Wednesday, November 07, 2007

Daging khinzir "halal" di Singapura

TERKINI: Pihak pengurusan pasar raya NTUC Singapura menafikan yang ia ada memperagakan bahan atau produk berkenaan yang berlogo halal. NTUC menyatakan ia adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh orang atau individu tertentu. Satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini kerana NTUC memandang serius perkara tersebut.

Saya menyiarkan perkara ini sebagai satu ingatan bahawa soal halal dan haram tidak boleh dipermain-mainkan.





Foto ini cukup jelas menunjukkan betapa sijil halal disalahgunakan oleh pihak tertentu di Singapura.

Bungkusan daging khinzir (babi) yang diimport dari Australia oleh kumpulan pasar raya terbesar Singapura NTUC (National Trades Union Congress yang dikuasai oleh parti PAP) tanpa sembunyi memaparkan logo halal. Saya tidak tahu sama ada logo itu dikeluarkan atau diluluskan oleh Majlis Agama Islam Singapura atau digunakan tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak yang berwajib itu. Inilah nasib yang menimpa umat Islam di Singapura.

Kepada umat Islam Malaysia, Indonesia mahupun Brunei yang sering berwisata ke Singapura, anda harus berhati-hati apabila membeli-belah dan jangan mudah terpedaya dengan logo sijil halal kerana benda yang haram boleh dihalalkan di Singapura.

4 comments:

Anonymous said...

Agaknya babi tu di"sembelih" kot? Jahil punya oghang,mempersendakan ugama. Tapi bila tengok lagi sekali nampak logo halal tu macam dilekatkan saja bukannya dah sedia tercetak dibungkusan daging babi tu.

Apa komen JAKIM mengenai ini dan juga kecenderungan sesetengah pembekal dan penyedia makanan menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh JAKIM, misalnya ada pengimport dan kedai makanan yang menggunakan logo halal "Muslim Council of South East Asia"?

Unknown said...

Dalam hubungan ini, JAKIM tak boleh buat apa-apa kerana ia berlaku di Singapura. Kita perlu sedarkan umat Islam supaya berhati-hati apabila ke sana.

Seperti yang sdr katakan, ada pihak yang menggunakan logo halal "Muslim Council of South East Asia" dan perkara ini harus ditangani oleh JAKIM. Memang benar, ada banyak produk dalam pasaran Malaysia yang mempunyai logo halal yang bukan dikeluarkan oleh JAKIM.

JAKIM perlu pro-aktif untuk menangani perkara ini dan jangan tunggu laporan baru nak bertindak. Para pegawai penguatkuasa JAKIM mesti kerap turun padang unuk memantau pasaran halal.

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa saudara adalah seorang blogger yang tidak teliti, dengan berbekalkan hanya dengan sekeping foto dan emel layang (macam surat layang lah tu), saudara telah yakin dan cuba membuat suatu andaian sebagai satu fakta lalu saudara juga cuba mempengaruhi pembaca-pembaca di blog saudara...

" ...kerana benda yang haram boleh dihalalkan di Singapura."
...ayat sebegini tidak harus digunakan selagi perkara ini belum tentu kesahihan nya.

Sila rujuk ke laman berikut untuk cerita sebenar...
http://sg.news.yahoo.com/cna/20071101/tap-309067-231650b.html

Sebenarnya, gambar ini dipetik, bukan di pasaraya NTUC, tetapi mungkin di rumah seseorang, di suatu ketika, dengan menggunakan bungkusan yang mungkin telah dibeli sebelumnya, lalu dilekatkan juga logo halal MUIS yang mungkin telah didapati dari bungkusan yang lain. (kerana itulah hanya ada 1 bungkusan sahaja yang dipetik, lain lah kalau gambar itu menunjukkan deretan bungkusan yang sama di dalam peti ais di pasaraya NTUC)
Ini adalah suatu perbuatan seseorang yang tidak bertanggung jawab dan juga tidak menyukai suasana aman dan harmoni masyarakat di Singapura. Mungkin niatnya adalah untuk membuat kacau.
Oleh itu, jika saudara mengiakan cerita lakaran ini maka saudara telah terperangkap dalam muslihat orang itu malah terlibat sama dalam niat jahat orang itu.

Unknown said...

Terima kasih atas pandangan saudara.

Daging khinzir bagi umat Islam, orang Melayu khususnya, bukan perkara yang boleh dijadikan isu remeh dan temeh. Soal sama ada ia perbuatan seseorang yang tidak bertanggungjawab atau sebaliknya bukan menjadi ukuran dalam persoalan ini.

Saya pernah menetap di Singapura hampir lima tahun semasa ia ditadbir oleh Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong dan saya tahu tentang isu halal dan haram berkaitan makanan segera dan makanan yang disajikan di kebanyakan restoran di sana. Sebab itu saya mengingati pembaca supaya berhati-hati.

Saya tidak melihat isu ini sebagai satu perkara yang boleh dipandang ringan.