipilih atau tidak dipilih untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang.
Mamu Zam berikrar yang beliau akan akur terhadap apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri merangkap presiden UMNO. Mamu Zam kini ahli Palimen kawasan Merbok, Kedah.
Ikrar dan janji yang dibuat oleh Mamu Zam sama saja seperti yang telah dan akan dibuat oleh orang politik (terutama yang bergelar Yang Berhormat) menjelang pilihan raya. Itu luahan luaran untuk tujuan publisiti tetapi tidak semesinya isi hati yang sebenar.
Bagi saya, baguslah kalau Mamu Zam sedar yang dia mungkin mendatangkan masalah kepada pucuk kepimpinan UMNO kerana itulah keadaan yang sebenarnya. Mamu Zam bukan sahaja menimbulkan masalah kepada bosnya tetapi kepada imej negara berikutan beberapa tindakan dan ulasannya berkaitan sesuatu isu, umpamanya komen kurang bijak yang dibuatnya kepada stesen berita tv antarabangsa Aljazeera.
Ia tidak ubah seperti satu perbandingan antara pintar dan goblok. Saya meminjam perkataan goblok yang merupakan hak mutlak negara Indonesia itu sekadar untuk mengingatkan bahawa Mamu Zam menggunakan perkataan ini untuk merujuk kepada penulis-penulis blog tertentu.
Bagi saya yang pernah berkhidmat dengan sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Penerangan ketika diterajui silih berganti oleh sembilan orang menteri iaitu Tan Sri Hamzah Abu Samah, Ghazali Shafie (sekarang Tun), Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen (dua kali 1974-75 & 1986-87), Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Mohamed Rahmat (dua kali 1978-82 & 1987-99), Datuk Seri Adib Adam dan Datuk Seri Dr Rais Yatim, berani menyatakan bahawa Mamu Zam tidak dapat dibandingkan dengan ketokohan mereka terutama sekali Tok Mat dan Rais Yatim.
Dalam erti kata lain, Mamu Zam adalah menteri penerangan yang paling tidak sesuai dan tidak begitu berjaya jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh yang saya sebutkan di atas. Walaupun saya tidak lagi berkhidmat semasa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir menjadi menteri penerangan (2004-06), bagi saya Nana Kadir ada kelebihan tersendiri selaku menteri berbanding dengan Mamu Zam.
Jika benar Mamu Zam merasakan bahawa dia tidak mahu menjadikan dirinya sebagai satu masalah, jika dia jujur dan ikhlas dengan apa yang diperkatakannya, maka dia tidak perlu menunggu keputusan pihak atasan.
Saya katakan demikian kerana saluran tv RTM telah menyiarkan temubual dengan penduduk Sungai Petani selepas satu majlis yang dihadiri oleh Mamu Zam, topiknya berkaitan prestasi Mamu Zam selaku wakil rakyat. Mereka memuji dan mengangkat khidmat yang telah dicurahkan oleh Mamu Zam. Perlukah RTM berbuat demikian dan atas arahan siapa? Apa muslihat RTM? Kempen?
Kepada Mamu Zam, pesanan saya ringkas sahaja - tepuk dada tanyalah selera.
9 comments:
mamu zam boleh cuba mintak ganti CSL utk menteri kesihatan. kalau lah boleh menang dalam 'erection' nanti.
haha!
pak syed,
mamu zam melalui seorang orang kepercayaannya akan mengadakan satu pertandingan boling melibatkan kelab media dari seluruh negara tidak lama lagi di sunway bowl.
apa muslihat mamu zam ngoblok agak2nya ye...
