Sunday, November 11, 2007

Menteri Penerangan mesti bersikap rasional bukan emosional

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 hingga kini, tokoh-tokoh yang berkaliber dan kena pada masanya telah menerajui Kementerian Penerangan yang juga turut mempunyai beberapa nama sebelum dikekalkan sebagai Penerangan sahaja.

Mereka yang dilihat berjaya menerajui kementerian berkenaan termasuklah Almarhum Tan Sri Senu Abdul Rahman, Tan Sri Hamzah Abu Samah, Datuk Seri Rais Yatim dan Tan Sri Mohamad Rahmat. Nama mereka boleh dikatakan sinonim dengan kementerian yang diterajui.

Kebelakangan ini, sejak seorang mantan wartawan yang jelas 'bercelaru' apabila bertutur dalam bahasa Inggeris, dilantik menerajui Kementerian Penerangan, lain pula halnya.

Oh ya, Kementerian Penerangan yang ada sekarang sudahpun kehilangan taring apabila 'kuasanya' ke atas urusan kawal selia industri komunikasi (radio dan tv khususnya) diserahkan kepada sebuah kementerian lain dan sebuah agensi yang bertanggungjawab ke atas kemajuan industri perfileman, FINAS, juga dipindahkan. Yang ada hanyalah Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Filem Negara, JASA dan Bernama.

Menteri Penerangan yang ada sekarang sering kali beremosional apabila menghadapi sesuatu perkara yang agak serius. Sikap sedemikian memperlihatkan 'kematangannya' dalam menangani sesuatu isu. Apabila kita bersikap emosional, maka jawapan atau tindak balas kita akan menjadi tidak rasional. Perkara ini pernah dihadapi oleh para wartawan Malaysiakini dan yang terbaru oleh pihak stesen berita tv antarabangsa, Aljazeera.

Kerajaan Malaysia seharusnya berterima kasih kepada Aljazeera kerana memilih Kuala Lumpur sebagai pusat penyiarannya bagi kawasan Asia. Kehadiran Aljazeera sekurang-kurangnya menyelamatkan maruah kita setelah kita gagal memikat CNN, CNBC, BBC, Reuters dan AFP untuk menempatkan pejabat serantau mereka di sini dengan mengaitkan pembangunan Koridor Raya Multimedia. Mereka memilih Singapura walaupun negara itu dikatakan lebih ketat mengawal media.

Menteri Penerangan begitu emosional apabila memperkatakan soal 'tunjuk perasaan' seperti yang disiarkan oleh media 'rasmi' dalam satu temubual selepas perhimpunan agung UMNO termasuk mengungkit isu Baling dan bantahan pelajar semasa dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi, apa yang berlaku pada petang Sabtu bukanlan satu tunjuk perasaan dan perkara ini terbukti benar. Perhimpunan aman bukan tunjuk perasaan dan sikap agresif pihak tertentu telah menjadikan keadaan di sekitar kawasan Masjid Jamek KL kelam kabut. Ia bukan satu rusuhan seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh pihak tertentu. Perjalanan mereka disekat, mereka disembur dengan gas pemedih mata dan tembakan air berkimia. Apakah ini perlu dilakukan?

Kita boleh menafikan hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan gambaran sebenar melalui kawalan ke atas media tempatan, tetapi, kita tidak boleh menyekat seantero dunia daripada melihat apa yang sedang berlaku di Malaysia kerana kita berada dalam era Internet dan siaran berita melalui satelit.

Kita seharusnya bersikap rasional, bukan emosional.

Terkini: Kementerian Penerangan nak hantar surat teguran rasmi kepada Aljazeera kerana stesen tv antarabangsa itu didawaka membuat laporan berat sebelah mengenai perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Berat sebelah? Apakah jika laporan yang dibuat lebih tepat dan profesional daripada media tempatan yang jelas tidak memihak kepada 'pendirian pemerintah' dikira berat sebelah?

Aljazeera juga dituduh 'berkonspirasi' dengan pihak pembangkang dengan melaporkan sumber daripada penulis blog, Jeff Ooi, mantan ahli parti Gerakan yang baru-baru ini melompat masuk DAP. Hujah ini boleh diterima dan Aljazeera sepatutnya menemubual seorang dua penyokong kerajaan untuk lebih adil.

Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa pihak polis tidak seharusnya bertindak seperti mana yang dilakukannya di sekitar Masjid Jamek KL. Tidak timbul soal keganasan atau ancaman terhadap ketenteraman awam memandangkan polis sudahpun mengadakan kawalan ketat di semua pintu masuk ke arah dataran Merdeka. Polis sememangnya ada menggunakan kekerasan dan ini diakui oleh pihak Majlis Peguam. Fakta ini tidak dilaporkan oleh media yang berkaitan parti pemerintah.

Kenyataan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia yang juga mantan setiausaha agung NUTP yang menyebut bahawa polis tidak menggunakan sebarang senjata dan kekerasan didapati tidak tepat. Dia (Siva) tidak berada di semua tempat untuk berkata demikian. Mungkin dihadapannya perkara itu tidak berlaku dan Siva menegaskan demikian tetapi tidak dilaporkan sedemikian.

