Monday, September 03, 2007

Tun Dr Mahathir akan jalani pembedahan di IJN esok

Terkini: Pukul 4 petang Tun dibawa keluar dari Dewan Bedah ke CCU.

Terkini: Pukul 2.55 ptg 4 September - YABhg Tun dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan. Tun masih dalam pemerhatian rapi ahli-ahli perubatan sebelum di pindahkan ke wad CCU. Alhamdulillah.


Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang menabur jasa dan bakti selaku ketua kerajaan selama 22 tahun, akan menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) esok, Selasa 4 September. Sebelum ini, YABhg Tun mengalami serangan jantung (tidak begitu serius) sebanyak dua kali.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa, mengikut kepercayaan agama masing-masing, semoga YABhg Tun selamat menjalani pembedahan dan pulih serta dirahmati nikmat kesihatan oleh Yang Maha Berkuasa.



Penulis bersama Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir dan Y.A.Bhg. Tun Dr Siti Hasmah di Jitra, Kedah yang dirakamkan pada tahun 1981.

2 comments:

Berita dari gunung said...

Komen santai dari saya "siapa tiga orang yang bermisai lebat dalam foto itu ya?"

Unknown said...

Seorang dari RTM (stringer tv), seorang lagi (yang tunduk) dari Utusan Melayu dan seorang lagi (yang kamera tergantung) dari Bernama. Foto ini dirakam semasa Tun pulang ke Kubang Pasu buat pertama kali selaku PM pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa dengan penduduk beberapa buah kampung.