Monday, November 26, 2007

Kenapa pilih hari cuti untuk serah memo?

Perhimpunan dan perarakan yang dianjurkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Hindraf untuk menyerah satu memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur menimbulkan sedikit syak dan wasangka.

Kumpulan itu berhak untuk menyerahkan memorandum kepada mana-mana pihak termasuk kepada perwakilan asing. Itu tidak perlu dipersoalkan. Mereka juga berhak untuk berkumpul dan berarak secara aman mengikut undang-undang negara, iaitu dengan memperolehi permit daripada pihak polis. Suka atau tidak, ini adalah undang-undang dan peraturan di negara ini, sama ada ia bertepatan dengan hak dan kebebasan adalah satu perkara lain.

Dalam barisan kepimpinan Hindraf terdapat beberapa orang peguam dan selaku pegawai mahkamah, mereka harus dan semestinya menghormati perintah mahkamah yang melarang perhimpunan itu. Perintah mahkamah mesti dipatuhi.

Hindraf telah mengemukakan tuntutan melalui proses undang-undang di United Kingdom untuk mendapatkan apa yang disebutnya sebagai ganti rugi kerana pihak berkuasa Inggeris telah membawa orang India ke Tanah Melayu sebagai buruh dan pekerja am. Pihak Inggeris dikatakan tidak memberi hak dan layanan sewajarnya kepada orang India, iaitu nenek moyang orang India-Malaysia yang ada sekarang. Butiran lanjut mengenai isu ini boleh diperolehi dari laman-laman sesawang tertentu dan media lain.

Tetapi, kenapa memilih hari cuti am, iaitu hari Ahad untuk berkumpul dan menyerah memorandum tersebut? Setahu saya, pejabat Suruhanjaya Tinggi United Kingdom dan pejabat-pejabat perwakilan asing di Kuala Lumpur ditutup pada hari cuti am. Jadi kepada siapa Hindraf nak serah memorandum itu? Ini yang menjadi persoalan.

Kita tidak boleh samakan apa yang dilakukan oleh sekumpulan NGO yang bergelar Bersih dengan apa yang dilakukan oleh Hindraf. Tindakan bersih ada hubung kaitnya dengan kerajaan atau sistem pentadbiran Malaysia manakala tindakan Hindraf tiada kaitan dengan kerajaan Malaysia tetapi dituju khusus kepada pentadbiran Inggeris di London. Apakah tidak memadai dengan tindakan undang-undang yang diambil di London sehingga memerlukan satu perhimpunan dan perarakan untuk menyerah satu memorandum di Kuala Lumpur pada hari pejabat Suruhanjaya Tinggi UK ditutup?

Memorandum itu, mengikut laporan, kemudiannya dihantar melalui faksimili. Jadi, apa perlunya perhimpunan ramai?

Apa tujuan sebenar Hindraf berbuat demikian? Apakah perlu dikerah sebegitu ramai masyarakat dari satu kaum dan satu agama untuk berbuat demikian di Kuala Lumpur? Kalau marahkan pihak Inggeris kenapa negara sendiri yang dijadikan mangsa? Bukankah para peniaga dan industri pelancongan seperti hotel dan sektor pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang menanggung rugi atas perbuatan itu sedangkan mereka tiada kaitan dengan apa yang dituntut oleh Hindraf.

Ada perkara dan ada tindakan yang boleh disokong dan ada pula yang tidak. Hak dan kebebasan mutlak tidak wujud walau dimana sekalipun di dunia ini.

4 comments:

Anonymous said...

"Ada perkara dan ada tindakan yang boleh disokong dan ada pula yang tidak. Hak dan kebebasan mutlak tidak wujud walau dimana sekalipun di dunia ini." Saya amat setuju dengan pandangan tuan. Ada perkara yang boleh diterima dan ada perkara yang perlu ditentang!

Anonymous said...

perhimpunan ni menunjukkan kebodohan, kebobrokan, ketidaksyukuran segelintir bangsa terlibat... kalau tak nak duk Malaysia...pi la cari negara mana yang nk terima mereka...

hidup menyusahkan orang lain...sorry..emosi skit..

tzarina said...

http://www.indianmalaysian.com/sound/modules.php?name=News&file=article&sid=782

"It is strange that Dato Samy Vellu is on Al Jazzera defending the government on its action against Hindraf. What is the fear of this group handing over a petition to the British High Commission? Samy Vellu was lying through his teeth when he said the British High Commission is closed on Sunday.

The British High Commission did have a staff there on Sunday for the sold purpose of accepting the petition..."

My comment:
Even if it was closed, that's even better. To show that the petition is SECONDARY to airing their grievances!

Siapa yang bodoh, bobrok.
Kalau tak suka cara gomen perintah negara, kenalah tegur. Kalau lari ke negara lain, u akan ketawa kata kita pengecut. Kalau tinggal di negara ini dan menegur, u tanya apasal kita masih kat negara ini?

U ingat negara ini u seorang punya ke??? Kalo tak suka orang India dan Cina jadi warganegara, apasal suruh kami kerja dan bayar tax? Apasal suruh kita mengundi untuk BN??

Bodohwi darah Cina, Tun MM darah India, yang lain-lain darah entah dari mana. SURUH BODOHWI dan MAHATHIR bla dulu ler...mereka lebih menyusakan rakyat Malaysia!

Unknown said...

Tzarina,

saya juga keturunan pendatang dari tanah Arab. Seperti ramai rakyat Malaysia, kita adalah warganegara Malaysia. Di mana bumi di pihak, di situ langit di junjung.

Bagi saya, jikapun nak pulang ke Hadralmaut (negara asal sebelah ibu) ataupun ke Saudi Arabia (negara asal sebelah bapa), belum tentu akan dapat menikmati taraf dan corak kehidupan sama seperti di bumi bertuah bernama Malaysia. Kita akui bahawa bukan semuanya sempurna di Malaysia tetapi dalam serba kekurangan, itupun jika benar, kita dapat menjalani kehidupan yang jauh lebih baik daripada banyak negara lain termasuk hampir semua negara asal nenek-moyang kita.

Begitu juga, saya kira, dengan majoriti warga Malaysia yang berasal dari India, tak kiralah apa pegangan atau anutan agama. Cuma, jika marahkan nyamuk, kenapa kelambu mesti di bakar?