Friday, November 30, 2007

Hindraf sebenarnya mewakili siapa?

Perhimpunan tanpa kebenaran dan yang membelakangi perintah mahkamah anjuran apa yang disebut sebagai Hindraf atau Hindu Rights Action Force menimbulkan banyak persoalan yang perlu dihuraikan satu persatu.

Persoalan pokok - Hindraf mewakili siapa?

Jika para pemimpinnya mendakwa mereka mewakili masyarakat India yang menjadi mangsa perpindahan secara paksa untuk dijadikan pekerja (hamba) di Malaya oleh pihak Inggeris, maka dakwaan mereka adalah salah sama sekali.

Hindraf tidak mewakili masyarakat India mahupun kaum Tamil. Hindraf sebenarnya mewakili penganut agama Hindu dan bukan semua kaum Tamil beragama Hindu dan kaum-kaum lain di India seperti Telegu, Malayalee, Gujarati dan Brahmin juga ramai yang beragama Hindu.

Perlu diingatkan bahawa ramai orang India yang beragama Islam telah dibawa masuk ke Malaya, terutama ke Pulau Pinang, oleh pihak Inggeris sebagai anggota tentera khususnya yang bergelar Sepoi dan Chulia. Sebilangan besar masyarakat India Muslim yang ada di Malaysia hari ini adalah anak-cucu mereka. Sudah tentu Hindraf tidak mewakili mereka dan merekapun tidak mahu diwakili oleh Hindraf dan sudah tentu tidak menyokong Hindraf atas dasar agama.

Selain masyarakat India Muslim, pihak Inggeris membawa masuk askar Punjabi yang majoritinya beragama Sikh untuk berkhidmat di Malaya. Ada juga orang Punjabi yang beragama Islam dan ada juga yang beragama Hindu. Selain berkhidmat sebagai anggota tentera dan polis, orang Punjabi juga terkenal sebagai penternak lembu susu dan sebagai pengawal keselamatan atau jaga, satu ketika dahulu. Ramai anak cucu mereka yang berjaya dalam kehidupan di Malaysia sebagai doktor, peguam dan ahli profesional lain. Mereka juga tidak diwakili oleh Hindraf atau menyokong Hindraf.

Jika mereka yang mendalangi Hindraf benar-benar jujur dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib masyarakat atau warga Malaysia keturunan India, kenapa mengambil pendekatan keagamaan? Tidakkah mereka tahu bahawa bukan semua masyarakat India di Malaysia beragama Hindu? Atau mereka sengaja memainkan sentimen agama untuk memporak-perandakan kestabilan negara dan memburuk-burukkan nama Malaysia.


Ini jelas jika dilihat dari isi kandungan surat yang dikatakan dihantar oleh Hindraf kepada perdana menteri Britain yang antara lain melemparkan fitnah bahawa telah berlaku pemusnahan etnik (ke atas masyarakat India) di Malaysia. Mereka juga menuduh ianya dilakukan oleh 'gangster' atau pelampau Melayu yang beragama Islam. Mereka juga mendesak supaya Malaysia diheret ke Mahkamah Dunia untuk diadili.

Jelas sekali Hindraf cuba bermain dengan api perkauman dan keagamaan, sesuatu yang amat berbahaya bagi sebuah negara berbilang bangsa, budaya dan agama. Dalam hubungan ini, saya menyokong agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang bertanggungjawab termasuk menggunakan undang-undang keselamatan dalam negeri. Kita tidak boleh membiarkan bara ditiup menjadi api.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya ada pihak lain mengadakan perhimpunan balas untuk mempertahankan agama Islam yang telah dikaitkan secara fitnah oleh surat yang dihantar kepada perdana menteri Britain itu.

Jangan bermain api. Fikir-fikirkanlah!

6 comments:

Anonymous said...

encik.. itu bermakna
mentaliti mereka masih rendah.

tidak dapat membezakan apa itu hindu, apa itu tamil.

Anonymous said...

Kumpulan Hindu minoriti ini sudah LEBEH ! Apa depa ingat Orang Melayu ini Tunggol kaa!
Atau rakyat Malaysia Yg lain Tak ada PERASAAN ! Dgn. mereka menuntut Pelbagai Tuntutan yg tak masuk akal!
Jika tok nenek mereka tuu! Golongan PARIAH ATASAN yg hidup senang di Tamil Nandu..ketika itu! Saya sudah pasti..tok nenek mereka tak akan dtg ikut British ke Tanah Melayu berTuah ini ketika itu.
Ini bagi saya, mereka itu Hidup susah di negeri mereka! Seperti Bangla ,Burma dan lain2 warga asing di Tanah Melayu ketika ini sekarang. Termasuk lah golongan pariah yg baru dtg. ini... yg ada di Malaysia sekarang!

Membuat tuduhan "Ethnic Cleansing"! berlaku di sini..tanpa ambil kira PERASAAN umat Melayu !.
Di bumi India sendiri..mereka sedang melakukan "Religious cleansing " terhadap yg bukan agama Hindu..!
Memusnah kan Masjid2 dan gereja!
Apa mereka ingat kita pekak dan tuli dgn apa yg berlaku di Kashmir, masjid Babri dan bermacam lagi sekatan/halangan bersabit tentang Umat Islam di India.
Ini lah golongan...bila bagi Betis nak Peha!
Lihat lah apa yg berlaku di Negara kepulauan FIJI!
Dan kita tak akan biar ini berlaku disini.

