Menteri Kesihatan Chua Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks cukup memalukan itu mesti letak jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri atau Kabinet. Dia tiada pilihan lain. Letak jawatan!
Chua, selaku pemimpin dalam sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, mesti memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan yang berakhlak mulia dan bersih daripada sebarang perbuatan yang mengaibkan bukan sahaja diri dan keluargnya, tetapi masyarakat pada amnya.
Benar, tiada manusia di zaman ini yang boleh dikatakan insan kamil, tetapi sekurang-kurangnya perlihatkan tingkah-laku yang baik walau dimana sekalipun.
Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) cukup bangga dengan konsep atau pendekatan (Islam) Hadhari dalam pentadbiran pimpinannya. Jadi, adakah skandal seks termasuk dalam konsep itu? Sudah tentu tidak.
Pak Lah mesti pecat Chua Soi Lek kerana menterinya itu telah mencemar dan mengotori dengan najis pentadbiran berkonsepkan (Islam) Hadhari. Inilah hakikatnya.
Kita perlu ingat bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memecat mantan timbalannya, Anwar Ibrahim atas alasan akhlak atau moral (homoseksual). Tuduhan itu dinafikan oleh Anwar dan kebenarannya masih ada yang mempertikaikannya. Tetapi, dalam kes Chu Soi Lek, dia sendiri membuat pengakuan.
Apakah Pak Lah mahu terus memikul biawak hidup?
Chua, selaku pemimpin dalam sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, mesti memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan yang berakhlak mulia dan bersih daripada sebarang perbuatan yang mengaibkan bukan sahaja diri dan keluargnya, tetapi masyarakat pada amnya.
Benar, tiada manusia di zaman ini yang boleh dikatakan insan kamil, tetapi sekurang-kurangnya perlihatkan tingkah-laku yang baik walau dimana sekalipun.
Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) cukup bangga dengan konsep atau pendekatan (Islam) Hadhari dalam pentadbiran pimpinannya. Jadi, adakah skandal seks termasuk dalam konsep itu? Sudah tentu tidak.
Pak Lah mesti pecat Chua Soi Lek kerana menterinya itu telah mencemar dan mengotori dengan najis pentadbiran berkonsepkan (Islam) Hadhari. Inilah hakikatnya.
Kita perlu ingat bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memecat mantan timbalannya, Anwar Ibrahim atas alasan akhlak atau moral (homoseksual). Tuduhan itu dinafikan oleh Anwar dan kebenarannya masih ada yang mempertikaikannya. Tetapi, dalam kes Chu Soi Lek, dia sendiri membuat pengakuan.
Apakah Pak Lah mahu terus memikul biawak hidup?
11 comments:
Alahai...
sangat2 memalukan..
pengajaran pada kita, jangan sesekali percaya 100% hotel tempat penginapan anda selamat walaupun bertaraf 6 bintang''
-mijan-
having said all that has been said. i put my hat's off to him for being a gentlemen to admit his mistake (of course it pretty obvious if you have your name tag on. haha!).
countless umno, mic (or any other party members) have gone to hotels and brothels. but none of them has admitted to it.
funny as it sounds, i still put my hat's off to him. and challenge those of umno or mic to do the same if they're caught (or when they decide to expose videos which has long been in possession).
interestingly, blogger jeff ooi has wrote something in his blog about chua soi lek not being a popular one for MCA in the coming election.
;)
Pak Tuan yang dihormati...
CSL telahpun meletak jawatan. Ini adalah keputusan yang paling wajar. Dan ianya wajar dijadikan precedent untuk kesemua ahli politik bermula dari hari ini.
Diharapkan tiada lagi alasan atau cerita sedih yang selalunya berbunyi "saya menyerahkan kepada PM untuk menentukannya". Dalam hal ini, tidaklah kira apa sahaja skandal yang berlaku baik moral, sosial atau kewangan.
Bagaimanapun, keputusan CSL hari ini dikatakan berpunca daripada keputusan tidak rasmi yang telah dipanjangkan kepadanya bahawa Majlis Presiden MCA akan memecat beliau kerana membawa aib yang amat sangat. Justeru, sebagai seorang yang akhirnya masih mempunyai moral beliau telah meletak jawatan. Syabas.
Saya teringat pula seorang petugas di Bernama yang masih tidak tahu bila hendak mengundur diri setelah mengaku bersalah melondehkan seluar di tempat yang tidak sepatutnya...
Big Easy,
You are absolutely correct. A coward will never confess or admit his mistake. There are quite a number of them in the other political parties (Barisan Nasional). Take UMNO for example, most of the leaders were involved in money politics, in one way or the other, but nealy all of them put up innocent faces. I was once the 'wakil calon' of one of the candidates for the party's vice-president post and I knew what I am talking bout.