Menteri Penerangan Zainuddin Maidin berkata Aljazeera sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memberi tempat kepada agensi itu untuk beroperasi. Yang sepatutnya, kerajaan Malaysia harus berterima kasih kepada Aljazeera kerana memilih Kuala Lumpur dan dengan sendirinya memberi publisiti yang cukup meluas kepada Malaysia. ZAM harus sedar bahawa beberapa kota besar lain termasuk Hong Kong, Bangkok dan Jakarta telah memancing Aljazeera untuk membuka pejabat serantau di sana. Jika KL tidak mahu menerima kehadiran Aljazeera, saya pasti kota-kota raya tersebut akan menerimanya dengan tangan terbuka.

Sekali lagi saya perlu ingatkan, kita mesti bersikap rasional dan bukan emosional.

17 comments:

Akulamat said...

Assalamualaikum

Menteri dan media arus perdana sama saja. Menterinya emosional, media pula tampak jelas menghakis kredebiliti mereka sendiri di mata pembaca

Anonymous said...

Bukan setakat emosional. Cakap English pun tak lepas.

Anonymous said...

tuan syed

pemimpin kita terasa malu seluar dia dilondehkan oleh rakyat

Anonymous said...

zam mamak goblok

Anonymous said...

aku memang tak pernah percaya kat dia ni. Ingat tak dulu masa dia nak bodek Tun Mahathir? Pergi london tulis buku bodek pasal Tun. Pastu, aleh2 dapat jadi MP. Piiiraaahhh!!! Kaki bodek, tengok mata dia pun tau org ni bangsa tak boleh percaya punya..

Anonymous said...

bukan English tapi Ingerist, cakap pun cacat, how to tok?

amuraria said...

no mani no tok !white man no tok ! black man tok tok oni!

mdkamel said...

Biasanya seseorang itu akan menjadi emosional dan mengelabah yang amat sukar untuk dikawal apabila:-
1.terlalu mendesak diri sendiri untuk mengampu dan membodek pemimpin secara membabi-buta;
2.tidak ikhlas dan tulus lepada diri sendiri dan orang lain semata-mata untuk menjaga kepentingan dan kedudukan diri - bukan kepentingan bangsa, agama dan negara;
Inilah yang telah berlaku pada Zam, yang lupa apa ertinya "fair reporting" dalam alam kewartawanan sehingga terlupa bahawa beliau berucap selaku orang kabinet Malaysia bukan mat rempit. Gelagat beliau seolah-olah Al-Jazeera itu adalah salah satu dari media arus perdana yang di bawah ketiak kementeriannya. Sungguh memalu dan menyedihkan apalagi dengan bahasa Inggerisnya entah dari mana datangnya!

Anak Malaysia said...

Negara Malaysia berhasrat mencapai matlamat negara maju dan moden setanding dengan negara maju lain. Tetapi tahap pemikiran para menteri yang ada kini seakan pemimpin negara ketiga. Tidak rasional, seakan dalam keadaan terdesak. Zaman kini adalah zaman informasi dan berdialog bukan penindasan pemikiran yang sekarang meleluasa.

Anonymous said...

I don’t believe Zam couldn't differentiate between "erection" and "election". He said," We are allowing to every erection... every five years never fail!"

Imagine a man who is allowed to have erection every five years?

Posted by arms...

Anonymous said...

In my opinion, it is of utmost importance that a minister is able to speak fluently, especially in an unscripted conversation. Also, a minister should maintain a relaxed composure in discussing issues, more so if they are in a global context. If information is important, then its minister must be competent to befit the functions.

pijan71 said...

Amat memalukan negara apabila mendengar ulasan Menteri kita ni. Sepatutnya kesempatan itu diambil untuk menerangkan pandangan beliau secara rasional bukan emosional. Agaknya kerajaan bukan setakat nak halang perhimpunan aman ini tapi nak halang 'coverage'nya jugak. Atau mungkin dah dapat khabar performance dia 'below par' dan tak akan dicalonkan jadi MP lagi. Tu yang habis-habisan nak tunjuk dia hero sampai berterabur apa yang dia cuba sampaikan.

Anonymous said...

Kata nak pahat nama Malaysia di peta dunia...Ni la dia salah satunya..Berterima kasih & berbanggalah pada Al Jazeera & lebih 100,000 rakyat yang berhimpun secara aman tu..Mereka dah pahatkan 1 lagi nama Malaysia di peta dunia..

khairul said...

Tuan Syed,
Saya amat bersteju dengan terma 'kematangan' seperti apa yang dikatakan oleh tuan. Amat jelas beliau menunjukkan satu sikap yang sangat tidak patut ditunjukkan sebagai satu suara dari pihak kerajaan dalam nengulas apa yang terjadi pada gelombang kuning. Sebagai satu suara yang dapat mewakili negara ini, corak pertuturan dan retorik adalah sangat memalukan. Emosional bercampur takut jelas kelihatan. Marah bercampur bodoh juga terlihat dengan intonasi. Kalau kita melihat dari aspek prosidi, ianya amatlah memalukan.

disini pembaca boleh melihatnya kembali di youtube untuk memastikan kebenaran yang telah diincangkan ini.

http://www.youtube.com/watch?v=A1_GQ-K7P_w

AMAT MEMALUKAN.

