Semasa mengemas kotak simpanan gambar atau foto, saya temui foto ini. Oleh kerana orang berkenaan kini merupakan seorang tokoh dunia korporat atau perniagaan besar di Malaysia, sudah tentu ia sesuatu yang agak menarik.
Foto ini dirakam dalam tahun 1970-an di Kampung Syed, Kelawai, Pulau Pinang semasa orang berkenaan berada dalam usia remaja. Lihat saja gaya dia memakai baju dan gaya rambutnya. Saya tidak akan menamakan orang ini kerana saya percaya ramai yang boleh mengenalinya, termasuk rakan Blogger Rocky dan Jeff Ooi.
12 comments:
Kalimullah Hassan ??
Macam muka mamak?
awat pulak muka macam mamak?
memang dah mamak...nak buat mcam mana...
tapi yang ni mamak parpu...bukan nak menghina kacang parpu kerana ianya kegemaran saya jugak tapi maksud parpu....orang penang kata kamjat...shirghuu...
Whoa, priceless ni!
Masa zaman muda2 banyak (now muda2 sikit) dulu, saya ada jugak lah keluar dengan mamaknda ni. Tunggang dan langgang jugak lah. Tapi tu dulu. Dia ni banyak downs dari ups dulu. Bila tengah down tu, dia tak lupa kawan2. Pernah dia nak mintak saya beli 4 by 4 dia sebab dia pokai, tapi saya mana mampu pada masa tu (sekarang ni lagi la haru sebab dok kena saman kawan2 sendiri).
Simpan gambar tu baik2 Tuan Syed, buat kenangan. Lain ulu lain parang. Dalam simpanan saya pun ada gambar2 yang hebat. Dok tengah tunggang dan langgang. Lepas balik dari Mekah pulak tu ...
How about a video of the same person?
I say Little Bird, in the 70-s cannot afford video camera, only still camera only, that also cheap one-lah.
pak tuan,
saya cam saya cam saya cam.....
dalam gambar macam bollywood hot star, ek?
Ya, ala-ala Bollywood. Boleh tahan kan?
memang sah itu gambaq Kali, tapi apa background gambag tu? I mean what was the event when the photograph was taken? nampaknya macam gambaq ni ditangkap masa pesta taipusam kat waterfall road saja?
Pak Syed kenai Kali rapat ka? dia ni bukan mamak, tapi asal benggali kain, arwah bapak dia meniaga kain di Penang Bazaar, bukan? harap-harap dia ada pikiaq jugak masa zaman susah dia.
Foto itu dirakam sempena satu majlis di kampung berkenaan. Memang saya kenal dia sejak dia belasan tahun. Benar, mereka dari keluarga peniaga tekstil dan pakaian, terutama yang dibawa masuk dari Siam melalui pekan Kroh (Pengkalan Hulu sekarang).Dia bukan keturunan Benggali tapi Pathan (dari India). Saya rasa dia tak lupa zaman susahnya.
salam pak tuan,
rocky dulu sangat baik dengan orang ini. la.. dia pening kepala.
hari tu saya ada tulis tentang dia di blog saya. adik-adik dia marahkan saya. kata mereka, abang kesayangan mereka 'kaya' kerana kepandaian dan titik peluhnya. mereka juga berkata, ramai sakit hati dan irihati melihat kecemerlangan dan kegemilangan abang mereka. termasuk pak tuan, rocky, kak aina dll kot?
kata rocky, "dia nak mintak saya beli 4 by 4 dia sebab dia pokai" dan "Dok tengah tunggang dan langgang. Lepas balik dari Mekah pulak tu ...". saya kurang faham tentang ini. takkanlah pak lah lantik ketua media islam hadhari dari jenis tu. apa yang nak diharapkan orang seperti itu jika betul kata rocky untuk mengembangkan lebih-lebih lagi islam hadhari. hari tu ada blogger minta gambar orang ini dengan saya. saya beritahu, susah nak cari walaupun saya dari kampung yang sama - al'keroh'i.
Sdr Afrar, saya mengenalinya apabila keluarganya berpindah dari Kroh ke Kelawai, Pulau Pinang. Apabila saya temui foto berkenaan, saya tahu 'nilainya' memandangkan dia kini tergolong dalam kategori orang korporat dan 'penting' dalam litar kepompong kepimpinan Pak Lah.
Bagaimana dia boleh menjadi kaya-raya adalah sesuatu yang dia sendiri mengetahuinya. Itu nasib dia dan itulah ketentuan Ilahi. Cuma kita perlu sedar bahawa kekayaan atau kepapaan seseorang itu tidak semestinya menjadi milik kekal, ia boleh berubah dalam sekelip mata sahaja, jika ditakdirkan demikian oleh Yang Maha Berkuasa.
Almarhum bapa saya pernah menetap di Tanjung Luas, Kroh penghujung tahun 1940-an semasa bertugas dengan pihak berkuasa Kastam.
kalau tak salah saya, keluarga kali tinggal di Jones Road, Kelawai, lepaih tu pindah pi Hong Seng Estate.
Dalam ramai-ramai adik beradik dia, memang betoi Kali ni pandai berusaha sebdiri dan jauh pandangan dia. Contohnya, adik beradik dia yang lelaki nama depa semua ada "son of" kat IC depa, tapi Kali sendiri ambek inisiatif pi tukaq bubuh "bin" ganti "son of", dan otomatis mendapat status bumiputra. To that. we must salute him for his enterprising nature.
Tapi lani dengan connection dia, boleh jadi semua adik beradik dia dah deed poll, tukaq status jadi bumi, kot.
Post a Comment