Having said that, Chua Soi Lek did the right thing when he resigned from all government and party posts.
ada beza nya kes anwar dan chua.
chua buat dengan perempuan tapi anwar buat dengan lelaki
chua berdosa pada isterinya tapi anwar berdosa pada isterinya dan allah
chua buat yang morally wrong tapi anwar buat yang criminally wrong
Pak Tuan,
menuduh orang tanpa bukti yang kukuh (bukti yang dibuat main silap mata)pun amatlah bedosa besar
disisi ALLAH
Benar, dalam kes Chua Soi Lek ada pengakuan tetapi dalam kes Anwar Ibrahim ada penafian. Itu masalah antara Dr M dan Anwar - antara yang menuduh dan yang kena tuduh.
Tindakbalas anwar, nampak rakus, tak berhemah, lemah dan tak gentlemen.
Tindakbalas CSL nampak jantan, berani dan merendah diri.
Pak Tuan...
Chua Soiled (sengaja dieja begini) Lek telah meletak jawatan. Jawatan Menteri Kesihatan kini dipangku oleh Ong Ka Ting. Apakah ini tindakan yang betul??
Apakah MCA sudah ketandusan pemimpin sehinggakan jawatan itu perlu dipangku? Apakah sudah tiada yang lain?
Bukankag MCA mempunyai 2 lagi naib presiden -- Ong Tee Kiat dan Fong Chan Onn. Fong adalah seorang menteri manakala Ong merupakan timbalan menteri dan sewajarnya beliaulah diakngkat martabat menjadi menteri, sekurang-kurangnya menaikkan moralnya untuk bekerja keras mempertahankan kerusi parlimen Pandan (dahulunya beliau adalah ahli parlimen Ampang Jaya).
Mengapa jawatan itu tidak diberikan kepada Ong? Mengapa perlu dipangku jawatan itu oleh individu yang kita semua ketahui akan sentiasa sibuk dengan tugas di kementerian dan parti.
Apakah masih berlarutan episod Team A vs Team B dalam MCA sehinggakan perkembangan ini menampakkan bahawa Ong tidak perlu dihiraukan untuk dinaikkan pangkat?
OTK bukanlah sebarangan pemimpin MCA...bekas ketua pemuda dan antara ahli parlimen mca yang sangat disenangi oleh Umno.
Mungkinkah sekiranya orang lain yang berpihak kepada team OKT (Ong Ka Ting) kini menduduki jawatan naib presiden maka beliau akan ditunjuk sebagai pemimpin yang layak untuk dilantik jawatan menteri kesihatan itu?
Mungkinkah OTK tidak begitu bernasib baik kerna beliau berada di kem yang tidak bertokongkan OKT? Sekiranya dibuat pemilihan untuk mencari pemimpin utama MCA saya berpendapat bahawa Ong Tee Kiat adalah yang paling wajar dipilih sebagai presiden MCA, lebih banyak baik daripada Chan Kong Choy (yang adiknya kini merengkok dalam lokap polis dek tuduhan dadah), Fong Chan Onn yang mirip kepada akademia yang terjun ke dalam politik a la yusof nor dan hamid othman dalam umno dan OKT sendiri yang lebih merupakan boneka kepada godfather mca yang sudah pencen akan tetapi masih memainkan peranan di belakang.
Apakah MCA ketandusan pemimpin atau sengaja menyekat kemaraan OTK?
Saya setuju apa yang saudara katakan. Seperti juga UMNO, MCA ataupun Ong Ka Ting main sandiwara politik. Pilihan Raya dah dekat.
Saya juga berpendapat bahawa Ong Tee Kiat adalah calon atau tokoh paling layak dan sesuai mengisi kekosongan di Kementerian Kesihatan. Tapi, seperti yang saudara sedia maklum, dalam congak politik Malaysia, yang paling layak atau paling sesuai tidak semestinya dilantik. Yang akan dilantik ialah orang yang berada dalam kem presiden parti bukan orang yang dilihat sebagai mampu mencabarnya pada satu hari kelak. Itulah realiti politik di Malaysia.
Oang Ka Ting, sama juga dengan kebanyakan orang politik Malaysia mengamalkan pilih kasih dan pilih kroni, dia 'menyimpan' jawatan itu untuk abangnya yang kini setiausaha agung MCA tetapi bukan ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Abangnya akan bertanding dalam pilihan raya yang akan diadakan dalam masa terdekat ini dan jika menang, akan dilantik sebagai menteri. Itulah congak Ong Ka Ting.
OKT juga sedang menyiapkan anak godfather mca yang sedang menarik tali untuk semua boneka yang kelihatan di hadapan sandiwara.
anaknya kini naib ketua pemuda dan sedang bersiap sedia untuk dicalonkan sebagai ahli parlimen di gopeng menggantikkan kuda tua mca.
memang benar pak tuan, adik OKT iaitu OKC sedang juga menyiapkan diri untuk pru.
bagaimanapun saya masih berpendapat bahawa OTK adalah pemimpin sebenar, yang kemampuannya melebihi chan kong choy atau kini digelar kang kong choy... tih tih tih...
Post a Comment