Syed Imran said...

Kepada pelayar Anonymous 12.20 am, saya ingin menyatakan bahawa kita harus keluar dari kepompong. Selagi kita berada dalam kepompong, kita hanya mengetahui dunia kita sahaja.

Kita mesti terima hakikat kemajuan sistem keomunikasi dunia dengan wujudnya kemudahan perhubungan melalui Internet dan satelit. Ini lah dunia di luar kepompong.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak, apa yang berlaku di Malaysia pasti dapat ditonton oleh sesiapa sahaja dan di mana saja mereka berada. Sama seperti apa yang boleh ditonton oleh rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Pakistan, Palestin, Myanmar mahupun Amerika Syarikat. Kita berada dalam dunia yang tiada sempadan atau batasan komunikasi.

Stesen-stesen tv satelit seperti CNN, Al-Jazeera, BBC, CNBC, CNA (Singapura), Kyodo, Yonhap, Al-Arabia dan banyak lagi akan menyiarkannya, sama ada secara positif atau negatif, jika ia adalah sesuatu perkembangan atau kejadian yang mempunyai nilai berita. Kita tidak boleh dan tidak mampu untuk menyembunyikannya seolah-olah ia tidak berlaku. Kita juga tidak boleh mengarahkan mereka untuk tidak menyiarkannya atau menyiarkan apa yang kita mahu sahaja seperti yang dilakukan oleh hampir semua media di Malaysia.

Selain stesen tv antarabangsa, sistem komunikasi melalui Internet termasuk beberapa saluran penyiaran video juga mensarwajagatkan apa yang berlaku pada hari itu.

Kita akan terima hakikat bahawa stesen tv Al-Jazeera, yang menjadi sasaran hentaman menteri penerangan, telah mendapatkan pandangan menteri itu sendiri. Kita tidak lihat mana-mana stesen tv tempatan memberi ruang kepada tokoh pembangkang untuk memberi ulasan. Nampaknya Al-Jazeera jauh lebih adil dan profesional. Stesen-stesen lain yang menyiarkan peristiwa 10 Nov termasuk CNN dan BBC juga tidak memberi ruang kepada wakil kerajaan untuk mengulas.

Malangnya, peluang yang diberikan oleh Al-Jazeera telah gagal dipergunakan kerana menteri penerangan bersikap emosional apabila menjawab soalan wartawan Al-Jazeera. Maka hancurlah satu-satunya peluang untuk sekurang-kurangnya mempertahankan tindakan pihak berkuasa secara rasional. Menteri penerangan gagal dalam perhubungan raya.

Inilah musibah yang akan berlaku jika kita masih selesa hidup dalam kepompong.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Saya dengar cerita daripada sumber2yang sahih -- mamu diminta bercuti dan beliau kini sedang bercuti selepas 2 hari butiran temubual beliau dengan stesyen berita asing itu disiarkan secara verbatim.

Khabarnya seorang mamak daripada hulu perak yang mendakwa diri sebagai sahabat piem telah menunjukkan butiran itu kepada bossnya dan petang itu zam dipanggil ke putrajaya untuk penjelasan. khabarnya mamu tidak dapat menjelaskan dengan baik, tergagap-gagap sepertimana beliau gelabah biawak sewaktu di udara.

Justeru piem arahkan zam bercuti kerana "peristiwa memalukan kerajaan malaysia" dan zam pun terbang ke london keesokkannya. juga diberitakan bahawa kemungkinan besar angkasapuri mendapat menteri baru menjelang pilihanraya kerana menurut penasihat piem yang berketurunan india muslim yang kaya raya ini "sir, u gonna have lots of problem if this fella is still around. i mean u dont expect zam to be the govt's info man during the election?"

Pada ketika ini, Shafie Apdal, menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna yang pernah menyandang jawatan setiausaha (1995-1999) sedang memangku jawatan menteri penerangan. mungkinkah shafir akan berhijrah ke angkasapuri dalam pertukaran kecil jemaah menteri tidak lama lagi, kurang lebih sebelum bulan disember ini?

Zam sedang juga mengintai jawatan pengerusi bernama kerana dikatakan annuar zaini tidak lagi berminat dan "sibuk" dengan jawatan penasihat ECER. kata orang jawatan itu sebenarnya, Pemfaraid Projek ECER!!

heikal said...

I heard people are calling this Zam mamak or mamak cendol. Now, Zam is the Minister of Information whose true duty is to transmit propaganda and deny anything that is made against the government. To call this Zam guy a mamak or mamak cendol is an insult to mamak and mamak cendol alike. It is this kind of people that we have a place for anyone of any race and walks of life-mamak restaurant. Let 'Zam' become an animal-monkey name of its own. The mamak are noble, humble, hardworking kind of people