Agak melucukan apabila membaca komen Ketua Menteri Melaka Mohamad Ali Rustam yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkaitan kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Baisan Nasional akan 'menang besar' dalam pilihan raya akan datang.
Tak tahu pula saya sama ada Ali Rustam, yang juga naib presiden UMNO, faham atau sedar yang Tun Mahathir 'menyindir' dan sindiran itu dikutip (bahagian-bahagian tertentu) oleh Utusan Malaysia sebagai bahan beritanya.
Mungkin pemberita Utusan itu sendiri yang tidak faham kerana Tun Mahathir berbahasa Inggeris. Petua yang perlu difahami oleh pemberita ialah jangan tulis jika tak faham.
Apabila ditanya pemberita mengenai pilihan raya, iaitu pada pendapatnya bila ia akan diadakan, Tun Mahathir memberi jawapan berikut dalam bahasa Inggeris.
"It's ideal now. Everything is going up. The prices of items are going up, the stock market is going up. Roti pun naik (bread also rises)," he said (according to Malaysiakini) with a huge smile and his usual dose of sarcasm.
Tak tahu pula saya sama ada Ali Rustam, yang juga naib presiden UMNO, faham atau sedar yang Tun Mahathir 'menyindir' dan sindiran itu dikutip (bahagian-bahagian tertentu) oleh Utusan Malaysia sebagai bahan beritanya.
Mungkin pemberita Utusan itu sendiri yang tidak faham kerana Tun Mahathir berbahasa Inggeris. Petua yang perlu difahami oleh pemberita ialah jangan tulis jika tak faham.
Apabila ditanya pemberita mengenai pilihan raya, iaitu pada pendapatnya bila ia akan diadakan, Tun Mahathir memberi jawapan berikut dalam bahasa Inggeris.
"It's ideal now. Everything is going up. The prices of items are going up, the stock market is going up. Roti pun naik (bread also rises)," he said (according to Malaysiakini) with a huge smile and his usual dose of sarcasm.
Ditanya lagi sama ada BN boleh menang, Tun Mahathir (secara sinis) berkata sudah tentu BN akan menang, menang besar tetapi dia tidak dimaklum besar mana kemenangan itu. Ini adalah satu sindiran.
Bagi pemberita veteran yang berpengalaman membuat liputan majlis-majlis Tun Mahathir semasa beliau menerajui pentadbiran negara, mereka tahu bahawa jika Tun memberi jawapan sedemikian, ia adalah satu sindiran atau orang Utara kata perli.
Tetapi kepada Ali Rustam, ia adalah sokongan dan kepercayaan terhadap Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad (Badawi). Begitu jauh menyimpang dan jelas memperlihatkan sejauh mana dia sanggup ampu dan bodek Pak Lah.
Orang UMNO, terutama yang bertaraf 'pemimpin' sama ada di peringkat atasan, pertengahan mahupun bahagian, mereka akan lekas memberi sokongan ataupun bantahan tanpa mengambil kira sama ada sesuatu yang hendak diulas oleh mereka itu benar, betul atau wajar (waras lebih tepat). Yang penting ulasan mereka tersiar dalam akhbar atau media elektronik dan 'saham' mereka akan naik. Inikan musim pilihan raya. Mudah-mudahan mereka akan terpilih semula atau dipilih sebagai calon YB.
Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan dia makan
suruh mengaji dia tak tahu.
Jangan jadi Pak Turut tanpa memahami atau mengetahui apa yang hendak diperkatakan kerana tidak faham atau tidak tahu sama sekali berkaitan sesuatu perkara itu.
12 comments:
Rasanya, Ali Rustam tu tak la bodo sangat kot... Tak berapa cerdik ja kot...
Ya la... Kalu kata bodo kasaq sangat, kena kata tak berapa cerdik la...
Tapi mungkin kenyataan dia tu adalah contoh klasik percubaan tak berapa cerdik nak pulas-pulas kenyataan orang supaya menyebelahi diri sendiri tapi tak menjadi.
Bodo pun bukan semacam... Mungkin lebih dari 44 macam...
