Tuesday, September 11, 2007

Negara-negara Islam masih belum sepakat menentukan permulaan puasa






Walaupun dunia Islam mempunyai sebuah pertubuhan yang dinaungi, iaitu Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), namun kata sepakat untuk menentukan tarikh permulaan puasa serta sambutan atau perayaan keagamaan yang lain masih belum disepakati.





Beberapa buah negara Islam akan 'mencari' anak bulan Ramadan pada hari Selasa, 11 September untuk menentukan permulaan ibadah puasa. Antara negara Islam yang akan berbuat demikian adalah Mesir, Jordan, Qatar, Amiriah Arab Bersatu, Algeria dan Palestin.

Arab Saudi pula telah meminta rakyat serta para pegawai agamanya untuk mula "melihat" anak bulan seawal Isnin, 9 September manakala Maghribi, Sudan dan Ghana akan berbuat demikian pada hari Rabu 12 September.

Umat Islam di Amerika Syarikat pula sudah dimaklumi oleh badan induk yang mewakili umat Islam bahawa puasa akan bermula pada hari Khamis, 13 September.

Di Libya, Pusat Sains Angkasa dan Penderiaan Jauh berkata bahawa anak bulan akan muncul pada hari Selasa dan oleh itu Ramadan akan jatuh pada hari Rabu, 12 september. Umat Islam Iraq (Sunni) juga akan mula berpuasa pada hari Rabu manakala pihak Syiah di Iraq dan Lubnan pada hari Khamis.

India dan Pakistan pula akan mula berpuasa pada hari Jumaat, 14 September.

Umat Islam di Malaysia berkemungkinan besar akan mula berpuasa pada hari Khamis, 13 September.







3 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan yang dihormati...

Buleh ada sajalah OIC ni...bukan ada pekdah pun...tempat cakap2, sembang2, makan2 dan minum. Masa depa mai sini pun dulu gomeh kita tanggung sikit punya sakan ka?

Seandainya isu pokok seperti keseragaman Umat Islam sedunia untuk mula menyambut Ramadhan pun nagoi2 ni tak boleh nak settle, jangan la dok harap isu-isu yang lain bole selesai, contohnya isu Palestine-Israel.

Kita Umat Islam ni kekadang malu la Pak Tuan, org dok tengok kita tak boleh dan bersatu walaupun pada satu perkara asas yang membabitkan satu daripada lima rukun islam kita.

Bila dok pikiaq2 pun, apa nak buat pengerusi OIC jenis kaki tidoq, tua tak sedaq diri dan suka pembohong!

Sejak akhir-akhir ni saya tersangatlah malu bila tengok gambaq depa dok tunjok si pengerusi OIC ni dok tidoq seluloi kat majlis-majlis rasmi....sampaikan kat tilawah quran hari tu pun dia bantai tidoq, apara nak jadi??? sikit ka punya turrr!

Kalau dah tidak sihat sebab mungkin ada penyakit kot dok selalu tidoq ni macam mana kalu kita pi habaq kat dia "boss...berhenti sajala...dok buat apa lagi lagu ni...buat malu kat org...apa boss tak malu ka??"

seperkara lagi...hari tu ada la memba p majlis lancaq radio bernama...dia balik mai cerita kunun-kunun di menteri penerangan ni cukup loqlaq cakap orang putih...betoi ka?

Dia kata menteri tu sikit punya nampak keloloh baca teks org putih sampai ramai yang dok tergelak dengaq dia sebut ayat2 bahasa org putih..dia kata kalu off-d-cuff takpa la buleh mahap lagi tapi ni baca teks pun sebut ayat org putih macam budah baru belajaq...awat? terok betoi ka mamu kita ni cakap bahasa org putih???

Awat dia tak buleh cakap org putih ka selain "yes, no alright, thk u?" Tapi depa kata, depa la kata, bab kutuk bloggers ni si mamu ni dia la nombor wahid...betoi ka???

Syed Imran said...

Walaupun agama Islam itu adalah agama umat manusia sejagat dan universal, tetapi umatnya tidak begitu. Tarikh atau takwim Islam tidak seragam kerana masing-masing nak ikut cara sendiri yang masing-masing kata betul belaka!

Islam hari ini tidak bersatu kerana wujudnya Sunni dan Syiah. Di bawah kedua-duanya pula wujud berpuluh-puluh "sekolah" dan "mazhab" yang berlainan walaupun matlamatnya sama.

Tak cukup dengan itu, kini di Malaysia diketengahkan pula Islam Hadhari. Saya setuju konsep dan pendekatan yang di bawa adalah berpandukan ajaran Islam, tetapi kenapa mesti dinamakan sebegitu. Islam hanya satu. Para ulama Sunni dan para imam Syiah pun tidak menyebut Islam Sunni atau Islam Syiah. Mereka hanya menyebut Islam. Jadi kenapa perlu sebut Islam Hadhari?

Menteri Penerangan kita ni memang syiok sendiri. Semasa dia menjadi wartawan Utusan Melayu dulu, pendiriannya lain, semasa mula masuk Parlimen melalui pintu Dewan Negara, ada sedikit perubahan, dan apabila memasuki melalui pintu Dewan Rakyat dan diberi peluang menduduki kerusi menteri kabinet, lain jadinya. Manusia dengan mudah mengubah pendirian dan prinsip perjuangan apabila dia diberi sedikit kuasa dan kedudukan. Manusia mudah lupa diri.

Biarkan Si Luncai dengan labu-labunya!

A Voice said...

MUngkin supaya tiap2 tahun untuk menjadi bahan bualan semasa berhari raya.