Pak Tuan,
Mamu Zam sebenarnya nak menyelamatkan diri dan kerjayanya. Dalam bahasa harian, Mamu Zam cuba memancing simpati. Ini trick lama Pak Tuan oi! Lepas ni, dia akan tengok kalau ada reporter tanya PM apa pandangan dia terhadap kenyataan Mamu Zam. Mamu Zam cuba nak dapatkan komitmen dari PM. Ini mamak jual teh tarik tepi lorong Masjid India pun tahu. Zam patut undur saja dan bagi orang lain pegang jawatan tu. In fact Pak Tuan, lebih elok kalau Mamu Zam buat kenyataan dalam RTM dan kata dia nak tarik diri. Senang PM! Tak payah nak fikir panjang. Nak jadi Menteri Penerangan ni apa susah - dato kalimullah ada, dato anuar zaini ada, dato farid tv3 ada, dato kamarulzaman tv3 ada. Mereka ni semua boleh dilantik jadi senator dan terus jadi menteri. Mamu Zam bukan 'indispensable.' Bila dia tak lagi jadi pengarang Utusan dulu, tak jadi apa pun. Mamu Zam ni Tokoh Wartawan Negara, anugerah yang dia beli dari Dato AU dari Institut Akhbar Msia. Maknanya, dia boleh hidup senang lenang. Saya ikhlas ni Pak Tuan!
Saya harap PM jangan bagi signal yang salah dengan memilih Mamu Zam untuk bertanding lagi. Cukuplah satu penggal tu.
Pak Tuan yang dihormati...
Sapa yang kenal Mamu akan tau bahawa dia tengah cakap macam bewak yang lidah bercabang...
Kelmarin dia kata apa??? Ingat dak dia kata sedia bertanding semula dan tolak spekulasi beliau enggan bertanding, menurut Mingguan Malaysia.
Ahad pulak dia kata apa?? Mamu kata "Opposition candidate challenging the Barisan Nasional (BN) contestant for the Merbok parliamentary seat in the soon-to-be-held general election will lose the deposit"...
Amboi sedap sungguh bunyi dia...betoi ka? buleh ka dia buat mcam tu.. ka parpu ni dah tau nama dia dah takdak tapi cuba dok adjust kiri-kanan nak jadi calon lagi.
Soalnya, calon apa lagi? Tahun ni dia sudah 69 tahun!! Nak jadi calon apa lagi?? Apa BN dah takdak orang lain ka? Dia ni tak sedaq diri ka apa?
Matbondkg memang betoi la Pak Tuan... ni taktik lama...dah jemu dengaq dah taktik macam ni...macam la Umno takdak org lain yang lebih layak...Mamu zam ni mengaji pun takat Form 5 saja dan cakap omputih tidak selayak la dengan menteri2 lain...
Dia ada buat pogram Sahih untuk nak setoi 1 penggal lagi, bukan ka? Apasai tak buat awal2 dulu? pasai pa bila dah nak pilih calon baru nak sibok??
Memang betoi la muka tak malu punya mamu...sian kat Pak Lah, dahlah dok lelah apa pulak penyakit reba macm ni...
Saudara,
Mamu Zam dah mula gila kuasa. Pengarang NSTP semua tak layan dia. Maknanya dia tak boleh nak buat apa2 dengan mereka kerana mereka anggap dia hanya peon PM. Antara pandangan Mamu Zam dengan Kali, mereka akan akur dengan Kali. Di NSTP, Kalilah menteri penerangan sebenar. Ini adalah satu tamparan pada Mamu Zam. Elok berhenti dan balik kg aje Mamu oi!!!
Kawan
Saya setuju dengan Kawan. Kalimullah Hassan jauh lebih baik daripada Mamu Zam. Ia adalah antara kepintaran dan kegoblokan. Lihat saja bagaimana pintarnya Kali yang berjaya memajukan diri daripada tiada apa-apa kepada seorang multi-jutawan. Bukan mudah orang nak capai kejayaan sedemikian. Suka tak suka, ini adalah satu hakikat. Kali sudah pasti akan berprestasi jauh lebih baik daripada Mamu Zam jika dia menjadi menteri penerangan.
Mungkinkah Kalimullah akan dijadikan Senator dan menerajui Kementeriaan Penerangan?
Semuanya berkemungkinan dan boleh berlaku jika ditakdirkn oleh Yang Maha Berkuasa.
Mamu Zam memalukan bangsa "Mamak" yang ternyata lebih bijak.Tengok saja masa diinterview oleh media asing,dia main hantam saja cakap,asalkan boleh aje.Aku sungguh tak setuju jika Pak Lah mengekalkannya...dia memang satu bebanan pada kabinet yang akan datang.Taktaulah kalau Pak Lah dah kena mandrum dengan dia mungkin dia akan kekal....tapi hancurlah Negara.
Post a Comment