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan yang dihormati,

Sebenarnya golongan Hindu yang berarak di sekitar Jalan Ampang atas nama menyampaikan memo tidaklah mewakili sesiapa, hanya diri mereka sendiri.

* Saya katakan Hindu kerana mereka menggelar diri mereka sebegitu, bukan ka? Hindraf dan mereka tidak pula sebut apa-apa mengenai India pun.

Dan seperti yang kita ketahui mereka tidaklah begitu berminat untuk menyampaikan memo seperti yang dikatakan. Memo tidak disampaikan langsung, walaupun menerusi faks atau penghantar cepat.

Mereka hanya mencari publisiti murahan dan akhirnya mereka dapat publisiti yang cukup murah dan pada masa yang sama memberikan gambaran yang amat negatif mengenai Malaysia dan sekali gus mengheret Melayu/Islam ke dalam kancah perbalahan mereka.

Seluruh dunia melihat Kuala Lumpur dalam gambaran yang amat negatif dan matlamat golongan Hindu tadi telah menghalalkan cara mereka.

Sebenarnya mereka tidaklah jujur kerana pada suatu ketika menamakan diri mereka sebagai Hindu dan pada ketika lainnya menyatakan bertindak atas nama India. Seperti yang Pak Tuan kata mungkinkah mereka bertindak di atas nama agama. Saya sangsi dengan tujuan mereka ini kerana sekiranya hendak menyampaikan memo, mengapa pilih hari cuti dan mengapa tidak melantik sekumpulan manusia yang amat prihatin dan insaf akan nasib bangsa dan menghantar memo secara aman dan selesa. Kemudiannya sekiranya publisiti yang dikehendaki adakan sidang berita di luar pejabat perwakilan British untuk memaklumkan bahawa mereka telahpun menyerahkan memo berkenaan dan telah diterima.

Namun, golongan Hindu tadi mahukan kekecohan dan inginkan keadaan menjadi demikian agar mereka akan kelihatan sebagai pembela agama mereka.

Saya telah meneliti setiap perkara yang terkandung dalam memo mereka dan mendapati ianya amatlah melampau dan merbahaya sekiranya golongan Hindu ini terus dilayan dengan baik. Maksud saya sekiranya kita terus membicarakan kisah golongan Hindu ini maka kehendak mendapatkan publisiti bagi mereka sentiasa terlaksana tanpa kita sedari.

Ini adalah kali pertama dan terakhir saya ingin membicarakan akan golongan Hindu yang pada hemat saya telah tertipu dan terpedaya dek 3 orang India yang hanya berani apabila dibelakangi dengan angka yang besar! Kita tahu akan kelibat si penganjur utama yang pernah melarikan diri ke luar negara semasa menghadapi masalah dengan pihak berkuasa. Apakah beliu akan lari sekali lagi?

Apakah benar golongan India di negara ini tertindas? Mungkin benar akan tetapi bagaimanakah dengan pribumi? Apakah semua Melayu bernasib baik? Apakah tidak ada surau, madrasah atau masjid yang dirobohkan? Bagaimana dengan masjid tua yang masih dikunjungi oleh umat Islam yang berdekatan dengan Kompleks Campbell?

Saya tidak suka memanjang-manjangkan masalah ini kerana ini akan "play into the hands of the cheap publicity seekers".

Akhir kata, kita tidak perlu melayan golongan Hindu ini. Mereka sewajarnya berterima kasih banyak-banyak kerana atas dasar diskriminasi Kerajaan Melayu/Malaysia yang mereka nyatakan itu telah melahirkan 3 peguam yang menjadi dalang utama perarakan haram Hindu.

Sekiranya mereka tertindas masakan 3 budak Hindu akan berjaya menjadi peguam? Bukan ka?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hindaf ni kononnya nak tuntut gantirugi segala kesusahan dan penyeksaan yg nenek moyang depa alami sebab dibawak ke Tanah Melayu,TAPI....penah ka depa terfikir kalau dulu nenek moyang depa tak dibawak ke sini,kemungkinan besaq lani depa(Hindraf) masih dok ada kat India merempat@mintak sedekah.Bukan berada di Malaysia hidup aman damai berbilang kaum.Depa ni menyusahkan orang ja!!!!!!!!

Anonymous said...

actually..its very unwise to attack racism with racism..why must you say that they malays will/can retaliate because of what the Hindu's have done?
everyone should be given a right to say what they want to..and fight for what they believe in.
although, i do not support the motives of Hindraf..i still believe that their voices need to be heard..
kalau mereka dah rasa macam tu..nak buat apa lagi? kita bukan negara authoritarian..kita negara democratic..

memang orang melayu tidak boleh menafikan yang mereka diberikan segala keistimewaan sementara bangsa lain terpaksa bertungkus lumus untuk berjaya

tetapi..im not complaining..im glad that the government did not spoon feed me as i am now independent and able to work hard for what i want..

tak payah la racist..masing2 try to majukan themself..