Pak Tuan Syed
Ali Rustam faham maksud tersirat DRM. Masakan dia tak faham sebab dah lama dia di bawah DRM. Pada saya, si pemberita mesti faham apa yang nak di sampaikan oleh Ali dan begitu juga Pak Lah...MUNGKINKAH ALI SENADA DENGAN DRM?
Pak Tuan,
Banyak benda yg Ali Rustam ni tak faham. Mungkin juga kerana beliau merasa 'desperate' atau 'resah' dan beliau cuba 'spin' atau menggunakan quotation tersebut untuk kepentingan tertentu.
Bagi wartawan pula, Pak Tuan tengoklah skarang. Wartawan yang tak berpengalaman pun buat liputan terhadap PM atau DPM. Nampak macam sabotaj aje..Zaman Pak Tuan dulu, hanya wartawan kanan saje yg buat liputan besar. Kalau ada yang muda atau baru, mereka biasanya akan ditemani oleh seorang wartawan senior. Tak begitu Pak Tuan?
Betul kata Sdr Matbondkg. Bagi saya itu kesilapan editor atau pengarang berita yang bertugas.
Selain daripada itu, cuba lihat wartawan yang membuat liputan di mahkamah sekarang. Lihat cara mereka berpakaian (kebanyakannya bukan semua), umpamnya berbaju lengan pendek dan berseluar jeans. Begitu juga yang membuat liputan di Parlimen. Kod etika pakaianpun mereka tak patuhi sepenuhnya atau bos mereka yang tak ambil peduli.
Saya setuju dengan Sdr Bakaq a.k.a penarik beca mengenai pengertian bodo.
Sdr Akulamat, saya rasa bukan senada tetapi sengaja nak pekena DRM.
salam pak tuan
ali rustam ini seperti kata ahli filosofi barat ibarat, " man, when perfected, is the best of animals, but when separated from law and justice, he is the worst of all"
manusia terpisah dari roh. agaknya, semuanya halal.
salam, pak syed
bukan tak faham, tapi bodeking kuat
Saya rasa orang yang mengatakan Ali Rustam itu bodoh,mungkin orang itu tak faham.Ali Rustam adalh seorang pemimpin yang cerdik...kalau dia kata 'menang besar' dia merujuk kepada negeri Melaka.Kalau negeri Melaka saya optimis BN akan dapat majoriti kerana dia mentadbir Melaka dengan baik.Kalau tidak masakan dia boleh dapat 2nd highest Naib Presiden UMNO..negeri kecil tapi boleh dapat undi banyak...fikirkanlah
ali rustam memang bodo+bangan...
tp cerdik cari duit...
proxy...nada cekal + aljoffrie + metacorp
sumer da cari payung baru takut tak jadi cm lagi
dia dpt naib presiden psl money politic... nasib baik je tak jadi mcm isa samad
lepas menang...banyak projek untuk kontraktor atas dari kelas f yang dia bagi pada kontraktor luar dari melaka
takkan tak paham lagi woi
Kata orang melaka Ali nie ada gelarannya... Ali Ketam. Dia jalan senget dan akan kepit orang bila dia rasa menghalang laluan dia.. dah gitu caranya Ali ketam cari makan.
Menang undi kedua terbanyak bukan bukti dia paling cerdik dan kuat bekerja. Melaka yang besaq semut merupakan negeri paling banyak bagi gelaran Dato'. Kalau waktu malam gelap kat melaka, ambik ketui batu dan baling kat orang yag lalu lalang, gerenti batu tadi kena kepala Dato'... memang kuat dan Cerdik AliKetam.
Salam..
Si bodoh tak akan faham dengan apa yang dikatakan oleh si cerdik.
Hanya yang pseudo cerdik akan merasakan dia cerdik apabila si cerdik berkata-kata, maka lahirlah apa yang dikatakan "misquoted statement"..
Moral of the story, in politics you must always read between the lines..
HESMEL FAZNEE FAISAL
jangan cakap ali macam tu beb
orang melaka suma sokong dia
ok lah dia dari si dunggu tu..
pape pun ali sure menang BESAU lah..
melaka maju. tgk lah dari K****TA* tu,,..
Post a Comment